Anda di halaman 1dari 3

Ringkasan dan pemahaman petikan kertas 2 bahagian A

Bahagian A (i) : Ringkasan

Bahagian A (ii) : Pemahaman

Meringkaskan
petikan
berdasarkan
kata kunci dengan tidak melebihi 80
patah perkataan
Pemarkahan: 20 markah
- Isi (5 x 2 ) = 10 markah
- Bahasa
= 10 markah

Menjawab tiga soalan pemahaman


umum berdasarkan petikan bahagian A
(i)
Pemarkahan: 10 markah
- Soalan (i) = 2 markah
- Soalan (ii) = 4 markah
- Soalan (iii) = 4 markah

Teknik menjawab soalan ringkasan / A (i)


Menganalisis soalan
1. Baca arahan soalan dengan teliti.
2. Kenal pasti sama ada soalan itu berfokus atau tidak dan panjang ringkasan
yang perlu ditulis.
3. Kenal pasti kata kunci yang terdapat pada arahan soalan (faktor, langkah,
kesan, faedah, dan sebagainya.
Membaca petikan
1. Baca petikan dengan teliti dan fahami isi keseluruhan yang disampaikan
(bacaan 1)
2. Gariskan isi-isi penting berdasarkan kata kunci pada arahan soalan
(bacaan 2)
3. Hanya kemukakan isi tersurat.
Membina ayat.
1. Menukarkan ragam ayat
- Ayat aktif, ayat pasif, ayat dasar, ayat penyata dan sebagainya (jangan
gunakan ayat Tanya)
2.
-

Menggunakan ayat majmuk


Merangkaikan frasa atau ayat.
Contoh: frasa aktif + frasa penyata / ayat dasar + ayat penyata
Contoh ayat : - pengisi masa lapang
- Menjadikan amalan membaca buku sebagai pengisi masa
lapang

3. Membuang perkataan tidak penting


- Contoh:
Isi penting yang digariskan: menjimatkan masa dan wang ringgit
berbanding dengan
tindakan meminjam buku-buku di perpustakaan
awam.
Isi penting yang diambil : menjimatkan masa dan wang ringgit

4. Menukarkan perkataan dengan perkataan lain yang seerti


- Contoh:
Isi penting bergaris:
-ibu bapa yang mempunyai tabiat suka membaca akan menjadi ikutan
anak-anak
Isi penting selepas perkataan diubah:
-ibu bapa yang mempunyai sikap suka membaca akan menjadi ikutan
anak-anak
5. Menggunakan penanda wacana yang sesuai
6. Jangan menyalin ayat dalam petikan bulat-bulat
7. tidak perlu menulis pengenalan dan penutup (hanya 1 perenggan SAHAJA)

Menyemak ringkasan
1. Jumlah perkataan tidak melebihi 80 patah perkataan
2. Semak ejaan, tanda baca dan tatabahasa
3. Catatkan jumlah perkataan didalam kurungan disebelah kanan bawah
karangan
4. Jika bilangan perkataan masih kurang daripada 80 patah perkataan,
tambah isi.
*peringatan/tips : sekiranya anda merasa kurang yakin dapat membuat ayat
dengan baik
Perbanyakkan isi penting (lebih dari 5)
Teknik menjawab soalan pemahaman
Membaca petikan
1. Baca petikan dengan teliti sebanyak 2 kali untuk mendapatkan idea
keseluruhan petikan
2. Fokus pada persoalan atau tema utama petikan
Menganalisis soalan
1. Menaakul (memahami) maksud perkataan atau rangkai kata
2. Menaakul perkataan yang tersurat dan tersirat
3. Memahami unsur-unsur kemanusiaan, nilai-nilai murni, pengajaran dan
sebagainya
4. Memberikan cadangan, pendangan, pendapat dan lain-lain perkara yang
logic dan munasabah
Menulis jawapan
1. Gunakan perkataan
daripada petikan

sendiri

tanpa

menyalin

keseluruhan

perkataan

2. Berikan pendapat yang logik, bernas, dan berkaitan dengan persoalan jika
soalan berkaitan dengan pendapat
3. Tulis jawapan dengan ayat yang lengkap

Anda mungkin juga menyukai