Anda di halaman 1dari 13

Contoh:

(a) Faktor : sebab, punca


(b) Kesan : Implikasi, akibat
(c) Langkah : Usaha, cara

    iii.        Pelajar tidak perlu menulis kembali arahan atau kata kunci kedua dalam bahagian
Strategi Menjawab
1.     Membaca arahan soalan dengan teliti.
2.     Mengenal pasti kehendak soalan.
3.     Pelajar diingatkan bahawa bagi setiap soalan mempunyai dua kata
kunci atau arahan atau tugasan iaitu:
(a) Arahan pertama meminta pelajar mencari dan mengenal pasti isi-isi
tersurat.
(b) Arahan kedua meminta pelajar mencari dan mengenal pasti isi-isi
tersirat.
4.     Pelajar digalakkan menulis rumusan menggunakan teknik ataupun
panduan yang diberi agar dapat membantu pelajar untuk melonjakkan diri
untuk memperoleh markah cemerlang. 2. Garis
Garis isi penting untuk ditulis dalam bentuk isi tersurat. Fokus :

 Punca/faktor/sebab
 Kesan/akibat/implikasi/impak
 Langkah/usaha/cara/strategi
 Faedah/kebaikan/kelebihan/kepentingan/keistimewaan
 Masalah/kekangan/halangan
 Peranan/tugas/tanggungjawab
 Ciri-ciri/kriteria/sifat

Panduan Menulis Rumusan

Bahagian Pendahuluan
      i.        Pelajar digalakkan menulis pendahuluan dalam sebaris ayat saja.
     ii.        Pelajar digalakkan supaya menukar arahan soalan dengan
menggunakan perkataan yang bersinonim (sama maksud) dengan kata
atau frasa tersebut.
Strategi Menjawab
1.     Membaca arahan soalan dengan teliti.
2.     Mengenal pasti kehendak soalan.
3.     Pelajar diingatkan bahawa bagi setiap soalan mempunyai dua kata
kunci atau arahan atau tugasan iaitu:
(a) Arahan pertama meminta pelajar mencari dan mengenal pasti isi-isi
tersurat.
(b) Arahan kedua meminta pelajar mencari dan mengenal pasti isi-isi
tersirat.
4.     Pelajar digalakkan menulis rumusan menggunakan teknik ataupun
panduan yang diberi agar dapat membantu pelajar untuk melonjakkan diri
untuk memperoleh markah cemerlang.

Panduan Menulis Rumusan

Bahagian Pendahuluan
      i.        Pelajar digalakkan menulis pendahuluan dalam sebaris ayat saja.
     ii.        Pelajar digalakkan supaya menukar arahan soalan dengan
menggunakan perkataan yang bersinonim (sama maksud) dengan kata
atau frasa tersebut.
.
    iv.        Pelajar perlu menulis skop petikan untuk melengkapkan pendahuluan.
     v.        Formula rumusan :

Petikan membincangkan _(kata kunci pertama – tukar perkataan sinonim)  dalam__(skop


petikan) .

  
Menulis Isi-isi tersurat
      i.        Pelajar boleh mengenal pasti isi-isi tersurat yang terdapat di dalam petikan seperti mana
arahan atau kata kunci pertama dalam soalan.
     ii.        Pelajar diingatkan bahawa di dalam petikan soalan kelazimannya terdapat 10 isi.
    iii.        Bukan semua isi tersurat harus ditulis kembali oleh pelajar. Pelajar hanya disarankan agar
menulis maksimum tujuh isi tersurat.
    iv.        Isi-isi tersurat boleh dikenal pasti dengan menandai atau menggarisi ataupun membuat
blok menggunakan pen berwarna.
     v.        Pelajar digalakkan menulis isi tersurat dengan menyusun mengikut tertib dengan
menggunakan ayat yang gramatis dan lengkap.
    vi.        Pelajar digalakkan menggabungkan isi-isi tersurat dengan menggunakan kata hubung atau
penanda wacana yang sesuai seperti selain itu, sehubungan itu, dalam pada itu, dan sebagainya.
   vii.        Hal ini dikenal pasti dapat membantu pelajar untuk boleh menjimatkan bilangan patah
perkataan yang ditulis.
  viii.        Pelajar boleh menyalin semula ayat sama ada mengikut baris ataupun menyalin sebahagian
ayat di dalam petikan tetapi pelajar dilarang menyalin bulat-bulat daripada petikan.
    ix.        Pelajar hendaklah memastikan isi-isi yang ditulis memenuhi arahan atau kata kunci dalam
soalan.

Menulis Isi-isi Tersirat


      i.        Pelajar digalakkan membina isi-isi tersirat berdasarkan arahan atau kata kunci kedua dalam
soalan.
     ii.        Pelajar perlu mematuhi arahan soalan iaitu isi tersirat merupakan isi yang tidak terdapat di
dalam petikan yang diberi.
    iii.        Sekiranya pelajar menulis isi tersirat berdasarkan petikan, tiada markah untuk isi tersebut.
    iv.        Pelajar boleh mengemukakan dua, tiga atau empat isi tersirat tetapi sekurang-kurangnya
tiga isi tersirat.
     v.        Pelajar digalakkan mengolah ayat dengan menggunakan ayat sendiri dengan syarat ayat
tersebut hendaklah gramatis dan lengkap.
    vi.        Pelajar digalakkan menggabungkan isi-isi tersurat dengan menggunakan kata hubung atau
penanda wacana yang sesuai seperti selain itu, sehubungan itu, dalam pada itu dan sebagainya.
   vii.        Pelajar hendaklah memastikan isi-isi yang ditulis memenuhi arahan atau kata kunci dalam
soalan.

Penutup (Kesimpulan)
      i.        Pelajar disarankan supaya menulis ayat penutup sebagai kesimpulan dalam rumusan.
     ii.        Pelajar disarankan supaya menulis ayat penutup ini dalam bentuk dua bahagian iaitu:
a) Ayat berbentuk cadangan
b) Ayat berbenuk harapan
    iii.        Pelajar dikehendaki menulis ayat berbentuk cadangan dengan menyatakan kesan, akibat,
atau implikasi kepada tema petikan.
    iv.        Seterusnya, pelajar hendaklah menyatakan ayat berbentuk harapan dengan menggunakan
kata hubung supaya atau agar sebagai pelengkap kepada ayat penutup tersebut.
     v.        Formula kesimpulan iaitu:

Tema petikan + Ayat berbentuk cadangan (supaya/agar) Ayat berbentuk harapan.

Pemerengganan dalam Rumusan

Dari segi binaan pemerengganan, pelajar bebas menulis rumusan sama ada menulisnya dalam satu,
dua, tiga ataupun empat perenggan.

INGAT! Dalam penulisan pemerengganan rumusan, tidak ada satu format khusus tentang bilangan
pemerengganan kerana hal ini tidak menjejaskan markah pelajar. Namun, sewajarnya pelajar
mampu mengemukakan rumusan dalam persembahan yang berkesan.

Namun demikian, pelajar digalakkan supaya menulis rumusan dalam empat perenggan seperti
cadangan berikut :
a) Pemerengganan 1 – Pendahuluan
b) Pemerengganan 2 – Isi-isi tersurat
c) Pemerengganan 3 – Isi-isi tersirat (T)
d) Pemerengganan 4 – Penutup (Kesimpulan)
Panduan Mengira Perkataan dalam Rumusan

Pelajar digalakkan supaya mengingati panduan mengira perkataan dalam rumusan, perkataan yang
dikira sebagai satu perkataan seperti berikut :

a) Tarikh

b) Gelaran

c) Nama khas

d) Perkataan berulang (kata ganda)

e) Penggunaan kata depan ‘di’ dan ‘ke’

f) Angka yang ditulis dalam bentuk nombor atau perkataan

Pemarkahan dalam Rumusan


1.     Bahagian ini memperuntukkan 30 markah iaitu:

 Isi 20 markah

 Bahasa 10 markah

2.     Pembahagian markah mengikut bahagian ialah:


Pengenalan 2 markah
Isi tersurat (S) 1 isi : 2 markah
Isi tersirat (T) 1 isi : 2 markah
Penutup/Kesimpulan 2 markah

3.     Dalam rumusan, pelajar harus mengemukakan 10 isi untuk mendapat markah penuh isi iaitu 20
markah.

4.     Dalam aspek bahasa, markah diperuntukkan 10 markah. Pemberian markah bergantung kepada
jumlah markah yang isi yang diperoleh.

5.     Sekiranya pelajar memperoleh markah isi sebanyak 20 markah, markah maksimum aspek
bahasa selayaknya 10 markah.

6.     INGAT! Pelajar tidak semestinya memperoleh separuh daripada markah isi secara automatik.

7.     Hal ini perlu ditentukan setelah pemeriksa berpuas hati dengan jawapan pelajar. Aspek bahasa
seperti pengolahan bahasa, penggunaan istilah dan kosa kata, tanda baca dan sebagainya akan
diteliti sebelum markah untuk bahagian bahasa diberikan.

8.     Dalam markah bahasa, sekiranya pelajar menulis rumusan dengan menggunakan bahasa seperti
pengolahan bahasa, penggunaan istilah dan kosa kata yang baik, tepat, dan lancar dan tidak terdapat
kesalahan bahasa dan tanda baca, pelajar layak mendapat markah tambahan untuk aspek bahasa
sebanyak 1 markah.

9.     Sekiranya pelajar berbuat sebaliknya, 1 markah akan ditolak daripada keseluruhan markah
bahasa yang diperuntukkan.

10.  Sehubungan itu, pelajar harus ingat bahawa penilaian dalam rumusan bukan sahaja dinilai dari
aspek isi-isi yang dikemukakan oleh pelajar.

11.  Pelajar harus mengetahui bahawa aspek bahasa seperti penggunaan istilah dan kosa kata ayat
untuk memperlihatkan pertauatan idea atau wacana yang sesuai dan idea yang mengikut urutan dan
sebagainya amat dititikberatkan oleh pemeriksa.

12.  Pelajar harus mematuhi bilangan perkataan yang dibenarkan hanyalah 120 patah perkataan. Isi
atau kesimpulan yang ditulis selepas itu tidak akan dinilai.

13.  Sekiranya pelajar menulis rumusan tidak mencukupi bilangan yang diarahkan iaitu 120 patah
perkataan atau kurang daripada itu, markah tidak ditolak.

Aspek Kelemahan Pelajar dalam Penulisan Rumusan

1.     Pelajar dikenal pasti menulis semula arahan atau kata kunci soalan tanpa menukarkannya
dengan perkataan lain yang bermaksud sama(sinonim).

2.     Semasa menulis isi tersurat, didapati pelajar menulis isi yang tidak tepat dengan arahan atau
kata kunci pertama di dalam petikan.

3.     Pelajar menulis isi tersurat berulang-ulang.

4.     Pelajar bukannya menulis fakta tetapi menjadikan contoh atupun huraian sebagai isi tersurat.

5.     Semasa menulis isi tersirat, didapati pelajar menulis isi yang tidak tepat dengan dengan arahan
atau kata kunci kedua dalam petikan.

6.     Pelajar boleh mengenal pasti isi tersirat berdasarkan isi tersurat yang disenaraikan dengan
syarat mematuhi arahan atau kata kunci kedua di dalam petikan.

7.     Pelajar tidak menulis kedua-dua bahagian yang dikehendaki dalam kesimpulan (ayat berbentuk
cadangan dan ayat berbentuk harapan.

8.     Pelajar menulis kesimpulan dalam rumusan dengan membina dua ayat ataupun lebih ayat.

9.     Pelajar menyalin ayat bulat-bulat daripada petikan.


10.  Menulis rumusan dengan menggunakan ayat yang tidak gramatis, ayat tergantung, ayat tidak
lengkap dan sebagainya.

11.  Menulis rumusan melebihi 120 patah perkataan.


(Sumber daripada blog :http://azwiraariwana.blogspot.com/p/strategi-menjawab-1.html)

POWERED BY  Create your own unique website with customizable


templates.Get StartedLATIHAN 1 (Rumusan)
Bahan 1- Petikan
Baca petikan dan bahan grafik dengan teliti, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan
dan bahan grafik.

Permainan tradisional merupakan permainan yang dicipta oleh masyarakat tradisional,


iaitu merujuk permainan budaya yang sudah diamalkan oleh masyarakat itu untuk satu
tempoh yang tertentu. Permainan tradisional ini juga sebagai pelengkap alam kanak-kanak
pada masa silam untuk berkongsi keriangan dan kegembiraan.

Permainan tradisional ini dapat meningkatkan daya kreativiti dan memupuk semangat
berpasukan. Tanpa melihat warna kulit mahupun agama, permainan tradisional dilihat
sebagai permainan rakyat yang dapat menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni.
Kini, kerajaan sudah pun menjadikan permainan tradisional sebagai platform untuk
menarik kedatangan pelancong asing ke negara kita. Yang di luar jangkaan, pelancong
asing berasa teruja dan takjub dengan warisan bangsa kita dan sanggup tinggal lebih lama
di sini hanya untuk mempelajari permainan tradisional kerana pelancong sedar akan
peribahasa “sambil menyelam, minum air”. Hal ini sekali gus menjana pendapatan negara
melalui industri pelancongan yang semakin meningkat.

Dipetik dan diubah suai daripada   “Melestarikan Permainan Tradisional Warisan Negara‟ oleh
Samat Buang

 
Bahan 2- Grafik

Sumber :www-permainan-tradisional.html

PENDAHULUAN
Rumusan membincangkan kebaikan dan usaha mempopularkan permainan tradisional.

BAHAN 1(TEKS)
FOKUS 1
Kelebihan/
FOKUS 2
keistimewaan/
Usaha-usaha/cara-cara/langkah-langkah melestarikan permainan
kepentingan
tradisional
permainan
tradisional
1. meningkatkan 1. Pihak sekolah dengan menubuhkan kelab permainan tradisional dalam
daya kreativiti aktiviti kokurikulum.
2. memupuk 2. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut memperuntukkan seni,
semangat
berpasukan warisan dan budaya dalam aktiviti kokurikulum
3. menarik
kedatangan
3. penyebaran maklumat tentang permainan tradisional kepada masyarakat
pelancong asing
4. menjana perlu dilakukan melalui media massa.
pendapatan negara
4. Peranan Jabatan Warisan Negara juga penting dalam usaha
memartabatkan permainan tradisional dengan lebih kerap menganjurkan
festival, pertandingan dan kempen bagi mengetengahkan permainan
tradisional

BAHAN 2(GRAFIK)

FOKUS 1
Kelebihan/
keistimewaan/ FOKUS 2
kepentingan Usaha-usaha melestarikan permainan tradisional
permainan
tradisional
1. Sebagai hiburan
2. Mengisi masa lapang
-TIADA-
3. Warisan budaya
4. Produk Pelancongan
 

PENUTUP

Kesimpulannya, semua pihak perlu berusaha melestarikan permainan tradisional agar permainan
ini dapat diwarisi kepada generasi akan datang.

RUMUSAN LENGKAP

Rumusan membincangkan kebaikan dan usaha mempopularkan permainan tradisional.

Kebaikan permainan tradisinal ialah ……………………………… dan


……………………………. Selain itu, ……………………………… Di samping itu,
……………………………… Kebaikan seterusnya, ………………………………

Usaha mempopularkan permainan tradisional ialah ……………………………… Selain itu  


……………………………… Akhir sekali ………………………………

Kesimpulannya,……………………………… haruslah ……………………………… agar


………………………………
 

Fokus 1 (Perenggan Ke-2)


Kebaikan permainan tradisional

Fokus 2 (Perenggan Ke-3)


Langkah mempopularkan permainan tradisional

*******

Cara menjawab rumusan Bahasa Melayu SPM seperti di atas (bentuk grafik).

Anda mungkin juga menyukai