Anda di halaman 1dari 13

Kursus Orientasi Jurulatih Utama Bahasa Melayu

Tingkatan Tiga Tahun 2004


Kemahiran Membaca

TAJUK

GAYA HIDUP SIHAT

FOKUS UTAMA

7.7 Memahami laras bahasa bagi pelbagai bahan untuk memperoleh maklumat.
Aras 3 iii. Merumuskan dan mengulas bahan dalam pelbagai laras bahasa.

FOKUS SAMPINGAN

8.4 Mengolah maklumat secara koheren untuk tujuan tertentu.


Aras 1 iii: Memindahkan maklumat kepada pelbagai bentuk.
7.2 Memahami dan menyatakan maksud perkataan sukar berdasarkan kontek.
Aras 1 iii. Mentafsirkan dan menghuraikan maksud kata, rangkai kata, istilah,
peribahasa, ayat dan perenggan.
7.5 Memahami dan meneliti maksud tersurat dan tersirat sesuatu bahan.
Aras 3 iii.Menaakul maksud tersurat dan tersirat pelbagai aras
7.4 Membaca pantas secara imbasan dan luncuran untuk membuat rujukan pelbagai bahan bercetak dan
bahan elektronik.
Aras 2 ii. Membaca pantas secara imbasan dan luncuran untuk mendapat maklumat yang khusus.

OBJEKTIF

Pada akhir pelajaran, murid dapat:


1. Mencatat idea utama dalam rencana dengan menggunakan teknik PQRST
2. Menyenaraikan isi penting dan merumuskan rencana laras sains kesihatan yang dibaca.
3. Memparafrasa pernyataan yang dibaca dengan tepat.
4. Menghuraikan makna kata dan istilah dengan tepat.

SISTEM BAHASA
1. Tatabahasa: Binaan ayat - subjek dan predikat
2. Kosa kata:
Disediakan oleh guru: Riadah, rekreasi, diet
Dalam teks: Kolesterol, risiko, konorari, kardiovaskular, obesiti, diabetes, nikotin, lipoprotein
PENGISIAN KURIKULUM
1. Ilmu: Sains kesihatan
2. Nilai: Kebersihan
3. KBT:
Kemahiran berfikir meramal, membina hipotesis
BCB Metakognisi, memparafrasa, bacaan pantas dan intensif, membina peta minda

Kursus Orientasi Jurulatih Utama Bahasa Melayu


Tingkatan Tiga Tahun 2004
Kemahiran Membaca

Konstruktivisme

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


1.

Penilaian Formatif

Bahan:
Rencana akhbar Motivasi diri pengawal penyakit
terbaik (Lampiran A)

Membaca dengan menggunakan strategi metakognisi untuk


mendapatkan idea utama dan isi penting
a. Murid diminta membaca tajuk dan subtajuk, kemudian bertanya
kepada diri sendiri dan mencatat ramalan mereka tentang
kandungan rencana Motivasi diri pengawal penyakit terbaik
(Lampiran A). Catat pada ruang atas borang PQRST. (Lampiran B)

Penilaian kendiri
Semua ramalan
diterima

b. Murid bertukar pandangan dengan rakan tentang ramalan


kandungan rencana.

Penyerapan kemahiran berfikir: Meramal


Nota: Bertanya kepada diri sendiri dan meramal
ialah proses metakognitif sebagai persediaan
mental dan pembelajaran secara sedar/bermakna
Teknik/Kaedah
Strategi metakognisi
Teknik bacaan pantas secara luncuran dan
imbasan
Fikir-berpasangan-kongsi

c. Murid diminta membaca secara luncuran selama 3 minit dan


mencatatkan idea utama rencana dalam ruang P borang PQRST.
(Lampiran B). Fokus pada para pendahuluan dan kesimpulan.
d. Murid diminta membaca secara imbasan subtopik selama 30 saat
dan membina 5 soalan berdasarkan subtopik dalam ruang Q
borang PQRST.

Catatan

Bahan: Borang PQRST (Lampiran B)


Penilaian guru dan
murid

P
Q
(Previu) (Soal)

R
(Baca)

S
(Ringkas)

T
(Uji)

e. Sekali lagi murid berbincang dan membandingkan soalan dibina


dengan dua orang rakan lain. Melalui perbandingan, baiki soalan
jika kurang baik.
f.

Minta murid baca sekali dengan teliti. Sambil membaca, ingat


soalan yang dibina dan berikan jawapan bagi soalan dalam ruang
R.

Penilaian/tindakan
susulan kendiri

Teknik: Bacaan intensif


Berbalik/melambatkan bacaan bagi bahagian
yang sukar/kabur
Membuat refleksi semasa membaca, kaitkan
ayat dengan pengetahuan sedia ada

Kursus Orientasi Jurulatih Utama Bahasa Melayu


Tingkatan Tiga Tahun 2004
Kemahiran Membaca

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian Formatif

g. Murid diminta dalam masa 3 minit menggarisi dan meringkaskan isi


penting rencana dan catatkan dalam ruang S borang PQRST. Minta
juga murid berfikir lantang (think aloud) dan bertanya kepada diri
sendiri tentang ketepatan isi penting.

Teknik:
Berfikir lantang dan refleksi

i.

Minta murid membuat perbandingan hasilan mereka dengan dua


orang rakan lain untuk penambahbaikan. Kemudian, beberapa murid
menyebut hasilan mereka kepada kelas.

Langkah a-i bagi


Objektif 1
HP: 7.7 A3 iii. (FU)

j.

Secara individu murid diminta melakarkan peta minda yang sesuai bagi
tajuk Ciri gaya hidup yang sihat yang memasukkan sebanyak mungkin
konsep kesihatan yang relevan disaring dalam teks.

Uji dan penilaian


kendiri dan
berpasangan

2. Membaca, menaakul dan memparafrasa pernyataan


a. Murid diminta membaca pernyataan yang dipaparkan
satu persatu dan mengimbas dan menggarisinya dalam teks dengan

Catatan
Strategi metakognisi (memantau dan
menyemak cara menentukan
isi penting.

h. Murid menguji kendiri dengan mengingat semula bahan yang dibaca


dengan mencatat sebanyak mungkin maklumat dalam ruang T
borang PQRST. Semak balas rumusan yang telah dibuat sama ada
idea utama yang dibina bertepatan dengan jawapan dan rumusan.

k. Bandingkan peta minda yang dihasilkan. Minta murid yang


menghasilkan peta minda yang kurang relevan menjelaskan dan
mempertahankan hasilan mereka. Minta murid membuat
pengubahsuaian.

Terus membaca dan buat tekaan makna

Objektif 2
HP 8.4 A1 iii. serta
mengukuhkan
kemahiran dalamn
HP Fokus utama
Pengukuhan
kemahiran bacaan
luncuran untuk
mencapai

BCB: Peta minda Ciri-ciri gaya hidup yang


sihat
Guru menunjukkan beberapa contoh peta
minda lain yang baik.
Nota:
Maksud menaakul - membuat pertimbangan
secara logik

Kursus Orientasi Jurulatih Utama Bahasa Melayu


Tingkatan Tiga Tahun 2004
Kemahiran Membaca

pantas. Tunjukkan kepada rakan di sebelah apabila selesai menggarisi


pernyataan.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

HP 7.4 A2 ii.
Penilaian Formatif

Teknik
BCB: Teknik memparafrasa

b. Guru dan murid bersama-sama memparafrasa pernyataan 1.


Kemudian, secara individu murid memparafrasa pernyataan lain yang
berikut:
Ini ekoran daripada amalan hidup yang kurang sihat seperti makan
berlebihan, dan tidak simbang yang tidak dikuti dengan aktiviti
senaman.
c. Murid dan guru membincangkan cara memparafrasa Kemudian, secara
berpasangan, murid menukarkan pernyataan (Lampiran C1: LPG
Parafrasa) menggunakan perkataan sendiri tanpa mengubah maksud:

Nota:
Apakah parafrasa?
Pernyataan semula teks asal menggunakan
perkataan sendiri.

Penilaian rakan dan


guru

Bila memparafrasa?
Apabila idea asal yang ditekankan dan
bahasa teks asal sukar difahami.
Bagaimana memparafrasa?
- Baca semula ayat
- Kekalkan idea asal/penting
- Cari sinonim kata tertentu
- Susun semula ayat agar idea jelas.

Penilaian bertulis

Bahan:
Lampiran C1: LPG -Latihan parafrasa
Lampiran C2: LPG -Jawapan parafrasa

i. Mencegah penyakit ataupun masalah seseorang tidak dapat

menolak peningkatan risiko yang ada jika berkaitan dengan sejarah


keluarga.
ii. Tidak ada cara terbaik untuk memiliki kehidupan yang sihat selain
kesedaran tentang kesihatan, serta kekuatan untuk mencapai dan
mengekalkannya.
iii. Oleh sebab berkait antara satu sama lain, pencegahan mahupun
pengawalan lebih mudah diambil terutama bagi mereka yang
berisiko tinggi.
d. Dalam kumpulan bertiga, murid membandingkan jawapan, diikuti
dengan perbincangan kelas. Bandingkan ketepatan jawapan
yang terbaik dan yang lemah; jika perlu berikan rasionalnya.
e. Secara individu murid diminta memparafrasa dua ayat lagi:
i. Penyakit ini tidak mustahil berulang jika pesakit tidak berpantang
daripada mengambil makanan yang tinggi lemak dan gula.
ii. Hal yang menentukan penyakit tersebut mampu dikawal
dikurangkan, atau sebaliknya ialah pemantauan diri sendiri

Catatan

HP: 7.5 A3 i.
Penilaian diri, dan

Kursus Orientasi Jurulatih Utama Bahasa Melayu


Tingkatan Tiga Tahun 2004
Kemahiran Membaca

secara berterusan.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
f.

rakan sebaya
Penilaian Formatif

Guru memaparkan jawapan yang betul dan murid menyemak jawapan


sendiri. Jawapan lain yang betul diterima..

g. Guru dan murid membincangkan ketepatan nahu ayat dalam ringkasan,


sama ada gramatis atau sebaliknya. Minta murid mengulas dan
membetulkan ayat sendiri dan ayat rakan.

Penyerapan tatabahasa: Sintaksis


Aspek subjek-predikat

4. Membina pembayang dan menyelesaikan teka silang kata


bertemakan gaya hidup sihat dengan merujuk atau tanpa kamus

Penyerapan kata umum dan istilah

a. Secara individu, murid menyelesaikan teka silang kata masing-masing


dalam masa 5 minit. (Lampiran D1)
b. Murid bertukar-tukar jawapan dan menyemaknya berdasarkan
perbincangan.
c. Dalam kumpulan bertiga, murid menyediakan pembayang teka silang
kata set D2 (Lampiran D2)
d. Paparkan jawapan (Lampiran D3). Minta kelas memberikan komen
tentang mutu dan bahasa pembayang. Catatkan pembayang yang baik
menggunakan transparensi/powerpoint.
e. Guru memaparkan ayat daripada teks rencana dan meminta murid
menganalisis subjek dan predikat ayat. Paparkan ayat tergantung dan
minta murid menjelaskan sebab ayat tidak gramatis dan
membetulkannya.
f.

Catatan

Murid diminta membina ayat yang gramatis menggunakan lima istilah


dan perkataan dalam jawapan teka silang kata. Murid dan guru

Lampiran D1, D2, dan D3


Teknik
Membaca imbasan dan luncuran
Penilaian rakan.
Murid boleh juga
menyemak jawapan
sendiri.
Minta murid tambah
dua klu sebagai
pengukuhan.

Penilaian guru dan


rakan sebaya

Nota: Penyerapan konstruktivisme


E: Engage - Cabaran menjawab teka silang kata
E: Explore - Mencipta pembayang menggalakkan
murid meneroka dan bereksperiman
tentang konsep, makna dan istilah
E: Explain - Menerangkan/menakrifkan konsep
dan maksud dan mempersolkan
kejituan penerangan
E:Elaborate - Mengaitkan pembayang dengan
konsep yang dipelajari dalam
Sains/ kemahiran bahasa/kehidupan
E: Evaluate - Perbincangan kelas dapat
membantu murid menilai mutu
hasilan (pembayang)

Kursus Orientasi Jurulatih Utama Bahasa Melayu


Tingkatan Tiga Tahun 2004
Kemahiran Membaca

membincangkan ketepatan ayat dari penggunaan kata dan istilah serta


subjek dan predikatnya.

Penyerapan tatabahasa dan kosa kata


LAMPIRAN A: RENCANA

Motivasi diri
Pengawal penyakit terbaik
Seiring dengan pembangunan negara
serta perkembangan ekonomi yang
pesat, kemakmuran yang dinikmati
secara
tidak
disedari
turut
meningkatkan
masalah
penyakit
seperti jantung, diabetes dan obesiti
di kalangan orang ramai. Ini ekoran
daripada amalan hidup yang kurang
sihat seperti makan berlebihan dan
tidak simbang, yang tidak dikuti
dengan
aktiviti
senaman
serta
mengalami tekanan emosi.

Malaysia yang menghidap penyakit


tersebut dianggarkan
mencecah
kepada 20 hingga 30 peratus. Begitu
juga dengan obesiti iaitu hanya 2
peratus penduduk
menghadapi
masalah berkenaan pada 1960-an
berbanding data terkini iaitu 6.5
peratus. Hampir 30 peratus kematian
di Malaysia disebabkan penyakit
kardiovaskular seperti penyakit jantung
konorari dan angin ahmar atau strok.

Peningkatan kes

Pensyarah dan perunding Kardiologis


di Hospital Universiti Kebangsaan
Malaysia (HUKM) Dr. Tamil Selvan
Mutuhsamy berkata, Penyakit jantung,
diabetes dan obesiti hanya mampu
dicegah dan dikawal dan
melalui
motivasi yang tinggi.
Mencegah
penyakit ataupun masalah seseorang
tidak
dapat menolak peningkatan
risiko yang ada jika berkaitan dengan
sejarah keluarga.
Walau sehebat

Berdasarkan statistik, sekitar 1960-an


jumlah mereka yang menghidap
diabetes agak rendah iaitu antara 1.5
hingga 2.5 peratus sahaja daripada
jumlah penduduk. Bagaimanapun,
angka tersebut meningkat pada tahun
1983 sehingga 1986 kepada 3.9
hingga 6.6 peratus. Malahan dalam
satu
atau dua dekad lagi, rakyat

Mengambil berat

mana pun doktor yang merawat atau


secanggih mana
teknologi yang
digunakan penyakit ini
tidak akan
menunjukkan perubahan jika pesakit
sendiri tidak mengambil berat.Doktor
mampu memberikan
panduan dan
ubat-ubatan untuk penyakit berkenaan
jika mereka datang mendapatkan
rawatan.
Namun yang menentukan
penyakit
tersebut mampu dikawal
dikurangkan, atau sebaliknya ialah
pemantauan diri sendiri
secara
berterusan. Beliau berkata demikian
dalam bengkel
Latihan Kesihatan
Untuk Media
Tentang Kesihatan
Penyakit Jantung-Pembunuh Utama,
di Petaling Jaya
baru-baru ini.
Menurut Selvan, untuk mengubati
penyakit
seorang tiada boleh
bergantung pada rawatan dan
pemantauan doktor semata-mata. Ini
kerana
mereka tidak mampu
mengawal amalan cara hidup yang
dijalani pesakit di rumah seperti

Kursus Orientasi Jurulatih Utama Bahasa Melayu


Tingkatan Tiga Tahun 2004
Kemahiran Membaca

pengambilan makanan
yang tidak
bersesuaian dan sebagainya.
Mencegah dan mengawal
Bagaimanapun,
pelbagai
langkah
pencegahan
boleh diambil seperti
lebih mengambil
berat tentang
kesihatan serta menjauhi amalan yang
menjadi pemangkin kepada masalah
tersebut.
Amalan pemakanan dan cara hidup
yang tidak sihat menyebabkan obesiti.
Malahan
ini pula mengundang
diabetes yang merupakan
faktor
utama penyakit jantung.
Penyakit
yang kronik memerlukan rawatan yang
agresif iaitu pesakit sendiri perlu
bertindak seperti mengambil ubat
secara
teratur,
bersenam
dan
sebagainya. Sebagai contoh penyakit
jantung seperti arteri koronari boleh
dikawal
dengan
pembedahan
pintasan jantung. Namun, penyakit
tidak mustahil berulang jika pesakit
tidak berpantang daripada mengambil
makanan yang tinggi lemak dan gula.
Apatah lagi masalah diabetes yang
hanya boleh dikawal dan tidak boleh
disembuhkan.
Jelas Selvan, oleh
sebab
berkait antara satu sama
lain,
pencegahan
mahupun

pengawalan
lebih mudah diambil
terutama bagi mereka yang berisiko
tinggi. Rawatan permulaan
ialah
membuat pemeriksaan
kesihatan
untuk
mengesan penyakit
dari
peringkat awal.

ubat-ubatan yang boleh menjejaskan


kesihatan harus dielakkan. Pergaulan
bebas tanpa batasan agama dan moral
boleh membibitkan jangkitan penyakit
seksual
serta berlawanan dengan
prinsip gaya hidup sihat.

Gaya hidup

Amalan pemakanan

Memandangkan penyakit jantung dan


diabetes tidak berkembang dalam
masa yang singkat, maka penyakit ini
boleh dirawat dengan lebih mudah
jika belum sampai di tahap serius.
katanya.
Langkah
tersebut perlu
dikuti dengan menjauhi
amalan
berisiko
seperti merokok
serta
mengamalkan gaya hidup sihat seperti
bersenam secara teratur
mengikut
keperluan dan kemampuan. Rokok
mengandungi
bahan kimia yang
berbahaya seperti tar, nikotin dan
karbon monoksida. Menghisap rokok
meningkatkan risiko penyakit barah
paru-paru dan jantung konorari. Aktiviti
senamrobik, berjoging dan berenang
meningkatkan bekalan oksigen kepada
kulit dan otot dan menambah tahap
lippprotein berkepadatan tinggi iaitu
lemak pembawa kolesterol yang baik
untuk jantung, justeru menguatkan
otot jantung serta meningkatkan
kecergasan dan daya tahan badan.
Pada masa yang sama, pengambilan

Amalan pemakanan yang baik ialah


mengurangkan
pengambilan
karbohidrat
serta makanan
yang
berkalori dan kolesterol tinggi.
Masalah yang dihadapi oleh rakyat
Malaysia bukan jenis makanan yang
ada, tetapi amalan makanan yang
silap
dengan mengambil lebih
karbohidrat seperti nasi, mi, roti canai
berbanding dengan protein.Dalam
masa yang sama, kita kurang
melakukan senaman untuk membakar
kalori
tersebut
yang
akhirnya
mengundang
obesiti, diabetes dan
penyakit jantung dan sebagainya. Ini
menunjukkan bahawa kebanyakan
masyarakat hari ini
bukan sahaja
tidak berusaha
mencegah malah
hanya mengetahui mereka menghidap
penyakit tersebut apabila
berada
di tahap
serius.
Sehubungan
dengan itu, tambah Selvan, tidak ada
cara terbaik untuk memiliki kehidupan
yang sihat selain kesedaran tentang

Kursus Orientasi Jurulatih Utama Bahasa Melayu


Tingkatan Tiga Tahun 2004
Kemahiran Membaca

kesihatan, serta kekuatan untuk


mencapai dan mengekalkannya.

Diubahsuaikan daripada rencana


Utusan Malaysia, Selasa 3 Jun 2003
hlm. 5
LAMPIRAN B: BORANG PQRST

Ramalan sebelum bacaan: ________________________________________________________________________________


P (PREBIU)
Idea utama
berdasarkan tajuk
dan subtajuk

Q (SOAL)
Mengemukakan soalan
berdasarkan subtajuk

R (BACA)
Baca dan mencari jawapan
bagi soalan

S (RUMUS)
Mencatatkan isi penting
Bagi rencana

T (UJI)
Menyoal dan
menjawab kendiri

Kursus Orientasi Jurulatih Utama Bahasa Melayu


Tingkatan Tiga Tahun 2004
Kemahiran Membaca

Lampiran C1: BORANG LATIHAN PARAFRASA


Pernyataan Asal
1.

Ini ekoran daripada amalan hidup yang kurang sihat


seperti makan berlebihan dan tidak simbang, yang tidak
dikuti dengan aktiviti senaman serta mengalami tekanan
emosi.

2.

Mencegah penyakit ataupun masalah seseorang tidak


dapat menolak peningkatan risiko yang ada jika berkaitan
dengan sejarah keluarga.

3.

Tidak ada cara terbaik untuk memiliki kehidupan yang


sihat selain kesedaran tentang kesihatan, serta kekuatan
untuk mencapai dan mengekalkannya.

4.

Oleh sebab berkait antara satu sama lain, pencegahan


mahupun pengawalan lebih mudah diambil terutama
bagi mereka yang berisiko tinggi.

5.

Penyakit ini tidak mustahil berulang jika pesakit tidak


berpantang daripada mengambil makanan yang tinggi
lemak dan gula.

6.

Pernyataan parafrasa

Seseorang berisiko tinggi mendapat penyakit


kerana faktor keturunan.

Hal yang menentukan penyakit tersebut mampu dikawal,


dikurangkan, atau sebaliknya ialah pemantauan diri
sendiri secara berterusan

Kursus Orientasi Jurulatih Utama Bahasa Melayu


Tingkatan Tiga Tahun 2004
Kemahiran Membaca

LAMPIRAN C2: JAWAPAN LATIHAN PARAFRASA


Aktiviti menaakul maksud dan memparafrasa pernyataan
Pernyataan Asal

Pernyataan Parafrasa

1.

Ini ekoran daripada amalan hidup yang kurang sihat


seperti makan berlebihan dan tidak simbang, yang tidak
dikuti dengan aktiviti senaman serta mengalami tekanan
emosi.

Hal ini berpunca daripada amalan hidup yang kurang sihat


seperti makan berlebihan dan tidak seimbang, tidak bersenam dan
mengalami tekanan emosi.

2.

Mencegah penyakit ataupun masalah seseorang tidak Pencegahan tidak dapat mengelakkan peningkatan risiko
dapat menolak peningkatan risiko yang ada jika berkaitan serangan penyakit sekiranya pesakit ada sejarah
dengan sejarah keluarga.
penghidapan dalam keluarga.
Risiko diserang penyakit sukar dicegah sekiranya berkaitan
dengan sejarah keluarga.

3.

Tidak ada cara terbaik untuk memiliki kehidupan yang


sihat selain kesedaran tentang kesihatan, serta kekuatan
untuk mencapai dan mengekalkannya.

Cara yang terbaik ke arah kehidupan yang sihat ialah memiliki


kesedaran tentang kesihatan dan berusaha mencapai dan
mengekalkannya.

4.

Oleh sebab berkait antara satu sama lain, pencegahan


mahupun pengawalan lebih mudah diambil terutama
bagi mereka yang berisiko tinggi.

Cara yang mudah bagi individu yang berisiko tinggi ialah


melalui pengawalan dan pencegahan.

5.

Penyakit ini tidak mustahil berulang jika pesakit tidak Jika tidak berpantang daripada makan makanan yang tinggi kadar
berpantang daripada mengambil makanan yang tinggi lemak dan gula, penyakit mungkin berulang.
lemak dan gula.

10

Kursus Orientasi Jurulatih Utama Bahasa Melayu


Tingkatan Tiga Tahun 2004
Kemahiran Membaca

6.

Hal yang menentukan penyakit tersebut mampu dikawal,


dikurangkan, atau sebaliknya ialah pemantauan diri
sendiri secara berterusan

Pemantauan kendiri secara berterusan menentukan sama ada


penyakit dapat dikawal atau sebaliknya.

LAMPIRAN D1 :TEKA SILANG KATA


4

E
2

Melintang
1. Satu daripada bahan kimia bahaya dalam rokok
2. Hal yang berkaitan dengan jantung dan
pembuluh darah
3. Bentuk pergaulan yang negatif
4 Jarang dapat dilakukan jika tiada waktu lapang
5. Darah membawanya ke seluruh badan

N
Ke bawah
1. Si putih yang membahayakan kesihatan
2. Penyakit angkara gula
3. Rugi dan bahaya yang menanti
4. Gedempong
5. Menjejaskan bentuk badan jika berlebihan

11

Kursus Orientasi Jurulatih Utama Bahasa Melayu


Tingkatan Tiga Tahun 2004
Kemahiran Membaca

LAMPIRAN D4: PEMBAYANG TEKA SILANG KATA KUMPULAN B

12

Melintang
1.
2.
3.
4
5.

Ke bawah
1.
2.
3.
4.
5.

2.

4.
5.
Kursus Orientasi Jurulatih Utama Bahasa Melayu
Tingkatan Tiga Tahun 2004
Kemahiran Membaca

LAMPIRAN D2: CONTOH KLU SILANG KATA


P

Melintang
1. Mempunyai kesan buruk kepada jantung
jika berlebihan/ Komponen asid lemak tepu
2. Kandungan ini perlu dikurangkan bagi tujuan diet
3. Unit ukuran atau nilai bagi tenaga makanan
4 Sukar untuk sembuh
5. Tidak diperlukan jika sihat

Ke bawah
1. Angin merah yang membawa penyakit; strok
2. Berlari-lari anak
3. Lakukan ini awal dan tekal untuk menjaga kesihatan
4. Pintasan dibuat apabila mengalami arteri koronari
5. Antara punca penyakit berbahaya

2.

2.
3.
4.
5.

3.
4
5.

13

Anda mungkin juga menyukai