Anda di halaman 1dari 27

Pengumpulan Data

Pengenalan
 Data merupakan suatu bentuk dapatan
yang diperolehi melalui cerapan melalui
pelbagai kaedah.
 Ia boleh bentuk yang pelbagai iaitu seperti
nilai, bukti fenomena, perkataan, gambar
dan sebagainya.
Jenis-jenis Data
 Terdapat 2 jenis data yang sering digunakan
oleh pengkaji:-
◦ Data Kuantitatif – Numerik
 Nilai-nilai data adalah bilangan atau ukuran berangka.
◦ Data boleh dalam bentuk :-
 Deskrit – Nilai yang tepat. Cth :- Bilangan anak dalam
sesebuah keluarga, bilangan buku yang dibaca dsb.
 Selanjar - tidak boleh mengambil nilai yang tepat tetapi
boleh dihampirkan kepada ukuran tertentu. Cth, berat
pelajar, tinggi pelajar, halaju kenderaan, tahap persetujuan
dsb.
Jenis-jenis Data
 Data kualitatif
◦ Merupakan data bukan numerik
◦ Nilai adalah kategori dan bukan berangka.
◦ Contoh ;pendapat tentang sesuatu isu.
Data
 Data nominal
◦ Data nominal sesuai pada data yang hanya
dapat diklasifikasikan ke dalam kategori, nama
atau label.
◦ Kategori tidak dapat disusun mengikut urutan.
◦ Dapat memberikan nilai numerik pada
kategori tapi tidak dapat melakukan operasi
matematik terhadap nilai-nilainya.
◦ Cth: male = 0 dan female = 1, budak ceria = 1
dan budak tak ceria = 2
Data
 Data Ordinal
◦ Sama seperti data nominal.
◦ Membezakan ialah data boleh disusun mengikut
urutan.
◦ Tetapi kita tidak boleh mengukur perbezaan di
antara dua data.
◦ Kita dapat memberikan nilai numerik namun tidak
dapat melakukan operasi matematik
◦ Cth:
 Pelajar-pelajar diklasifikasikan sebagai low-income, middle-income,
or high-income
 Frekuensis Pembelajaran: tidak pernah, jarang, kadang-kadang,
selalu.·
 Bagaimana penilaian anda terhadap pengajaran itu? Sangat baik,
baik, cukup, kurang.
Data
 Data Interval
◦ Data interval adalah sama spt data ordinal iaitu
data boleh disusun.
◦ Perbezaan antara data bermakna dan boleh
diukur.
◦ Cth. Senarai suhu-suhu didih bagi cecair yang
berbeza. Kita boleh tahu samada suhu didih cecair
A lebih tinggi daripada suhu didih cecair B. jika
suhu didih cecair A adalah 212darjah dan suhu
didih cecair B adalah 284 darjah , suhu didih
cecair B adalah lebih tinggi daripada suhu didih
cecair A.
◦ Nilai sifar bersifat arbitrari.(tidak menggambarkan
kosong secara mutlak)
Data
 Data nisbah
◦ Data nisbah adalah sama seperti data interval kecuali nisbah
memberi makna.
◦ Data ratio mempunyai nilai kosong secara mutlak. Nilai kosongnya
mempunyai maksud tiada kuantiti. Seseorang yang tidak bekerja
bermaksud gajinya RM 0.
◦ Cth. 4 orang dipilih secara rawak dan ditanya berapa banyak duit
yang mereka bawa sekarang. Berikut adalah hasilnya : $21, $50, $65,
and $300.
◦ Adakah data ini boleh disusun ikut urutan? Ya, $21 < $50 < $65 <
$300.
◦ Bolehkah kita mengira nisbah ? Ya sebab $0 nilai paling maksimum
yang mereka bawa.
◦ Individu yang mempunyai $300 adalah mempunyai 6 kali ganda
daripada individu yang mempunyai $50.
◦ Cth lain: umur, skor ujian, jumlah jam belajar untuk suatu ujian.
Ukuran Memusat

Nominal Ordinal Interval Ratio


Mode X X X X
Median X X X
Mean X X
Kaedah Pengumpulan Data
 Terdapat 2 kaedah pengumpulan data :-
◦ Pendekatan Kuantitatif
 Soal Selidik
 Ujian
 Senarai semak berstruktur
◦ Pendekatan Kualitatif
 Temubual
 Analisis dokumen
 Pemerhatian
Soal selidik
 Kaedah tinjauan dengan menggunakan soal
selidik merupakan kaedah yang mudah
untuk mendapatkan data daripada
responden kajian.
 Instrumen (soal selidik) yang dihasilkan
perlu mampu mengukur apa yang hendak
diukur.
 Soal selidik yang dibentuk perlu disahkan
dan ditentukan kebolehpercayaannya
untuk mendapatkan data yang berkualiti.
Soal Selidik
 Panduan membina soal selidik
◦ Bilangan item yang dihasilkan perlu
berpadanan dengan masa responden
menjawab.
◦ Item yang dihasilkan perlu relevan dengan
tujuan kajian.
◦ Item yang dihasilkan perlu merujuk kepada
konstruk dan dimensi (faktor) kajian.
◦ Item yang dihasilkan perlu mempunyai tahap
kesukaran persetujuan yang seimbang.
Kesahan dan Kebolehpercayaan
 Ciri-ciri yang penting bagi menghasilkan
sesuatu ujian adalah dari aspek kesahan
dan kebolehpercayaannya (Mohd Najib,
1997).
 Kesahan merujuk kepada “darjah
pembuktian serta teori yang menyokong
tafsiran yang diperlukan bagi kajian yang
dilaksanakan” (American Educational
Research Association, 1999).
Kesahan
 Terdapat beberapa bentuk kesahan
◦ Kesahan muka
◦ Kesahan kandungan
◦ Kesahan Konstruk
◦ Kesahan Kriteria
Kebolehpercayaan
 Kebolehpercayaan instrumen adalah suatu
nilai ukuran untuk menentukan ketekalan
skor setiap item.
 Ketekalan pula bermaksud, apabila item
diuji beberapa kali kepada sampel yang
sama atau hampir sama pada masa yang
berlainan akan memberikan dapatan yang
hampir sama (Nunnally, 1978; Wainer dan
Braun, 1988).
Kebolehpercayaan
 Kebolehpercayaan Ketekalan Dalaman
◦ Model Rasch
◦ Pekali Alpha Cronbach
 Kebolehpercayaan – Uji-ulang-uji
◦ Kestabilan skor dengan menggunakan
instrumen yang sama.
 Kebolehpercayaan antara pemeriksa
◦ Pekali Kappa
Bentuk Soal Selidik
 Soalan Tertutup
◦ Data Politomous
 Likert Scale
 Ranking
◦ Data Dikotomous
 Ujian
 Pemilihan dua jawapan (ya/tidak)
◦ Bounded (Continous)
 Semantic Scale – Guttman Scale, Tannenbaum Scale
Bentuk Soal Selidik
 Soalan Terbuka
◦ Berbentuk pendapat
◦ Data kualitatif
Temubual
 Berdasarkan Mok Soon Sang (2009),
menyatakan bahawa temu bual merupakan
sesuatu yang unik kerana melibatkan
pungutan data melalui lisan dalam
pertemuan antara dua pihak dengan
secara langsung
Tembual
 Temu bual berstruktur - temu bual yang
telah dirancang dari aspek isi kandungan
soalan dan prosedurnya
 Temu bual semi-berstruktur - penyelidik
menyoal sebilangan soalan formal dan
kemudian penyelidik juga bebas menyoal
lebih mendalam tentang jawapan
responden kepada satu soalan formal yang
telah ditanya
Temubual
 Tidak berstruktur - temu bual dijalankan
secara tidak formal dengan menggunakan
soalan terbuka. Hal ini bertujuan
meneroka idea atau perasaan partisipan.
Analisis Dokumen
 Jerry Wellington (2004) mencadangkan 10
perkara terkandung dalam dokumen
analisis penyelidikan dipilih untuk
membuat analisis.
 Cara-cara menganalisis perkara-perkara
terkandung dalam dokumen penyelidikan
ini boleh dipertimbangkan daripada
soalan-soalan berikut.
Analisis Dokumen
 Tajuk
 Abstrak
 Pengenalan
 Tinjauan Semula
 Metodologi
 Kaedah mengumpul, menganalisis
 Isi kandungan kajian
 Penilaian
 Kesimpulan
 Bahan Rujukan
Analisis Dokumen
 Bahan dan sumber yang boleh dijadikan
sebagai dokumen untuk menjalankan
analisis dan interpretasi adalah:-
◦ Jurnal dan Buku
◦ Literatur dalam kajian
◦ Laporan penyelidikan seperti kertas kerja dan
bahan ilmiah
Pemerhatian
 Melalui pemerhatian, penyelidik dapat
mengamati sesuatu tingkah laku subjek
berpandukan pemboleh ubah-pemboleh
ubah yang telah dikenal pasti.
 Menggunakan kaedah ini, penyelidik atau
pemerhati perlu memerhati sampel-
sampelnya dalam tempoh masa yang
tententu.
Jenis-jenis Pemerhatian
 Pemerhatian Peserta
◦ Pemerhati menjadi seorang daripada ahli dalam
kumpulan yang hendak diperhati dan pada masa
yang sama ia membuat pemerhatian.
 Pemerhatian Bukan Peserta
◦ Pemerhati memilih tempat yang sesuai untuk
membuat pemerhatian.
◦ Tempat pemerhatian mestilah memberi peluang
semaksimum mungkin kepada pemerhati untuk
membuat .pemerhatian secara teliti terhadap
segala gerak geri ahli kumpulan atau individu yang
diperhati
Data Pemerhatian
 Pemerhatian Berstruktur
◦ Menggunakan senarai semak
◦ Data kuantitatif
 Pemerhatian Tidak berstruktur
◦ Menggunakan pengalaman pengkaji sendiri
◦ Data kualitatif

Anda mungkin juga menyukai