Anda di halaman 1dari 8

BAB 5

LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL DALAM MEMPERCEPATKAN PROSES PENGELUARAN SIJIL LAYAK MENDUDUKI.

5.1

Pengenalan

Beberapa kaedah telah dicadangkan bagi mempercepatkan pengeluaran Sijil Layak Menduduki ini selain dari cadangan pemansuhan pengeluaran Sijil Layak Menduduki. Cadangan ini dibuat setelah mengambilkira masalah-masalah yang dihadapi terutamanya di peringkat pemaju perumahan (7). Cadangan ini dibuat bagi penambahbaikan terhadap sistem dan proses pembinaan sediada. Antara cadangan adalah seperti;

71

5.1.1

Kaedah Pengawalan Dan Pemantauan Projek

Pengawalan dan pemantauan projek adalah penting kerana ia akan menunjukkan projek berjalan dengan lancar atau sebaliknya. Pemantauan kemajuan kerja sebenarnya adalah perbandingan di antara kemajuan sebenar dengan kemajuan yang dirancangkan. Kaedah-kaedah perancangan yang telah dibincangkan terlebih dahulu adalah beberapa kaedah yang digunakan bagi tujuan pengawalan. Kemajuan kerja perlu ditunjukkan dan dibandingkan dengan yang sebenar.

Mengapa Perlu Pengawalan? i) Pengawalan diperlukan supaya projek boleh disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan dalam kontrak. ii) iii) iv) Untuk mengelakkan dari didenda. Untuk memaksimumkan keuntungan. Jika kemajuan terlalu cepat ia meningkatkan kos dan jika telalu lewat ia juga akan meningkatkan kos.

72 Pengurusan yang berkesan akan dapat mengurangkan masalah yang akan timbul seperti kelewatan, overbudget dan lain-lain. Pemantauan dan pengawalan masa projek yang berkesan dengan mengamalkan cadangan berikut; Pemantauan harian terhadap setiap aktiviti. Berbincang dengan penyelia mengenai aktiviti dan kuantiti yang perlu disiapkan berpandukan perancangan yang dipersetujui. Mengadakan jadual mesyuarat atau perbincangan secara tetap untuk meninjau kemajuan kerja, menentukan keperluan serta masalah sumber termasuk bahan, jentera dan lain-lain. Menggunakan sistem bonus atau insentif bagi meningkatkan produktiviti. Menggunakan sistem denda kepada sub kontraktor, pembekal dan lain-lain agar kerja-kerja dan bekalan sentiasa terjamin. Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman terutamanya mengenai teknologi serta kaedah pembinaan terkini.

5.1.2

Kaedah Pemantauan Kemajuan Kerja

Kaedah pemantauan kerja merupakan pengawalan terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan dan ianya mempunyai beberapa kaedah. Antara kaedah yang diamalkan ialah;

73 i) Peratus Kos Iaitu kos yang dirancangkan mengikut jadual. ii) Peratus Masa Iaitu jumlah kerja yang dilaksanakan untuk tempoh masa tertentu. iii) Peratus Kuantiti Iaitu senarai untuk kerja satu aktiviti contohnya earthwork dan lazim digunakan oleh sub kontraktor.

Kaedah (i) dan (ii) lazim digunakan manakala kaedah (iii) biasa digunakan kerja-kerja earthworks.

dalam

5.1.3 Kaedah PenggunaanTeknologi Pasang Siap

Bagi mengurangkan tempoh menunggu bagi memasuki rumah baru, perumahan pemaju tempatan berpendapat pembinaan secara pasang siap jawapan yang terbaik. Jika sebelum ini, proses pembinaan rumah mengambil masa lebih dua tahun sebelum Sijil Layak Menduduki (CFO) dapat dikeluarkan kepada pemilik rumah baru, tetapi dengan teknologi rumah pasang siap ini ia dapat dikeluarkan lebih awal iaitu dua atau tiga kali ganda lebih cepat daripada prosedur pembinaan yang lazim dilakukan.

Sebelum ini menerusi teknologi yang biasa, pembeli rumah baru sering terdedah kepada pelbagai masalah termasuk kelewatan rumah disiapkan, penipuan

74 bahan binaan, kerenah birokrasi dan risiko pemaju yang mengalami muflis. Bagaimanapun, dengan teknologi pasang siap ini, segala kesulitan boleh diatasi kerana tempoh pembinaannya yang singkat serta dapat disiapkan mengikut jadual. Semua komponen pasang siap yang dibuat dan disimpan dalam kilang akan hanya dipacak apabila kawasan pembinaan siap. Komponen yang bersaiz besar memudahkan kerja pemasangan terutama bagi membentuk bahagian bangunan dalam sehari. Sistem ini juga membolehkan rangka luar bangunan dibuat dengan cepat di samping kerja pembinaan lain dibuat dengan lebih teratur. Pembeli juga diberi jaminan tidak ditipu sama ada dari aspek bahan binaan, dan ia boleh mengelakkan daripada kemungkinan pemaju berhadapan dengan krisis kewangan dan seterusnya menjadi muflis.

Teknologi pasang siap juga dapat menjimatkan masa pembeli dan pemaju, mengurangkan risiko kemalangan dan buruh binaan di tapak binaan malah yang pentingnya dapat mengurangkan penggunaan tenaga kerja warga asing selain dapat meningkatkan kualiti pembinaan rumah itu sendiri.

Pihak kerajaan memang menggalakkan Sistem Binaan Berindustri (IBS) termasuk teknologi pasang siap untuk mengurangkan masalah yang kerap berlaku dalam satu-satu projek pembinaan. Teknologi pasang siap adalah satu daripada jenis IBS yang berada di pasaran meliputi kerangka konkrit, pratuang, panel dan sistem kekotak, sistem acuan keluli, sistem kerangka keluli, sistem kerangka kayu pasang siap dan sistem batu bata. IBS adalah terma yang dipakai bagi menunjukkan penggunaan sistem moden dan berteknologi pada peringkat reka bentuk, perancangan serta pengeluaran sesuatu komponen pembinaan. IBS bukan sesuatu teknologi atau pendekatan yang baru dalam industri pembinaan kerana ia sudah bermula sejak 1624 lagi di Eropah yang membekalkan kerangka kayu ke Amerika Syarikat bagi industri perumahan.

75

Di Malaysia, teknologi pasang siap diambil dari negara maju seperti United Kingdom, Perancis, negara-negara Scandanivia, Jepun serta Korea dan kebanyakannya menggunakan kaedah pasang siap jenis kerangka konkrit dan panel pasang siap.

IBS adalah sistem pembinaan yang diguna pakai di negara maju dan penggunaan IBS diperkenalkan di negara ini pada 1966 dengan terbinanya rumah pangsa Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur. IBS yang diguna pakai di negara ini tertumpu kepada sektor perumahan terutama ketika negara memerlukan bilangan rumah yang banyak bagi menampung permintaan orang ramai.

Kerajaan akan membuat penyelarasan untuk teknologi pasang siap bagi komponen bangunan termasuk tingkap, tangga, pintu, tiang dan dinding melalui koordinasi modular (MC) yang berasaskan piawaian MS 1064. Menerusi koordinasi modular ini, komponen bangunan akan mengikut saiz-saiz yang selaras untuk setiap pembinaan rumah pasang siap dan sekali gus bagi memudahkan pekilang, pemaju atau pengguna. Bagi pembinaan rumah pasang siap, setiap komponen bahan rumah dibuat terus di kilang. Ini termasuk pembinaan struktur binaan bahagian atap, dinding, kekuda kayu, tingkap, rasuk, lantai dan tiang sebelum di bawa ke tapak binaan untuk dipasang.

Konsep pembinaan rumah pasang siap itu berasaskan konsep pembinaan dalam masa singkat (just in time construction) iaitu membabitkan penyediaan reka bentuk bangunan oleh arkitek, proses pengeluaran komponen di kilang, pengangkutan komponen ke tapak projek, pemasangan komponen seterusnya menjadi satu bangunan atau rumah yang siap.

76 Komponen binaan yang sudah siap akan diangkut ke tapak pembinaan dan kerja mencantumkan struktur binaan berkenaan dilakukan dengan hanya mengambil masa yang agak singkat. Contohnya, untuk pemasangan tingkap, ia mengambil masa sehari. Berbanding kaedah pembinaan rumah yang biasa, kontraktor banyak mengambil masa untuk proses penyediaan struktur binaan seperti mengetam kayu, membancuh simen, memotong kayu dengan teknik lama yang sudah tentu memakan masa yang panjang untuk disiapkan. Pekerja terpaksa melakukan kerja daripada memotong kayu, mengetam kayu serta membancuh simen yang kesemuanya dilakukan di tapak pembinaan. Ia bukan saja memerlukan tenaga kerja yang ramai malah pembaziran masa juga berlaku kerana pekerja terpaksa membuat kerja secara manual menyebabkan beberapa masalah boleh berlaku termasuk kemalangan dan masalah kualiti.

Teknologi pasang siap juga membolehkan pemaju mengawal selia mutu semua bahan dan struktur binaan dan pada masa yang sama, dapat mengurangkan masalah kecuaian yang kerap berlaku dalam proses pembinaan. Prosedur kawalan kualiti yang berterusan dan konsisten akan dapat diperoleh kerana bahan pasang siap dihasilkan di kilang. Pemeriksaan kualiti sudah tentu dilakukan untuk setiap bahan sebelum ia dihantar ke tapak pembinaan. Manakala pihak kontraktor akan dapat memastikan mereka memperoleh bahan atau rangka pasang siap yang berkualiti tinggi, dapat mengawal kualiti komponen yang akan dipasang sekaligus menjamin tahap kualitinya.

Walau bagaimanapun, tidak semua rumah dapat dibina menerusi teknologi pasang siap kerana ia perlu melihat kepada lokasi pembinaan. Contohnya sebuah rumah pasang siap yang dibina di daerah pedalaman. Ada yang boleh menggunakan teknologi pasang siap dan ada yang tidak boleh kerana ada antara komponen itu perlu dibuat di kawasan itu sendiri dan juga didapati pihak kontraktor lebih gemar menggunakan kaedah pembinaan biasa kerana mereka lebih mudah mendapatkan

77 khidmat tenaga buruh asing yang tentu harganya lebih murah. Menerusi Pelan Strategik IBS 1999, kerajaan menekankan pelbagai aspek termasuk tenaga buruh, bahan, komponen, mesin, pengurusan, kaedah pemerosesan dan kewangan serta promosi dan pemasaran. Roadmap diluluskan oleh kabinet sebagai rancangan asas kepada sektor industri dan kontraktor bagi pembinaan terbuka 2010. Berdasarkan kepada IBS 2003-2010, kertas kerja serta insentif baru kerajaan telah memberi kesan positif kepada industri itu, antaranya; i) Menggalakkan industri memilih IBS yang menjanjikan kualiti, produktiviti dan keselamatan yang lebih baik, penguatkuasaan menggunakan modul koordinat MC menerusi Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS) menggalakkan penyeragaman dibuat. ii) Program yang ditapis dan dipilih berdasarkan Standart IBS akan memastikan kualiti rendah produk tidak akan berada di pasaran bagi mengelakkan pembuangan projek asing IBS di Malaysia. Aspek ini penting untuk mengelakkan kegagalan dalam projeknya. iii) Dengan mengurangkan perdagangan basah (wet trades) menerusi IBS, pergantungan kepada pekerja asing juga akan dikurangkan. Ini akan mengurangkan jutaan penukaran mata wang oleh pekerja asing kepada negara mereka dan juga mengurangkan jenayah sosial membabitkan pekerja asing di negara ini.