Anda di halaman 1dari 4

Luka

PENGENALAN
Tercedera semasa menjalankan aktiviti harian merupakan perkara biasa di kalangan kebanyakan orang.
Jenis kecederaan yang paling kerap dialami adalah luka dan melecet dan ianya boleh berlaku ketika
melakukan kerja rumah, berkebun, atau semasa mengendalikan peralatan bermesin. Kanak-kanak sering
mendapat luka semasa bermain sesama sendiri, menjalankan aktiviti sukan atau akibat terjatuh ketika
menunggang permainan beroda, seperti basikal, skuter, atau skateboards.
Luka merupakan hirisan yang terjadi pada kulit yang biasanya disebabkan oleh objek yang tajam seperti
pisau atau sekeping kaca. Kebanyakan luka adalah kecil dan boleh dirawat sendiri di rumah.

GEJALA DAN TANDA
Luka menyebabkan gejala berikut:
Pendarahan
Kesakitan
Kemerahan
Pembengkakan

KOMPLIKASI
Jangkitan
Luka boleh dijangkiti kuman dan tanda-tanda jangkitan termasuk:
Luka bertambah sakit
Kawasan kemerahan bertambah besar
Kawasan luka membengkak
Nanah terbentuk di dalam dan sekitar kawasan luka
Berasa tidak sihat
Demam
Pembengkakan kelenjar limfa yang berhampiran (nodus limfa)


RAWATAN
Bantu awal bagi luka
Luka kecil
Luka kecil adalah luka yang tidak dalam, bersih dengan pendarahan yang sedikit. Langkah berikut boleh
diambil bagi merawat sendiri luka kecil
Basuh tangan anda dengan sabun dan air dan kemudian basuh luka di bawah air bersih yang
mengalir.
Tekan pada luka yang berdarah dengan kain atau pembalut steril dan tinggikan bahagian yang luka.
Anda boleh sapukan krim antibiotik jika ada.
Balut luka dengan gauze/ pembalut luka yang steril dan tidak melekat, untuk melindungi luka dari
jangkitan
Pastikan kawasan sekitar luka sentiasa dalam keadaan bersih dan pastikan pembalut yang kotor
ditukar dengan segera.
Dapatkan rawatan perubatan jika luka tidak sembuh atau bertambah merah, semakin sakit, bernanah
atau berair, terasa panas atau bengkak kerana ini adalah tanda-tanda jangkitan kuman.

Dapatkan rawatan perubatan SEGERA:
Jika luka masih berdarah selepas 5 minit mengenakan tekanan
Jika terdapat sesuatu yang tertanam dalam luka
Jika luka pada mulut, muka, tangan, atau kemaluan.

Luka yang kotor
Luka yang kotor berisiko untuk dijangkiti kuman. Jika anda tidak mampu untuk membersihkan luka
dengan betul, tutup luka dengan pembalut yang steril/bersih dan dapatkan rawatan perubatan dengan
segera.

Luka yang dalam
Jika anda mengalami luka yang lebih dalam dan mendedahkan struktur tisu lemak, otot, tendon atau
tulang, anda hanya perlu tutup luka dengan pembalut yang bersih dan dapatkan rawatan perubatan
dengan segera
Jangan sekali-kali membasuh luka yang dalam kerana ia boleh meningkatkan pendarahan
Jangan alihkan pembalut yang berlumuran darah daripada luka yang dalam kerana ini boleh
mengakibatkan pendarahan semula. Sebaliknya, tambahkan balutan dengan kain pembalut baru
sehingga pendarahan berhenti.

PROGNOSIS
Tanpa sebarang komplikasi jangkitan kuman, kebanyakan luka boleh sembuh dengan baik. Parut
mungkin terbentuk bergantung kepada saiz dan kedalaman luka yang dialami.

RUJUKAN
1. John Murtagh, General Practice, Third Edition, page 1340-1353

PERTOLONGAN CEMAS

Pengertian Pertolongan Cemas
Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang
mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di tempat
kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat rawatan
perubatan yang sempurna.



Tujuan-tujuan Pertolongan Cemas
a) Membantu menyelamatkan nyawa mangsa.
b) Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk.
c) Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa.
Pembalut (Bandages)
Terdapat berbagai-bagai jenis kain pembalut digunakan semasa menjalankan rawatan mangsa
kemalangan. Antara jenis-jenis pembalut yang digunakan ialah:-
a) Pembalut tiga segi (triangular bandage).
b) Pembalut lebar (broad bandage).
c) Pembalut panjang (narrow bandage).
d) Pembalut gulung (rollar bandage).
Kegunaan Kain Pembalut
a) Penetapan tuap (sling) supaya tidak bergerak.
b) Menetapkan pembebatan yang dilakukan.
c) Mengampu bahagian yang cedera.
d) Membantu menghentikan pendarahan.
e) Mengurangkan bengkak.

Anda mungkin juga menyukai