Anda di halaman 1dari 2

YAMUNAH A/P MARIAPPAN

Berikan tips dan tindakan yang perlu diambil oleh seseorang jika digigit haiwan berbisa

1) Lebah atau tebuan

 Mententeramkan mangsa
 Keluarkan sengatan(jika boleh ditampak)
 Menuapkan ais di tempat sengatan selama 10 minit.
 Berikan mangsa seketul ais atau satu gelas air sejuk (sekiranya sengatan berlaku di
bahagian mulut atau kerongkong)
 Krim antithistamine, ‘surgical spirit’, larutan ammonia, larutan soda bikarbonat sesuai
digunakan.

2) Lipan

 Tenteramkan pesakit sambil mengawasi pernafasannya.


 Jika masih ada sengat, keluarkan dengan menggunakan penyepit.penyepit mestilah
disterilkan atau dibakar hujungnya supaya dapat membasmi kuman.
 Sapukan krim antihistamine atau larutan ammonia atau larutan soda bikarbonat
boleh digunakan.
 Tuamkan kulit dengan tekanan sejuk untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan
bengkak. Sekiranya disengat di dalam mulut, beri mangsa seketul ais untuk di hisap.
 Jika ragu-ragu, dapatkan bantuan perubatan seperti berjumpa dengan doktor.

3) Ular

 Pulihkan rasa terkejut dan panaskan tubuh mangsa.


 Tenangkan mangsa dan jangan benarkan mangsa berjalan atau menggunakan
tenaga.
 Letakkan kedudukan gigitan di bawah paras jantung.
 Cuci sekeliling tempat yang terkena gigitan ular
 Kenakan alat penahan darah bagi kes gigitan ular senduk, katam, dan ular laut tetapi
tidak bagi ular kapak kerana akan menambahkan kelemayuh.
 Alat penahan darah boleh dibuat pada bahagian peha atau lengan bergantung
kepada kedudukan gigitan.
 Alat penahan darah hendaklah dilonggarkan 60saat setiap 30minit dan jangan
digunakan lebih dari 8jam.
 Bawa pesakit terus ke hospital.
YAMUNAH A/P MARIAPPAN

4) Kala jengking

 Yakinkan mangsa agar bertenang dan sengatan tersebut dapat disembuhkan.

 Letakkan mangsa pada posisi yang selesa dan mendatar

 Kurangkan pergerakan anggota yang terkena sengatan atau gigitan.

 Letakkan turniquet pada bahagian atas anggota yang disengat. Longgarkan semula
turniquet tersebut selama 20 minit dan berselang dalam 5 minit bagi menggelakkan
gangrene.

 Letakkan ais pada bahagian yang terkena sengatan kala jengking bagi mengalakkan
penyempitan salur darah.

 Buat cucian pada luka dan hentikan pendarahan jika ada.

 Hantar mangsa segera ke hospital.

5) Anjing liar

 Mangsa disuruh bertenang

 Cuci luka dengan air yang bersih, seperti air paip yang mengalir jika ada

 Memberi tekanan dengan menggunakan kain bersih pada kawasan luka gigitan bagi
menghentikan perdarahan

 Jika perdarahan masih berterusan, lakukan tekanan yang berterusan pada bahagian
nadi (jika luka berlaku di kawasan tangan atau kaki) bagi mengelakkan darah
daripada keluar dengan banyak.

 Jika perdarahan masih berterusan, langkah seterusnya adalah dengan meninggikan


anggota yang luka dari paras jantung untuk mengurangkan darah mengalir keluar

 Dapatkan bantuan dan rawatan daripada anggota perubatan di klinik atau hospital
berdekatan atau hubungi talian 999.

 Doktor akan memberikan rawatan perubatan seperti berikut :

1. Luka akan dibersihkan dan dicuci bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman;

2. Suntikan anti-tetanus akan diberikan bagi mengelak serangan kancing gigi


jika perlu;

3. Antibiotik dan anti-rabies jika perlu;

4. Ubat penahan sakit jika perlu;

5. Luka akan dijahit selepas beberapa hari jika perlu

Anda mungkin juga menyukai