Anda di halaman 1dari 40

BAB 1

LUKA-LUKA DAN
PENDARAHAN
DEFINISI
Luka-luka terjadi disebabkan pecahnya di
bahagian dalam kulit selepas sesuatu
kecederaan. Terpotong, calaran dan
terbakar adalah digolongkan dalam luka-
luka.
JENIS-JENIS LUKA
Luka terbahagi kepada dua :-
- Luka terbuka:
*pengaliran darah daripada luka
melalui kulit seperti luka terhiris, luka terkoyak,
luka tusukan, calar balar dan luka tembakan
- Luka Tertutup:
* pendarahan hanya berlaku didalam tubuh.
Darah tidak keluar memalui luka dan kulit dan boleh
menyebabkan kesakitan dan renjatan, kadangkala darah
mungkin keluar melalui pembukaan-pembukaan
semulajadi dalam tubuh seperti melaui hidung, mulut,
telinga, najis, air kencing atau muntah. Kadangkala
kelihatan tanda-tanda luaran seperti lebam atau darah
terkumpul di bawah kulit. Ada kalanya tidak ada tanda-
tanda luaran lansung yg kelihatan.
PEREDARAN DARAH
Jantung mengepam darah keseluruh tubuh
membawa makanan dan oksigen kesetiap sel-
sel tubuh. Dalam masa sama ia membawa
bahan kumuh , dikumpulkan ke paru-paru, buah
pinggang dan kulit untuk dikeluarkan dari tubuh
manusia.
PENDARAHAN
Jika darah terlalu banyak hilang (tumpah darah)
dari tubuh disebabkan luka-luka atau lain-lain
kecederaan, pesakit mungkin akan mati.
Sentiasalan beringat supaya memberhentikan
perdarahan serta-merta.
APA YANG HARUS DILAKUKAN
 Bersihkan luka daripada kekotoran
 Basuh tangan anda sebelum atau selepas
memberikan bantuan kecemasan
 Hentikan pengaliran darah dengan menekan
kemas atas luka atau tautkan rapat-rapat
bahagain yang terpotong
 Jika luka berlaku pada anggota tangan atau
kaki, tinggikan bahagian yang cedera untuk
meredakan dendarahan.
 Jika darah masih mengalir meresapi pada
pembebatan pertama, pastikan bebatannya berada
di tempat yang betul. Jika masih berdarah,
tambahkan selapis lagi kain bebat, JANGAN
BUANG kain bebat yang pertama tadi.
 Biarkan bahagain yang luka berada dalam
kedudukan yang tinggi beberapa Ketika selepas
pendarahan dapat dihentikan.
 Luka tusukan, contohnya tercucuk paku yang
berkarat atau digigit kucing atau anjing boleh
menyebabkan jangkitan kemudiannya, oleh yang
demikian suntikan anti-tetanus(Kancing gigi)
mungkin diperlukan.
INGAT !
Berikan tekanan selama 10
minit.
BERDARAH HIDUNG

Berdarah hidung adalah biasa kepada


kanak-kanak. Ia boleh terjadi oleh
kerana selsema yang teruk, atau cuaca
yang terlalu panas.
APA YANG HARUS
DILAKUKAN
Dudukan pesakit dan tundukkan sedikit
kepalanya ke bawah.
Bernafaslah melalui mulut
Picit bahagian lembut hidung, selama 10 minit,
lepaskan. Jika hidung masih berdarah, ulang
picit ditempat yang sama untuk 10 minit lagi
JANGAN HEMBUS hidung anda dalam tempoh
beberapa jam
BERDARAH DISEBABKAN OBJEK LUAR
YANG TERLEKAT PADA TUBUH
Objek-objek luar seperti kaca, besi atau
serpihannya.
– Jika objek luar itu terbenam di dalam, lekapkan kain
bebat ditepi sekeliling objek, sebelum mengenakan
tekanan untuk memberhentikan pengaliran darah.
– Kemungkinan besar tidak banyak pengaliran darah
berlaku kerana objek luar yang terbenam
menyebabka sekatan saluran darah terjadi
RENJATAN
Renjatan terjadi disebabkan oleh kekurangan
pengaliran darah dalam tubuh. Kecederaan atau
sakit dengan tiba-tiba boleh membawa kepada
renjatan. Dalam pendarahan yang serius,
seseorang akan menemui maut disebabkan
renjatan yang teruk, tetapi dapat dielakkan
sekiranya Langkah-Langkah bantuan
kecemasan diberikan dengan cepat dan betul.
PESAKIT YANG TERENJAT
 Kelihatan pucat
 Sejuk dan kulit melekit
 Denyutan nadi lemah dan pantas
 Rasa sakit dan hendak muntah
 Rasa hendak pitam dan pening
 Mungkin terasa dahaga kerana kehilangan
cairan tubuh yang banyak(biasanya disebabkan
terbakar atau pendarahan)
 Akan menyebabkan tidak sedarkan diri
APA YANG HARUS DILAKUKAN
Terlentangkan pesakit, tinggikan kedua-dua kaki bagi
keberkesanan pekelilingan darahnya.
Longgarkan pakaian yang ketat terutama dibahagian leher dan
pinggang.
Tentukan keadaan sekeliling tenang dan dapatkan seberapa
banyak udara bersih.
Selimutkan pesakit agar sentiasa panas, tetapi jangan biarkan
badannya terlalu panas.
JANGAN beri sebarang makanan atau minuman kepada
pesakit.
berikan keselesaan dan keyakinan kepada pesakit
Dapatkan bantuan lanjut.
PITAM
 Pengsan mungkin disebabkan mendengar
berita buruk, tersangat gembira, tersangat
panas atau berdiri terlalu lama. Pesakit
kelihatan terperanjat, nadi lemah, merasa
pening dan berpusing dan boleh jadi rebah
APA YANG HARUS DI
LAKUKAN
Rawatan palin berkesan ialah beringkan pesakit di lantai
dan tinggikan kakinya.
Longgarkan pakaian yang ketat di bahagian leher dan
pinggang.
Makanan atau minuman sama sekali TIDAK BOLEH
diberikan sehingga ia betul-betul pulih seperti sedia kala.
Periksa reaksi pesakit bila anda bercakap dengannya.
 Jika ia tidak sedarkan diri, baringkan pesakit dalam Posisi
Pemulihan dan pastikan saluran udaranya terbuka.
BAB 3
TERBAKAR DAN MELECUR
TERBAKAR DAN MELECUR
Terbakar:-
– Kecederaan pada kulit dan lain-lain tisu badan
disebabkan oleh api yang benyala,
bahanapi(flame), objek-objek yang panas, bahan
kimia dan arus elektrik.\

Melecur:-
– Kecederaan yang disebabkan oleh haba lembab,
seperti air mendidih, wap atau minyak panas.
APA YANG HARUS
DILAKUKAN
Jika api menyambar pakaian anda
– Berhenti : jangan berlari kerana api akan
marak jika kita berlari
– Rebah : Rebahkan diri anda, sama ada
meniarap atau terlentang kebumi bagi
meminimumkan julangan api itu.
– Guling : Bagi memadamkan api
 Jika pakaian anda diresapi oleh air panas atau minyak
panas, tanggalkan pakaian luar dengan segera sebelum
meyejukkan kulit anda.
 Sejukkan bahagian yang terbakar segera dengan air sejuk
seberapa yang boleh
 Terbakar di tangan, kaki dan lengan boleh disejukkan
dengan meletakkan bahagian yang terlibat dibawah
cucuran air paip.
 Setelah kulit disejukkan, tutup dengan kain bebat sucihama
atau kain bebat yang bersih.
 Jangan sapukan sebaran krim atau ubat sapu di bahagian
yang terbakar.
 Gelembung akan wujud selepas terbakar atau melecur,
Jangan pecahkan atau bocorkan gelembung tersebut.
 Bahan-bahan kimia yang terpercik pada kulit perlu dibasuh
dengan air selama 15minit dahulu sebelum pembebatan
dilakukan.
BANTUAN AWAL
 Kebakaran dihentikan (Burning Stops)
• Sejukkan bahagian anggota yang terbakar selama 20
minit.
• Pastikan ia tidak merebak supaya tidak berlaku
renjatan.
 Tentukan ia terus bernafas (Breathing Maintain)
 Periksa tahap kebakaran (Body Examine)
 SEJUKKAN – COOL
• Letakkan bahagian yang cedera dengan cermat ke
dalam air sejuk yang mengalir secara perlahan-lahan
atau rendam anggota itu ke dalam air sejuk

 BEBATKAN – COVER
• Bebatkan dengan kain yang telah dibasahkan.

 PEMINDAHAN – CARRY
• Hantarkan ke hospital dengan serta merta.
PERINGATAN
Jika mata terbakar oleh bahan kimia, hendaklah
dirawat di bawah cucuran air selama 15minit

Jika sebahagian besar Kawasan tubuh terlibat


oleh kebakaran, renjatan akan wujud. Berilah
seteguk air sementara menunggu ambulans
tiba.
PERATURAN SEMBILAN
Cara mengukur peritus tahab terbakar, melecur,
dengan menggunakan Kaedah 9(Rule of Nine)

• Bahagian muka 9% - 9%
• Bahagian anggota
atas, 9% setiap satu - 18%
• Bahagian dada dan
perut 18% setiap satu. - 36%
• Bahagian anggota
bawah 18% setiap satu. - 36%
• Bahagian kemaluan - 1%
--------
jumlah 100%
--------
BAB 4

KERACUNAN
KERACUNAN
Keracunan berlaku setiap hari. Kebanyakkan
racun melibatkan bahan-bahan yang digunakan
setiap hari di rumah seperti sabun, pencuci,
minyak tanah dan sebagainya

Racun adalah bahan kimia, jika termasuk


kedalam badan akan menggangu system badan
dan boleh menyebabkan kecederaan sementara
atau kekal kepada anggota atau organ dalam
badan
SEBAB-SEBAB MENGAMBIL
RACUN

Tidak sengaja
Dipaksa – contohnya dalam kes-kes
pembunuhan
Ingin menarik perhatian
Ingin membunuh diri
Menghidap sakit jiwa
JENIS-JENIS RACUN

– Bahan kegunaan harian seperti sabun, klorox, racun


nyamuk dan lain-lain
– Racun rumpai, racun pemusnah serangga/haiwan
perosak
– Gas-gas toksik
– Bakteria
– Tumbuh-tumbuhan yang beracun
– Racun dari binatang berbisa
CARA-CARA MASUK KE
DALAM BADAN
Mulut – ditelan/diminum

Hidung – disedut/dihidu

Kulit – melalui resapan dan gosokan

Suntikan – gigitan binatang


RAWATAN KECEMASAN
 Sekiranya pesakit tidak sedar, anda perlu
memastikan bahawa saluran pernafasan,sara
pernafasan dan system peredarannya stabil
terlebih dahulu
 Dapatkan maklumat keracunan
– Nama dan jenis racun yang terlibat
– Kuantiti yang telah di ambil
– Bila ianya diambil
– Adakah pesakit muntah
– Adakah pesakit mengalami sawan
 Rawatan seterusnya

 Racun berbentuk pepejal yang masuk mulut:


– Jauhkan pesakit dari bahan tersebut
– Tenangkan pesakit
– Jika pesakit sedar, berikan air, minum banyak-banyak dan
kemudian suruh pesakit muntah.
– Dudukan pesakit dalam keadaan selesa dan tegak supaya
saluran pernafasan tidak tersumbat oleh muntah
– Bawa pesakit dan contoh muntah ke hospital.
racun berbentuk gas/wap:

- Jauhkan pesakit dari punca tersebut


- Dudukan pesakit dalam keadaan selesa
- Pastikan salur pernafasan pesakit tidak
tersekat oleh bendasing
- Jika ada sumber oksigen, berikan
pesakin bantuan oksigen
RACUN MERESAP MELALUI KULIT

- Jauhkan pesakit dari punca tersebut


- Pastikan anda memakai sarung tangan
- Alirkan air dendan banyak pada bahagian
yang terkena racun tersebut
- Tanggalkam semua pakaian pesakit yang
terkena racun termasuk cincin, gelang, rantai
dan sebagainya
- Sekali lagi cuci tempat yang terkena racun
dengan air sabun
- Hantar pesakit segera ke hospital
 RACUN SUNTIKAN

- Jika pesakit digigit oleh Binatang berbisa,


pastikan pesakit tidak dalam keadaan renjatan
- Kalau pesakit dalam keadaan renjatan,
berikan rawatan sepattunya
- Jika gigitan berlaku di bahagian hung
anggota, tinggikan anggota terlibat
- Hantar pesakit ke hospital dengan segera
PERINGATAN
Jangan memuntahkan pesakit jika:
– Pesakit tidak sedarkan diri atau tahap
kesedarannya menurun
– Pesakit mengalami sawan(seizures)
– Pesakit telah mengambil
Bahan korosif, seperti asid, alkali atau pencuci
longkang
Bahan dari petroleum seperti minyak tanah, petrol,
minyak benzene dal lain-lain
Bahan-bahan seperti racun tikus atau serangga.
SEKIAN ,
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai