Anda di halaman 1dari 87

Pengenalan Pertolongan

Cemas dan CPR


Topik Hari ini
• Apakah itu “Pertolongan Cemas”?
• Luka
• Pendarahan
• Patah
• Terbakar
• Renjatan
• Tercekik
• Balutan
• C.P.R @ Pemulihan Kardio Pulmonari
1. APAKAH ITU PERTOLONGAN CEMAS ?
Pertolongan Cemas ditarifkan/diertikan sebagai
Bantuan Permulaan/Bantu Mula/Rawatan
Awal yang diberikan kepada seseorang yang
mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan
atau sakit secara mengejut/tiba-tiba dengan
menggunakan objek sekelilingan sebelum ?

• Ketibaan Ambulans, Doktor atau


Pakar Perubatan atau sebelum
mangsa dihantar ke hospital
OBJEKTIF :
MENYELAMATKAN
NYAWA
MENGELAKKAN KECEDERAAN
MANGSA MENJADI LEBIH
BURUK
MENGURANGKAN
KESAKITAN MANGSA
DENGAN MENGHANTAR
SEGERA MANGSA
KE HOSPITAL
LUKA
LUKA
LUKA TERJADI DISEBABKAN OLEH
PECAHNYA BAHAGIAN KULIT
SELEPAS SESUATU KECEDERAAN.

(calar dan terbakar juga boleh


dikategorikan sebagai luka)
LUKA TERTUTUP
LUKA TERBUKA
( Calar )
LUKA TERBUKA
( Terhiris )
LUKA TERBUKA
( Terkoyak )
LUKA TERBUKA
( Tembakan )
LUKA TERBUKA
( Tusukan )
Jenis – jenis LUKA
• Luka Terbuka
• Luka Tertutup

Luka Terbuka lebih merbahaya


berbanding Luka Tertutup kerana :
Mengakibatkan pendarahan
Boleh menyebabkan jangkitan
Lambat sembuh
KUDUNGAN/AMPUTASI
( Putus Anggota )
Apa Perlu Dilakukan ?
Langkah Pertama

Jika ada, balutkan


anggota yang terpisah
dengan kain bebat yang
bersih,

Jika tiada lakukan


Langkah Kedua
Langkah Kedua

Masukkan anggota
yang terputus ke
dalam sebuah beg
plastik atau bekas
yang bersesuaian
Langkah Ketiga
i. Dapatkan sebuah lagi beg
plastik atau bekas yang
bersesuaian
ii. Masukkan ais Jika ada
atau air sejuk.
iii. Masukkan beg plastik yang
berisi anggota yang terputus
ke dalam bekas yang
mengandungi ais/air sejuk
BAWA KE HOSPITAL
DENGAN KADAR SEGERA
BERSAMA DENGAN
MANGSA
PENDARAHAN
Pendarahan boleh berlaku melalui :

a) Pendarahan Arteri (Nadi)


Darah keluar berwarna merah cerah
atau terang kerana mengandungi
Oksigen dan nutrien dan keluar
memancut mengikut denyutan
jantung.
b) Pendarahan Vena (Pembuluh)
Darahnya berwarna merah tua
kerana mengandungi gas Karbon
Dioksida dan mengalir keluar secara
perlahan-lahan.

c) Pendarahan Kapilari (Rerambut)


Darahnya keluar secara meleleh.
Pendarahan diklasifikasikan kepada dua iaitu :

• Pendarahan Dalaman
• Pendarahan Luaran

• Pendarahan Luaran LEBIH MERBAHAYA


berbanding Pendarahan Dalaman kerana boleh
menyebabkan:
– Jangkitan kuman
– Lambat Sembuh
– Pengaliran darah keluar boleh menyebabkan
mangsa mengalami renjatan.
Panduan menangani pendarahan
Periksa keadaan luka.
Jika TIDAK terdapat sebarang
bendasing, beri TEKANAN SECARA
LANGSUNG.
Jika terdapat bendasing, gunakan
sebarang alat untuk mengelakkan
kawasan luka dari terkena tekanan.
Tinggikan kawasan LUKA(jika boleh)
melebihi aras JANTUNG.
PATAH
Patah boleh disebabkan
oleh faktor-faktor
berikut :
Hentakan Tepat
Hentakan Sipi
Penyakit
Umur
Jenis Patah
( Tertutup )
Patah tertutup sukar
dikenal pasti oleh kerana
tulang terletak didalam
kulit. Ia boleh dikenal pasti
melalui tanda-tanda :
Rasa sakit pada bahagian yang
cedera
Bengkak atau Lebam
Pendek atau berubah dari
bentuk asal
Hilang upaya
Pengeseran tulang apabila
digerakkan.
Jenis Patah
( Terbuka )

Mudah dikenalpasti dimana tulang dapat


dilihat dengan jelas pada permukaan kulit
berserta dengan pendarahan
Patah mempunyai 3 ciri :
• Patah Melintang
• Patah Menyerong
• Patah Terpusing
TERBAKAR
TERBAKAR ialah suatu
kecederaan kepada kulit dan
lain-lain tisu badan disebabkan
terkena oleh api yang menyala,
bahan api (flame), objek-objek
panas, bahan kimia atau arus
elektrik.
Terbakar biasanya adalah
serius. Selain daripada
kesakitan dan renjatan yang
serius selepas kemalangan, ia
juga akan meninggalkan kesan
parut.
TAHAP-TAHAP
TERBAKAR
TAHAP PERTAMA
( Superficial Burn )
Kecederaan Terbakar/Melecur pada
bahagian kulit luar sahaja. Ianya
melibatkan bahagian epidemis dan
terasa sakit.
TAHAP TERBAKAR
( Tahap Pertama Superficial Burn)
TAHAP KEDUA
( Intermediate Burn )
Kecederaan sampai ke tisu dan otot-
otot. Ia disebabkan oleh lapisan atas
kulit musnah. Kulit kelihatan
kemerahan dan mengelembung.

Terasa sangat sakit.


TAHAP TERBAKAR
( Tahap Kedua Intermediate Burn )
TAHAP KETIGA
( Deep Burn )
Terbakar sampai ke tulang. Kulit
kelihatan merah, lepuh dan nampak
keputihan. Ianya akan kelihatan
kehitaman seperti arang.
Ianya terjadi kerana epidermis, dermis
dan lapisan sel yang membentuk kulit
yang mengadungi folikel bulu roma dan
saraf musnah. Tidak terasa sakit.
TAHAP TERBAKAR
( Tahap Ketiga Deep Burn )
Cara – cara merawat kebakaran
1. Sejukkan anggota yang
terbakar atau melecur
(Tahap Pertama & Tahap
Kedua) dengan
menggunakan air sejuk
yang mengalir selama 10
hingga 20 minit atau
sehingga mangsa merasa
kesan terbakar telah
tiada.
2. Balut anggota yang
cedera dengan
menggunakan pembalut
yang telah dibasahkan.

3. HANTAR KE
HOSPITAL DENGAN
KADAR SEGERA.
INGAT !!!
Jika bahagian mata terbakar
oleh bahan kimia, mangsa
perlu dibawa pada cucuran air
selama 15 minit atau lebih
atau sehingga bantuan tiba.
RENJATAN
DEFINISI
Kegagalan sistem peredaran darah ATAU
kekurangan bendalir dalam tubuh badan
kepada organ-organ penting dalaman
disebabkan gangguan sementara perjalanan
darah ke organ-organ penting seperti :-
• Otak
• Jantung
• Buah pinggang
• Kulit
SEBAB-SEBAB ( PUNCA )

1. Hilang darah banyak > 1000 ml


2. Hilang Plasma ( terbakar 20 % )
3. Serangan sakit jantung
4. Kehilangan cecair(muntah/cirit birit/peluh)
5. Alahan ( Allergy )
6. Kejutan Elektrik
7. Kejutan urat saraf
8. Kuman berlebihan dalam darah.
KLASIFIKASI
RENJATAN SEJUK (Cold shock)
Hypovolumic Shock

Kehilangan
- Plasma (darah)
- Cecair (cerit/muntah/peluh)
KLASIFIKASI
RENJATAN PANAS (Warm shock)

1. Neurogenic Shock
- Terlampau sakit (patah)

2. Anaphylactic Shock
- Alahan - Ubat
- Makanan
- Gigitan tebuan
TANDA DAN GEJALA RENJATAN
• Kelihatan pucat
• Kulit melekit dan sejuk
• Terasa loya, lemah badan dan pening
• Muntah
• Nadi cepat tetapi lemah
• Nafas cepat dan sesak
• Terasa dahaga
• Pandangan kabur
• Tekanan darah rendah
• Mungkin tidak sedarkan diri
TINDAKAN / RAWATAN
• Awasi mangsa - Rawat punca
• Baring dan tinggikan kaki ( 8 -12 inci )
• Longgarkan pakaian
• Selimutkan
• Hentikan pendarahan sekiranya ada
• Tuap ( splint ) sekiranya ada kepatahan
• Tidak digalakkan memberi makan.
TERCEKIK
…….apabila berlakunya SEKATAN
SALURAN PERNAFASAN disebabkan
oleh benda-benda asing atau
makanan. Ini akan menyebabkan
kegagalan oksijen untuk dikitarkan
kepada sel-sel badan.
Apakah Tindakan Anda
1. Mengeluarkan benda asing dari dalam mulut
2. Membuka saluran pernafasan
3. Periksa pernafasan dan denyutan nadi
4. Lakukan CPR jika tiada pernafasan dan
denyutan nadi
5. Apabila denyutan nadi dan pernafasan
mangsa pulih, baringkan mangsa dalam
kedudukan pemulihan
6. Periksa pernafasan dan tahap kesedaran
Demo
Mengatasi Tercekik
BALUTAN
Ba1ut (Bandage) ada1ah a1at yang
digunakan untuk menetapkan bebat pada
bahagian tubuh yang cedera.
Luka-luka tidak1ah wajar didedahkan kerana
bahaya dihinggapi kuman-kuman dan
dicemari oleh kekotoran atau racun
Kuman-kuman boleh membiak dan menja1ar
ke tisu -tisu disekeli1ing serta mengeluarkan
bahan-bahan racun.
Dengan itu, luka akan bernanah dan menjadi
lebih besar dan akan menimbulkan banyak
masa1ah.
Tujuan
Balutan adalah bertujuan
untuk mengalakkan proses
pemulihan luka.
Fungsi Balutan
1. Mengawal Pendarahan
2. Menggalakkan pembekuan
3. Menghindarkan jangkitan kuman
4. Menyerap discaj seperti darah,
nanah dan serum
5. Melingdungi luka daripada
kecederaan lain
PEMBALUT
Sebarang kain yang digunakan
bagi menutup, mengampu,
menghentikan pergerakan serta
meningkatkan tekanan pada
anggota yang cedera.
Jenis – jenis Pembalut
• Pembalut Segi Tiga • Pembalut Gulung
3 bentuk balutan/anduh
• Anduh Besar – Keadaan Patah Tangan
• Anduh Segi tiga – Keadaan pendarahan
di lengan
• Anduh Kecil – Keadaan patah atau
pendarahan tetapi menggunakan
sebarang bentuk balutan tanpa
menggunakan pembalut segi tiga.
C.P.R -
PEMULIHAN
KARDIO
PULMONARI
CPR ialah satu teknik, yang
boleh menyelamatkan nyawa, tanpa
menggunakan alat-alat yang canggih
dan kepakaran yang boleh diperolehi
di hospital.

Anda dengan menggunakan


tangan, mulut dan fikiran yang logik
boleh melakukan teknik ini.
TUJUAN CPR DIBERI
Menyelamatkan
Nyawa
Sehingga Mangsa Mendapat
Rawatan Pakar
di Hospital
BILA CPR BOLEH
DILAKUKAN ?
CPR boleh dilakukan apabila
seseorang itu telah ……..?

1. Tidak Sedarkan Diri


2. Tiada bernafas
3. Tiada denyutan nadi di karotid
TINDAKAN AWAL ANDA AKAN MEMBERI
HARAPAN KEPADA MANGSA YANG
MENGALAMI ?
Kecederaan Parah
Kejutan Elektrik
Tercekik
Lemas
Keracunan
Serangan Jantung
Angin Akhmar
Patukan Ular
Terbakar
KECEMASAN LALUAN
KEMATIAN

Tidak KEMATIAN
Sedarkan Diri OTAK

Pernafasan Terhenti
Terhenti Denyutan
Jantung

Sel otak hanya hidup antara 4 hingga 6 minit


selepasnya terhentinya denyutan jantung
CARA – CARA
MELAKUKAN C.P.R
Panduan Lengkap C.P.R
• Pastikan kawasan selamat.
• Panggil mangsa – “Hello, Hello”
• Jika tiada tindakbalas, minta bantuan orang ramai untuk
memanggil ambulan atau hubungi ambulan
• Betulkan kedudukan mangsa
• Buka saluran pernafasan
• Lakukan Dengar-Rasa-Lihat untuk 10 saat
• Jika mangsa tidak bernafas, beri 2 hembusan perlahan-lahan.
• Cari tempat tekanan – pertengahan tulang sternum.
• Beri tekanan jantung 30 kali dengan 2 kali hembusan.
• Teruskan tekanan sehingga 5 kali pusingan.
• Lihat jika ada tanda-tanda bernyawa – batuk, bernafas atau
pergerakan.
• Tunggu kehadiran ambulan.
MENILAI SITUASI MANGSA
( PRIMARY SURVEY )
Bertindak D R A B C

D = DANGER ( Bahaya )
R = RESPONS ( Tindak Balas / Reaksi )
A = Airway ( Saluran Udara )
B = Breathing ( Pernafasan )
C = Compress ( Peredaran/Pengaliran
Darah dari/ke jantung )
D
Danger/Bahaya

Lihat jika ada sebarang


tanda-tanda bahaya.
Pastikan keselamatan
anda dan mangsa anda,
pada prisipnya – alihkan
bahaya dari mangsa
atau alihkan mangsa
dari bahaya.
R
Respons/Tindak Balas

Panggil mangsa atau


kejutkan beliau, jika
tiada tindak balas
dari mangsa – lekas
minta bantuan
ambulans
A
Airway/Saluran Udara
Betulkan kedudukan mangsa. Donggakan
kepala mangsa untuk membuka saluran
pernafasan dengan kaedah HEAD TILT –
CHIN LIFT/ Dongak Kepala Angkat Dagu (
atau Jaw Thrust )
B
Breathing/Pernafasan
Periksa pernafasan mangsa dengan
membuat 3M = Melihat, Merasa dan
Mendengar. Jika tiada pernafasan
beri 2 hembusan bantuan.
C
Compress/Peredaran Darah
Lakukan tekanan pada dada mangsa
sebanyak 30 kali dan diikuti
dengan memberi 2 hembusan
pernafasan kepada mangsa dan
dilakukan dalam 5 pusingan.
Sekian. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai