Anda di halaman 1dari 3

1. Apakah yang anda fahami mengenai dialog peradaban?

Mengikut kefahaman saya, dialog peradaban merupakan satu agenda yang


sangat penting pada hari ini kerana dialog diertikan sebagai satu perbincangan
atau perundingan antara dua pihak yang bertelingkah. Pada era globalisasi,
masyarakat dunia daripada pelbagai agama dan tradisi dapat berinteraksi dengan
mudah. Mereka terpaksa bergaul antara satu sama lain bagi memenuhi hajat dan
keperluan hidup masing-masing. Dalam suasana ini, jika setiap pihak menyimpan
rasa curiga, buruk sangka dan salah faham terhadap pihak yang lain, maka lambat
laun ia akan menjadi barah yang membunuh dan memusnahkan masyarakat
dunia. Banyak masalah dan tohmahan terhadap sesuatu agama terutamanya
agama Islam dibuat kerana wujudnya perasaan curiga dan salah faham
terhadapnya. Contohnya, Islam ditohmahkan sebagai agama keganasan pada hal
ajaran Islam sentiasa mengajarkan ke arah keadilan dan kesejahteraan hidup di
dunia dan di akhirat. Islam ditohmahkan sebagai agama kolot pada hal Islam
sentiasa mengajarkan penganutnya untuk mencari ilmu sebanyak mungkin dalam
pelbagai bidang dan memanfaatkannya untuk kemajuan dan kebahgiaan hidup
manusia di dunia dan di akhirat.

Selain itu, dialog peradaban secara umumnya merujuk kepada usaha-


usaha berterusan bagi membolehkan penganut daripada pelbagai agama,
kepercayaan dan tradisi saling mengenali, memahami dan menghormati antara
satu sama lain. Ia bertujuan untuk menghapuskan rasa curiga, buruk sangka dan
salah faham terhadap penganut agama atau kepercayaan lain. Hal ini seterusnya
akan dapat mewujudkan suasana kehidupan masyarakat dunia yang aman
sejahtera.

Dalam konteks negara Malaysia, dialog peradaban ini merupakan sesuatu


yang sangat penting. Hal ini kerana negara kita merupakan negara yang sangat
rencam dengan kepelbagaian agama, bangsa, bahasa dan budaya. Kepelbagaian
ini, jika tidak ditangani dengan baik, akhirnya akan menjadi faktor yang boleh
menghancurkan kehidupan negara ini. Sebaliknya, jika diuruskan dengan bijak, ia
akan menjadi kekuatan yang akan meletakkan negara ini kukuh dan istimewa di
mata dunia. Salah satu cara untuk mencapai hasrat ini ialah dengan mewujudkan
suasana saling memahami dan menghapuskan prasangka antara satu sama lain.
Untuk itu, dialog peradaban antara penduduk negara ini daripada pelbagai agama
dan kepercayaan mestilah dilakukan.

Daripada perspektif Islam, kepentingan mengadakan dialog peradaban ini


tidak dapat dinafikan lagi. Rasulullah s.a.w. telah banyak kali mengadakan dialog
dengan ketua-ketua musyrikin Arab dan juga delegasi asing yang datang ke
Madinah. Malah, Baginda membenarkan mereka memasuki Masjid Nabi untuk
mengadakan dialog keagamaan dan ketuhanan dengan Baginda. Tegasnya,
dialog peradaban merupakan sesuatu yang amat penting dilakukan bagi
mewujudkan kehidupan dunia sejagat yang aman, sejahtera dan harmoni.
2. Apakah contoh peristiwa-peristiwa dunia Islam yang perlu kepada dialog antara
negara?
Antara peristiwa dunia Islam yang perlu kepada dialog antara negara ialah
peristiwa letupan ke atas hotel dan tempat yang dikunjungi oleh pelancong Barat
yang dilakukan oleh individu muslim radikal. Perkara ini telah menyifatkan sikap
Islam yang anti-Barat, lantas Islam dicop sebagai agama yang mengamalkan
keganasan. Hakikat sebenarnya, Islam dan Umat Islam tidak pernah memusuhi
Barat. Islam hanya menentang ketidakadilan dan penindasan barat ke atas umat
Islam. Umat Islam juga tidak pernah mengakui tindakan ganas individu Muslim ke
atas mana-mana masyarakat awam bukan Islam atas sebab dendam terhadap
kekejaman yang ditanggung umat Islam hasil tindakan pemimpin Barat. Namun
begitu, tindakan segelintir umat Islam yang bertindak ganas ke atas masyarakat
bukan Islam merupakan reaksi spontan kepada tindakan ganas dan kejam kuasa-
kuasa Barat serta rejim Zionis ke atas umat Islam di seluruh dunia, khususnya di
Palestin dan Iraq.
Selain itu, tanggapan salah terhadap konsep jihad merupakan peristiwa
dunia Islam yang memerlukan dialog peradaban. Jihad telah dilihat dalam konteks
yang sempit dan salah oleh semua pihak kerana terpengaruh dengan persepsi
Barat yang disebarkan secara meluas melalui media massa dan elekronik.
Pemahaman semua masyarakat tentang jihad terlalu fokus kepada perjuangan
bersenjata dan majoriti umat Islam masa kini tidak mempunyai kefahaman yang
jelas mengenai jihad. Akibat menganggap jihad hanya khusus kepada peperangan
yang menentang musuh Islam, ramai anak muda Islam yang terpedaya dengan
golongan ektremis seperti al-Qaida untuk menyertai kumpulan bersenjata yang
kadangkalanya berperang antara sesame Islam yang berlainan mazhab atau
politik. Hakikatnya, kumpulan militin ekstremis ini telah terpesong matlamatnya
kerana melanggar hukum Syariah.

Anda mungkin juga menyukai