Anda di halaman 1dari 27

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) CAWANGAN MELAKA

KAMPUS JASIN

SEMESTER :
SESI 1 2021/2022

CTU 552
FALSAFAH DAN ISU SEMASA

TUGASAN :
PENULISAN KERTAS KERJA

TAJUK KERTAS KERJA :


KEAMANAN GLOBAL

DISEDIAKAN OLEH :

1. ADAM IQMAL BIN NORHISHAM (2021462002)


2. MUHAMMAD MUZAMMIL AIMAN BIN SENAN (2021476948)
3. AIDIL FAIS BIN MAHRIZAL (2021839982)
4. ALYA FARHANA BINTI FAZREL (2021886438)
5. NORSHAHIRA ELLIYANA BINTI AHMAD FUAD (2021610142)
6. WAN AISYARIFATUL NOR BINTI WAN AZIZ (2021886462)
7. FATIN NUR AZREEN BINTI MAZLAN (2021467706)
8. NUR FARHANA BINTI MOHD YUSOF (2021898134)

KELAS :
M3CS2551A

KUMPULAN :
1

DISEMAK OLEH :
USTAZ MUHAMMAD FAIDZ BIN MOHD FADZIL
ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN
2. OBJEKTIF
3. DEFINISI
4. LANGKAH
4.1 Peranan Pendidikan Agama Islam dalam memperkasakan
penyebaran ilmu dan kefahaman Islam melalui program
akademik yang berkualiti
4.2 Fungsi media massa dalam membuktikan bahawa agama
islam bukanlah agama teroris seperti disangka oleh anti muslim
4.3 Usaha PBB dalam mencapai kata sepakat dalam membantu
mendapatkan keamanan di setiap negara islam yang tertindas

5. FAKTOR MENGAPA AGAMA ISLAM DIANGGAP


SEBAGAI AGAMA TERORIS
5.1 Agama Islam dianggap sebagai agama teroris
5.2 Mencapai kata sepakat dalam membantu mendapatkan keamanan
di setiap negara islam yang tertindas.

6. MEDIUM YANG DIGUNAKAN DALAM MEMPERKASAKAN


PENYEBARAN ILMU DAN KEFAHAMAN ISLAM
6.1 Media massa
6.1.1 Media Elektronik
6.1.2 Media Cetak
6.2 Pendidikan
6.2.1 Pendidikan Formal
6.2.2 Pendidikan Non-Formal

7. KESIMPULAN
8. RUJUKAN
1. PENGENALAN

Keamanan Global adalah sesuatu yang masih belum dapat dicapai oleh mausia pada abad
ke-21 ini. Perbalahan antara kuasa terhebat dunia sentiasa berlaku dan ianya kelihatan seperti
tiada hujungnya. Antara topik yang hangat yang sentiasa disebut oleh mereka yang berkuasa
adalah cara menangani orang islam. Mereka melihat orang islam ini sebagai satu ancaman
sampai tahap mereka mengharamkan kemasukkan orang islam dalam negara mereka. Perkara
ini mula menjadi topik hangat sejak pasca peristiwa tragedi WTC 11 pada September 2001 di
New York dan seruan peperangan terhadap terorisme dilaungkan. Komuniti Islam dipandang
sebagai penyebab segala permasalahan dan secara stereotaip, mereka menjadi sasaran
tuduhan tersebut. Pandangan buruk ini menyebabkan pelbagai kesusahan untuk orang islam
dan negara islam yang ingin membangun. Pandangan buruk terhadap orang islam ini dikenali
orang seluruh dunia sebagai Islamophobia.

Islamofobia adalah salah satu ‘ketakutan’ manusia terhadap sesuatu perkara berkaitan
islam. Merujuk kepada kamus Merriam Webster dan Cambridge, islamophobia bermkasud
ketakutan yang tidak rational, kebencian atau diskriminasi terhadap orang islam atau mereka
yang mempraktikkan Islam (https://www.merriam-webster.com/dictionary/Islamophobia) .Ia
juga dikategorikan sebagai rasi dalam definisi Meri dan Nayan(2018): “islamophobia dilihat
sebagai suatu bentuk rasis sama ada rasis islam mahupun rasis anti-Muslim yang bertujuan
untuk mewujudkan berperbezaan di antara kumpulan dalaman (in-group) atau kumpulan
luaran (Out-group)

Terdapat banyak bukti bahawa semua keganasan yang berlaku tidak berasal dari teroris
islam tetapi semuanya dipandang sebelah mata sahaja. Sebagai contoh, Dato Biro
Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat menunjukkan bahwa majoriti serangan pengganas
iaitu 42 peratus didominasi oleh golongan ‘Latino’, diikuti ekstremis berhaluan kiri dengan
24 peratus dan ekstremis Yahudi dengan 7 peratus kemudian barulah ekstremis muslim
dengan 6 peratus. Ini membuktikan, per-sepsi mengatakan Islam mempromosi keganasan dan
sinonim dengan jenayah awam adalah tidak benar serta sangat berlawanan dengan fakta dan
juga realiti.

Islamofobia ini bukan sahaja berlaku dinegara luar malah negara kita sendiri yang
majoritinya ornag islam masih menghadapi masalah ini. Stesen-stesen televisyen FTA di
Malaysia telah berusaha untuk meningkatkan pengetahuan tentang kesucian Islam dan
Muslim dalam kalangan masyarakat Malaysia. Menurut informan, rancangan sebegitu boleh
dibahagikan kepada dua bentuk iaitu rancangan yang diterbitkan khas dengan tujuan
mendidik nilai-nilai Islam dan keduanya, rancangan umum yang sebahagian besarnya
berteraskan hiburan tetapi menyelitkan unsur-unsur Islam. Contohnya rancangan terbitan
khas adalah Surah Pilihan, Ijazul Quran dan Forum Perdana Ehwal Islam.

Kewujudan islamophobia ini adalah satu dalam banyak sebab mengapa keamanan global
masih tidak dapat dicapai sekarang. Tulisan ini adalah bertujuan untuk menelitikan apakah
yang harus dibuat untuk mencapai keamanan global antara orang islam dan dunia luar.

2. OBJEKTIF

1. Memperkasakan penyebaran ilmu dan kefahaman Islam melalui program akademik yang
berkualiti.

2. Membuktikan bahawa agama islam bukanlah agama teroris seperti disangka oleh anti
muslim

3. Mencapai kata sepakat dalam membantu mendapatkan keamanan di setiap negara islam
yang tertindas.
3. DEFINISI

Aman, keamanan adalah tempoh keharmonian antara kumpulan-kumpulan sosial yang


berbeza yang mambawa erti tiada keganasan atau konflik, dan bebas dari kebimbangan
keganasan. Biasanya difahami sebagai permusuhan dan tindak balas, keamanan juga
membayangkan keikhlasan bagi penyelesaian konflik, wujudnya hubungan yang sihat atau
yang baru pulih, kemakmuran dalam hal-hal kebajikan sosial atau ekonomi, perlaksanaan
kesaksamaan, dan aturan pemerintahan politik yang memenuhi kepentingan semua.
Kefahaman asas berkenaan keamanan adalah seperti yang dikemukakan oleh Johan Galtung
iaitu keamanan negative dan keamanan positif. Keamanan negatif dapat disimpulkan dengan
kaitan unsur keganasan seperti menamatkan peperangan, konflik dan kekerasan, manakala
keamanan positif adalah dengan mencegah sebarang keganasan yang berstruktur seperti
contoh sebuah sistem yang tidak adil akan mengundang kepada berlakunya konflik seperti
kemiskinan, kebuluran, dan juga penindasan. Global pula membawa maksud perkara yang
relatif kepada sekumpulan unsur-unsur sendiri mengenai sesuatu perkara, makhluk atau
keadaan. Meliputi, mempengaruhi atau mengenai seluruh dunia, sejagat

Dalam politik dunia dan hubungan antarabangsa, prinsip keamanan dan kedamaian
sejagat merupakan dasar yang penting yang melengkapi prinsip keadilan antarabangsa yang
perlu dipraktikkan. Warga kepada struktur politik antarabangsa perlu menghormati dan
memelihara prinsip kedamaian dan keamanan sejagat. Menurut Prof. Ismail Faruqi, tatadunia
baru yang dicanangkan oleh Islam ialah tatadunia baru yang berdasarkan kepada keamanan
sejagat. Keamanan yang dimaksudkan dalam sistem negara-bangsa masakini ialah
pengiktirafan kedaulatan sesebuah negara-bangsa tanpa mengira agama atau budaya. Dalam
struktur politik antarabangsa, tiada satu negara-bangsa berhak mencabul prinsip keamanan
sejagat. Peperangan atau konflik bersenjata lebih merupakan resolusi terakhir jika
penyelesaian melalui meja perundingan tidak dicapai atau pencabulan terhadap perjanjian
gencatan senjata semasa proses perundingan berlaku. Jika berlaku juga sengketa bersenjata
dan peperangan, pelaksanaan konflik, sengketa atau perang antara dua pihak perlu mematuhi
peraturan, nilai dan kehendak yang telah digariskan di dalam al-Qur’an dan as-Sunnah.
Dalam struktur politik antarabangsa inilah juga nilai-nilai kebebasan perlulah diberikan
kepada sesebuah negara-bangsa untuk menentukan halacara pembangunan dan kemajuan
sendiri tanpa pengaruh dan penguasaan negara-bangsa yang lain. Dalam struktur politik
antarabangsa yang berdasarkan keamanan sejagat inilah segala bentuk peperangan yang
berdasarkan pembersihan etnik dan penindasan ras perlu dibenteras oleh negara-bangsa yang
mampu menyediakan tentera pendamai atau gabungan kuasa tentera beberapa buah negara-
bangsa yang mendokong dengan ikhlasnya aspirasi keamanan sejagat. Rasulullah s.a.w telah
bersabda bahawa “rosaknya keamanan dan kedamaian di antara kamu (umat Islam) adalah
perosak agama.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).
4. LANGKAH

4.1 Peranan Pendidikan Agama Islam dalam memperkasakan penyebaran ilmu dan
kefahaman Islam melalui program akademik yang berkualiti

Pendidikan Agama Islam di sekolah atau pusat pengajian merupakan salah satu daripada
usaha berterusan untuk menerapkan ilmu pengetahuan agama Islam kepada para pelajar dan
masyarakat awam. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat, pendidikan diertikan sebagai
pertama perihal mendidik, kedua; ilmu pendidikan dimaksudkan sebagai ilmu didik, ilmu
mendidik pengetahuan mendidik dan yang ketiga; diertikan sebagai didikan, latihan, ajaran
(Dewan Bahasa & Pustaka, 2007). Manakala menurut Kamus Pelajar Cetakan Kesebelas,
agama Islam membawa maksud agama yang diredai Allah; agama yang mempunyai beberapa
rukun dan ajaran-ajaran tertentu yang secara khusus diturunkan oleh Allah kepada Nabi
Muhammad SAW untuk disampaikan kepada seluruh manusia (Dewan Bahasa & Pustaka,
1994).

Pendidikan Agama Islam merangkumi usaha memberi pengetahuan tentang agama Islam
yang meliputi akidah, syariah dan akhlak. Ia juga menekankan kepada penghayatan terhadap
akidah dan kepercayaan dalam Islam, perlaksanaan ibadah-ibadah khusus dan umum serta
memberikan panduan dalam membentuk sikap tanggungjawab dalam diri terhadap pencipta,
manusia dan alam (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2006). Dalam usaha menjadikan
kehidupan seorang insan itu memiliki cara hidup yang berlandaskan ajaran Islam yang
sebenar, maka ilmu yang disampaikan mestilah mengikut kaedah yang betul dan
memudahkan masyarakat terutama para pelajar memahami isi kandungan agama Islam
(Ghazali Darussalam, 2004).

Dalam konteks ini, guru atau pensyarah memainkan peranan yang signifikan dalam
memastikan ilmu pengetahuan dan kefahaman Islam dapat diperkasakan. Suasana dan
kesedaran beragama dapat diwujudkan melalui penganjuran program dakwah seperti Israk
Mikraj, Maulidur Rasul, Ihya’ Ramadan dan lain-lain. Poster dan papan tanda doa, tazkirah,
selawat dan adab Muslim mampu memberikan kesan terhadap amalan hidup beragama di
sekolah. Kempen kesedaran menutup aurat, senyum dan salam bakal mewujudkan suasana
harmoni dan Islami (Ruzain Syukur Mansor, Disember 2015).

Tuntasnya, sudah terang lagi bersuluh bahawa mata pelajaran Pendidikan Agama Islam
di sekolah atau pusat pengajian mempunyai fungsi yang vital dalam memperkasakan
penyebaran ilmu dan kefahaman Islam melalui program akademik yang berkualiti.
Sehubungan dengan itu, kita perlu menyokong usaha membina suasana beragama di sekolah
untuk menyemai benih kebaikan dalam hati pelajar dalam usaha mengangkasakan Islam
sebagai agama yang unggul. Usaha ini juga perlu dibantu oleh masyarakat serta media untuk
mewujudkan persekitaran dan gaya hidup beragama dalam diri pelajar. Dengan ini hasrat
pemimpin negara untuk melahirkan generasi masa hadapan yang berfikiran rasional dan
matang tercapai sekaligus mampu menjamin keamanan global.

4.2 Fungsi media massa dalam membuktikan bahawa agama islam bukanlah agama
teroris seperti disangka oleh anti muslim

Membuktikan bahawa agama islam bukanlah agama teroris seperti disangka oleh anti
muslim. Hal ini dapat dilaksanakan mengunakan media sosial. Media menurut Kamus Dewan
(2010) ialah alat atau perantara komunikasi (Kamus Dewan 2010, Dewan Bahasa Pustaka).
Media juga merupakan sebuah badan yang sangat penting dalam membantu penyebaran
identity sebenar Islam. Ia mampu mendorong masyarakat serta mempengaruhi dunia untuk
menuju ke arah kebaikan, sebaliknya juga ia mampu membawa manusia ke kancah
kehancuran (Muhamad Zaki, Ainurliza, Zainol & Noor Adzrah, 2011).

Bagi menikmati suatu kehidupan yang selamat dan maju, manusia sentiasa memerlukan
informasi dan maklumat. Oleh itu, manusia berhubung dengan sumber ilmu sama ada secara
langsung ataupun melalui media massa yang menyalurkan ilmu dan maklumat dari paparan
berita, hiburan dan lain-lain. Media sangat memainkan peranan yang amat luas di dalam
masyarakat. Islam melihat media sebagai medium dakwah dalam menyampaikan kebenaran
dan mengulas isu-isu berkaitan kepentingan ummah. Media informasi Islam juga berperanan
sebagai penangkis serangan media dan propaganda asing dan melindungi pengaruh yang
boleh menyesatkan umat Islam serta mengukuh dan mempertahankan pendirian Islam dalam
segala isu. Penggunaan kaedah yang berhikmah dan bijaksana adalah penting dalam
menjayakan proses komunikasi berkesan (Marina Munira Mutalib, 2004)

Sebagai contoh, kita sering mendengar kabar-kabar di media, tentang Islam sebagai
agama yang ektrimis, radikalis, dan fundametalis, bahkan islam sebagai agama teroris. Hal
ini, dikuatkan dengan banyak pendapat-pendapat yang menyatakan bahwasanya Islam identik
dengan gerakan-gerakan terorisme, suka berperang dan intoleren. Fakta tersebut, mungkin
dikuatkan dengan banyaknya kes konflik saudara yang berpanjangan di Timur Tengah dan
juga teror bom yang dilakukan oleh “Islam” di beberapa negara barat. Tindakan pihak-pihak
tertentu yang menyalahkan Islam sebagai punca kepada keganasan yang dilakukan oleh
individu dan kelompok ekstremis dan teroris sedangkan penting untuk difahami bahawa
kelompok seperti ini sebenarnya wujud merentasi agama, budaya dan masyarakat.

Kita, sebagai generasi Islam, harus bisa menjadi tiang yang kukuh dalam membela
Islam dari fitnah-fitnah yang tidak mendasar tersebut. Islam berada di tangan kita
generasinya. Antara laman web yang juga boleh digunakan untuk memudahkan soal jawab
dan penjelasan agama ialah facebook, dimana terdapat kemudahan bersoaljawab, video
calling dan sebagainya yang memudahkan komunikasi apatah lagi dengan kemudahan
perkhidmatan percuma yang disediakan tanpa menggunakan sesen pun. Inilah yang perlu
dipergunakan dengan sebaiknya oleh pendakwah era baru dengan memulakan kaedah
pendakwahan dengan menarik lebih ramai pengguna untuk menyukai (like) laman web
facebook yang dianjurkan untuk tujuan membuktikan bahawa agama islam bukanlah agama
teroris seperti disangka oleh anti muslim. Dengan cara itu pengguna yang ingin mempelajari
dan mendalami ilmu agama akan lebih mudah tertarik dan sentiasa dihidangkan dengan
pengetahuan berunsur Islam dan secara tidak langsung akan terus mendokong dakwah
Islamiyah. Selain itu, penggunaan blog juga dapat membantu individu dengan menyebarkan
dakwahnya tanpa sebarang masalah. Blog-blog ini dapat diakses melalui telefon pintar
malahan dapat digunakan oleh pendakwah untuk menyebarkan ilmunya dengan
menggunakan telefon pintar.

Secara kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa media massa merupakan medium


terbaik untuk memantapkan dakwah ilmu Islamiah dan memacu gerak kerja dakwah secara
global. Peperangan maklumat dan propaganda media seharusnya dapat ditangkis dengan
strategi pengaplikasian dakwah yang dirangka secara sistematik oleh umat Islam demi
membuktikan bahawa agama islam bukanlah agama teroris seperti disangka oleh anti muslim.
4.3 Usaha PBB dalam mencapai kata sepakat dalam membantu mendapatkan
keamanan di setiap negara islam yang tertindas

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) berperanan penting dalam usaha mencapai


kata sepakat dalam membantu mendapatkan keamanan di setiap negara Islam yang tertindas.
PBB telah ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 sejurus selepas perang dunia tamat (Zulhilmi
Baharudin, 2006). Peranan PBB dijalankan oleh enam badan utama iaitu Perhimpunan
Agung, Majlis Keselamatan, Sekretariat, Majlis Ekonomi dan Sosial, Mahkamah Keadilan
Antarabangsa dan Majlis Peramanahan. Perhimpunan Agung merupakan badan utama yang
mempunyai wakil dari semua negara anggota bagi membincangkan sebarang persoalan atau
mengesyorkan tindakan yang perlu diambil oleh negara anggota atau badan-badan PBB yang
lain. Majlis Keselamatan pula bertanggungjawab bagi menjaga keamanan dan kedaulatan
negara anggota manakala Sekretariat bertindak sebagai satu badan eksekutif bagi
melaksanakan dan menyelaraskan ketetapan yang telah dibuat serta memastikan badan-badan
lain di bawah PBB melaksanakan tugasan dengan secekap mungkin. Bagi memastikan taraf
hidup bangsa-bangsa negara anggota ditingkatkan dengan lebih baik serta memajukan hak
asasi manusia, Piagam PBB menetapkan agar tanggungjawab itu dilaksanakan oleh Majlis
Ekonomi dan Sosial. Mahkamah Keadilan Antarabangsa pula mengendalikan perselisihan
undang-undang manakala Majlis Peramanahan untuk mengawasi wilayah yang tidak ada
pemerintahan sendiri pada waktu PBB diasaskan.

Sejak tamatnya era Perang Dingin, wujud satu budaya politik baru di kalangan negara-
negara Islam iaitu keinginan untuk menyumbang terhadap keamanan dunia sejagat. Hal ini
dibuktikan menerusi penglibatan aktif mereka dalam pelbagai aktiviti anjuran PBB, sebagai
contoh, misi pengaman antarabangsa(peacekeeping). Secara umumnya, konsep ‘misi
pengaman antarabangsa’ merujuk kepada satu bentuk misi atau operasi antarabangsa yang
membabitkan penugasan satu pasukan pengaman dari pelbagai negara oleh sebuah
pertubuhan antarabangsa ke negara atau kawasan yang berkonflik bertujuan untuk
menamatkan konflik dan seterusnya memulihkan keamanan di negara atau kawasan tersebut
(O’Neill & Rees, 2005). Konsep misi pengaman PBB terbahagi kepada empat peranan
penting yang turut dimainkan oleh badan dunia tersebut untuk menepati statusnya sebagai
sebuah badan pengaman dunia. Pertama, diplomasi cegah rintang (preventive diplomacy),
iaitu usaha untuk menghalang konflik daripada merebak samada dalam keadaan ganas
(violent) ataupun bukan ganas (non-violent). Kedua, proses keamanan (peacemaking), iaitu
usaha untuk membawa pihak yang berkonflik untuk berdamai menerusi cara aman (peaceful
means) berdasarkan kepada Artikel VI dalam Piagam PBB. Ketiga, misi pengaman
(peacekeeping mission), iaitu penugasan satu pasukan pengaman PBB di negara yang sedang
berkonflik, dengan kebenaran pihak yang berkonflik, bertujuan untuk menghentikan konflik
dan mengekalkan keamanan di negara tersebut. Keempat, proses pembinaan keamanan
(peacebuilding), iaitu usaha untuk membina keamanan pasca konflik bertujuan untuk
memastikan bahawa konflik tersebut tidak wujud kembali dan mengenalpasti serta
menyokong sebarang bentuk usaha yang boleh mengukuhkan keamanan yang telah dicapai
tersebut (O’Neill & Rees, 2005).

Penglibatan Negara-negara Islam juga menjadi titik tolak dalam menjaga keamanan
dan kesejahteraan global. Istilah ‘negara-negara Islam’ ini merujuk kepada negara yang
menjadi anggota dalam Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC). Pertubuhan ini
telah ditubuhkan pada tahun 1969 dan berpusat di Jeddah, Arab Saudi. Pertubuhan ini terdiri
daripada 57 buah negara anggota PBB (OIC, 2021). Walaupun dunia Islam seringkali berbeza
pendapat dengan dunia Barat mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa, ia bukanlah
sesuatu yang bersifat mutlak. Hal ini boleh dilihat dari segi kesediaan mereka untuk
menyumbang terhadap keamanan dunia sejagat menerusi penglibatan dalam misi pengaman
PBB.

Secara konklusinya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ialah satu mekanisma


penting dalam konteks pengurusan konflik antarabangsa. Walaupun negara-negara Islam
seringkali berbeza pendapat dengan negara-negara Barat, ia bukanlah satu penghalang
baginya untuk turut sama menyumbang terhadap keamanan dunia sejagat. Penglibatan aktif
negara-negara Islam dalam aktiviti PBB termasuk misi pengaman ini bukanlah bermakna ia
sudah melupakan aspirasi utamanya iaitu penyatuan ummah dan dunia Islam. Kedudukan
politiknya di PBB menyebabkan banyak negara-negara Islam terpaksa menggabungkan
aspirasi ini dengan matlamat kepentingan nasional negara masing-masing dalam usaha untuk
memastikan aspirasi tersebut tercapai. Apa yang pasti ialah penglibatan aktif negara-negara
Islam dalam misi pengaman PBB ini telah menjadi bukti komitmen tingginya terhadap usaha
dan peranan badan dunia tersebut dalam memelihara keamanan dan keselamatan dunia
sejagat. Ia secara tidak langsung boleh menghakis imej buruk yang seringkali dipaparkan
oleh media Barat terhadap dunia Islam.
5. FAKTOR MENGAPA AGAMA ISLAM DIANGGAP SEBAGAI AGAMA
TERORIS

5.1 Agama Islam dianggap sebagai agama teroris

Terrorisme telah wujud sejak abad ke-18 lagi. Terrorisme tidak mempunyai maksud
yang khusus tetapi dikaitkan dengan tindakan keganasan, kekerasan serta intimidasi yang
dilakukan bagi menimbulkan rasa takut bagi satu pihak tertentu. (Yadim,2016). Pada zaman
kini, terdapat umat Islam yang yang mengaku mereka pejuang agama tetapi melakukan
aktiviti-aktiviti keganasan seperti pengeboman dan pembunuhan. Mereka menyatakan
bahawa perbuatan mereka itu bukanlah suatu bentuk keganasan malah sebagai jihad kepada
agama Islam. Aktiviti mereka ini telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak bersalah
tidak mengira umur seperti kanak-kanak, wanita dan warga tua. Mangsa mereka juga tidak
menyasarkan hanya kepada orang bukan Islam malah orang Islam sendiri juga menjadi
mangsa keganasan tersebut.

Selari dengan era teknologi ini segala perkhabaran atau berita yang terjadi di seluruh
dunia boleh tersebar sepantas kilat melalui media sosial. Teknologi pada masa kini digunakan
pada semua peringkat umur bahkan kanak-kanak kecil sudah mahir untuk menggunakan
gajet-gajet canggih seperti telefon pintar. Golongan yang lebih muda seperti awal remaja
lebih mudah terpengaruh untuk mempercayai setiap perkara yang dilihat atau dibaca tanpa
bimbingan dan pengawasan orang dewasa. Mereka yang tidak dibimbing dengan baik akan
dibesarkan dengan membenci Islam setetrusnya menjadi anti-muslim. Tambahan pula,
terdapat golongan bukan Islam yang jahil berkaitan agama Islam. Bilangan islamophobia
dilihat banyak di negara Barat kerana kurangnya populasi umat Islam di negara mereka. Jadi,
mereka kurang pendedahan tentang Islam. Oleh itu, mempercayai apa yang dilihat dan
didengari dalam media tanpa membuat sebarang selidikan terlebih dahulu.

Pada tanggal 15 Mac 2019, terjadinya dua serangan tembakan Masjid Al Noor dan
Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand. Seorang pemuda kelihatan lengkap
bersenjata dan menyerang masjid tersebut sambil membuat penyiaran secara langsung di
akaun media sosialnya (Facebook) ketika umat islam sedang menunaikan solat Jumaat.
(Astro Awani,2019). Seramai 51 orang Islam yang merupakan mangsa tembakan yang
terbunuh tidak mengira usia dari kanak-kanak sehingga warga tua dalam insiden tersebut.
Kenyataan mendapati bahawa tujuan serangan tersebut berlaku berasal daripada pendapat
suspek sendiri untuk menanamkan rasa takut kepada penduduk Islam yang majoritinya
imigran yang menetap di New Zealand yang dianggapnya sabagai pengganas. (Berita Harian,
2020). Ini telah membuktikan bahawa terdapat ideologi-ideologi yang menyatakan bahawa
agama Islam merupakan agama pengganas dalam kalangan orang bukan Islam.

Berdasarkan perkara yang telah dibincangkan dapat kita simpulkan bahawa agama
Islam masih lagi diapandang sebagai agama teroris. Kurangnya pendedahan berkaitan agama
Islam kepada seluruh dunia boleh menyebabkan mentaliti Islam sebagai agama terroris akan
terus dibiasakan dalam kalangan masyarakat.

5.2 Mencapai kata sepakat dalam membantu mendapatkan keamanan di setiap negara
islam yang tertindas.

Di China terdapat hampir 200 juta pemeluk agama islam dan lebih 20 juta daripadanya adalah
Muslim. Di China juga terdapat dua kaum utama dikalangan muslim China iaitu kaum Hui
dan Kaum Uighur. Etnik kaum Uighur menetap di Xinjiang, manakala etnik kaum Hui pula
menetap di Hainan, China. Masyarakat islam etnik Uighur merupakan umat islam yang
berbahasa Turki dari rantau Asia Tengah. Etnik ini juga merupakan salah satu etnik minoriti
islam yang dianaiya oleh China termasuklah Kazakhs,Uzbek dan lain-lain. Kaum etnik
Uighur bukan sahaja mentap di Xinjiang malah, terdapat kaum etnik Uighur yang menetap di
negara-negara jiran seperti Uzbekistan, Kyrgyzstan dan juga Australia.

Pada tahun 1949, Republik China telah menjadikan Xinjiang sebahagian daripada negara
mereka dan kaum etnik Uighur dianggarkan sekitar 76% daripada seluruh penduduk rantau
tersebut. Di Xinjiang bukan sahaja hanya mengandungi etnik Uighur malah, terdapat etnik
lain juga seperti etnik Han iaitu merupakan kumpulan etnik majoriti di China. Akan tetapi
etnik Han tidaklah sebanyak jumlah etnik Uighur yang mentap di Xinjiang, ianya hanya
sebahagian kecil iaitu 6.2% sahaja. Selepas Republik China menjadikan Xinjiang sebahagian
daripada mereka, orang-orang etnik Han mula berhijrah ke Xinjiang dan penghijarahan itu
telah mengubah nisbah bilangan penduduk etnik Han di Xinjiang sebanyak 40%. Akan
tetapi, kerajaan China tidak mengisytiharkan Xinjiang sebagai tanah jajahan mereka.
Tindakan Republik China yang memasukkan Xinjiang sebagai sebahagian daripada
negaranya itu ditentang oleh sebahagian daripada penduduk asal Xinjiang, iaitu penduduk
minoriti islam di Xinjiang. Mereka mula menentang pemerintahan pemerintah Beijing dan
enggan berkomunikasi dalam bahasa mandarin.
Kaum Uighur kebiasaannya menggunakan bahasa Turki sebagai bahasa pertuturan harian
mereka oleh kerana kaum Uighur ini tinggal di Xinjiang yang terletak di barat China dan
Timur Turkistan. Mereka juga bertindak untuk membuat kempen untuk memerdekakan
mereka daripada taklukkan oleh Republik China. Pada ketika itu, China menganggap
sebarang tindakan rasa tidak berpuas hati atau kritikan itu adalah sebagai satu ancaman, dan
perbezaan pendapat itu juga dianggap sebagai satu perkara yang bahaya dalam mewujudkan
keamanan sesebuah negara. Bagi kerajaan China, suara-suara yang menentang sebarang
keputusan atau arahan pemerintah yang dikeluarkan merupakan satu ancaman kepada
negara dan ianya sangat bahaya bagi mereka walaupun ianya hanya disuarakan oleh
sebahagian kecil daripada rakyat mereka. Bagi negara China tindakan keras seperti
melakukan penahanan itu perlu dilakukan untuk mencegah keganasan serta bertujuan untuk
menghapuskan ekstremisme islam.
6. MEDIUM YANG DIGUNAKAN DALAM MEMPERKASAKAN
PENYEBARAN ILMU DAN KEFAHAMAN ISLAM
6.1 Media massa

Media massa merupakan perantara mekanikal yang mengandungi, menyimpan dan


menstransmisi mesej. Secara ringkasnya media massa terdiri daripada media cetak dan media
elektronik yang melibatkan organisasi media,individu dalam organisasi media,polisi dan
teknologi yang terlibat dalam distribusi komunikasi massa. Contoh media cetak ialah surat
khabar, majalah dan buku-buku manakala media elektronik meliputi radio, filem, rakaman,
televisyen dan komputer. Dengan adanya perantara media, mesej dapat disalurkan dengan
meluas. Jarak antara penyampai dan penerima maklumat tidak menjadi halangan kerana
maklumat boleh disalurkan dan disampaikan dalam jangkamasa tertentu.

i) Media elektronik

Di zaman moden ini, media elektronik dengan manusia sudah tidak dapat dipisahkan
lagi. Diibaratkan sebagai keperluan harian, gajet dan media elektronik sukar hendak
dipisahkan malah terdapat segelintir golongan yang obses menggunakan media elektronik
tanpa mengira waktu sehingga memudaratkan diri sendiri. Selain itu, media elektronik juga
merupakan medium utama masyarakat di dunia dalam menerima dan menyebarkan
maklumat. Malah segala tingkah laku serta pemikiran kita banyak dipengaruhi oleh media
elektronik. Hal ini membuktikan bahawa media elektronik ini memainkan peranan yang amat
besar kepada diri manusia. Maka wajarlah apabila media elektronik ini digunakan untuk
pelbagai tujuan antaranya ialah dalam penyebaran ilmu dan kehafaman agama islam.

Apabila disebut tentang media elektronik sudah semestinya tidak lari daripada laman
media sosial seperti Instagram,Facebook,Twitter dan lain-lain lagi. Hampir kesemua
golongan masyarakat di dunia ini mempunyai media sosial mereka sendiri, maka strategi
penyebaran ilmu dan kefahaman tentang islam melalui media sosial adalah strategi yang
bernas yang semestinya mendapat sambutan dari segenap golongan. Melalui media sosial kita
dapat menyebarkan ilmu tentang islam supaya masyarakat akan lebih terdedah kepada agama
islam ini dan mengetahui amalan orang islam yang sebenarnya tidak membawa sebarang
ancaman kepada masyarakat bukan islam. Contohnya, kita boleh mewujudkan satu laman
Facebook ,Instagram ataupun twitter dan memuat naik tentang ilmu dan kefahaman
islam,maka orang-orang yang sedang membuka media sosial dapat melihat perkara tersebut
secara tidak langsung. Selain itu, kita juga boleh menyebarkan ilmu melalui video-video yang
menarik dengan menggunakan animasi dan sebagainya. Oleh itu, pengguna media sosial akan
lebih tertarik untuk melihat intipati video tersebut. Melalui media sosial ini kita dapat
membantu masyarakat keluar daripada lembah kejahilan kerana salah satu punca berlakunya
salah faham terhadap agama islam adalah kerana kurangnya ilmu pengetahuan.

Media elektronik bukan sahaja mempunyai media sosial semata-mata tetapi radio,
televisyen dan filem juga merupakan media elektronik. Melalui radio dan televisyen juga kita
boleh menyebarkan ilmu dan fahaman tentang agama islam. Melalui iklan-iklan yang
disiarkan di televisyen dan di saluran radio penonton dan pendengar akan mendapat ilmu
secara tidak langsung. Selain itu, penyampaian ilmu melalui radio juga dapat dilakukan
dengan memanggil tetamu jemputan di radio untuk mengadakan forum ataupun ceramah
yang mendedahkan tentang islam secara santai. Hal ini akan lebih menarik minat pendengar
radio. Malah terdapat juga artis-artis tanah air dan antarabangsa yang menulis lagu
berunsurkan islam dan keamanan supaya dapat menyebarkan ilmu serta mesej mereka kepada
masyarakat di luar sana terutamanya para peminat mereka agar bersama-sama mendalami
ilmu dan menyebarkan rasa kasih sayang sesama manusia tidak mengira agama mahupun
rupa. Disamping itu, pembikinan filem juga boleh menjadi medium penyampaian ilmu
kepada masyarakat terutamanya golongan muda yang suka menonton filem di panggung
wayang. Jalan cerita yang menarik dan kreatif akan menarik minat masyarakat dengan lebih
efektif lagi. Malah melalui pembikinan filem juga kita boleh meluaskan lagi penyampaian
ilmu kerana hampir kesemua peringkat umur masyarakat gemar menonton filem lebih-lebih
lagi apabila bersama keluarga.

Maka terbuktilah bahawa media elektronik wajar dijadikan sebagai medium utama
untuk memperkasakan penyebaran ilmu dan kefahaman islam kepada masyarakat. Hal ini
memperlihatkan kepada keberkesanannya dalam mempengaruhi kehidupan manusia.
Masyarakat akan lebih mudah menerima sesuatu dengan pendekatan yang sebegini kerana
media elektronik sememangnya diperlukan oleh kita dalam menjalani kehidupan seharian dan
secara tidak langsung penyebaran ilmu dan kefahaman islam akan tersebar melalui aktiviti
seharian. Penyebaran ilmu dan kefahaman islam ini amatlah penting bagi kita umat islam
kerana melalui perkara ini kita dapat memperbaiki perspektif masyarakat bukan islam
terhadap agama islam yang selama ini dipandang serong akibat daripada fitnah yang
dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Perbuatan pengganas yang telah
mengancam nyawa masyarakat dunia sering dikaitkan dengan agama islam lebih
mengeruhkan keadaan. Ibarat nila setitik, rosak susu sebelanga semua umat islam sering
dituduh sebagai pengganas walaupun tidak melakukan sebarang kesalahan. Malah terdapat
umat islam yang diserang oleh anti-islam secara tiba-tiba dan sering dipulaukan hanya kerana
mereka merupakan orang islam.

Melalui penyebaran ilmu dan kefahaman islam inilah dapat membantu membersihkan
nama agama islam daripada tuduhan-tuduhan tersebut dan mengembalikan keamanan kepada
masyarakat islam terutamanya bagi yang menetap di negara bukan islam. Sekiranya orang
bukan islam telah mengetahui tentang islam dan mempunyai ilmu sudah tentu mereka tidak
akan salah faham dan menuduh orang islam sebagai pengganas dan sebagainya serta tidak
menyerang orang islam yang tidak bersalah. Contohnya, amalan wanita islam yang memakai
tudung dan berpakaian yang menutup hampir seluruh anggota badan itu sebenarnya bertujuan
untuk menutup aurat dan melindungi diri daripada jenayah seksual bukannya bertujuan
menyorokkan senjata ataupun bom seperti yang dibayangkan oleh orang bukan islam.
Berdasarkan akhbar Sinar Harian yang bertarikh 22 November 2019 sorang wanita hamil
yang bertudung telah diserang oleh seorang lelaki dari Sydney,Australia. Dikatakan lelaki itu
telah mendekati sekumpulan wanita bertudung di sebuah kafe lalu tanpa sebarang provokasi
telah menyerang seorang wanita berumur 31 tahun yang sedang hamil 38 minggu. Semasa
menyerang lelaki tersebut telah mengeluarkan kata-kata kebencian dan anti-Islam terhadap
mangsa dan rakan-rakanya.Kes ini telah membuktikan bahawa dengan kurangnya ilmu dan
kefahaman tentang islam orang islam di seluruh dunia akan sentiasa rasa terancam dan tidak
bebas menjalani kehidupan mereka.

ii) Media Cetak

Walaupun dunia kita masa kini semakin canggih dengan pelbagai teknologi, media cetak tetap
memainkan peranan yang besar dalam menjadi medium penyampai maklumat. Hal ini kerana media
cetak lebih tertumpu kepada golongan yang lebih tua kerana mereka lebih suka dan terbiasa
menggunakan media cetak sebagai medium perhubungan berbanding media elektronik malah terdapat
juga golongan muda yang lebih suka menggunakan media cetak berbanding media elektronik. Selain
itu golongan yang lebih tua juga tidak cekap menggunakan akses internet yang menyebabkan mereka
lebih senang menggunakan media cetak walaupun terdapat teknologi yang canggih. Oleh itu
penyebaran ilmu dan kefahaman islam akan lebih berkesan untuk disampaikan kepada mereka
menggunakan media cetak. Contohnya, kita dapat menyebarkan ilmu dengan menyiarkannya di
akhbar, majalah mahupun risalah. Kesannya orang yang membeli akhbar akan mendapat ilmu dengan
membacanya di dalam akhbar. Selain itu risalah juga dapat diedarkan kepada orang ramai tidak
mengira tempat kerana risalah lebih senang untuk dibawa dan bahan bacaan yang tidak terlalu berat
dan mudah difahami. Disamping itu, papan iklan juga merupakan salah satu media cetak yang dapat
menjadi medium penyampai maklumat yang berkesan terutamanya apabila papan-papan iklan tersebut
diletakkan di tepi-tepi jalan agar pengguna jalan raya dapat membacanya walaupun semasa berada di
atas jalan raya. Seterusnya, kelebihan menggunakan media cetak sebagai medium penyampaian ilmu
dan kefahaman islam juga ialah media cetak dapat disimpan dan dibaca berulang kali walaupun sudah
lama. Kesannya, segala jenis bahan media cetak yang disimpan dapat dibaca oleh generasi akan
datang dan secara tidak langsung ilmu tersebut dapat disalurkan kepada generasi masa hadapan.
Media cetak juga wajar dijadikan sebagai medium penyampaian ilmu dan kefahaman islam juga
kerana melalui media cetak sesuatu yang sukar untuk difahami dapat diringkaskan di dalam media
cetak kerana terdapat akhbar,risalah mahupun majalah yang menerbitkan cetakan bewarna dan di
dalam pelbagai bentuk yang mudah difahami seperti gamba rajah ataupun imej kreatif

Selain itu,media cetak juga berperanan untuk menyebarkan maklumat yang tepat dan sahih
kebenarannya.Seperti yang kita ketahui,setiap maklumat dah info yang dipaparkan sudahpun
dipastikan kesasihan maklumat tersebut.Tambahan pula,hampir kesemua media cetak yang dihasilkan
akan melalui beberapa fasa sebelum ia diterbitkan dan dipasarkan di kedai-kedai buku mahupun
diletakkan di perpustakaan.Sebagai contoh,seseorang yang ingin menjadi penulis ataupun pengarang
bagi sesebuah buku hendaklah mempunyai pengetahuan yang luas agar penulisan yang dihasilkan
berkualiti.Tambahan pula,media cetak sering dijadikan rujukan tidak kira apa lapisan umur pembaca
sekalipun.Contohnya,risalah dan apa jua buku non-fiksyen sering digunakan oleh pelajar-pelajar bagi
menyiapkan kerja kursus adan tugasan harian mereka.Dengan adanya media cetak,kita tidak perlu
risau lagi akan kesasihan sesuatu maklumat.Pada zaman kini,media sosial sering digunakan oleh
semua lapisan masyarakat bagi mencari sesuatu maklumat bagi mengetahui
kebenarannya.Persoalannya,sejauh manakah kesasihan maklumat yang berada di media sosial ini?
Pada pendapat saya,media sosial sememangnya memudahkan kita dalam mencari dan mengetahui
sesuatu tetapi janganlah kita percaya secara bulat-bulat akan maklumat yang disampaikan.Hal ini
kerana,kita dapat lihat banyak maklumat palsu yang disampaikan terutamanya di media sosial seperti
Facebook,WhatsApp dan sebagainya.Bagi mereka yang tidak mengkaji terlebih dahulu,sudah pasti
mereka akan dengan mudahnya terpedaya akan maklumat tersebut.Tambahan pula,kita dapat lihat
banyak siaran TV memaparkan bahayanya maklumat palsu yang disebarkan di media sosial ini.Cuba
bayangkan sekiranya ada individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan dakwah palsu ataupun
hadis palsu,dan ramai pula yang menyebarkan maklumat tersebut kerana menganggap ia adalah betul
tanpa menyelidik sebelum menyebarkannya,bukankah ia boleh menyebabkan aqidah kita boleh
terpesong?Senario ini kita dapat lihat pada hari ini kerana terlalu banyak hadis palsu dan hukum-
hakam dalam agama yang salah disebarkan secara meluas.Kesan sekiranya kita percaya dengan
mudah,ia boleh menyebabkan akidah kita tersasar dan boleh mengakibatkan kita murtad ataupun
keluar daripada agama Islam.Oleh itu,media cetak memainkan peranan penting dalam memastikan
kesasihan sesuatu maklumat yang disampaikan di media sosial.

6.2 Pendidikan

Tanpa kita ketahui dan sedari,medium pendidikan antara medium yang turut digunakan
dalam memperkasakan penyebaran ilmu dan kefahaman Islam.Tambahan pula,medium ini
digunakan secara meluas tidak kira tempat,agama dan bangsa kerana pendidikan merupakan
antara keperluan pada hari ini.Bukan sahaja keperluan,tetapi ia merupakan pendidikan
sepanjang hayat.Hal ini kerana,tanpa pendidikan,tidak akan wujudnya ahli falsafah,ahli
ilmuan dan pakar perubatan seperti yang kita dapat lihat pada hari ini.Dengan pendidikan
jugalah kita dapat membezakan baik dan buruk,mana yang betul dan mana yang salah.Oleh
itu,dapat dilihat bahawa pendidikan amat penting.Sebelum kita memahami dengan lebih
mendalam mengenai pendidikan,seeloknya kita memahami definisi pendidikan secara umum
terlebih dahulu.Definisi pendidikan secara umum adalah ia merupakan sesuatu proses
pembelajaran pengetahuan,keterampilan dan kebiasaan sekumpulan manusia yang diwariskan
dari satu generasi ke generasi yang selanjutnya melalui pengajaran,latihan dan penelitian.Ia
juga turut boleh ditafsirkan sebagai suatu usaha sedar yang dilakukan secara sistematik dalam
mewujudkan suasana belajar dan mengajar agar para peserta yang dididik dapat
mengembangkan potensi dirinya.Sekiranya kita lihat definisi daripada Kamus Pelajar Edisi
Kedua, pendidikan bermaksud perihal atau perbuatan mendidik. Perkataan pendidikan itu
sendiri berasal daripada bahasa Inggeris iaitu Education dimana secara etimologis kata
tersebut berasal dari bahasa Latin, iaitu Eductum. Kata Eductum terdiri dari dua
kata,iaitu E yang artinya perkembangan dari dalam keluar, dan Duco yang artinya sedang
berkembang. Sehingga secara etimologis maksud pendidikan adalah proses mengembangkan
kemampuan diri sendiri dan kekuatan individu.

Pendidikan terbahagi kepada tiga jenis iaitu pendidikan formal,non-formal dan informal.
Setiap pendidikan memainkan peranan yang berbeza dalam kehidupan seseorang.Walau
bagaimanapun,setiap pendidikan tersebut mempunyai tujuan yang sama iaitu mendidik
akhlak dan peribadi seseorang.Pendidikan formal adalah merupakan pendidikan dalam
bentuk kurikulum terancang atau program pengajian dan mata pelajaran yang disusun dan
diajar kepada pelajar di  institusi pendidikan seperti sekolah, kolej, politeknik, dan universiti.
Kebiasaanya pendidikan formal yang dirancang ini mempunyai peperiksaan dan ujian bagi
menilai keupayaan dan kemahiran pelajar tersebut.Melalui ujian dan peperiksaan yang
dijalankan,penganugerahan sesuatu sijil, diploma, atau ijazah diberikan kepada pelajar yang
layak.Bagi pendidikan non-formal pula, ia merupakan suatu pendidikan tambahan yang diajar
di luar pendidikan formal seperti kegiatan kokurikulum di sekolah.Salah satu kegiatan
kokurikulum adalah seperti aktiviti sukan, persatuan dan kegiatan beruniform.Selain kegiatan
kokurikulum,kursus latihan di jabatan kerajaan atau syarikat swasta dengan bertujuan bagi
menambahkan kecekapan pekerja dan kursus-kursus pendek pula bertujuan untuk menambah
pengetahuan tentang sesuatu, lawatan sambil belajar yang terancang dan sebagainya.Akhir
sekali,pendidikan informal ialah pendidikan dan pengalaman dimana kita dapat perolehi
melalui pelbagai aktiviti kehidupan seharian melalui interaksi dengan persekitaran, orang lain
seperti ahli keluarga, kawan, ahli masyarakat lain dan dari pemerhatian kita tentang apa yang
berlaku di sekeliling kita seperti menonton TV, filem atau mendengar radio.Pada pendapat
saya,keluarga ialah agensi pertama dan amat penting yang memberi pendidikan awal dan
pendidikan sokongan.Banyak sekali pengalaman kita diperkayakan, persepsi dan pemikiran
kita dibentuk,melalui pendidikan informal ini, yang kita alami setiap masa.
Persoalannya,bagaimanakah pendidikan-pendidikan ini dapat memperkasakan penyebaran
ilmu dan kefahaman Islam dalam diri seseorang individu itu?Dan sejauh manakah
keberkesanannya?

i) Pendidikan Formal

Antara medium yang digunakan dalam aspek pendidikan ialah medium pendidikan
formal.Seperti yang diketahui sebelum ini,definisi pendidikan formal secara ringkas ialah ia
merupakan pendidikan yang terancang dan disusun,dan diajar di sesebuah institusi.Dalam
pendidikan formal,terdapat pelbagai subjek yang didedahkan kepada para pelajar seperti
subjek Matematik,subjek Sains dan sebagainya.Dari pelbagai subjek yang diajar itu,dua
subjek yang mungkin dianggap remeh oleh sesetengah masyarkat iaitu subjek Pendidikan
Islam dan Pendidikan Moral memainkan peranan yang amat besar dalam memperkasakan
penyebaran ilmu dan kefahaman dalam Islam itu sendiri.Persoalan yang pasti bermain dalam
fikiran sesetengah masyarakat adalah sudah semestinya,apakah peranannya dan apakah
kaitannya pula dengan tanggapan orang bukan Islam yang menganggap agama Islam
merupakan agama teroris?

Subjek pertama yang akan dihuraikan dan dibincangkan adalah subjek Pendidikan
Islam.Pendidikan Islam adalah merupakan salah satu daripada mata pelajaran yang
ditawarkan di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah dengan bertujuan untuk
melahirkan insan soleh yang beriman, berilmu, beramal dan berakhlak.Subjek tersebut
diajarkan kepada pelajar yang beragama Islam.Tambahan pula,subjek ini merupakan subjek
yang amat penting kerana ia adalah salah satu wajib lulus SPM.Pendidikan Islam terdiri
daripada Tilawah al-Quran dan Hadis,Ulum Syariah dan Adab Berteraskan Akhlak
Islamiah.Setiap bahagian yang terdapat dalam subjek ini memainkan peranan
tersendiri.Sebagai contoh,bahagian Tilawah al-Quran dan Hadis diisi dalam sukatan pelajaran
bagi membolehkan para pelajar membaca al-Quran dengan lancar malah mengikut hukum-
hukum tajwid yang betul dan tepat.Tambahan pula,pelajar turut diarahkan untuk menghafaz
ayat-ayat al-Quran mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan setiap tahun.Dengan
membaca dan menghafaz ayat al-Quran,kita akan lebih mendalami isi kandungan yang
terdapat dalam al-Quran.Setiap surah dalam al-Quran membawa makna dan kisahnya yang
tersendiri yang boleh dijadikan tauladan buat kita.Apabila seseorang mendalami al-
Quran.mereka akan turut mendalami agama Islam itu sendiri.Hal ini demikian kerana,al-
Quran dan Sunnah merupakan panduan bagi umat Islam.Tanpa dua perkara tersebut,sudah
pasti kita akan sesat dan hilang arah petunjuk.Kesannya,kita akan terpesong dari ajaran yang
diajarkan dalam agama Islam.Tambahan pula,kita turut dapat mempraktikkan apa yang
difahami dari al-Quran dalam kehidupan seharian.Sebagai contoh,kita boleh membaca surah
yang dihafal ketika menunaikan waktu solat.Apabila kita menghafal dengan betul dan
memahami maksud setiap ayat-ayat yang dibaca,kita akan lebih khusyuk dan seronok dalam
melakukan ibadah seharian.Kita juga turut dapat menyampaikan apa yang difahami kepada
orang sekeliling kita,daripada situ kita dapat berkongsikan ilmu yang ada.Kesannya,kita
dapat menyebarkan sedikit sebanyak ilmu kepada orang lain dan berkemungkinan ilmu yang
disampaikan dapat menarik orang bukan Islam untuk mendalami Islam itu sendiri.Selain
itu,adab berteraskan akhlak islmiah juga dapat memperkasakan penyebaran ilmu dan
kefahaman tentang Islam itu sendiri. Adab ini adalah berdasarkan cara hidup muslim dalam
hubungannya dengan Allah S.W.T, diri sendiri, keluarga, alam sekitar, masyarakat dan
negara.Sebagai contoh,kita diajarkan untuk menghormati orang lain yang berada disekeliling
kita tidak kira umur,bangsa dan agama.Islam mengajar umatnya untuk menghormati
bukanlah untuk mengasari orang lain.Apa yang diajarkan dalam Islam tidak sama langsung
dengan apa yang diperkatakan oleh agama bukan Islam yang menganggap Islam ini
merupakan agama teroris.Tomahan tersebut boleh memburukkan imej Islam itu
sendiri.Hakikatnya,Islam merupakan agama yang suci dan damai.Dengan mempratikkan adab
yang diajarkan,kita boleh berusaha mengubah pendapat mereka mengenai agama Islam yang
dianggap agama teroris adalah salah sama sekali.Kesimpulannya,Pendidikan Islam
memainkan peranan besar dalam memperkasakan penyebaran ilmu dan kefahaman dalam
Islam.

Subjek seterusnya yang akan dihuraikan adalah subjek Pendidikan Moral.


Pendidikan Moral merupakan satu subjek yang diajarkan di sekolah sama ada sekolah rendah
atau sekolah menengah kepada pelajar yang bukan beragama Islam. Ia adalah satu subjek
yang mengajar tentang penerapan nilai-nilai murni dalam diri untuk diaplikasikan dalam
kehidupan seharian.Hal ini demikian kerana, bagi pelajar muslim, mereka mempunyai subjek
Pendidikan Islam yang mana di dalam subjek ini telah diajar tentang nilai-nilai yang baik
dalam kehidupan berlandaskan agama Islam. Jadi bagi pelajar bukan muslim pula, mereka di
ajar subjek Pendidikan Moral bagi memastikan proses penerapan nilai murni juga dapat
disampaikan kepada mereka.Subjek ini juga sama penting dengan subjek Pendidikan Islam
kerana ia turut merupakan salah satu subjek wajib lulus SPM.Sama seperti subjek Pendidikan
Islam,Pendidikan Moral juga mempunyai sukatan pelajaran dan diantanya ialah tajuk nilai
agama dan akhlak Islam.Dapat dilihat bahawa bukan sahaja pelajar Islam mempelajari
mengenai adab yang diajar dalam Islam,malah pelajar bukan Islam turut mempelajari akhlak
Islam.Dalam tajuk ini,mereka akan mempelajari mengenai pengertian,kata kunci,dasar dan
juga kepentingan akhlak dalam Islam.Tidak anehlah jika ada sesetengah daripada mereka
lebih memahami tentang Islam berbanding dengan orang yang menganut agama Islam itu
sendiri.Ada juga daripada mereka sudahpun diperkenalkan dengan adab dan akhlak Islam itu
sendiri sebelum mulakan sesi persekolahan.Hal ini demikian kerana,sesetengah daripada
mereka mungkin diperkenalkan ketika kecil lagi kerana persekitaran mereka yang berada di
kawasan kejiranan yang majoritinya orang Islam.Contoh dekat yang dapat dilihat adalah
cerita kartun Upin Ipin,iaitu watak Mei Mei dan Jarjit.Mereka berdua bukanlah orang yang
beragama Islam tetapi dek kerana berkawan dengan kanak-kanak lain yang beragama
Islam,mereka berdua mengetahui banyak tentang agama Islam seperti berpuasa di bulan
Ramdahan,tidak boleh mengambil hak orang lain dan sebagainya lagi.Kita dapat lihat bahawa
melalui Pendidikan Moral juga,mereka dapat menmperkasakan kefahaman dalam Islam dan
dalam masa yang sama menyebarkannya dengan cara tanpa mereka sedari.
ii) Pendidikan Non-Formal

Seterusnya,pendidikan non-formal juga memainkan peranan dalam memperkasakan


penyebaran ilmu dan kefahaman dalam Islam.Seperti yang kita ketahui,pendidikan ini adalah
merupakan pendidikan di luar waktu pendidikan formal(kelas).Sebagai contoh,aktiviti-
aktiviti keagamaan seperti ceramah mahupun tazkirah.Kebiasaanya ceramah atau tazkirah
diadakan ketika berlangsungnya hari-hari yang disambut oleh umat Islam seperti Hari
Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.,Maulidur Rasul,Hari Khatam Al-Quran dan lain-lain
lagi.Pada hari-hari tersebut,akan dijemputnya ustaz atau ustazah ataupun mana-mana
penceramah luar bari memeriahkan suasana.Selain dapat memeriahkan suasana,pelajar juga
dapat menambahkan ilmu agama yang sedia ada..Ketika itu juga,para pelajar dapat bertanya
secara langsung kepada penceramah mengenai persoalan ataupun kemusykilan yang
ada.Kelebihan yang ada pada tazkirah ataupun ceramah yang diadakan pada hari
tersebut,bukan sahaja orang Islam akan menghadiri majlis tersebut tetapi orang bukan Islam
turut akan menghadiri majlis tersebut.Kesannya,mereka akan dapat memahami agama Islam
dengan lebih mendalam dan tepat,bukanlah memahami dan mengenali Islam melalui khabar
angin yang tidak betul sama sekali seperti tomahan yang mengatakan agama Islam adalah
agama pengganas.Kadang kala,mereka juga boleh mengajukan soalan kepada ustaz dan
penceramah tersebut.Pada pendapat saya,wajarlah mereka yang arif menjawab persoalan
mereka yang bukan Islam ini kerana jawapan yang akan diberikan sudah pastilah tepat dan
benar berlandaskan dengan al-Quran dan Sunnah pula.Bagi pelajar yang tinggal di
asrama,sudah pastilah akan ada aktiviti tazkirah setiap hari diantara waktu Maghrib dan Isyak
bagi mengisi masa lapang pelajar sementara menunggu waktu Isyak.Kesannya,bukan sahaja
muslim mendapat manfaat dari aktiviti tazkirah dan ceramah itu malah yang bukan beragama
Islam turut mendapat manfaat.
7. KESIMPULAN

Kita boleh simpulkan bahawa pembetulan pandangan dunia terhadap islam akan menjadi satu
langkah yang besar dalam mencapai keamanan global. Ianya sudah jelas bahawa banyak
perkara yang boleh dilakukan bagi membaiki persepsi mata dunia terhadap islam., tetapi
beberapa perkara perlu disusuli supaya sikap prejudis antara orang bukan islam tidak semakin
meruncing dan tidak menimbulkan konflik sosial yang berpanjangan. Pemahaman yang betul,
positif dan terbuka dalam menerima kewujudan sekumpulan lain yang juga mempunyai
kepercayaan lain dapat membantu semua orang dalam sebuah masyarakat di dunia ini. Ianya
juga membolehkan manusia di dunia ini bersaing secara sihat dan menunjukkan
kecemerlangan lebih bermakna kepada mayarakat luas.
8. RUJUKAN

Berita Harian, (2020, Ogos, 24). Tembakan dua masjid: Serangan ngeri, kejam. Berita
Harian.

https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2020/08/724125/tembakan-dua-masjid-serangan-
ngeri-kejam

Editor Yadim, (2016, January, 19). Terrorisme. Yayasan Dakwah Islam Malaysia.

https://www.yadim.com.my/v2/terrorisme/

Astro Awani, ( 2019, Mac, 19). Tembakan rambang Christchurch: Dia masuk masjid,
tembak Jemaah, Astro Awani.

https://www.astroawani.com/berita-dunia/tembakan-rambang-christchurch-dia-masuk-
masjid-tembak-jemaah-201201

Zul’azmi Yaakob, Ahmad Sunawari Long. (2015). Terorisme sebagai Cabaran Ideologi
Muslim Masa Kini: Satu Analisis dari Perspektif Falsafah. International Journal of Islamic
Thought,6.

https://www.ukm.my/ijit/wp-content/uploads/2016/01/IJIT-Vol-7-June-2015_6_58-63.pdf

kay suhaimi ( 2019, Disember,19). Siapa sebenarnya etnik Uihur dan mangapa kerajaan
china menindas mereka?.

https://iluminasi.com/bm/siapa-sebenarnya-etnik-uighur-dan-mengapa-kerajaan-china-
menindas-mereka.html

Berita Harian, (2020, Disember, 9). Umat Islam Xinjiang ditindas guna teknologi elektronik.

https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2020/12/763367/umat-islam-xinjiang-ditindas-
guna-teknologi-elektronik

Utusan Malaysia, Hasnan Hakim (1994, Mei 27). Keamanan sejagat, tuntutan Islam

https://www.ikim.gov.my/new-wp/index.php/1994/05/27/keamanan-sejagat-tuntutan-islam/
Datuk Dr Ismail Ibrahim. (2016, Ogos) Dasar keamanan dan peperangan dalam Islam

https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2016/08/180680/dasar-keamanan-dan-
peperangan-dalam-islam

Merriam-Webster.com. “Islamophobia.”

https://www.merriam-webster.com/dictionary/Islamophobia

Shahrul Yusof, (2018, Jun 29). Deklarasi Keamanan (Anti-Ekstremisme) Pejabat Mufti
Wilayah Persekutuan

https://muftiwp.gov.my/en/artikel/tashih-al-mafahim/2495-deklarasi-keamanan-anti-
ekstremisme-pejabat-mufti-wilayah-persekutuan

Faezy Adenan, Asmak Ab Rahman, (2021, Mac 10). Keamanan Menurut Al-Quran dan
Hubungannya dengan Filantropi Islam.

Rasyidah Mat Zin & Zul’azmi Yaakob, Pusat Akidah dan Keamanan Global At-Tahkim, Vol.
9, No. 02.08. 2019, ISSN No. 2541-3856,

Dewan Bahasa Dan Pustaka. (2010). Kamus Dewan Edisi 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan Edisi 7. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1994). Kamus Pelajar Cetakan Kesebelas. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mansor, R. S. (2015). Pendidik Mesti Hidupkan Budaya Islam Di Sekolah. Berita Harian.

Muhamad Zaki, Ainurliza, Zainol & Noor Adzrah. (2011). Representasi Islam Dalam Media.

Muhammad Afifi Abdul Razak. (2021). Penglibatan Negara-Negara Islam Dalam Misi
Pengaman Antarabangsa. Online Journal of Research in Islamic Studies.

Nor, M. R. (2011). Sejarah Dan Perkembangan Pendidikan Islam Di Malaysia. Jurnal At-
Ta'dib.
Zulhilmi Baharudin. (2006). Kenali Orgnisasi Dan Peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu. Berita Harian.

Anda mungkin juga menyukai