Anda di halaman 1dari 17

SULIT / CONFIDENTIAL

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PENTAKSIRAN AKHIR
FINAL ASSESSMENT
SEMESTER 2 SESI 2021/2022
SEMESTER 2 SESSION 2021/2022

KOD/CODE : UPU 3122 KURSUS : PENGHAYATAN ETIKA DAN


PERADABAN
COURSE : APPRECIATION OF ETHICS
AND CIVILISATIONS

ARAHAN / INSTRUCTIONS
1. Sila baca arahan pentaksiran dengan teliti.
Please read the assessment instructions carefully.

2. Pelajar dikehendaki menyediakan skrip jawapan/tugasan/projek mengikut kepada


pentaksiran akhir yang telah ditetapkan.
Students are required to prepare the answer scripts/assignments/projects based on the
predetermined the final assessment.

3. Pelajar dikehendaki menyerahkan skrip jawapan/tugasan/projek kepada pensyarah dalam


tempoh masa yang telah ditetapkan.
Students are required to submit their answer scripts/assignments/projects to the lecturers
within the specified time.

PROGRAM / PROGRAMME: ISM KEJURUTERAAN PERISIAN

TAHUN / YEAR: 2022 KUMPULAN KULIAH / CLASS GROUP: A212

NO. PENDAFTARAN / REGISTRATION NO: D20211097801 D 0 9 7 8 0 1


NO. KAD PENGENALAN / I.C. NO: 0 0 0 1 2 9 0 8 1 3 6 7
PENSYARAH / LECTURER: DR. SARA SHAKILLA BT MOHD SALIM

SULIT / CONFIDENTIAL
1. Empat cara bagaimana Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) menjadi sebagai tapak
kesepaduan nasional dalam masyarakat Malaysia beserta contoh yang sesuai

Pada era kini kian membangun dengan perkembangan teknologi yang pesat dari segi
alat peranti, kecanggihan perisian dan sebagainya. Teknologi yang maju ini digunakan
hampir setiap saat oleh kebanyakan orang yang membenarkan mereka untuk memperoleh
pelbagai informasi hanya dihujung jari di mana jua. Antara alatan teknologi komunikasi
digunakan oleh kelayakan ramai rakyat adalah telefon pintar, komputer, tablet dan
sebagainya. Apakah cara - cara teknologi komunikasi maklumat boleh digunakan oleh belia
untuk dijadikan sebagai tapak perpaduan rakyat?

Salah satu cara teknologi maklumat boleh menjadi tapak adalah dengan menjadikan
pencetus kepelbagaian variasi adat istiadat dalam kalangan masyarakat. Ini berkaitan rapat
dengan etika dalam diri manusia yang perlu diamalkan untuk memenuhi perpaduan rakyat.
Apakah itu etika? Ia bermaksud perilaku seseorang yang ditunjukkan melalui sifat atau
perbuatan samaada baik, buruk, sopan atau biadap. Kriteria ini amat penting dalam
meneruskan kehidupan pada zaman moden ini. Namun begitu, apakah kaitan dengan etika
dan adab dengan teknologi maklumat? Teknologi maklumat boleh memberi pelbagai
keperluan yang penting seperti maklumat berkaitan adat resam, adat istiadat dan sebagainya.
Dengan menggunakan teknologi maklumat, masyarakat akan lebih menerima kepelbagaian
dan juga percampuran versi yang lebih meluas. Kepelbagaian ini membantu untuk rakyat
meninggalkan kefahaman lama seperti tinggalan kolonial dengan perkembangan era moden
ICT. Sebagai contohnya, masyarakat boleh berkongsi makanan di dalam sosial media untuk
memantapkan pemahaman adat istiadat antara sesama kaum.

Selain itu, pengglobalan teknologi dalam kehidupan seharian serta evolusinya


merupakan salah satu cara untuk mendapat tapak dalam masyarakat. Teknologi sering
berubah dari masa ke semasa untuk memenuhi keperluan dalam pelbagai bidang yang
berkaitan kehidupan harian manusia. Bidang seperti pertanian dan pemakanan, pembinaan,
pengangkutan, komunikasi, maklumat terkini ini telah membuka peluang untuk kalangan
rakyat mendapatkan pekerjaan dan memberikan kesepahaman sesama masing - masing.
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Christenson dan Roberts (1998), menyatakan
bahawa yang teknologi amat penting dalam menjadi peranan media atau agen komunikasi
untuk memupuk semangat nasional dalam kalangan manusia. Pada era pra-teknologi masa
kini, tempat - tempat seperti institusi kekeluargaan, sekolah serta keagamaan inilah menjadi
pemangkin utama untuk belia memupuk kesepaduan nasional dalam diri. Tetapi dengan
kehadiran teknologi yang membenarkan komunikasi jarak jauh, lebih drastik
keberkesanannya dalam memberi perpaduan dalam kalangan rakyat.
Di samping itu, teknologi komunikasi maklumat juga boleh menjadi tapak
pemangking nasional dengan menjadi pintu gerbang kepada pelbagai ilmu tanpa batasan
dengan mudah. Salah satu untuk memahami dalam perpaduan masyarakat adalah dengan
mempunyai ilmu yang sepenuhnya bagi kegunaan sesama masyarakat serta negara. Tanpa
disedari, peranan utama teknologi komunikasi maklumat adalah untuk memberi dan juga
menyebar maklumat. Melaluinya, khalayak masyarakat mudah mendapati maklumat
berkenaan di dalam mahupun di luar negara, terutama tentang maklumat yang kritikal seperti
bencana alam, isu politik, wabak penyakit dan sebagainya. Dengan juga menerima maklumat
ini, rakyat boleh bertindak sebagai satu komuniti menghadapi terhadap informasi yang
diterima itu. Terdapat juga ahli kajian yang memberi pendapat mereka ke atas teknologi ini.
Kajian daripada Musa (2002), menyatakan bahawa yang teknologi maklumat ini mendapat
tempat dalam kalangan masyarakat atas pelbagai peranan yang diberi, tidak kira yang diduga
mahupun yang diharap. Salah satu contoh dimana ia boleh dijadikan sebagai medium
tersebut, apabila negeri Kelantan dilanda banjir. Atas informasi yang diterima, rakyat segera
bekerjasama untuk membantu yang dalam kesusahan.

Tambahan pula, salah satu cara untuk teknologi maklumat menjadi penyatu nasional
adalah menjadi sebuah pelantar untuk menyebarkan nilai - nilai murni ke atas masyarakat.
Berdasarkan rukun negara, mempunyai nilai murni dalam memupuk sifat nasional amatlah
penting. Ia menentukan generasi baru akan lebih memahami kepentingan dalam memupuk
perpaduan masyarakat. Dengan menggunakan teknologi maklumat, pelbagai nilai murni
boleh dipupuk di kalangan masyarakat tidak kira dari segi media fizikal seperti video, lagu
mahupun berita. Cara penyebaran nilai murni yang efektif amatlah penting untuk memastikan
perpaduan antara rakyat dalam era moden berteknologi tinggi dicapai. Sebagai contohnya,
pihak media boleh mempamerkan faedah nilai murni yang baik kepada rakyat dapat
direalisasikan.

Dengan itu, tidak ternyatalah bahawa teknologi komunikasi maklumat ataupun


dikenali sebagai ICT boleh membantu dalam memupuk semangat perpaduan di dalam
kalangan masyarakat. Media seperti berita, lagu, wayang dan sebagai boleh membantu rakyat
dalam mendapatkan informasi lebih pantas dan tepat. Tambahan pula dengan kemudahan
internet, rakyat akan lebih mudah memahami adat resam antara masyarakat.terutama
masyarakat yang tidak dikenali oleh khalayak ramai. Akhir kata, potensi ICT ini amatlah luas
dan mesti dijayakan dengan lebih baik.
2. Tiga huraian dalam menerangkan kepentingan Pendidikan Berkualiti berserta juga dengan
tiga contoh pelaksanaan Pendidikan Berkualiti di Malaysia

Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak perubahan serta pembaharuan


demi mencapai wawasan abad baru. Antara pembaharuan ini adalah merupakan elemen yang
kritikal dalam memastikan kualiti dan prestasi sistem pendidikan sentiasa relevan serta
berkualiti mengikuti arus perubahan masa yang kian pantas. Sistem pendidikan yang
berkualiti amatlah penting kerana ia mampu menentukan Malaysia samaada menjadi pusat
pendidikan terkemuka. Demi mengejar pencapaian itu, sebuah pertubuhan telah dibina khas
untuk operasi dibawah Pertubuhan Bangsa - bangsa Bersatu (PBB) yang bernama Matlamat
Pembangunan Lestari/Mampan (SDG). Pendidikan Berkualiti adalah salah satu matlamat
utama. Namun begitu, apakah kepentingan matlamat tersebut?

Antara salah satu kepentingan Pendidikan Berkualiti adalah untuk memastikan


kemahiran pembelajaran asas yang mantap pada setiap peringkat pembelajaran. Berdasarkan
daripada kajian yang telah dijalankan Kementerian Pendidikan Malaysia (2018 - 2019),
beberapa peratusan kanak - kanak pada peringkat rendah mempunyai kemahiran asas seperti
matematik dan membaca mengalami peratusan yang amat tidak memberangsangkan. Statistik
menjadi pendorong utama untuk memantapkan teknik pembelajaran dalam beberapa topik
pembelajaran yang mengutamakan kemahiran asas. Dengan menaik tarafkan teknik
pembelajaran asas, pelajar boleh mendapat kefahaman yang lebih awal terhadap bahagian -
bahagian topik pembelajaran dan menggunakannya untuk memajukan diri dalam topik akan
datang. Tambahan pula, dengan melahirkan pelajar yang lebih memahami asas akan menjadi
lebih semangat untuk mempelajari berbagai aliran serta melahirkan generasi yang lebih
pemikiran tinggi (KPM, 2010).

Seterusnya, dengan Pendidikan Berkualiti, kadar penyertaan belia dan juga dewasa
dalam sektor pendidikan dan latihan formal mahupun tidak akan meningkat. Dalam
menerangkan kepentingan ini, terdapat satu statistik yang dijalankan antara tahun 2016
hingga 2019, dimana penyertaan belia dan dewasa dalam sektor pembelajaran berkurangan.
Statistik ini menunjukkan bahawa yang kuasa tangan dalam membantu meningkat prestasi
sistem pendidikan itu adalah kurang dan perlu dinaik taraf untuk memastikan lebih banyak
guru - guru yang berkemahiran dalam menyumbang kepada matlamat tersebut. Tambahan
pula, setiap belia dan juga dewasa mempunyai teknik atau cara pengajaran yang berbeza
dimana ia boleh diaplikasikan untuk memberikan sesi pembelajaran yang menarik kepada
pelajar tidak kira mana - mana peringkat. Ini akan menjadi satu insentif untuk pelajar
mendapat minat yang mantap untuk teruskan belajar dan juga memupuk semangat
pembelajaran yang baik.
Di samping itu pula, sekiranya tercapai matlamat Pendidikan Berkualiti, kepentingan
boleh meningkat hasil ekonomi negara dalam pelbagai cara. Dengan mempunyai pendidikan
yang mantap, seorang insan akan mempunyai ilmu yang boleh membantu dalam beberapa
sektor dalam negara yang mampu menyumbang hasil ekonomi negara. Tambahan pula, ia
juga mampu memberi pendidikan kepada golongan yang tidak berkemampuan atau kepada
tidak berpeluang untuk menerima pendidikan. Usaha ini boleh disediakan oleh beberapa
pihak seperti pihak kerajaan, swasta, badan NGO dan lain - lain. Pendidikan yang berkualiti
juga mampu dalam menentang kemiskinan, membina ekonomi dan membentuk komuniti
yang berjaya (Preston & Elo, 1996). Ini merupakan kata - kata daripada pakar yang
menyatakan bahawa dengan pendidikan berkualiti, ekonomi dapat ditingkatkan dengan
mengurangkan golongan miskin menggunakan pendidikan.

Walaupun Pendidikan Berkualiti ini telah lama ditubuhkan oleh PBB, adakah
wujudnya pelaksanaan matlamat tersebut dalam tempoh daripada tarikh pengenalannya?
Jawapan adalah benar, terdapat beberapa pelaksanaan telah diwujudkan untuk merealisasikan
matlamat Pendidikan Berkualiti tersebut. Oleh itu, apakah pelaksanaan untuk matlamat
tersebut?

Bagi contoh pelaksanaan Pendidikan Berkualiti yang pertama, ia adalah dimana


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengubah Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
untuk memastikan bentuknya satu acuan latihan guru yang mantap di Malaysia. Dalam
gubahan ini, FPG berharap untuk memberi laluan kepada guru yang mantap dari segi budi
pekerti, berfikiran progresif serta bertindak saintifik. Ia untuk menjamin pelbagai aspek
seperti pemeliharan masyarakat yang bersatu padu, demokratik dan berdisiplin serta
menyanjung warisan kebudayaan negara kepada generasi baru. Model ini akan
mengutamakan beberapa aspek dalam pendidikan asas. Antara aspek tersebut adalah
pengetahuan, kemahiran dan juga nilai yang disepadukan dan dengan merentasi 3 disiplin
mata pelajaran dan juga program yang dicadangkan. (Tajul Ariffin & Mohamed Sani, 2007).
Dengan mendapati latihan ini, guru akan dapat menghasilkan pelajar yang mantap dari segi
pendidikan dan pekertinya serta tidak akan mengalami kesukaran ketika memilih aliran yang
diminati atas menerima pendidikan yang dijamin berkualiti mengikut kriteria yang
diamalkan.
Seternya, contoh yang kedua bagi pelaksanaan matlamat tersebut adalah dimana
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor akan menyediakan kemudahan sekolah seperti tadika,
sekolah rendah, sekolah rendah serta juga sekolah agama. Terdapat beberapa kawasan di
sekitar Selangor akan menerima kemudahan tersebut. Antara kawasan yang akan menerima
kemudahan itu adalah, Gombak, Petaling, Klang, Hulu Langat dan sebagainya. Jabatan
tersebut akan juga memastikan peningkatan guru yang berkualiti, bertugas ke setiap sekolah
yang direncanakan itu untuk memastikan kecukupan kaki tangan dalam menangani
pengabaian pelajar bagi memastikan prestasi pendidikan yang mantap tercapai.

Untuk contoh yang terakhir, kerajaan mengutamakan pendidikan diluar bandar


dengan meningkatkan infrastruktur jaringan komunikasi di kawasan berkenaan. Akibat
daripada pandemik yang berlaku, kebanyakan pelajar serta guru perlu menjalani pendidikan
dalam talian. Walaupun pendidikan dalam talian dijalankan atas kerana faktor luaran, ia tidak
boleh dinafikan bahawa pendidikan dalam talian akan terus berkembang menjadi norma
dalam pendidikan sekunder. Namun begitu, untuk memastikan pendidikan dalam talian
mengikuti standard pendidikan berkualiti, kerajaan akan memastikan faktor utama untuk
menjalankan pendidikan tersebut, iaitu jaringan telekomunikasi. Kerajaan telah dalam usaha
untuk memasang dan memperluaskan ke seluruh kawasan pendalaman dan luar bandar agar
komunikasi dalam talian tidak mengganggu proses pembelajaran tersebut.

Dengan akhir kata, terbukti lagi nyata bahawa Pendidikan Berkualiti ini memberi
pelbagai manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia serta dengan pengaplikasiannya, ia dapat
memberi peluang yang luas dari segi pendidikan kepada yang tidak bernasib baik. Dengan
itu, kerajaan perlu meneruskan usaha ini untuk kebaikan semua.
3. Rujukan

Rujukan soalan 1

(PDF) Belia & Teknologi Maklumat Dan komunikasi - researchgate. (n.d.). Retrieved
July 18, 2022, from
https://www.researchgate.net/publication/315456862_BELIA_TEKNOLOGI_MAKLU
MAT_DAN_KOMUNIKASI

(PDF) Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kehidupan Insan ... (n.d.).
Retrieved July 18, 2022, from
https://www.researchgate.net/publication/318734407_Teknologi_Maklumat_Dan_Kom
unikasi_ICT_Dalam_Kehidupan_Insan_Integrasi_Konsep_Dualiti_Konvensional_Dan_
Islam_Dalam_Silibus_Kursus_Pengantar_It_Information_Technology_And_Communic
ation_ICT_In_Human_Life

Hazuari, H. S. (2021, January 5). Pendidikan berkualiti Pemangkin Pembangunan


Lestari. Local Content Hub. Retrieved July 18, 2022, from
https://localcontent.library.uitm.edu.my/id/eprint/7626/

INDIKATOR MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN. Department of Statistics


Malaysia Official Portal. (n.d.). Retrieved July 18, 2022, from
https://www.dosm.gov.my/v1/
Rujukan soalan 2

Hazuari, H. S. (2021, January 5). Pendidikan berkualiti Pemangkin Pembangunan


Lestari. Local Content Hub. Retrieved July 18, 2022, from
https://localcontent.library.uitm.edu.my/id/eprint/7626/

INDIKATOR MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN. Department of Statistics


Malaysia Official Portal. (n.d.). Retrieved July 18, 2022, from
https://www.dosm.gov.my/v1/

Kliwon, M. S. H. (2014, May 25). Kertas Kerja Kajian Sistem Pendidikan kebangsaan.
Academia.edu. Retrieved July 18, 2022, from
https://www.academia.edu/4685310/KERTAS_KERJA_KAJIAN_SISTEM_PENDIDI
KAN_KEBANGSAAN

Nasir, S. A. (2015, March 5). Kepentingan Pendidikan Dalam Penbentukan kualiti


Hidup Sejahtera. Academia.edu. Retrieved July 18, 2022, from
https://www.academia.edu/11288583/KEPENTINGAN_PENDIDIKAN_DALAM_PE
NBENTUKAN_KUALITI_HIDUP_SEJAHTERA

Rahman, H. A. (2014, May 27). Kajian Mengenai tahap Kualiti pendidikan tinggi dari
Perspektif Pelajar di universiti teknologi Malaysia. Academia.edu. Retrieved July 18,
2022, from
https://www.academia.edu/5746977/Kajian_Mengenai_Tahap_Kualiti_Pendidikan_Tin
ggi_dari_Perspektif_Pelajar_di_Universiti_Teknologi_Malaysia

Samian@Samion, S., & Awang, A. (n.d.). Pendidikan sebagai komponen kualiti Hidup
Masyarakat Pinggir Bandar (education as quality components of life in the suburban
community). ASIAN JOURNAL OF ENVIRONMENT, HISTORY AND HERITAGE.
Retrieved July 18, 2022, from
https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/article/view/26

Scribd. (n.d.). Kepentingan Pendidikan Yang Berkualiti di negara kita (ceramah) -


STPM study. Scribd. Retrieved July 18, 2022, from
https://www.scribd.com/document/321244601/Kepentingan-Pendidikan-Yang-Berkualit
i-Di-Negara-Kita-Ceramah-Stpm-Study
4. Lampiran

Lampiran soalan 1
Lampiran soalan 2

Anda mungkin juga menyukai