Anda di halaman 1dari 20

Kecenderungan remaja membunuh diri akibat buli siber

Teknologi yang semakin canggih pada masa kini telah menyebabkan jumlah pengguna internet
dan alat peranti komunikasi meningkat dengan mendadak dalam kalangan remaja. Contohnya,
penggunaan telefon bimbit yang meluas iaitu kira-kira 14.2 juta pengguna di negara ini pada
tahun lalu dengan 30 peratus daripadanya remaja bawah 15 tahun.(Utusan Malaysia, 2005)
Seiring dengan perkembangan teknologi, laman web sosial juga menjadi kegilaan dan fenomena
dalam kalangan penggunanya.(Dewan Siswa,  April 2012 ). Remaja melayari internet untuk
berkongsi maklumat , video dalam rangkaian sosial seperti Facebook , Twitter, dan
sebagainya.Ini memang merupakan satu platform yang bagus untuk remaja meningkatkan
pengetahuan mereka .Malangnya , penyalahgunaaan teknologi ini telah berlaku sejak
kebelakangan ini dan mewujudkan satu fenomena iaitu buli siber .

Menurut Jabatan  Kesihatan dan Perkhidamatan Manusia Amerika Syarikat , buli siber berlaku
apabila seseorang individu dibuli , diganggu, diugut atau dimalukan melalui teknologi elektronik 
seperti telefon bimbit , computer, tablet dan sebagainya. Buli siber tidak melibatkan fizikal tetapi
lebih kepada emosi.Ini akan membuatkan seseorang berasa terluka ,  terasing dan sedih.  Jenis
pembulian siber adalah termasuk membuat khabar angin atau fitnah , menyebarkan gambar yang
memalukan sehingga menghantar mesej memalukan, berulang kali mengganggu ( termasuk
gangguan seksual ) , mengancam dan memalukan seseorang tanpa mendedahkan identiti mereka
yang sebenar .  

Namun ,kebanyakkan mangsa buli siber akan  berasa termenung , rendah diri , kebimbangan dan
cenderung membunuh diri.Ini dapat disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Dr. Justin
W.Patchin dan Dr. Sameer Hinduja , Pengarah Pusat Penyelidikan Buli Siber.Mereka telah
menjalankan kajian terhadap buli siber dalam kalangan remaja dan  mendapati 33% adalah
mangsa buli siber , manakala  22% remaja  berasa sedih dan  membunuh diri akibat buli siber.
Selain itu, American Academy of Pediatrics juga menjalankan satu analisis retrospektif sebanyak
41 kes terhadap bunuh diri dan buli siber. Analisis tersebut telah menujukkan bahawa buli siber
merupakan satu faktor yang menyebabkan remaja membunuh diri .
Antara kes yang menggemparkan masyarakat adalah mangsa kematian Amanda Todd yang
berumur 16 dari British Columbia , Kanada .Dia telah didapati membunuh diri pada 10 Oktober
2012 .Namun sebelum kematiannya, dia telah memuat naik satu video yang bertajuk Struggling.
Bullying, suicide, self harm. Dia telah menggunakan kad untuk menceritakan  segala perkara
yang telah berlaku.Antara perkara yang  telah berlaku adalah dia mendedahkan buah dadanya
kepada seorang lelaki dalam laman web. Lelaki tersebut telah menyebarkan gambar tersebut dan
menggunakan gambar buah dada Amanda Todd menjadi gambar profil.Perkara ini telah
menyebabkan Amanda Todd menerima  pelbagai cacian dan maki. Selepas itu, dia telah
berpindah ke banyak tempat tetapi dia masih tidak dapat mengelakkan gangguan tersebut
.Akhirnya, dia tidak dapat bertahan dengan kehidupan ini dan membunuh diri .

Kes yang telah berlaku ini memang menyedihkan .Namun, perkara tersebut telah menimbulkan
beberapa persoalan yang boleh kami berfikir Yang pertama adalah bunuh diri.  Adakah bunuh
diri akan menjadi trend bagi remaja yang mengalami buli siber ? Ini adalah disebabkan  beberapa
kes bunuh diri telah berlaku selepas kematian Amanda Todd. Antara kes bunuh diri adalah
Felicia Garcia yang berumur 15 dari New York . Dia telah membunuh diri akibat diseksa dan
dibuli oleh kawannya. Seterusnya adalah David H. Hernandez yang berumur 16 tahun.Dia telah
menamatkan kehidupannya akibat dibuli oleh kawannya. Antara persamaan mereka adalah
dibuli.Selain itu,kami juga perlu memikirkan bahawa membunuh diri adalah hanya satu caranya
bagi mangsa buli siber untuk menyelesaikan atau menamatkan penderitaanya? Sebenarnya tidak ,
remaja boleh meminta bantuan daripada NGO , ibu bapa atau orang yang boleh dipercayai.
Selain itu , remaja boleh membuat laporan polis supaya pembuli menerima hukuman yang
sepatutnya,Mengikut Seksyen 223, Akta Komunikasi Dan Multimedia, sebarang komen,
permintaan, cadangan atau setiap komunikasi yang kedengaran lucah, tidak senonoh, palsu,
mengancam atau serangan dengan niat untuk menjengkelkan, memaki, mengancam atau
mengacau orang yang lain dianggap suatu kesalahan. Pesalah boleh dikenakan denda maksimum
RM50,000 atau penjara maksimum setahun. 

Seterusnya adalah tanggungjawab remaja dalam menggunakkan teknologi .Banyak orang telah
menyalahkan pembuli siber di mana mereka adalah pembunuh secara tidak  langsung kepada
mangsa buli siber. Ini memang merupakan perkara yang  tidak dapat dinafikan. Tetapi, mangsa
buli siber juga perlu memikul tanggungjawab.Mereka sepatutnya menjadi pengguna teknologi
yang bijak supaya mengelakkan pemberian peluang buli siber.Contohnya, mereka harus
menyimpan maklumat peribadi dengan bagus atau mengelakkan komunikasi dengan orang yang
tidak dikenali dan sebagainya.  Malangnya, ramai remaja tidak melakukan sesuatu yang boleh
mengelakkan perkara yang mungkin menimbulkan pembulian siber. Laporan Keselamatan Siber
Malaysia telah  menunujukkan 40%remaja beranggapan tidak mengapa berbual dengan orang
yang tidak dikenali di Internet,20% remaja beranggapan selamat untuk mendedahkan maklumat
peribadi di Internet, 30%remaja member pertimbangan untuk bertemu rakan Internet dan 9%
remaja pernah bertemu rakan pertama yang dikenali melalui Internet. Oleh itu , remaja
seharusnya berfikir dengan jelas sebelum menjalankan sesuatu.

Kesimpulannya, remaja seharusnya menggunakan teknologi dengan cekap supaya tidak memberi
peluang kepada pembuli. Selain itu , remaja harus mendapat bantuan daripada ibu bapa atau
orang yang dipercayai. Remaja juga harus mengambil berat antara satu sama lain supaya
mengurangkan masalah kes buli siber .

Rujukan
1 .Justin W.Patchin, October30, 2012, Amanda Todd , Cyberbullying and Suicide, 
    dipetik daripada 
    http://cyberbullying.us/blog/

2. Ketagihan Seks Siber : Pengalaman Kaunselor Di Malaysia , Mohd.Zaliridzal M.Sc Dini 


    Farhana Baharuddin M.Ed, M.A, dipetik daripada   
 http://ddms.usim.edu.my/bitstream/handle/123456789/5264/3%20Ketagihan%20Seks%20Siber
%3B%20Pengalaman%20Kaunselor%20di%20Malaysia.pdf?sequence=1

3.  What is Cyberbullying, dipetik daripada


      http://www.stopbullying.gov/cyberbullying/what-is-it/index.html

4.   Mohd Azis Ngah ,Buli Siber, dipetik daripada


      http://www.sioloon.com/t3508-buli-siber

5.   Cyberbullying Research Summary , Sameer Hinduja  and Justin W.Patchin, 


      dipetik  daripada
      http://www.cyberbullying.us/cyberbullying_and_suicide_research_fact_sheet.pdf
            

6.  Maslin Masrom dan Nadia Jamal, Antara Buli Siber dengan Gangguan Siber, Dewan Siswa
    April 2012, dipetik daripda
     http://dwnsiswa.dbp.my/wordpress/?m=201204
Dicatat oleh TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN BELIA di 2:06 PG Tiada ulasan: 

PENYAKIT BAWAAN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI

Teknologi komunikasi telah semakin berkembang selaras dengan peredaran masa. Pada hari ini,
penggunaan alat- alat teknologi komunikasi seperti telefon bimbit dan komputer adalah sangat
biasa dalam kalangan belia. Alat- alat yang canggih ini telah membawa banyak kemudahan
kepada kehidupan seharian kita. Dari segi pendidikan, penggunaan E-learning dan enjin carian
seperti Google telah memudahkan proses pembelajaran, laman sosial seperti Facebook dan
Youtube telah merapatkan hubungan sesama manusia, penciptaan telefon bimbit pula telah
memudahkan pengurusan tugasan harian kita. Namun, di sebalik kebaikan yang berlimpah-
limpah ini, penggunaan alatan teknologi komunikasi yang berlebihan akan membawa kepada
satu masalah yang asas dan akan dihadapi oleh kebanyakan pengguna, iaitu penjejasan kepada
kesihatan.

Kebanyakan pengguna teknologi komunikasi adalah terdiri kepada golongan belia disebabkan
mereka sering merupakan kumpulan masyarakat yang paling peka terhadap perubahan tren
terkini. Menurut kepada satu statistik yang dijalankan oleh Nielsen di mana ia melibatkan lebih
daripada 35, 000 pengguna di 23 buah negara, data menunjukkan bahawa hampir 36% pengguna
telefon pintar di Malaysia adalah mereka yang berumur antara 25 hingga 34 tahun. (My Sinchew,
2012) Selain itu, dalam satu statistik yang dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia, ia juga menunjukkan bahawa penggunaan telefon bimbit dalam golongan remaja
semakin meningkat dan terdapat 20.5% daripada 92.5% pengguna telefon bimbit adalah para
remaja. Data- data ini telah menunjukkan kepentingan teknologi komunikasi terhadap golongan
belia dalam kehidupan seharian mereka.

Berhubung dengan isu kesihatan yang disebut di atas, hari ini, kita akan membincangkan tentang
masalah kesihatan yang akan dibawa oleh teknologi komunikasi yang canggih kepada golongan
belia. Telefon bimbit pada masa kini telah semakin canggih dan mempunyai banyak fungsi yang
lain selain daripada digunakan sebagai alat komunikasi. Telefon pintar yang sangat popular pada
kebelakangan ini boleh digunakan untuk menonton drama, mendengar lagu, bersembang secara
percuma dengan adanya aplikasi- aplikasi seperti Viber, WhatsApp, dan WeChat.
Penambahbaikan telefon pintar ini telah memanjangkan masa penggunaan telefon oleh para
pengguna. Daripada satu kajian yang dilakukan oleh Harris Interactive terhadap remaja di
Amerika Syarikat, ia mengatakan bahawa SMS (Short Messaging System) telah menggantikan
perbualan bersemuka dalam kalangan remaja. Remaja mengakui bahawa mereka menghabiskan
masa yang hampir sama dalam SMS dan berbual secara bersemuka dalam tempoh sebulan.
(Marketing Charts, 2008) Penggunaan telefon bimbit yang berleluasa ini menunjukkan golongan
belia telah mengabaikan isu radiasi telefon bimbit yang boleh membahayakan kesihatan mereka.

Telefon bimbit akan memancarkan E.M.R, iaitu Radio Elektromagnet yang merupakan sejenis
sinaran frekuensi berbahaya. Seiring dengan penambahbaikan fungsi telefon bimbit pada akhir
tahun ini, gelombang mikro paras tinggi yang dipancarkan oleh telefon bimbit akan menjejaskan
kesihatan tubuh badan. (Pri Medicare, 2009) Beberapa tahun yang lepas kerajaan, Britian
mengumpulkan sebilangan saintis bagi menghasilkan laporan berkaitan penggunaan telefon
bimbit. Menurut laporan tersebut, pada usia muda, tengkorak remaja dan kanak-kanak masih
dalam proses pembentukan dan gelombang daripada telefon bimbit lebih mudah menerobos
masuk ke dalam tengkorak mereka dan seterusnya menjejaskan pertumbuhan otak. Sel dalam
tubuh golongan ini juga masih belum matang, terutamanya sel otak menyebabkan ia lebih mudah
menyerap radiasi daripada telefon bimbit. (Omar) Mengikut Steward Report pada Mei 2000, ia
menyarankan golongan yang di bawah umur 16 tidak dibenarkan untuk menggunakan telefon
bimbit dengan sepenuhnya, dan sekiranya mereka terpaksa didedahkan dengan penggunaan
tersebut, penggunaan mereka harus dipantau oleh penjaga. (Alasdair) Hal ini adalah untuk
mengelakkan penggunaan telefon bimbit yang berlebihan oleh golongan belia.

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Division of Neurosurgery, Lund Universiy di Sweden,
Henrietta Nittby menggunakan tikus sebagai bahan kajian. Beliau membandingkan tikus yang
didedahkan kepada radiasi telefon bimbit selama dua jam seminggu untuk tempoh setahun
dengan tikus yang hidup dalam persekitaran yang normal. Kajian menunjukkan bahawa tikus
yang terdedah dengan radiasi telefon bimbit mempunyai daya ingatan yang lebih lemah
berbanding dengan tikus yang tidak didedahkan kepada radiasi. (Lund University, 2008)
Professor Darius Leszcynski dari Finland juga telah membuat satu kajian tentang kesan radiasi
telefon bimbit terhadap manusia. Dapatan kajian menunjukkan radiasi dari telefon bimbit akan
mengakibatkan perubahan dalam otak. Namun, kajian yang selanjutnya perlu dijalankan untuk
membuktikan kesan yang lebih terperinci. (BBC News, 2002) Satu kajian dari Karolina Institute,
Sweden, pula menyatakan penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun dan ke atas akan
meningkatkan risiko tumor telinga sebanyak 4 kali ganda. (BBC News, 2004) Satu lagi kajian
oleh sekumpulan saintis Swedish juga menyatakan bahawa risiko menghidap tumor malignan
otak adalah lima kali ganda lebih tinggi dalam kalangan kanak- kanak yang menggunakan
telefon bimbit sebelum usia 20 tahun. (CPR News, 2009)

Melihat kepada kajian- kajian lepas yang dijalankan oleh saintis dan pengkaji, telefon bimbit dan
produk teknologi komunikasi yang boleh mengeluarkan radiasi sememangnya tidak akan
membawa kebaikan terhadap kesihatan kita jika digunakan secara berlebihan. Walaupun dalam
blogpost ini, kita hanya dapat melihat kepada data- data kajian sahaja, dan berkemungkinan tidak
dapat menimbulkan rasa empati pembaca, tetapi selaku pengguna telefon bimbit, kita dapat
merasai bahawa penggunaan telefon bimbit untuk tempoh yang panjang akan mengakibatkan
kita berasa hangat di sekeliling telinga. Banyak pengguna juga mengadu bahawa mereka
mengalami tanda- tanda seperti sakit kepala, kelesuan, kebas dan kehilangan ingatan setelah
menggunakan telefon bimbit untuk tempoh masa yang panjang. (Pri Medicare, 2009) Jadi,
adakah sampainya masa untuk kita memikirkan kesan radiasi alatan teknologi komunikasi
kepada kita dan mengawal penggunaan tersebut dengan sebaiknya?

Golongan belia pada hari ini tidak dapat mengelakkan diri mereka daripada penggunaan
teknologi komunikasi.  Namun, cara penggunaan alatan tersebut boleh dikawal untuk
menghindari kesan- kesan yang disebut di atas. Antaranya, kita boleh menggunakan headset atau
mengaktifkan speaker semasa perbualan telefon, memindahkan telefon bimbit dari telinga kiri ke
telinga kanan dari semasa ke semasa, jangan meletakkan telefon bimbit di tempat tidur anda, dan
yang terpenting iaitu mengurangkan kekerapan untuk berbual- bual menggunakan telefon bimbit.

Kesihatan kita merupakan tanggungjawab kita, kita tidak sanggup untuk melihat ahli keluarga
atau rakan- rakan terdedah dengan risiko penyakit yang tidak diinginkan. ‘ Mencegah adalah
lebih baik daripada mengubati’ , jadi, kepada semua belia yang masih menggunakan alat- alat
teknologi komunikasi secara berlebihan, marilah kita bersama- sama mengambil tindakan untuk
mengawal penggunaan ini, di samping menjadi masyarakat informasi, kita juga harus
membentuk gaya hidup yang sihat dan bebas daripada radiasi yang dipancarkan oleh teknologi
komunikasi.

Disediakan oleh,
Teh Ying Hui.
Sumber:

1. My Sinchew. (2012, May 8). Smartphone ownership, usage to reach critical mass in Malaysia:
Nielsen. Retrieved November 30, 2012, fromhttp://www.mysinchew.com/node/73315

2. Alim. Persepsi Ibu Bapa Melayu Muslim Bandar Terhadap Penggunaan Telefon Bimbit
Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Retrieved November 30, 2012,
fromhttp://eprints.utm.my/11428/1/Persepsi_Ibu_Bapa_Melayu_Muslim_Bandar_Terhadap_Pen
ggunaan_Telefon_Bimbit_Dalam_Kalangan_Pelajar_Sekolah_Menengah.pdf

3. Marketing Charts. (2008, September 23). Cell Phones Key to Teens’ Social Lives, 47% Can
Text with Eyes Closed. Retrieved November 30, 2012,
fromhttp://www.marketingcharts.com/interactive/cell-phones-key-to-teens-social-lives-47-can-
text-with-eyes-closed-6126/

4. Pri Medicare. (2009, October 8). Bahaya Radiasi Telefon Bimbit. Retrieved November 30,
2012, from http://primedicare.com/index.php/sumber/32-bahaya-radiasi-telefon-bimbit

5. Omar. Kajian Kes Kesan Penggunaan Telefon Bimbit Terhadap Kesihatan Manusia. Retrieved
November 30, 2012, from http://www.pmm.edu.my/jke3/index2.php?
option=com_docman&task=doc_view&gid=157&Itemid=46
6. Alasdair. Children and Mobile Phones. Retrieved November 30, 2012,
fromhttp://www.powerwatch.org.uk/library/downloads/children-phones-1-use-2012-03.pdf

7. Science Daily. (2008, December 5). Mobile Phones Affect Memory In Laboratory Animals,
Swedish Study Finds. Retrieved November 30, 2012,
fromhttp://www.sciencedaily.com/releases/2008/12/081205095956.htm

8. BBC News. (2002, June 19). Fresh Fears over mobile phones. Retrieved November 30, 2012,
from http://news.bbc.co.uk/2/hi/health/2053565.stm

9. BBC News. (2004, October 14). Mobile Phone ‘ Ear Tumours Risk’ . Retrieved November 30,
2012, from http://news.bbc.co.uk/2/hi/health/3742120.stm

10. Schmidt. (2009, March 22). Brain Cancer Linked to Youngsters Using Cellphone. Retrieved
November 20, 2012, from http://cprnews.com/articles/CancerChildren/CPR-News--Brain-
cancer-linked-to-youngsters-using-cellphones.html

Dicatat oleh TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN BELIA di 12:09 PTG Tiada ulasan: 

ISU SOSIAL
PENGENALAN

Kita sedia maklum bahawa tugas dan tanggungjawab polis, terutamanya dalam membanteras
jenayah dan menjaga keamanan, kini lebih berat dan jauh lebih rumit. Pembangunan negara yang
begitu pesat, terutamanya di bandar, menyebabkan jenayah harta benda seperti kes meragut beg,
menyamun serta merompak semakin meningkat. Pemodenan dari segi teknologi melahirkan
pelbagai jenis jenayah yang tidak pernah terdengar beberapa tahun dahulu. Contohnya, jenayah
kolar putih yang melibatkan penyalahgunaan teknologi canggih berkomputer, semakin
berleluasa. Gejala sosial semakin teruk jika dibandingkan masa dahulu. Kegiatan kong-kongsi
gelap, samseng sekolah, kutu rayau, pengedaran dadah dan maksiat, serta keganasan
rumahtangga, semakin membimbangkan. Ini semua menjadi cabaran harian kepada pihak polis.

PELAYARAN WEB NEGATIF

Minat dan kesukaan melawati laman-laman web yang tidak bermoral dan tidak berfaedah
memberi kesan negatif dalam perkembangan minda dan fizikal manusia. Ketagihan terhadap
laman web negatif mencetuskan kerosakan maruah, nilai keperibadian, dorongan terhadap
jenayah seksualiti, masalah perundangan, perhubungan interpersonal dan pembaziran wang serta
masa. Kewujudan laman web lucah yang mudah diakses oleh sesiapa sahaja termasuk anak-anak
sekolah, remaja dan golongan dewasa memberi kesan negatif terhadap perubahan nilai dan gaya
hidup mereka. Larangan agama terhadap perlakuan yang boleh menghampiri zina tidak mampu
menyekat remaja dan golongan dewasa daripada menghindari perbuatan tercela. Sebagaimana
firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud “Jangan kamu hampiri perbuatan Zina kerana ia
adalah amalan yang sangat keji ‘.

Ketagihan internet ini tertumpu kepada cybersex addiction dan comulsive gambling. Material
berkaitan sex begitu mudah dan tersiar di internet dengan pelbagai dimensi dan ilustrasi
pornograksi dan chatroom yang membicarakan unsur-unsur seksual. Kewujudan berbagai bentuk
laman web negatif telah mencabar nilai dan gaya hidup insaniah sebagaimana yang diajar oleh
Islam. Pendidikan Islam jelas mencegah umat dari terlibat dalam kegiatan tidak bermoral.
Pendidikan akhlak menurut Islam ialah pembentukan jiwa dan peribadi muslim yang mampu
menjaga dan menjauhi amalan-amalan buruk termasuk melayari laman web lucah. Impak kepada
gejala ini maka merebaklah bermacam penyakit sosial akibat ketagihan seks seperti perzinaan,
pelacuran, penularan HIV/AIDS, Homoseksual dan Lesbian, penyakit kelamin, curang dalam
hubungan dan melakukan seks sebelum kahwin di kalangan remaja.

Menurut laporan akhbar dan kajian oleh penyelidik Universiti Malaya pada tahun 2005, ramai
remaja sudah melakukan hubungan seks dalam menjalinkan perhubungan mereka. Malahan ada
yang merakamkan untuk simpanan peribadi dan disebar untuk umum melalui internet dan telefon
peribadi menggunakan teknologi 3G. Berdasarkan kajian Kementerian Kesihatan, Pertubuhan
Kesihatan Sedunia, Universiti Malaya dan sebuah syarikat swasta5 pada tahun lalu mendapati 13
peratus remaja berusia 15 hingga 21 tahun pernah mengadakan hubungan seks sebelum. Kajian
itu mendapati 76 peratus daripada respondennya remaja lelaki manakala 61 peratus membabitkan
remaja perempuan. Dalam kajian lain Kementerian Kesihatan terhadap remaja bersekolah
berumur 13 hingga 18 tahun mendapati 1.8 peratus daripadanya mengaku pernah terbabit dalam
aktiviti seks.Walaupun isu seks bebas remaja membabitkan kedua-dua jantina lelaki dan
perempuan, permasalah lebih besar sering melingkungi kaum hawa.

PERMASALAHAN REMAJA

Minat remaja terhadap ICT terutama teknologi internet dan alat komunikasi mendorong mereka
menghabiskan masa di cyber café ,internet café dan telefon tangan. Program seperti chatting,
permainan video, sms, mms, 3G dan berbagai aktiviti melaluinya membawa kesan dan cabaran
tersendiri. Kegilaan anak remaja ini memberi cabaran kepada ibubapa mereka. Ramai pelajar
yang ponteng sekolah, menyalahgunakan wang saku, meminjam wang teman bahkan ada yang
sanggup menipu dan mencuri. Setiap ibubapa adalah pemimpin kepada anak-anak mereka.
Menurut ajaran Islam setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap pengikut mereka. Kawalan
dan penjagaan yang berterusan perlu bagi menjamin anak-anak tidak terlibat dalam kancah gejala
sosial. Hal ini mencabar pengurusan sekolah, pihak berkuasa dan orang ramai terhadap masalah
pelajar yang mengunjungi pusat internet di waktu persekolahan dan selepas persekolahan.
Kesannya ialah pembaziran masa kerana terlalu lama di cyber café, tidak ada kawalan keluarga
dan berkembangbiaknya masalah serta gejala sosial di kalangan remaja. Hal ini menyebabkan
kerajaan terpaksa bertindak mengawal aktiviti kunjungan remaja ke pusatpusat internet.
Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM 6-7 Disember 2005. Putrajaya. Pusat
Kajian E-Komuniti. FSSK-UKM.

JENAYAH INTERNET

Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran
maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh kerana tiada siapa yang dapat mengawal
perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam
maklumat (sama ada benar atau salah), idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga
pornografi disebarkan melalui Internet. Namun kesemua peringkat penggunaan komputer seperti
internet adalah sentiasa berhadapan dengan aktiviti jenayah. Sama ada sebagai mangsa kepada
jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya. Operasi input, pemprosesan data, operasi
output dan komunikasi data telah digunakan dengan teliti untuk tujuan yang tidak sihat. Jenis
jenayah internet yang biasa kita dengar adalah seperti penggodam. Penggodam ialah seorang
yang mencipta dan mengubah suai perisian dan perkakasan komputer, termasuklah
pengaturcaraan komputer, pentadbiran, dan urusan-yang berkaitan dengan keselamatan. Dalam
pengaturcaraan komputer, penggodam ialah seorang pengaturcara yang menggodam atau
mencapai matlamat dengan menggunakan satu siri pengubahsuaian untuk mengeksploit atau
melanjutkan kod atau sumber melalui internet.

Jenayah Internet juga boleh dikategorikan sebagai boleh memalukan sesetengah orang,
contohnya seperti seseorang itu menyebarkan tentang sesuatu perkara yang boleh memalukan
sesetengah pihak. Jika penggunaan web atau internet disalah gunakan maka akan menimbulkan
banyak kerugian kepada golongan manusia. Penggunaan teknologi informasi yang diaplikasikan
dengan internet atau pun web dalam segala bidang seperti e-banking, e-commerce, e-
government, e-education dan banyak lagi telah menjadi sesuatu yang lumrah. Internet telah
menciptakan dunia baru yang dinamakan cyberspace iaitu sebuah dunia komunuikasi
berlandaskan computer yang menawarkan perkhidmatan yang baru berbentuk virtual (tidak
langsung dan tidak nyata).
Perkembangan internet yang semakin hari semakin meningkat baik teknologi dan penggunaanya
dan mempunyai banyak kesan positif dan negatif. Untuk yang bersifat positif, banyak manfaat
dan kemudahan yang didapat dari teknologi ini, misalnya kita dapat melakukan transaksi dengan
e-banking, e-commerce juga membuat kita mudah melakukan pembelian maupun penjualan
suatu barang tanpa mengenal tempat. Mencari referensi atau informasi mengenai ilmu
pengetahuan juga bukan hal yang sulit dengan adanya e-library dan banyak lagi kemudahan yang
didapatkan dengan perkembangan Internet. Tentunya, tidak mungkin akan terpingir bahawa
teknologi Internet membawa kesan negatif yang ada. Internet atau pun web juga membawa
keburukan yang bersifat konvensional seperti pengancaman, pencurian dan penipuan kini dapat
dilakukan dengan menggunakan media komputer secara online dengan resiko tertangkap yang
sangat kecil oleh individu ataupun kelompok dengan akibat kerugian yang lebih besar. Seperti
seorang penggodam dapat masuk ke dalam suatu sistem jaringan perbankan untuk mencuri
informasi E-commerce ada baik buruknya, seperti yang dilakukan oleh sekelompok pemuda di
Medan yang memasang iklan di salah satu website terkenal “Yahoo” dengan seolah-olah menjual
kereta mewah Ferrary dan Lamborghini dengan harga murah sehingga menarik minat seorang
pembeli dari Kuwait. Perbuatan tersebut dapat dilakukan tanpa adanya hubungan terlebih dahulu
antara penjual dan pembeli.

HAK PERIBADI

Kepelbagaian teknologi komunikasi, daripada asas hinggalah paling canggih kini menjadi
keperluan hidup. Mengapa tidak, banyak urusan harian boleh dilakukan dengan mudah hasil
kepesatan teknologi. Namun, tidak semua individu menjadi pengguna teknologi mengikut
kaedah atau cara betul. Tidak dinafikan, segelintir pihak menyalahgunakan telefon bimbit dan
laman sosial di internet untuk menganiaya atau menceroboh hak peribadi orang lain dengan
menipu, mengganggu, menuduh dan menabur fitnah. Selain faktor pengguna sendiri yang
menyeleweng, gejala negatif berhubung penyalahgunaan teknologi ini boleh berpunca daripada
kealpaan sesetengah pihak terhadap implikasi buruk andai tidak berhati-hati menggunakan
teknologi.Apabila pengguna tidak menyedari etika, batasan dan risiko penggunaan teknologi
komunikasi yang digunakan, tidak mustahil mereka sendiri akan terdedah dengan risiko menjadi
pihak dianiaya atau terjebak dalam kes penyalahgunaan teknologi.
Di Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjadi badan yang
mempunyai kuasa serta bertanggungjawab dalam bidang kawalan industri teknologi dan
multimedia.Berteraskan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, SKMM bertanggungjawab
melaksana dan mempromosikan dasar kerajaan dalam sektor komunikasi dan multimedia.
Suruhanjaya ini berperanan mewujudkan rangka kerja kawalan baru terhadap setiap cabang
industri ini.Sejak akhir-akhir ini, budaya menyebar khidmat pesanan multimedia (MMS) baik
dalam bentuk paparan gambar atau video dilihat makin menjadi-jadi. Kita bimbang senario ini
memberi kesan kepada generasi muda yang mudah terpengaruh dengan kegiatan tidak
sihat.Penyedia perkhidmatan sentiasa digalak memperkenalkan teknologi baru. Ini termasuk
perkhidmatan MMS yang membolehkan pengguna menghantar dan menerima gambar serta
video ringkas menerusi perkhidmatan jalur lebar. Penggunaan teknologi komunikasi yang
canggih semakin berkembang dari semasa ke semasa. Teknologi ini adalah neutral. Baik atau
buruknya bergantung kepada cara ia digunakan.Kita perlu meletakkan teknologi komunikasi
dalam perspektif yang betul.

Ia sememangnya satu peralatan tapi ia mempunyai pelbagai tujuan penggunaan. Kalau baik
tujuannya, maka baiklah peralatan komunikasi itu. Jika buruk, maka buruklah ia.Dalam konteks
evolusi komunikasi kini, kesan penggunaan telefon bimbit bagi tujuan menghantar MMS
bergantung kepada pengguna. Jika MMS yang dihantar adalah gambar atau video yang tidak
baik atau memalukan, yang patut dipersalahkan adalah pengguna, bukannya telefon bimbit atau
teknologi berkenaan. Perlu diingatkan, setiap kesalahan membabitkan teknologi komunikasi
pada ruang dunia elektronik atau internet adalah seperti kesalahan yang dilakukan di dunia nyata.
Pesalah boleh didakwa atau dibawa ke mahkamah jenayah atau sivil. Contohnya, penyebaran
atau penjualan MMS yang tidak baik mungkin boleh dikategorikan sebagai jenayah dan boleh
didakwa mengikut Kanun Keseksaan atau Akta berkaitan seperti Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998.

Kemudahan mengakses Internet secara global dan pertambahan jumlah pengguna Internet setiap
hari membuka ruang komunikasi tanpa sempadan dan kemudahan berkongsi apa juga bentuk
fail. Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia turut menerima perkembangan rangkaian
teknologi digital dan platform media baru. Sayangnya, kurang kajian tempatan yang dilakukan
untuk mengkaji subjek media baru ini. Sebenarnya, di kebanyakan laman sosial, ada kaedah
mengawal maklumat peribadi. Pengguna diingat menggunakan kaedah kawalan ini supaya
mereka dapat mengawal siapa antara rakan mereka yang boleh melihat maklumat peribadi di
laman terbabit. Usah salahkan orang lain kalau pengguna sendiri tidak melakukan kawalan.
Peruntukan undang-undang sedia ada dan kod etika yang dibangunkan adalah mencukupi untuk
menangani isu ini. Forum Pengguna atau CFM (Communications and Multimedia Consumer
Forum) dan Forum Kandungan atau CMCF (Communications and Multimedia Content Forum)
memainkan peranan penting dalam membantu memupuk sikap kawal selia kendiri di kalangan
rakyat.

Selain itu, beberapa program kesedaran awam dianjurkan. Kedua-dua forum ini menyediakan
saluran untuk aduan; mengendalikan pertikaian dan rungutan pengguna; mencadangkan tatacara
penyelesaian pertikaian alternatif dan mengelakkan kes mahkamah jika anda rasa terpedaya dan
mungkin juga boleh membantu mencadangkan tatacara pembayaran pampasan untuk
pengguna.Dalam persekitaran pelbagai sumber dan media kandungan baru serta aplikasi yang
diperkenalkan pemberi perkhidmatan, kawalan kendiri adalah satu pendekatan yang difikirkan
sesuai dalam konteks ini. Antara asas penting untuk menjayakan kawalan kendiri adalah
pengetahuan dan maklumat di kalangan pengguna mengenai cara berinteraksi dengan teknologi
dan perkhidmatan yang disediakan serta hak dan tanggungjawab mereka. Pengguna tidak
seharusnya memikirkan mereka boleh berbuat sesuka hati tanpa batasan atau tanggungjawab.
Mereka perlu sensitif kepada sensitiviti masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan kaum
serta peruntukan undang-undang yang sedia ada. Kawalan kendiri dan pelaksanaan
tanggungjawab di kalangan semua peringkat masyarakat adalah pendekatan paling sesuai untuk
mewujudkan budaya sihat dan positif dalam penggunaan media dan teknologi.

LONGGOKAN SIARAN BARAT

Kesan-kesan negatif daripada pengaruh dunia tanpa sempadan begitu dirasai dengan kewujudan
siaran televisyen berbayar daripada luar negara. Anak muda kita hari ini seolah-olah telah hilang
jati diri budaya sendiri dan lebih berbangga dengan budaya luar. Setiap hari kini kita sering
dilemparkan dengan nilai-nilai budaya luar dengan penyiaran rancangan drama, filem dan muzik
terutamanya daripada Negara barat. Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapanya pada
2 Ogos 2005, stesen TV mesti mengambil kira hasrat kita untuk membina negara dan bangsa
sesuai dengan cita rasa kita, yang mengikut kehendak dan acuan kita sendiri. Pada pendapat
kami, nilai jati diri yang kuat boleh dipupuk kepada generasi muda masa kini dengan
menggunakan cara yang sama seperti oleh pengaruh luar yang mudah meresap masuk kepada
mereka iaitu melalui siaran televisyen. Ini kerana, melalui siaran TV jugalah semua nilai-nilai
positif boleh disemai. Semua itu sebenarnya boleh dipupuk dengan penyiaran semula khazanah
budaya dan hiburan yang pernah disiarkan di Negara ini. Penyiaran semula khazanah seni negara
meliputi siaran drama, rancangan hiburan, rancangan budaya, filem dan dokumentari yang
pernah diterbitkan oleh RTM. Maka itu memerlukan satu stesen TV yang mengkhususkan
kepada penyiaran bahan tersebut di mana melakukan penyiaran berkala konsisten.

KEHIDUPAN SOSIAL REMAJA

Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat
yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi
yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Secara perundangan tidak terdapat
definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang
Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan
umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinisikan mereka
yang berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur
tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu
ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka
masih dalam alam persekolahan.

Di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk. Oleh kerana
bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga banyak. Data
dan statistik banyak menunjukkan keruntuhan akhlak di kalanagan remaja di negara ini adalah
semakin serius. Mengikut Pihak Berkuasa Jenayah Bukit Aman (Berita Harian, 22 September
1993) antara tahun 1990 dan 1992 sahaja, seramai 37602 individu ditahan bagi kesalahan
jenayah harta benda serta kekerasan. Daripada jumlah ini, seramai 3450 atau 9.17% adalah
remaja dan dalam kalangan remaja yang diberkas pula, kesalahan yang dilakukan boleh
dibahagikan kepada jenayah kekerasan dan harta benda.
Perangkaan polis menunjukkan, antara kes jenayah yang selalu dilakukan oleh remaja adalah
pecah rumah, rusuhan, pergaduhan sesama mereka, salah guna dadah, mencuri basikal atau
motosikal. Satu lagi tabiat remaja yang menampakkan potensi untuk menjadi gejala yang sukar
dibendung adalah kegemaran mereka membazir masa. Istilah yang popular digunakan kini
adalah “budaya lepak”. Satu kajian di dua buah rumah pangsa di Kuala Lumpur mendapati
sebanyak 90% remaja kaum Cina terus pulang ke rumah selepas sekolah, sebanyak 72% remaja
kaum India berbuat demikian dan hanya 5.8% remaja kaum Melayu pulang ke rumah selepas
sekolah.

PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK

Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti keruntuhan ahklak di kalangan remaja
masih pada tahap yang tinggi. Keruntuhan ahklak ini dapat dilihat dari pelbagai sudut. Antara
punca yang dikenal pasti adalah seperti faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja
adalah penglibatan dalam jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang
daripada keluarga yang miskin tetapi juga keluarga berada, malah segelintir daripada mereka
berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik. Justeru, bolehlah dikatakan
bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan,
didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga.

Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain
menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap,
berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini
menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.
Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja.
Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku
yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain
yang bersuka-suka. Kesan pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang
rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Sikap ibu bapa juga yang tidak mengambil berat
tentang kelakukan dan pergaulan anak remaja mendorong pada kerosakkan ahklak. Remaja yang
terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa
bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor keruntuhan akhlak.

Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan
adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap
berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak
harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-
anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral. Justeru, sebagai ibu bapa dan
anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya menjalankan kewajipan dengan
merancang aktiviti, mengenal pasti masalah anak, memberi nasihat, pedoman, memberikan
kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak sepanjang masa. Selain itu, pengaruh
persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih
mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan
melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini.

Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-
belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas.
Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi
pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang
kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan
pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan
kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu
bapa di rumah.

CARA MENGATASI MASALAH

Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru,
strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Berikut beberapa
saranan yang diberi iaitu peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian
yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau
pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti
masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai
masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa
memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai
kedudukkan moral yang baik.

Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-
anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap
masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama,
nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji,
berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan
diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.
Pendekatan akademik boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan
akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan
perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan
alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.

Selain itu, mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat


sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan
beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin. Saranan
seterusnya ialah penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa
polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-
pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini
kepada pihak polis. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti
kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam
membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya
kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan
pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga
dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya
menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif.

KESIMPULAN

Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa
mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di
kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak,
tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi

Anda mungkin juga menyukai