Anda di halaman 1dari 6

SWOT ANALISIS

STRENGHT

AKTIVITI YANG MENCABAR

Antara kekuatan program Exposure ot The National Treasure Taman Negara Pahang adalah
aktiviti yang dijalankan agak mencabar disebabkan kurangan program yang berkonsepkan
ekstrem di kolej menyebabkan para peserta berasa teruja untuk mencuba aktiviti yang
dijalankan.

Aktiviti seperti Rapids shooting, Hiking, night walk dan Canopy walkway adalah sebuah
aktiviti yang mencabar kekuatan mental dan fizikal para peserta dan menyebabkan para
peserta terutamanya peserta lelaki bersemangat untuk menyertai program berkenaan.
Aktiviti sebegini membolehkan para peserta untuk lebih mendekati program berkenaan
menambah pengetahuan berkaitan dengan flora dan fauna.

GUARD / RENJER YANG PROFESSIONAL

Selain daripada itu, antara kekuatan lain program Exposure of The National Treasure Taman
Negara Pahang adalah sikap guard atau renjer yang professional dan peramah
menyebabkan para peserta lebih berminat dengan program dan berasa seolah-olah mereka
adalah mereka sebahagian daripada kumpulan berkenaan.

Sikap para renjer turut menjadi faktor kepada kelancaran program berkenaan kerana para
peserta menjadi lebih terbuka untuk mematuhi setiap arahan dan peraturan daripada guard
berbanding arahan daripada guard yang perengus dan tidak professional.

LOKASI PROGRAM

Akhirnya, sekali kekuatan lain program ini adalah lokasi program berkenaan. Lokasi program
yang telah dilaksanakan di Taman Negara Pahang iaitu sebuah hutan yang terjaga dan
terpelihara keindahan alam serta belum dikunjungi oleh kebanyakkan peserta program
menyebabkan para peserta lebih teruja untuk menyertai program berkenaan.

Lokasi program yang menawarkan keindahan flora dan fauna serta aktiviti yang berkaitan
dengan alam ini membolehkan para peserta untuk menyalami lebih dalam tentang kelebihan
taman berkenaan dan apa yang terdapat di hutan ini.
WEAKNESS

MASA REHAT YANG PANJANG

Antara kelemahan program Exprosure of the National Treasure Taman Negara Pahang
adalah jangka masa rehat atau masa lapang bagi para peserta yang terlalu panjang.
Disebabkan hanya terdapat 4 buah aktiviti sepanjang program berlangsung para peserta
telah dibekalkan dengan masa lapang yang terlalu panjang dan menyebabkan para peserta
menjadi bosan dan tidak mempunyai aktiviti untuk dilaksanakan.

Tiadanya, penyediaan aktiviti sampingan atau aktiviti mini yang boleh dijalankan oleh peserta
sepanjang menunggu aktiviti yang seterusnya menyebabkan para peserta kepuasan. Hal ini
telah menyebabkan para peserta tidak dapat melaksanakan masa yang ada sepanjang
berada disana dengan melakukan aktiviti yang berfaedah dan hanya meluangkan masa
dengan tidur melepak bermain telefon.

KEKURANGAN KEMUDAHAN

Selain daripada itu, antara kekurangan lain program berkenaan adalah kemudahan yang
tidak memuaskan di kawasan penginapan. Kemudahan seperti kedai makan atau kedai
runcit yang jauh daripada penginapan menyebabkan para peserta susah untuk mendapat
bahan makanan kerana kantin hanya menyediakan pada waktu yang telah ditetapkan.

Disamping itu, talian telefon yang tidak begitu baik juga turut memberi sedikit masalah
kepada para peserta kerana mereka tidak dapat berhubung dengan pensyarah untuk
mendapat info berkaitan dengan aktiviti yang akan mereka laksanakan. Akhirnya,
kekurangan yang ada pada sini adalah hospital ataupun klinik tiada di kawasan ini.
OPPORTUNITY

PERTEMBUNGAN BUDAYA

Antara peluang yang dapat digariskan daripada program Exposure of the National Treasure
Taman Negara Pahang adalah pertembungan budaya antara para peserta dengan
masyarakat sekeliling. Lokasi program yang berlangsung di Taman Negara Pahang telah
membolehkan para peserta berpeluang untuk mendekati kawasan penempatan masyarakat
orang asli dan membolehkan berlakunya pertembungan budaya di antara peserta dan
masyarakat sekitar.

Pertembungan ini membolehkan para peserta untuk mempelajari dan mengetahui lebih
lanjut tentang cara kehidupan masyarakat orang asli yang tinggal berdekatan dengan
kawasan program. Ianya juga membolehkan para peserta untuk mendalami sejarah
penempatan masyarakat berkenaan dan mengetahui cara kelangsungan hidup mereka.

PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN

Selain daripada itu, antara peluang lain yang dapat diambil daripada program berkenaan
adalah pengalaman dan pengetahuan yang tidak dapat diperolehi ditempat lain.

Program ini telah membolehkan para peserta untuk mendapat pengalaman dan
pengetahuan yang tidak mudah mereka perolehi ditempat lain. Aktiviti seperti rapid shooting
dan canopy walkway adalah antara aktiviti yang cukup menarik kepada para peserta.
Disamping itu juga pengetahuan berkaitan flora dan fauna yang terdapat di Taman Negara
berkenaan telah membolehkan para peserta untuk menambahkan pengetahuan mereka dan
membuka pandangan mereka berkaitan penjagaan alam sekitar dan kepentingan menjaga
alam sekitar.
THREAT

KECEDERAAN DAN KEMALAGAN

Antara ancaman yang telah dikenalpasti pada program Exposure of the National Treasure
Taman Negara Pahang adalah kebarangkalian untuk para peserta untuk mendapat
kecederaan atau kemalangan yang tinggi.

Disebabkan program ini merupakan sebuah program yang bersifat ekstrem, maka
kebarangkalian untuk peserta untuk mendapat kemalangan atau kecederaan adalah sangat
tinggi dan hal ini boleh merencatkan kelancaran program tersebut. Aktiviti seperti hiking,
canopy walkway dan rapid shooting adalah sebuah aktiviti yang memerlukan kekuatan
mental dan fizikal yang tinggi dan boleh mencabar tahap kesihatan seseorang. Oleh yang
demikian, persediaan yang cukup rapi diperlukan untuk mengelakkan berlakunya sebarang
perlu yang tidak diingini.

HAIWAN LIAR

Selain daripada itu, antara acaman lain yang dapat dikenalpasti dalam program berkenaan
adalah ancaman daripada haiwan liar. Lokasi program yang telah dijalankan adalah Taman
Negara Pahang iaitu sebuah Hutan Hujan Tropika yang mempunyai pelbagai jenis haiwan
liar.

Disebabkan lokasi program yang dijalankan dikawasan yang terdapat pelbagai jenis haiwan
liar ancaman daripada haiwan berkenaan adalah satu isu yang perlu digariskan dan diambil
berat ini kerana jika berlaku sebarang pertambungan atau perhubungan di antara para
peserta dengan haiwan berkenaan keberangkalian untuk berlaku kecederaan atau
kemalangan adalah tinggi dan jalan penyelesaian yang cukup rapi perlu digariskan untuk
mengelakkan berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini.
KESIMPULAN

Ekspedisi lawatan ke Taman Negara Kuala Tahan, Pahang ini memberikan banyak
manfaat yang bernilai kepada kami. Persekitaran di Taman Negara Pahang sangat bersih
dan nampaknya ada papan tanda yang tidak membenarkan sampah dibuang merata-rata
mahupun meninggalkan sisa-sisa buangan dan sampah dalam hutan.

Lawatan ini bertujuan memberikan maklumat luar yang boleh dikongsikan bersama-
sama agar dapat mempertingkatkan motivasi bagi kecemerlangan akademik. Di sana, kami
berpeluang berjumpa dengan orang Asli dapat mengetahui tentang cara hidup mereka dan
melihat cara hidup mereka. selain itu, dapat mengharungi detik-detik mencabar dengan rapid
shooting merupakan detik yang mendebarkan namun menyeronokkan. Selanjutnya,
menyaksikan sendiri haiwan pada waktu malam memberikan gambaran yang jelas kepada
kami bahawa aktiviti beberapa haiwan memang aktif pada waktu malam berbanding waktu
siang.

Seterusnya, melalui lawatan ini kami dapat mengenali flora dan fauna yang terdapat di
Taman Negara Kuala Tahan ini. Keupayaan, fizikal, emosi dan mental juga diuji sewaktu
menjalani program terakhir kami iaitu meredah hutan dan laluan kanopi. Program ini bukan
sahaja mampu mendidik peserta mencintai akan alam ciptaanNya, ia juga turut menyemai
semangat perpaduan dan kerjasama sesama peserta. Akhirnya, program seperti ini banyak
memberikan kenangan dan pengalaman yang berharga.
PAKAIAN :

 Semasa melakukan aktiviti rapids shooting kami digalakkan memakai baju berwarna
hitam ataupun warna yang gelap dan seluar sukan tidak dibenarkan memakai seluar
jeans. Selain itu, ketika aktiviti night walk pula kami semua perlu memakai baju yang
berwarna cerah dan seluar yang bersesuai. Akhirnya, untuk aktiviti jungle treking
kami perlu memakai baju yang berwarna cerah supaya mudah di nampak dan juga
seluar yang bersesuai.

Anda mungkin juga menyukai