Anda di halaman 1dari 4

PELAPORAN PENGURUSAN KES

Pengenalan
Intervensi awal merupakan satu proses membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan
sokongan kepada kanak-kanak yang berisiko atau yang mengalami kelambatan dalam
perkembangan fizikal atau mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan menghalang
pembelajaran (Addison, 2003). Sebelum melaksanakan intervensi awal terhadap murid
berkeperluan khas, pentaksiran terhadap mereka perlu dijalankan terlebih dahulu bagi
mengetahui masalah yang dialami oleh murid tersebut.

Pernyataan Masalah

Semasa lawatan lapangan ke Sekolah Kebangsaan Padang Garong (2), seorang


murid iaitu Muhamad Ikmal yang bermasalah autism telah dipilih untuk menjawab instrumen
pentaksiran akuiti sensori bagi mengenal pasti masalah keupayaan deria yang dihadapi oleh
murid tersebut. Berdasarkan pentaksiran (Lampiran A) yang dijalankan ke atas murid
tersebut, telah dikenal pasti bahawa murid tersebut mempunyai masalah dalam pengamatan
penglihatan. Di mana, instrumen yang dijawab menunjukkan kesalahan yang ketara di
bahagian A iaitu pada pengamatan penglihatan yang melibatkan tumpuan murid untuk
mengenal pasti bentuk yang sama. Oleh yang demikian, murid tersebut tidak dapat menjawab
dengan tepat dan sering kali keliru terhadap item di dalam instrumen tersebut.

Perbincangan

Bagi membantu dan mengurangkan masalah yang dihadapi oleh murid maka guru
telah melaksanakan beberapa intervensi yang bersesuaian untuk meningkatkan keupayaan
pengamatan penglihatan murid tersebut. Menurut James (2005), pengamatan melalui organ
deria mata merupakan sesuatu yang penting kerana lazimnya manusia selalu menumpukan
perhatian melalui penglihatannya lebih-lebih lagi kanak-kanak yang belajar melalui
pemerhatian di persekitaranya.

Intervensi pertama yang dilaksanakan adalah meniru bentuk yang terdapat pada kad
gambar dengan menggunakan blok permainan yang berwarna (Lampiran B). Intervensi ini
dapat membantu meningkatkan keupayaan pengamatan pengihatan murid bahkan juga dapat
meningkatkan keupayaan koordinasi mata dan tangan murid dengan menggunakan warna
yang pelbagai. Peranan warna di sini adalah untuk membantu murid lebih fokus dan menarik
minat terhadap objek yang sedang mereka kendalikan. Lebih-lebih lagi, murid autistik yang
mempunyai tumpuan yang singkat terhadap sesuatu perkara. Kanak-kanak autistik dilaporkan
mempunyai kesukaran dalam fungsi kognitif seperti dalam aspek tumpuan, menyusun,
merancang, merencat dan ingatan kerja (Troyb et.al, 2011). Namun, semasa intervensi ini
dijalankan guru mendapati pada permulaan dan pengakhiran aktiviti murid mampu meniru
bentuk dengan baik serta tidak berlaku kesalahan semasa memilih blok warna yang serupa
dengan kad gambar.

Selain itu, guru juga telah menjalankan intervensi yang dinamakan permainan
padankan. Permainan ini memerlukan murid untuk memasukkan blok berwarna ke dalam
sebuah kotak mengikut warna yang terdapat pada kotak tersebut. Terdapat lubang yang telah
ditebuk berukuran saiz blok berwarna. Semasa menjalankan intervensi ini, guru juga telah
meminta murid untuk menyebut perkataan mengikut warna yang terdapat pada kotak. Ini
adalah bertujuan untuk menggalakkan murid untuk berkomunikasi secara positif dengan guru
sebelum aktiviti di mulakan. Kanak-kanak autisme biasanya mengalami kerisauan dalam
interaksi sosial dan situasi sosial (Spain, Sin, Harwood, Mendez & Happe, 2017). Oleh itu,
melalui komunikasi guru dan murid semasa menjalankan intervensi murid lebih berminat
untuk terus bermain bersama-sama dengan guru.

Merujuk kepada gambar (Lampiran C) telah didapati bahawa murid mengalami


masalah untuk memasukkan blok berwarna ke dalam kotak. Pada permulaanya, murid
kelihatan terpinga-pinga dan matanya kerap berkelip apabila murid melihat kepada lubang
yang terdapat pada kotak. Oleh itu, pada permulaan aktiviti murid diberikan bimbingan oleh
guru untuk memasukkan blok berwarna. Setelah beberapa blok berwarna telah berjaya
dimasukkan dengan bantuan guru, guru mengurangkan bimbingan dan memerhati sahaja
murid bermain. Sebaliknya, murid telah melengkapkan permainan dengan sangat baik tanpa
masalah seperti pada permulaan permainan.

Seterusnya, intervensi yang ketiga dilakukan oleh guru adalah permainan ingatan
(Lampiran D). Guru telah menggunakan blok berwarna yang dilekatkan dengan gambar buah-
buahan sebagai ganti kepada kad gambar. Permainan ingatan merupakan satu permainan
yang seronok dan menarik bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Hal ini kerana, mereka dapat
merasakan seperti mereka sedang mencari harta karun dalam masa yang ditetapkan.
Menurut Mahfuzah (2013), memory game dapat meningkatkan tahap kepekaan serta tahap
tumpuan kanak-kanak autistik dengan lebih baik. Malahan beliau juga menyatakan bahawa
permainan sebegini mampu meningkatkan kefungsian otak dan kemahiran kognitif kanak-
kanak tersebut. Pada permulaan permainan ini, murid kelihatan teruja untuk bermain dan
dapat mengikuti intervensi dengan baik. Namun, setelah murid menterbalikkan gambar buah
beberapa kali kerana tidak menjumpai padanannya telah didapati bahawa terdapat kesalahan
dalam padanan gambar buah-buahan (Lampiran D) tersebut. Ini membuktikan bahawa
terdapat halangan disebabkan oleh gangguan neurologi yang dihadapi oleh kanak-kanak
autisme (Hess, 2009). Pernyataan ini turut disokong oleh Thomas dan Smith (2004) bahawa
terdapat halangan yang membataskan kemampuan kanak-kanak autisme untuk bermain.

Rumusan

ce sambung sikit
RUJUKAN

Addison S. (2003). Early intervention matters. The Exceptional Parent Jurnal, 11(33), 141-5.

Hess DC, et al. (2009). Computationally driven, quantitative experiments discover genes
required for mitochondrial biogenesis. Journal Edu, 6(3), 178-188.

Kalat, J. W. (2005). “IntroductionTo Psychology”. United State of Amerika: Thomson Learning,


Inc.

Mahfuzah Zainol. (2013). Kemahiran Manipulatif Dalam Pendidikan Khas. Selangor: Galaksi
Kreatif Cetakan.

Nicky. T dan Caroline. S. (2004). Autism as an executive disorder. Oxford: Oxford University
Press.

Spain, D., Sin, P. H. J., Harwood, L., Mendez Hernandez, M. A., dan Happe, F. G. E. (2017).
Cognitive behaviour therapy for social anxiety in autism spectrum disorder: a
systematic review. Advances in Autism, 3(1), 34 - 46

Troyb. E, Knoch. K dan Barton. M. (2011). The neuropsychology of autism. New York, NY:
Oxford University Press.

Anda mungkin juga menyukai