Anda di halaman 1dari 1

Jurnal

analisis

pada minggu ini saya menghadapi masalah murid tidak dapat fokus di dalam kelas. Semasa
pengajaran saya, saya dapati sebilangan murid kerap termenung dan kelihatan letih walaupun
setelah mereka rehat. Masalah ini telah menyebabkan pengajaran dan pembelajaran saya pada
minggu ini agak tidak berkesan kerana penglibatan murid yang kurang.

Saya dapati masalah murid tidak fokus ini terjadi kerana murid telah bercuti selama lama iaitu 2 hari
minggu ditambah dengan cuti sehari pada hari ahad dan juga pada hari selama. Disebabkan cuti
yang banyak pada minggu inilah tumpuan murid kurang apabila berada di dalam kelas. Murid-murid
masih terbawa-bawa perasaan cuti dan sifat bersahaja semasa berada di rumah. Akibat masalah ini,
saya agak kurang berpuas hati dengan pengajaran yang dilaksanakan kerana murid kurang fokus
semasa pdp berlangsung. Murid termenung dan perlu dipanggil namanya dengan kerap supaya
kembali fokus, aktiviti pdp yang dijalankan juga agak tidak teratur kerana murid lambat dalam
pergerakan semasa aktiviti.

Kajian masa lampau.......

semasa pdpc minggu hadapan

Cadangan bagi mengatasi masalah ini adalah dengan memperbanyakkan aktiviti diluar bilik darjah
kerana murid akan lebih cergas apabila menghirup udara di persekitaran luar yang lain daripada
persekitaran dalam kelas dan di rumah. Selain itu, melakukan aktiviti yang banyak menggunakan
pergerakan agar murid lebih cergas dan aktif semasa aktiviti kumpulan. Saya juga akan
menggunakan teknik ganjaran kepada murid yang bersemangat sepanjang pdp berlangsung dan aktif
dalam aktiviti kumpulan. Namun, teknik ini harus diaplikasikan pada awal kelas, saya perlu
memberitahu kepada murid ganjaran yang akan mereka perolehi sekiranya mereka membuat apa
yang saya inginkan.

Saya akan cuba melaksanakan cadangan saya kepada murid pada pengajaran dan pembelajaran
minggu hadapan untuk meningkatkan semangat mereka sekiranya mereka masih berada dalam
mood bercuti lagi.

Anda mungkin juga menyukai