Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan
kerja kursus ini. Saya menghadapi sedikit kerumitan serta cabaran dalam proses untuk
menyiapkan kajian ini. Alhamdulillah berkat pertolongan pihak-pihak berikut saya dapat
menyiapkan kerja kursus yang diamanahkan pada tempoh yang ditetapkan.

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik
Norman Bin Mat Nor kerana telah memberikan saya galakan dan motivasi untuk
menyiapkan kerja kursus ini. Dengan motivasi yang tinggi, saya sentiasa bersemangat untuk
melaksanakan kerja kursus ini dengan jayanya. Beliau juga tanpa jemu telah memberikan
bimbingan dan tunjuk ajar yang berterusan sepanjang saya menjalankan kerja kursus ini.
Tanpa tunjuk ajar daripada beliau mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja kursus ini
dengan baik.

Ribuan terima kasih juga saya tujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya atas
galakan, sokongan dan bantuan yang diberikan kepada saya dalam pelbagai bentuk
termasuklah bantuan kewangan yang saya perlukan sepanjang perlaksanaan kerja kursus
ini.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan sekelas saya dan warga SK Kubang Kerian 1
yang turut membantu dan berkongsi maklumat sepanjang proses menyiapkan kerja kursus
ini. Tanpa bantuan mereka semua, adalah sukar untuk saya menyiapkan kerja kursus ini.
Merekalah yang membantu saya untuk mendapatkan maklumat dengan lebih mudah.

Hanya Allah sahajalah yang membalas budi baik pihak-pihak yang membantu secara
langsung dan tidak langsung sehingga terhasil lah hasil kajian analisis SWOT ini.

Anda mungkin juga menyukai