Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: 2019

Program: PISMP Nama Pelajar:

Kod: BMMB3013 Semester / Tahun: Semester 1 / 1


Ambilan: Jun 2019
Nama Kursus:
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kumpulan: ELEKTIF TERAS

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Penulisan Esei 1 (1200 patah perkataan) 16 Julai 2019 9 Ogos 2019

2. Mentranskripsi Teks (500 patah perkataan) 19 Ogos 2019 29 Ogos 2019

3. Persembahan Kumpulan. 3 orang) 5 September 2019 11 September 2019

Hasil Pembelajaran Kursus:

Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

1. Menganalisis konsep fonetik dan fonologi, alat artikulator dan artikulasi serta cara
pengeluaran bunyi dengan berkesan secara bertulis. (C4, PLO1, PLO3, CTPS2)
2. Menghuraikan fonem, fonem segmental dan suprasegmental dalam Bahasa Melayu
dengan maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber (C5, PLO6, LO4, LL1)
3. Menulis transkripsi fonetik pelbagai jenis ayat berdasarkan pelbagai jenis teks (C6, PLO3,
CTPS3)
4. Mengaplikasikan sebutan baku dalam kemahiran mendengar dan bertutur melalui
persembahan aktiviti secara berkumpulan (C3, PLO4, PLO5, CS1, TS1)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 & 4

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat:

1. Mengnalisis dan memperincikan konsep fonetik dan fonologi, alat artikulator dan artikulasi
serta cara pengeluaran bunyi dengan berkesan secara bertulis.
2. Menghuraikan dan menilai fonem, fonem segmental dan suprasegmental dalam Bahasa
Melayu dengan maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber.
3. Menyediakan transkripsi fonetik pelbagai jenis ayat berdasarkan pelbagai jenis teks.
4. Membuat simulasi sebutan baku dalam kemahiran mendengar dan bertutur melalui
persembahan aktiviti secara berkumpulan.

Pelajar dikehendaki menjalankan tugasan-tugasan berasaskan tema (Big Idea) dan soalan pencetus
idea (Essential Questions) berikut untuk menjana idea bagi menghasilkan tugasan atau projek yang
baik dan bermakna.

Tema (Big Idea) : Pembelajaran Bermakna

Soalan pencetus idea (Essential questions):


Bagaimanakah melaksanakan persembahan simulasi lakonan dengan mengaplikasi sebutan baku
dengan lebih menyeronokkan dan bermakna?

Tugasan:

Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran
bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan,seseorang pengguna bahasa perlulah
mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya. Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua
bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan
pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.
Apabila seseorang itu berbicara, ia akan menggunakan bahasa sebagai alat menyatakan perasaannya
seperti suka, kasih sayang,marah, benci dan lain-lain. Dalam hal ini penggunaan nada suara itu penting
seperti intonasi, tekanan dan jeda.Pada aspek keindahan pula, seseorang itu menggunakan bahasa
untuk menyampaikan nyanyian, puisi, pantun dan sebagainya dalam bahasa yang puitis. Bagi
menyampaikan ilmu, bahasa memerlukan alat yang berkuasa merakamnya. Sesungguhnya ilmu yang
kita miliki dan peroleh itu adalah melalui perantaraan bahasa.

Berdasarkan pernyataan di atas,

1. Secara individu, anda dikehendaki menulis satu esei berkaitan dengan kajian fonetik dan
fonologi bahasa dan buat analisis bagaimana bunyi-bunyi bahasa dihasilkan, kemudian nilaikan
kepentingan fonem, fonem segmental dan fonem suprasegmental dalam bahasa Melayu.
Huraian dan penjelasan anda mestilah disertakan dengan fakta dan contoh-contoh yang jelas
serta relevan untuk menunjukkan pemahaman anda berkaitan dengan tajuk ini.

2. Secara individu, anda dikehendaki memilih teks yang panjangnya tidak kurang daripada 500
patah perkataan kemudian sediakan transkripsi fonetik teks tersebut selengkapnya.

3. Secara berkumpulan (2 atau 3 orang), anda dikehendaki melaksanakan persembahan simulasi


lakonan dengan mengaplikasikan sebutan baku sepenuhnya.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

TUGASAN 1 : Penulisan Esei (35%)

Secara individu, anda dikehendaki menulis satu esei berkaitan dengan kajian fonetik dan
fonologi bahasa dan buat analisis bagaimana bunyi-bunyi bahasa dihasilkan, kemudian nilaikan
kepentingan fonem, fonem segmental dan fonem suprasegmental dalam bahasa Melayu.
Huraian dan penjelasan anda mestilah disertakan dengan fakta dan contoh-contoh yang jelas
serta relevan untuk menunjukkan pemahaman anda berkaitan dengan tajuk ini.
*Panjang tugasan ialah 1200 patah perkataan.

TUGASAN 2 : Mentranskripsi Teks (Individu) (15%)

Secara individu, anda dikehendaki memilih teks yang panjangnya tidak kurang daripada 500
patah perkataan kemudian sediakan transkripsi fonetik teks tersebut selengkapnya.

*Panjang tugasan ialah 500 patah perkataan.

TUGASAN 3 : PEMBENTANGAN/ PERSEMBAHAN KUMPULAN (10%)

Secara berkumpulan (3 orang), anda dikehendaki melaksanakan persembahan simulasi


lakonan dengan mengaplikasikan sebutan baku secara yang lebih menyeronokkan dan
bermakna.

*Masa pembentangan hanya 30 minit.


Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan disiapkan secara individu bagi tugasan 1 & 2 dan berkumpulan (dua atau
tiga orang sahaja) bagi tugasan 3.

2. Tugasan anda mestilah mengandungi perkara-perkara berikut:


a. Pendahuluan
b. Isi-isi penting
c. Huraian
d. Contoh-contoh
e. Data-data penting / Peta-peta Pemikiran i-Think / Jadual / Gambar Rajah
f. Penutup
g. Rujukan
h. Lampiran (salinan bahan sumber rujukan)

3. Lampirkan sekurang-kurangnya lima sumber rujukan.

4. Tugasan dalam bentuk soft copy juga diperlukan.

5. Tugasan anda mestilah tulen dan bukan diciplak daripada hasil


tulisan/pembentangan orang lain. Anda perlu ingat bahawa perbuatan menciplak
hasil karya orang lain ialah satu kesalahan dan anda boleh dikenakan tindakan
Akta 174 sekiranya didapati bersalah

6. Panduan Penulisan :-

 Spesifikasi Teknikal:
a. Jenis dan saiz fon: Arial saiz 11, tajuk dan subtajuk hendaklah digelapkan
(bold), nama-nama saintifik dan terminologi bahasa Inggeris hendaklah
dalam bentuk tulisan condong (italic).
b. Jidar (margin): jidar kiri 1.5 inci, jidar kanan, atas dan bawah 1 inci.
c. Langkau baris (spacing): langkau dua (double spacing), jarak antara
perenggan langkau empat
d. Kriteria kertas: A4, kulit depan gunakan kertas keras warna kuning
e. Penjilidan: tape – binding
f. Paparan muka surat (page layout): portrait kecuali peta-peta Pemikiran i-
Think, jadual dan gambar rajah boleh menggunakan paparan landscape
g. Penomboran muka surat: semua muka surat hendaklah dinomborkan
pada bahagian tengah bawah setiap muka surat, penggunaan kurungan
atau bentuk
lain tidak dibenarkan
h. Halaman muka depan kulit tugasan perlu mengandungi maklumat berikut:
- Logo KPM dan IPGM
- Nama Institut
- Tajuk Tugasan
- Nama pelajar berserta gambar berukuran pasport
- Nombor Kad Pengenalan
- Kumpulan Akademik
- Kod dan Nama Kursus
- Nama Pensyarah Pembimbing
- Tempoh Tugasan

 Format Penulisan Akademik


a. Halaman Pengakuan: ditandatangani oleh penulis, dinombor dengan
huruf Roman dan tidak dikira sebagai muka surat
b. Halaman Judul: diletakkan selepas halaman pengakuan, dinombor
dengan huruf Roman
c. Penghargaan: tidak dikira sebagai muka surat, ditulis dengan huruf
Roman
d. Senarai Kandungan: disusun mengikut urutan yang berpadanan dengan
muka surat yang mengandungi semua topik dan subtopik, tidak dikira
sebagai muka surat, ditulis dengan huruf Roman
e. Format Penulisan Rujukan: guna Sistem APA (American Psychological
Association)
f. Lampiran: semua bahan lampiran hendaklah dilabel dan dinomborkan,
penomboran hendaklah dihitamkan dan ditulis di sudut atas sebelah
kanan
 Format Pembentangan
a. Setiap ahli kumpulan WAJIB membuat pembentangan
b. Sebelum membentang, pelajar perlu menyerahkan salinan ‘hard copy’
bahan kepada pensyarah
c. Setiap pembentang menyampaikan isi yang berbeza dan disokong
dengan bukti/contoh yang relevan
d. Markah pembentangan adalah secara individu.

7. Tugasan ini berjumlah 60% dan wajarannya adalah seperti berikut:


Tugasan 1 (35%), Tugasan 2 (15%) dan Tugasan 3 (10%)

8. Hasil tugasan yang lengkap hendaklah diserahkan kepada pensyarah mengikut tarikh-
tarikh yang ditetapkan

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci


2. Struktur tugasan sangat sistematik dan mengikut peraturan
3. Idea dan isi tugasan sistematik dan relevan
4. Huraian jelas, matang dan contoh sesuai
5. Menunjukkan kecekapan penggunaan ilmu dan kemahiran
6. Penghasilan produk mengikut spesifikasi
7. Dapat menunjukkan pembinaan kefahaman baharu
8. Bukti-bukti dan bahan yang dapat menyokong hujah anda hendaklah dikemukakan

9. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan
ilmiah

10. Format dan organisasi penulisan tugasan perlu jelas dan koheren

11. Penulisan tugasan harus memperlihatkan kefasihan bahasa dan kematangan hujah
dalam menterjemah maklumat secara analitikal

12. Pembentangan juga perlu memperlihatkan kematangan dan kemantapan dalam semua
aspek yang berkaitan.
Disediakan oleh:

(UMAR BIN AHMAD)


Penyelaras Kursus,
BMMB3013 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu.

Disemak oleh: Disahkan oleh,

( ) (HJ. SK. SAWPI BIN LAWI)


Pensyarah Pakar Bidang, Ketua Jabatan,
BMMB3013 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu, Jabatan pengajian Melayu,
IPG Kampus Pulau pinang. IPG Kampus Pulau pinang.

Anda mungkin juga menyukai