Anda di halaman 1dari 35

LINGUISTIK Stork dan Menurut Verhaar (1985:1), linguistik berasal daripada perkataan Latin bermaksud bahasa.

Selain itu, perkataan lingustik juga terdapat dalam bahasa Perancis Langue dan Langage, Itali Lingua, Sepanyol Lengua dan Inggeris Lingustik. Menurut kamus dewan(1993) perkataan linguistik diambil daripada perkataan Inggeris yang bererti pengajian ilmu bahasa. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz(2009): Linguistik bermaksud ilmu pengetahuan yang mengkaji soal bahasa. Linguistik merupakan kajian saintifik terhadap bahasa, yang antara lain mencakupi linguistik antropologi, psikolinguistik, sosiolinguistik dan neorulinguistik. Ia merangkumi semua segi komunikasi manusia, iaitu daripada pemerian bunyi-bunyi bahasa kepada analisis seluruh kerencaman pamikiran manusia yang dinyatakan dalam pertuturan dan tulisan. Stork dan Widdowson (1983), menyatalan linguistik merupakan satu bidang kajian dan subjek kajiannya ialah bahasa. Ahli-ahli bahasa mengkaji kebolehan manusia untuk berhubung, sebagai pernyataan individu, sebagai pusaka sepunya suatu komuniti bahasa, sebagai bunyi yang dituturkan, sebagai teks yang ditulis dan sebagainya. 1.0 KONSEP DAN DEFINISI LINGUISTIK MENURUT AHLI-AHLI BAHASA 1.1 EDWARD SAPIR Edward Sapir dilahirkan di Lauenburg, Jerman pada tahun 1884. Dia bermigrasi ke Amerika Syarikat pada tahun 1889 lalu menetap di New York. Gelaran Bachelor diperoleh pada tahun 1904 dan mendapat gelaran Ph.D. pada tahun 1909 dari Columbia pendidikan University. tinggi inilah Di lembaga

pemikirannya

dipengaruhi oleh Franz Boas. Edward Sapir kemudian menjadi


1

staff pengajar di University of California dan University of Pennsylvania. Ia kemudian menjadi ketua bahagian antropologi di Canadian National Museum dari tahun 1910 hingga tahun 1925. Pada tahun 1925 ia mengajar semula di University of Chicago hingga tahun 1931, dilanjutkan kontrak mengajar di Yale University dari tahun 1931 hingga tahun 1939. Selain dikenal sebagai ahli bahasa, Sapir juga tertarik dengan behaviorisme kultural dan perkembangan kepribadian manusia. Edward Sapir berpendapat bahasa merupakan satu alat atau cara yang hanya dimiliki manusia untuk berkomunikasi, menyampaikan idea, emosi dan kehendak mereka. Beliau mengkaji hubungan bahasa dengan pemikiran manusia dari aspek psikologi . Beliau berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalam sains. Kesimpulan kajian beliau mendapati bahwa struktur bahasa merupakan unsure yang menentukan struktur pemikiran manusia. Menurut beliau lagi, bahasa ialah system manusiawi yang instingtif, iaitu bersifat arbitari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran. Buku beliau bertajuk Lnguage berbeza dengan Bloomfield kerana menggunakan pendekatan antropologi yang melihat bahasa dari segi fungsinya dalam massyarakat. Rumusan hasil pemikran beliau tiada bahasa yang sempurna, bahasa akan sentiasa berubah. 1.2 FERDINAND DE SAUSSURE Ferdinand de Saussure (1857 1913) ialah orang pertama mengasaskan ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai Bapa Ilmu Linguistik Moden telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baharu dalam bidang bahasa secara moden. Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliau merupakan orang pertama yang mengemukakan dan menekankan betapa pentingnya kajian bahasa dilakukan dari sudut yang berbeza-beza, iaitu secara sinkronis dan dinkronis. Linguistik sinkronis mengkaji bahsa pada suatu masa tertentu. Linguistik dinkronis mengkaji bahsa dari segi sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahan-perubahan yang dialami oleh sesuatu bahasa tersebut.

De Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep langue dan parole. Langue bermaksud loghat atau dialek dan parole bermaksud cirri -ciri bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh individu dalam masyarakat. Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan buku bertajuk Course de Linguistique Generale pada tahun 1915. Karya agung beliau ini adalah hasil daripada usaha pelajar-pelajarnya yang telah mengumnpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah sehingga terhasil buku tersebut yang kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggerispada tahun 1959. 1.2.1 Pemikiran Bahasa Ferdinand de Saussure Bahasa adalah alat komunikasi dalam masyarakat yang menggunakan sistem tanda yang maknanya dipahami secara konvensional oleh anggota masyarakat bahasa yang bersangkutan. Tanda bahasa terdiri dari dua unsur yang tak terpisahkan yakni unsur citra akustik (bentuk) (signifiant/penanda) dan unsur konsep (signifie/petanda). Kedua unsur itu tak terpisahkan seperti dua sisi selembar kertas. Hubungan antara pendanda dan pertanda, yakni antara bentuk dan makna, didasari konvensi dalam kehidupan sosial. Kedua unsur itu terdapat dalam kognisi para pemakai bahasa. Menurut Saussure, bahasa menggunakan tanda yang dimaknai secara konvensional. Tanda-tanda bahasa itu tersusun dalam rangkaian yang disebutnya rangkaian "sintagmatik". Dalam hal ini, tanda bahasa berada dalam relasi sintagmatik, yakni rangkaian tanda yang berada dalam ruang dan waktu yang sama atau relasi in praesentia Dalam memahami bahasa sebagai alat komunikasi dan sebagai gejala sosial, de Saussure melihat ada dua tataran yang berkaitan satu sama lain. Bahasa sebagai gejala sosial disebut "langgage" yang terdiri atas dua tataran. Tataran pertama--pada tataran sosial atau lintas individu--adalah yang disebut "langue", yakni tataran konsep dan kaidah. Tataran dibawahnya adalah yang disebutnya "parole", yakni tataran praktik berbahasa dalam masyarakat.

Menurut de Saussure langue (kaidah) menguasai parole (praktik berbahasa). Tanpa menguasai langue seorang tidak dapat ikut serta mempraktikan langage dalam sebuah masyarakat bahasa. Jadi, kita tidak akan dapat mempraktikan parole bahasa Urdu kalau kita tidak menguasai dulu langue dari langage Urdu. Konsep ini dapat diterapkan pada gejala nonverbal. De Saussure memberi contoh yang sangat terkenal yaitu "permainan catur". Para pemain sebagai "komunitas pecatru" menguasai kaidah permainan tersebut, yakni langue, antara lain aturan tentang cara menjalankan setiap jenis bidak catur, misalnya "kuda" mengikuti gerakan "huruf L", "raja" hanya bisa bergerak satu kotak demi satu kota, "ratu" dapat bergerak melewati semua kotak kecuali berjalan secara diagonal, dan seterusnya. Kaidah itu mengarahkan bagaimana pecatur harus menjalankan bidaknya, yaitu parole. Saussure meyakini bahwa bahasa tulis merupakan "turunan" dari bahasa lisan. Jadi bahasa yang utama adalah bahasa lisan. Bahasa yang sebenarnya adalah bahasa lisan. Ini merupakan kritik terhadap para peneliti bahasa yang terlampau terfokus pada bahasa tulis yang oleh de Saussure dipandang sebagai "tidak alamiah". Setelah berbicara tentang "langue" dan "parole" sebagai baian dari "langage", de sussure membicarakan pentingnya bahasa lisan. "Langage" yang utama adalah bahasa lisan, yang merupakan objek kajian utama linguistik. Menurut Saussure, tulisan sering dianggap bahasa yang ;menurunkan bahasa lissan karena penelitian bahasa-bahasa kuno (seperti Yunani, Latin dan Sansekerta) memberikan citra bahwa bahasa tertulis lebih berprestise. Padahal tulisan adalah turunan dari bahasa lisan yang menurut de Saussure diatur oleh "langue", sedangkan tulisan merupakan sistem yang berbeda. Bahasa lisan juga dianggap yang utama karena menurut de Sussure makna lebih dekat pada yang lisan daripada yang tertulis. Objek kajian utama linguistik adalah bahasa lisan. Karena hubungan antara penanda dan petanda secara bersamaan membentuk tanda, keduanya tidak terlepas satu sama lain. Dengan demikian, keduanya membentuk satu kesatuan--yakni tanda--yang seringkali (konsep seperti ini) disebut struktur. Begitu pula
4

hubungan antara "langue" dan "parole" (sebagai bagian dari "langage"), keduanya berkaitan satu sama lain secara tak terpisahkan, sehingga membentuk sebuah struktur, yakni "langage". 1.3 LEONARD BLOOMFIELD Dalam sejarah perkembangan linguistik moden, kita dapat lihat beberapa orang tokoh yang menyumbang kepada pemodenan ilmu linguistik pada masa itu, sekali gus mempengaruhi ilmu kajian linguistik pada hari ini. Oleh itu, selain daripada Ferdinand de Saussure dan Edward Sapir, seorang lagi ahli linguistik Amerika yang menyumbang dalam pemodenan ini, iaitu Leonard Bloomfield.

Leornard Bloomfield

Leonard Bloomfield (1887 1949) merupakan salah seorang ahli linguistik struktural yang terkenal di Amerika Syarikat pada zamannya. Dalam pengkajian bahasa, Bloomfiled menggunakan konsep Ferdinand de Saussure sebagai asas pengkajian, iaitu dalam struktur bahasa. Beliau turut meneliti dua kejadian sejarah di Amerika, sehingga mencetuskan pemesatan perkembangan aliran struktural. Hashim Hj. Musa (1994) menyatakan, kajian sejarah yang dilakukan oleh Bloomfield ialah berkenaan wujudnya bahasa-bahasa orang asli di Amerika Syarikat yang begitu banyak dan pelbagai serta kegiatan penaklukan dan peperangan yang mengakibatkan kehilangan bahasa-bahasa tersebut ekoran kematian penutur-penutur jati bahasa itu.

Selain menjadi seorang ahli linguistik, Bloomfield juga terkenal dengan teori behaviorisme yang berakar daripada pemikiran Plato yang percaya bahawa proses bahasa ini berpunca daripada proses peniruan atau mimetic. Setiap perkataan yang dilafazkan pasti mempunyai struktur. Sebagai contoh, sekiranya seseorang individu itu menyebut rumah, strukturnya mesti rumah, bukan hamur atau maruh. Beliau lebih mengutamakan bahasa lisan sebagai objek kajian dan menyebabkan wujudnya Linguistik Deskriptif. Berkenaan bahasa dan struktur, Bloomfield mengetengahkan kaedah penganalisisan struktur ayat yang perlu ditentukan, iaitu kaedah pemenggalan berstruktur. Contohnya: Diselesaikan Di Kata Sendi Nama selesai Kata Kerja kan Kata Sendi Nama

Kaedah Pemenggalan Berstruktur

Menurut Bloomfield, bahasa merupakan sejumlah isyarat yang berupa unsur-unsur vokal. Hasil daripada analisis yang dilakukan pada bahasa adalah sama dan menemui hakikat bahawa hubungan bahagian bermula daripada fonem, morfem, kata, frasa dan seterusnya ayat. Hal ini juga dikenali sebagai Linguistik Taksonomi kerana mengkaji bahagian-bahagian bahasa dengan terperinci. Pendekatan yang diambil oleh Bloomfield dalam asas kajian linguistik struktural bermula daripada perakaman bunyi-bunyi bahasa. Kemudian, berlakunya

pengenalpastian bunyi-bunyi kepada bentuk-bentuk distingtif atau fonem berdasarkan rumus fonemik. Seterusnya, penelitian terhadap penyusunan fonem-fonem dan pencantuman yang membentuk unit-unti terkecil yang mempunyai makna. Pada tahap ini, proses ini membentuk morfem sama ada morfem tersebut bebas atau tidak bebas. Penelitian morfem-morfem yang dapat membentuk unit terkecil yang bebas boleh menjadi unsur atau komponen kepada ayat, iaitu perkataan. Dalam hal ini peraturan
6

yang mengawal pembentukan morfem dan perkataan ialah rumus morfemik. Kemudian, penyusunan dan pencantuman perkataan-perkataan diteliti berdasarkan peraturan yang dikenali sebagai rumus sintaksis untuk membentuk ayat dan bahagian-bahagiannya, iaitu frasa dan klausa. Dalam hal ini, hubungan antara anggota binaan sintaksis dilihat dari segi hubungan yang terdekat. Menurut Bloomfield, hubungan antara komponen binaan ayat tersebut boleh ditimbulkan daripada tahap yang paling rendah, iaitu satu hubungan yang paling rapat pada peringkat frasa yang paling kecil dan meningkat secara hieraki kepada hubungan kategori frasa dan klausa, dan sekali gus menjadi sebuah ayat yang lengkap dan tersusun. 1.4 NOAM CHOMSKY Avram Noam Chomsky adalah seorang professor linguistikdari Massachusetts Institute of Technology yang lahir pada 7 Disember 1928 di Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Noam Chomsky dibesarkan oleh keluarga berpendidikan tinggi, pasangan Dr William zev Chomsky dan Elsie Simonofsky.

Avram Noam Chomsky Ramai pengkaji linguistik menyifatkan perubahan yang paling radikal dan terpenting dalam pertumbuhan aliran teori-teori linguistik ialah pendekatan yang dibawa oleh Chomsky. Aliran linguistik yang dibawakan oleh Chomsky dikenali sebagai
7

transformational-generative grammar atau tatabahasa transformasi generatif (TG). Hashim Haji Musa (1994) menulis, teori TG merupakan pemutusan yang amat ketara daripada aliran struktural/taksonomi Bloomfield.

Unsur-unsur yang dikatakan sebagai radikal itu mencakupi intergrasi leksikon, tatabahasa dan fonologi ke dalam rumus-rumus, pembalikan hierarki tatabahasa iaitu dari atas ke bawah, iaitu ayat menurun kepada klausa dan kepada frasa dan akhirnya kepada perkataan/leksikon dan penolakan pemisahan antara tahap tersebut, dan keperluan transkripsi fonemik. Tujuan dan matlamat TG juga berbeza, iaitu membentuk rumus-rumus yang terhad bilangannya yang mencakupi kemampuan kreatif penutur asli untuk menerbitkan dan memahami ayat-ayat yang gramatis.

Selain itu, aliran yang dibawa oleh Chomsky juga mengandaikan dua tahap struktur dalam sesuatu bahasa, iaitu struktur dalaman dan struktur permukaan. Struktur dalaman merupakan kemampuan dalaman penutur. Struktut permukaan ialah laku tutur yang sebenarnya. Bagi menerbitkan struktur dalaman kepada struktur permukaan, terdapat tiga set rumus yang diterapkan.

Pertama : Rumus Strukutur Frasa.

Rumus ini berfungsi untuk memperluas ayat sebagai premiernya kepada konstituen melalui satu rentetan lambang yang mengandungi unsur-unsur yang menanungi pula unsur-unsur yang di bawahnya sehingga kepada unsur terminusnya, iaitu leksikon. Hal ini telah menwujudkan pohon yang dinamai sebagai rajah pohon (tree diagram).

Kedua : Rumus Transformasi.

Rumus ini diterapkan ke atas bentuk-bentuk yang tertentu sama ada wajib atau sebagai pilihan untuk melakukan proses-proses pengguguran, penyusunan semula dan juga penambahan.

Ketiga : Rumus Fonologi.

Rumus ini menukarkan unsur-unsur pada tahap sintaksis (struktur frasa dan juga transformasi) kepada ujaran-ujaran yang sebenarnya.

Jika dilihat, teori ini berkembang dengan pesat sekali sehingga menyerap ke dalam bahasa-bahasa di seluruh dunia, seperti bahasa Melayu. Bahasa Melayu turut menerima pengaruh aliran ini sebagai satu cabang ilmu kajian linguistik, selain aliran tradisional dan struktural. Pada hari ini, kita dapat lihat beberapa buku penting atau kitab rujukan kepada penuntut dan ahli bahasa di Malaysia menggunakan aliran ini, seperti:

1. Bahasa Melayu Syntax Some Aspects of Its Standardization, (1978) oleh Nik Safiah Karim. 2. Pengantar Teori Sintaksis Satu Pengenalan Konsep Tatabahasa TransformasiGeneratif, (1980) oleh Arbak Othman. 3. Tatabahasa Dewan, (1993) oleh Nik Safiah Karim. 4. Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu Satu Huraian Dari Sudut Tatabahasa Generatif, (1993) oleh Hashim Haji Musa.

2.0 KONSEP-KONSEP LINGUSTIK 2.1 Linguistik Am dan Linguistik Gunaan Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am, iaitu bidang yang mengkaji aspekaspek teori ilmu linguistik secara umum. Linguistik gunaan pula juga dikenali sebagi linguistik terapan. Linguistik ini timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi.

Linguistik gunaan adalah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks. Selain itu, deskripsi bahasa seperti system sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahsa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing. Ini menghasilkan kaedah-kaedah mengjarkan bahsa dan bahan-bahan mengajarkan bahasa. Antara aktiviti lain yang lazimnya dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaitu terjemahan dan perkamusan. Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini iailah pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum. Ianya menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa secara deskriptif. Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa. Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa merupakan suatu uasaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan. Ia juga dikenali sebagai applied linguistic atau linguistik aplikasi mempunyai kaitan secara ;langsung dengan pengajarn bahasa. Dalam meletakkan linguistik gunaan dalam pengajaran bahsa, seseorang itu sudah mampu menguraikan bentuk-bentuk dan peraturan sesuatu bahsa dan mengajarkan bahasa dengan baik. 2.1 Linguistik Sejarah dan Lingustik Perbandingan Linguistik perbandingan iailah satu cabang linguistik sejarah yang berkenaan dengan pembandingan bahsa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu. :Perhubungan membayangkan asal yang sama atau bahsa proto, dan linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu. Teknik asas linguistik perbandingan ialah kaedah perbandingan yang bertujuan untuk membandingkan system-sistem fonologi, system-sitem morfologi, sintaksis, dan

10

leksikon. Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa berkait harus dapat diterangkan dengan munasabah, dan perubahan-perubahan sistematik, umpamanya dalam system-sitem fonologi atau morfologi amat tepat. Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh, dan tidak rapat hubungannya, kaedah perbandingan tidak begitu berguna. Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang mencadangkan satu formula martematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah, berdasarkan peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 patah (kemudian 200) yang seketurunan dalam bahasa-bahasa yang dibandingkan. Kaedah leksikal massa pula menafikan kebolehan untuk menetukan tarikh perkembangan-

perkembangan, dan hanya bertujuan untuk menunjukkan bahawa bahasa-bahasa yang lebih kurang serupa. Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan pembandingan bahasa yang bukannya sebahagian linguistik perbandingan seperti; Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat mengelaskannya mengikut cirri-ciri. Lingustik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik tentang

hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza, khususnya sebagaimna yang terbukti dalam kata-kata pinjaman. Cabang kajian linguistiik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu. Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal-usul sesuatu bahasa. Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman. Kajian perlu dilakukan secara diakronik, iaitu membuat perbandingan bagi menentiukan perubahan dan perkembangan yang berlaku dalam bahasa tersebut. Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui masa. Boidang ini mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asal usul atau
11

etimologi sesuatu bahasa. Tujuannya adalah untuk mengetahui proses dan perkembangan bahasa Dario masa lampau hingga kini. Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang membandingkan anatara bahasa yang sekeluarga. Tujuannnya adalah untuk melihat cirri-ciri perbezaan dan persamaan anatara bahasa yang sekeluarga, yakni bahasa seketurunan daripada bahasa induk. Perbandingan dilakukan anatara beberapa aspek tertentu sahaja atau seluruh aspek bahasa yang dibandingkan itu. Linguistik ini memperlihatkan hubungan yang erat dengan linguistik huraian. Hal ini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang aspek=-aspek yang dibandingkan itu. 2.3 Linguistik Kontekstual Linguistik kontekstual ialah bidang yang menunjukkan linguistik berinteraksi dengan disiplin-displin akademik yang lain. Sementara linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik anatara disiplin mengkaji bagaimana bahasa brinteraksi dengan dunia. Sosiolingistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistik merupakan sains sosial yang mengkaji interaksi-interaksi linguistik dengan masyarakat pada

keseluruhannya. Analisis wacana kritis pula ialah bidang retorik dan falsafah berinteraksi dengan linguistik. Psikolinguistik dan neurolinguistik pula menggabungkan sains perubatan dengan linguistik. Bidang-bidang linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa, linguistik evolusi, linguistik pengiraan, serta sains kognitif. 3.0 STRUKTUR LINGUISTIK 3.1 Fonologi dan Fonetik Bidang fonologi ialah ilmu yang meneliti bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam system bahasa tersebut. Bunyi bahasa disusun mengikut system yang terbahagi kepada dua cabang, iaitu fonetik dan fonemik.
12

Fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia dan memberi lambing kepada bunyi-bunyi tersebut. Hanya bunyi-bunyi yang dihasilkan untuk tujuan pertuturan sahaja yang dikaji. Bidang ini neneliti tiga cabang, iaitu fonetik pendengaran, fonetik akustik dan fonetik artikulasi. Fonetik pendengaran (auditori) mengkaji pendengaran dan persepsi bunyi bahasa. Fonetik akustik pula meneliti sifat fizikal bunyi bahasa (fonetik fizikal) manakala fonetik artikulasi mengkaji fungsi alat artikulasi yang terlibat dalam proses penghasilan sesuatu bunyi bahasa. 3.1.1 Bunyi bahasa Bunyi bahasa ialah bunyi-bunyi yang dihasilkan untuk pertuturan. Dalam pertuturan, manusia berterusan atau berentetan. Bagaimanapun, untuk tujuan kajian bunyi-bunyi tersebut dianggap terpisah atau dipaenggalkan menjadi unit-unit kecil yang dipanggil bunyi penggalan (fon) sepaerti bunyi-bunyi [p], [w] dan [a]. Bunyi-bunyi lain yang tidak bersifat penggalan digolongkan sebagi bunyi-bunyi suprapenggalan termasuk unsure kepanjangan (harakat) yang membezakan maksud perkataan bagi beberapa bahasa di dunia contonya bahasa inggeris, bahasa Arab, mandarin dan sebagainya. Perkataan [sit] vocal i pendek berbeza dengan [si:t] yang memanjangkan bunyi vocal I dan ditandai dengan lambing dua titik [:]. 3.1.2 Fonem Istilah fonem merujuk suatu unit bahasa yang diwujudkan bagi kemudahan huraian system bunyi bahasa secara khusus (fonemik). Bagi tujuan analisis, bunyi-bunyi bahasa yang terhasil dipenggal-penggal, diberi lambing dan dibahagikan kepada golongan fonem atas dasar cirri-ciri fonetiknya. Dua bunyi tergolong dalam dua fonem jika berlawanan makna dalam persekitaran yang sama misalnya [parang] dan [barang] merupakan pasangan yang sama kecuali antara bunyi [p] dan [b]. oleh sebab kahadiran dua bunyi tersebut membawa perbezaan makna, bunyi [p] dan [b] dianggap dua fonem yang berassingan.

13

Penggunaan kurungan perlu difahami, iaitu kurungan jenis [ ] digunakan bagi menggambarkan sesuatu bunyi, misalnya [p] dalam [parang] dan [b] dalam [barang]. Jika telah dapat dapat dipastikan [p] dan [b] mewakili dua fonem yang berasingan, maka jenis kurungan yang digunakan ialah /p/ dan /b/. kurungan / / digunakan untuk menunjukkan status fonem. Seterusnya, fonem yang mempunyai anggota-anggota lain yang cirri fonetiknya sama tetapi berbeza dari segi kahadirannya dalam perkataan. Misalnya, fonem /p/ seringkali terhasil sebagai bunyi letupan yang sempurna letupannya seperti dalam perkataan [pagi] dan [apa], iaitu p pada awal dan tengah perkataan. Sebaliknya, apabila [p] hadir pada akhir perkataan contohnya [atap], bunyi letupan telah tidak disempurnakan. Fonem itu berjenis-jenis. John Lyons (1968), Pater Ladefoged (1975), Gleason (1958) mengatakan bahwa fonem setiap bahasa dapat dibagi atas : a. Fonem segmental adalah fonem yang dapat dianalisis keberadaanya. Fonem

segmental dapat dibagi atas vokal dan konsonan. b. Fonem suprasegmental adalah fonem yang keberadaannya harus bersama-sama

fonem segmental.[3] 3.1.3 Bunyi-bunyi Vokal Bunyi-bunyi vocal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang semasa menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapat sebarang sekatan atau geseran.Ini bermaksud, bunyibunyi vocal mempunyai cirri-ciri yang berikut: i. bersuara ii. iii. udara keluar dari paru-paru berterusan, dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran.

Penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu, iaitu: i. keadaan bibir, iaitu sama ada dihamparkan atau dibundarkan
14

ii.

bahagian lidah yang terlibat, iaitu sama ada bahagian hadapan atau belakang,

iii.

turun naik lidah, iaitu sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, sedikit atau

diturunkan, iv. kedudukan lelangit lembut, iaitu sama ada dinaikkan dan udara dari paru-

paru keluar melalui rongga mulut sahaja (mengeluarkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru -paru keluar dari rongga mulut dan juga rongga hidung (menghasilkan bunyi vokal sengau), dan v. keadaan glotis, iaitu glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru -

paru, pita suara bergetar. Bunyi-bunyi vokal juga merangkumi bunyi separuh vokal, diftong (gabungan bunyi dua vokal [ai], [au], dan [oi]) serta vokal rangkap (vokal yang mewakili suku kata seperti [a/ir] [bu/ih], [ku/ah] dan sebagainya.

3.1.4 Bunyi-bunyi Konsonan Bunyi-bunyi konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa selain bunyi vokal sama ada bersuara atau tidak bersuara yang ketika dihasilkan udara dari paru -paru menerima sekatan atau geseran yang terjadi di dalam rongga mulut, rongga tekak atau rongga hidung. Ciri-ciri bunyi konsonan seperti yang berikut: i. wujudnya konsonan yang bersuara dan tidak bersuara, bergantung pada pita suara sama ada digetarkan atau tidak, ii. iii. arus udara yang keluar dari paru-paru sama ada menerima sekatan atau geseran, ketika menghasilkannya, berlaku sekatan atau geseran di dalam rongga tekak atau rongga mulut akibat sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi, dan iv. kewujudan konsonan sengau dan konsonan tidak sengau bergantung pada keadaan lelangit lembut semasa bunyi itu dihasilkan. Sebagaimana vokal, penghasilan bunyi-bunyi konsonan ditentukan oleh beberapa faktor seperti yang berikut: i. keadaan glotis, iaitu sama ada glotis dirapatkan dan pita suara bergetar ketika arus udara keluar dari paru-paru, menghasilkan bunyi bersuara atau glotis

direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, mengeluarkan bunyi tidak bersuara.
15

Harus diteliti jika glotis dirapatkan dan pita suara tidak bergetar semasa arus udara dari paru-paru melaluinya, bunyi yang terhasil ialah bisikan; ii. keadaan lelangit lembut yang boleh dinaikturunkan. Sekiranya lelangit lembut dinaikkan, bunyi-bunyi konsonan yang dihasilkan bersifat bunyi-bunyi oral. Jika lelangit lembut diturunkan, udara dari paru-paru dapat keluar melalui rongga hidung, menghasilkan bunyi-bunyi sengau (nasal); iii. cara arus udara keluar dari paru-paru yang akan menghasilkan pelbagai kategori bunyi konsonan, iaitu konsonan letupan, letusan, geseran, sengauan,

sisian,getaran, dan separuh vokal; dan iv. sentuhan antara alat artikulasi dan daerah artikulasi yang akan menghasilkan pelbagai bunyi konsonan antaranya konsonan dua bibir, konsonan bibir -gigi, konsonan gigi, konsonan gelungan, konsonan gusi-lelangit keras, konsonan lelangit lembut, dan konsonan anak tekak.

3.2 Morfologi Bidang morfologi ialah ilmu bahasa yang meneliti struktur kata, bentuk kata, dan penggolongan kata. Struktur kata merujuk susunan bentuk bunyi bahasa atau lambang (dalam tulisan) yang menjadi unit menjadi unit bahasa yang bermakna. Dua contoh struktur kata ialah kita dan kekitaan. Bentuk kata pula ialah sesuatu unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal, contohnya rumah, atau yang dihasilkan melalui beberapa proses pembentukan kata seperti proses

pengimbuhan (yang menghasilkan kata terbitan, perumahan), pemajmukan (yang menghasilkan kata majmuk rumah tangga) dan penggandaan (rumah -rumah). Manakala penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan dalam sesuatu bahasa berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan perkataan lain dalam golongan yang sama. Umpamanya, menggolongkan perkataan ke dalam golongan kata nama, kata kerja dan sebagainya.

3.2.1 Bentuk Kata Tatabahasa Dewan telah menentukan empat bentuk kata dalam bahasa Melayu, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda.
16

3.2.3 Kata Tunggal Kata tunggal ialah perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak melalui proses pembentukan kata seperti pengimbuhan, pemajmukan, atau penggandaan. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal satu suku kata (ekasuku) dan kata tunggal yang terdiri daripada dua suku kata atau lebih. Umpamanya, perkataan roh, wang, dan yu merupakan perkataan yang terdiri daripada satu suku kata manakala perkataan ambil, dagu, cahaya, singgahsana, universiti, dan maharajalela terdiri daripada dua hingga enam suku kata. Kata akronim juga termasuk ke dalam bentuk kata tunggal. Akronim bermaksud singkatan yang terbentuk daripada penggabungan huruf awal suku kata misalnya ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) atau gabungan huruf awal dan suku kata pertama daripada satu rangkai kata dan ditulis serta disebut sebagai kata yang wajar seperti tadika (taman didikan kanak-kanak) dan kugiran (kumpulan gitar rancak).

3.2.4.Kata Terbitan Perkataan yang terbentuk melalui proses pengimbuhan (gabungan kata dasar dengan imbuhan) dipanggil kata terbitan. Imbuhan pula terdiri daripada morfem terikat manakala kata dasar ialah morfem bebas. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu: i. awalan, yang hadir sebelum kata dasar, misalnya ber- dalam berlari dan di- dalam dibawa; ii. akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, contohnya kan dalam jadikan dan i dalam ragui; iii. apitan, yang hadir secara pada awal dan akhir sesuatu kata dasar serentak seperti ke- ...-an dalam kekalutan dan di-...-kan dalam disatukan; dan iv. sisipan, yang kedudukannya ditengah-tengah sesuatu kata dasar misalnya eldalam geletar dan in- dalam sinambung.

17

Suatu keunikan bagi bahasa Melayu ialah kewujudan sejumlah besar perkataan dalam bentuk kata terbitan dengan jenis imbuhan yang banyak dan pelbagai yang terdapat dalam kata nama, kata kerja dan kata adjektif.

3.2.5 Kata Majmuk Kata majmuk merupakan perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan perkataan yang terhasil membawa makna tertentu serta bertindak sebagai satu unit yang lazimnya dieja terpisah. Contoh kata majmuk: hijau lumut, campur aduk, dan segi tiga. Kata majmuk terbahagi kepada tiga jenis, iaitu: i. Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas contohnya: bandar raya, bom tangan, dan kuning langsat. Kata gelar juga termasuk dalam jenis ini misalnya: Profesor Madya, Ketua Pengarah, dan Imam Besar; ii. Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus contohnya: deria rasa, pita suara, dan segi empat panjang; iii. Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa umpamanya: anak emas, kaki bangku, dan rabun ayam. Selain jenis di atas, Dewan Bahasa juga telah menetapkan 15 ka ta majmuk yang telah mantap dieja sebagai satu perkataan, iaitu: antarabangsa, sukarela, jawatankuasa, tanggungjawab, olahraga, setiausaha, bumiputera, tandatangan, kerjasama, pesuruhjaya, beritahu, suruhanjaya, kakitangan, warganegara, dan matahari.

3.2.6 Kata Ganda Perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasar dinamakan kata ganda. Terdapat tiga bentuk kata ganda, iaitu kata ganda penuh, kata ganda separa, dan kata ganda berentak. Keterangan bagi kata-kata ganda tersebut adalah seperti yang berikut: i. kata ganda penuh, iaitu kata ganda yang mengalami ulangan secara keseluruhan. Kata ganda ini boleh terdiri daripada kata dasar yang diulang sepenuhnya seperti rumah-rumah, baju-baju, dan sekolah-sekolah
18

atau

terbina

daripada

kata

berimbuhan

yang

berulang

misalnya,

pelari-pelari,

jabatan-jabatan,

dan

kementerian-kementerian; ii. kata ganda separa, iaitu kata ganda yang terbentuk melalui penggandaan sebahagian kata dasar sahaja. Kata ganda ini terbina daripada kata dasar tunggal yang diulang suku kata pertamanya sahaja disertai pelemahan vokal [a] menjadi vokal e pepet [ ] seperti sesiku, lelangit, dan jejari. Selain itu, kata ganda separa juga terbentuk daripada kata berimbuhan yang digandakan kata dasarnya sahaja dan hanya melibatkan kata kerja dan kata adjektif. Bentuk gandaan boleh terletak di belakang kata dasar (berjaga-jaga, tercari-cari, dan sebaik-baik) atau di hadapannya (beri-memberi, puji-memuji, dan tolong-menolong); iii. kata ganda berentak, iaitu kata ganda yang mengalami pengulan gan

kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Pertama, kata ganda berentak pengulangan vokal (sayur-mayur, saki-baki, dan calar-balar). Kedua, kata ganda berentak pengulangan konsonan (kayu-kayan, mundar-mandir, dan tanahtanih). Ketiga, kata ganda berentak bebas (lintang-pukang, kusut-masai, dan rempah-ratus).

3.3 Sintaksis Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Bidang ini juga mengkaji hukum (rumus) tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan bagi

membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Antara subbidang sintaksis yang dimuatkan di sini ialah pola ayat dasar, jenis frasa, susunan ayat, ragam ayat, jenis ayat, dan bentuk ayat.

3.3.1 Pola Ayat Dasar Pola ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Bagi bahasa Melayu, terdapat empat pola ayat dasar, iaitu:

Pola

Subjek
19

Predikat

Pola 1

Frasa Nama Lelaki itu

Frasa Nama pelajar universiti.. Frasa Kerja telah dicuci Frasa Adjektif amat sibuk Frasa Sendi di dalam bakul

Pola 2

Frasa Nama Kereta di hadapan rumah itu

Pola 3

Frasa Nama Plaza Tol Sungai Besi

Pola 4

Frasa Nama Buah jambu itu

3.3.2 Susunan Ayat Susunan ayat pula merujuk dua bentuk susunan subjek dan predikat sama ada susunan biasa atau susunan songsang.

Susunan biasa bermaksud susunan yang subjek ayat mendahului predikatnya. Contohnya: i. ii. iii. Kejadian itu sungguh menyentuh perasaan saya. Pengajaran guru baharu menarik. Sistem saliran di bandar itu tidak diselenggara.

Susunan songsang pula merujuk susunan ayat yang predikatnya dikehadapankan mendahalui subjek. Contohnya: i. ii. iii. Sungguh menyentuh perasaan saya kejadian itu. Menarik pengajaran guru baharu. Tidak diselenggara sistem saliran di bandar itu.

3.3.3 Ragam ayat Ragam ayat bahasa Melayu terbahagi kepada dua, iaitu ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.
20

Contohnya: i. ii. Para pelajar sedang mengikuti kuliah. (aktif transitif) Mereka sedang berbincang tentang masalah itu. (aktif tak transitif)

Ayat pasif pula terbina daripada ayat aktif transitif dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya: i. ii. Kuliah sedang diikuti oleh para pelajar. (ayat pasif dengan kata kerja pasif) Jurnal itu akan saya beli sekarang juga. (ayat pasif dengan ganti nama diri orang pertama)

Jenis Ayat Jenis ayat dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan.

Ayat Penyata Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan mengatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan. Contohnya: i. ii. iii. iv. Bapa mentuanya pegawai tentera. Ahmad belum pernah ke Kuala Lumpur. Bentuk kereta itu sungguh menarik. Kini dia menjadi usahawan besar.

Ayat Tanya Ayat tanya ialah ayat yang digunakan dengan tujuan menanyakan sesuatu hal. Ayat tanya tergolong kepada dua jenis, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya contohnya: Dia telah pergi mengajar?
21

Jenis yang kedua ialah ayat tanya dengan kata tanya seperti: Kakaknya seorang pensyarahkah?

Ayat Perintah Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, engkau, kamu, dan sebagainya yang boleh digugurkan dalam ayat. Terdapat empat jenis ayat perintah, iaitu: i. Ayat Suruhan Contoh: Pergi ke sekolah sekarang juga. ii. Ayat Larangan Contoh: Jangan bertindak melulu. iii. Ayat Silaan Contoh: Jemput makan nasi dagang ini. iv. Ayat Permintaan Contoh: Minta perhatian tuan-tuan sebentar.

Ayat Seruan Ayat seruan pula ialah ayat yang diujarkan dengan membawa nada dan intonasi untuk melahirkan suatu keadaan perasaan umpamanya takut, marah, sakit, dan sebagainya dengan diikuti tanda seru (!) yang lazimnya terletak pada akhir ayat. Kata seru yang sering digunakan pula ialah oh, amboi, wah, eh, aduh, dan syabas. Contohnya: i. ii. iii. Oh, ibuku! Wah, cantiknya bunga itu! Syabas, anda telah lulus ujian ini!

Selain perkara yang telah dibincangkan di atas, sintaksis juga menyentuh bentuk ayat yang terdiri daripada bentuk tunggal (satu subjek satu predikat) da n ayat majmuk.

22

3.4 Semantik Istilah semantik berasal daripada bahasa Yunani sema yang bermakna tanda atau lambang. Semantik ialah bidang linguistik yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa yang berkaitan dengan bahasa sebagai alat komunikasi lisan. Ilmu semantik menyentuh tentang pengertian makna, hubungan antara konsep dengan makna, jenis-jenis makna, perubahan makna, perkaitan makna, dan peribahasa.

3.4.1 Pengertian Makna Ferdinand de Sassure menyatakan setiap tanda linguistik terdiri daripada dua unsur, iaitu yang diertikan dan yang mengertikan. Unsur yang diertikan ialah konsep atau makna sesuatu tanda atau lambang manakala unsur yang mengertikan ialah bunyibunyi bahasa yang terbentuk daripada fonem-fonem bahasa yang berkenaan. Dengan perkataan lain, setiap tanda linguistik terdiri daripada unsur bunyi dan unsur makna. Kedua-dua unsur ini merupakan unsur intrabahasa (dalam bahasa) yang lazimnya merujuk sesuatu referen yang bersifat ekstrabahasa. Dalam suatu keadaan, tanda linguistik yang dieja ialah <meja>. Tanda ini terdiri daripada unsur makna atau yang diertikan meja dan unsur bunyi atau yang mengertikan melalui kewujudan fonem [m,e,j,a]. Tanda <meja> ini pula merujuk suatu referen yang berada di luar bahasa (ekstrabahasa), iaitu sebuah meja, salah satu perabot di rumah. Perkataan <meja> ialah hal yang menandai manakala sebuah meja yang merupakan perabot itu ialah hal yang ditandai.

3.4.2 Hubungan antara Konsep dengan Makna Bahasa terdiri daripada sistem lambang. Sesebuah perkataan atau leksem merupakan lambang. Dalam ilmu semantik, sering dibincangkan hubungan antara perkataan dengan konsep atau makna perkataan tersebut serta benda atau hal yang dirujuk oleh makna itu. Hubungan antara ketiga-tiga unsur inilah yang dipanggil hubungan referensial dan lazimnya digambarkan melalui bentuk segi tiga semantik yang berikut:

23

(b) konsep/makna [referen]

--------------------------------------------------------------------(a) perkataan/leksem (c) sesuatu yang dirujuk [referen]

Berdasarkan rajah di atas, perkataan atau leksem melambangkan konsep atau makna, sedangkan konsep atau makna merujuk sesuatu, iaitu referen. Sesebuah perkataan atau leksem mempunyai makna atau konsep. Makna atau konsep bersifat umum sedangkan sesuatu yang dirujuk yang berada di luar dunia bahasa bersifat khusus. Contohnya, perkataan meja mempunyai konsep meja p ada umumnya manakala dalam dunia nyata, meja yang dirujuk bersifat khusus, iaitu alat perabot yang lazimnya berkaki empat. Hubungan antara perkataan meja sebagai lambang dengan makna atau konsepnya bersifat langsung. Hubungan antara makna itu dengan meja tertentu di dunia nyata juga bersifat langsung. Sebaliknya, hubungan antara perkataan meja (lambang) dengan sebuah meja di dunia nyata tidak bersifat langsung. Maka, dalam rajah di atas, hubungan antara perkataan dengan referennya ditandai dengan garis terputus-putus.

3.4.3 Jenis-jenis Makna Jenis makna dapat dibezakan oleh beberapa kriteria dan sudut pandangan. Berdasarkan jenis semantiknya dapat dibezakan antara makna leksikal dengan makna gramatikal. Wujud atau tidaknya referens pada sesuatu perkataan/leksem dapat dibezakan dari segi adanya makna referensial dan makna nonreferensial. Selain itu, wujud atau tidaknya nilai rasa pada sesebuah perkataan/leksem dapat dibezakan dengan adanya makna denotatif dan makna konotatif. Makna leksikal ialah makna yang bersifat leksikon yang sesuai dengan referensnya. Makna yang sesuai dengan pemerhatian alat deria kita atau makna yang nyata. Contohnya, makna leksikal buaya ialah sejenis binatang buas yang tinggal di

24

dalam air tetapi boleh juga naik ke darat seperti dalam ayat (i) di bawah. Manakala ayat (ii) menunjukkan makna gramatikal bagi kata buaya. i. ii. Buaya di sungai itu telah ditangkap. (makna leksikal)

Jangan tertipu dengan kata-kata manisnya kerana dia itu buaya. (makna gramatikal) Seterusnya, jenis makna juga meliputi makna denotatif dan konotatif. Makna denotatif ialah makna sebenar (referensial) sesuatu perkataan misalnya wanita dan perempuan mempunyai makna denotatif yang sama, iaitu manusia dewasa bukan lelaki. Namun, makna konotatif pula ada kaitan dengan nilai rasa sama ada positif atau negatif. Walaupun perkataan wanita dan perempuan mempunyai makna denotatif yang sama tetapi nilai rasanya berbeza. Perkataan wanita mempunyai nilai rasa yang lebih tinggi berbanding perempuan.

3.4.3 Perubahan Makna Pada suatu ketika ada perkataan yang tidak berubah makna (sinkronis) tetapi dalam perkembangan lanjut perkataan tersebut berubah maknanya. Contohnya, kata khalwat yang dipinjam daripada bahasa Arab mulanya membawa makna bersunyi-sunyi seorang diri bagi mendapatkan ketenangan jiwa, bertafakur dan sebagainya. Namun, kini kata khalwat berubah makna kepada bersunyi-sunyi secara berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dan tiada ikatan pernikahan. Terdapat pelbagai jenis perubahan makna, antaranya perubahan makna meluas, perubahan makna menyempit, perubahan makna secara keseluruhan, dan

penghalusan serta pengasaran. Perubahan makna secara meluas bermaksud sesuatu perkataan/leksem yang asalnya mempunyai satu makna berubah kepada beberapa makna disebabkan faktor tertentu. Perkataan saudara umpamanya, bermaksud individu yang satu ayah satu ibu. Namun, maksudnya kemudian meluas menjadi individu-individu yang mempunyai hubungan kekeluargaan, dan selanjutnya menjadi bentuk panggilan ganti nama diri orang kedua, khususnya lelaki. Berlawanan dengan hal ini, perubahan makna menyempit pula merujuk perkataan yang awalnya mempunyai banyak makna kemudiannya menjadi terbatas. Contohnya, kata sarjana awalnya bermaksud orang

25

bijak pandai. Kemudian sarjana telah disempitkan maknanya menjadi orang yang telah lulus ijazah universiti sama ada Sarjana Muda (ijazah pertama) dan Sarjana (masters).

3.5 Pragmatik

Pragmatik ialah kajian yang meneliti bagaimana ujaran mendapat maknanya apabila digunakan dalam keadaan tertentu (komunikasi). Kita tidak dapat memahami hakikat sifat bahasa itu sendiri jika kita tidak memahami pragmatik, iaitu bagaimana bahasa digunakan dalam komunikasi. Bidang ini dicetuskan oleh Ross dan Lakoff (sekitar akhir 1960-an) yang menghujahkan bahawa sintaksis tidak boleh secara sahih dipisahkan daripada kajian yang meneliti cara bahasa digunakan sejajar dengan perkembangan linguistik daripada penelitian data pertuturan fizikal hinggalah kepada menelitian bentuk, makna dan konteks (Leech, 1993, hlm. 2). Bidang pragmatik moden adalah pengaruh daripada ahli falsafah terutama Austin (1962), Searle (1969), dan Grice (1975). Secara amalan, masalah perbezaan bahasa (language) daripada penggunaan bahasa (parole) berkisar pada perbahasan dalam menentukan batasan antara semantik dan pragmatik. Kedua-dua bidang ini mengkaji makna tetapi semantik menganggap makna sebagai pertalian dua segi misalnya dalam ayat, Apakah maksud X? manakala pragmatik menganggap makna sebagai pertalian tiga segi yang melibatkan keadaan penutur atau pendengar misalnya dalam ayat, Apakah yang anda maksudkan dengan X?. Semantik (bentuk logik) sesuatu ayat berbeza daripada tafsiran pragmatiknya. Semantik bersifat peka-rumus (tatabahasa) yang bersifat lazim tetapi pragmatik umum bersifat peka-prinsip (retorik) yang bersifat tidak lazim, iaitu terdorong oleh matlamat perbualan. Pragmatik harus dikaji dengan berlandaskan Prinsip-prinsip Perbualan seperti yang dinyatakan oleh H.P Grice dalam Prinsip Kerjasamanya (Leech, 1993, hlm. 9). Prinsip Kerjasama (PK) dapat diringkaskan seperti yang berikut. i. Kuantiti: Berikan maklumat yang secukupnya, iaitu a. pastikan sumbangan maklumat anda secukup yang diperlukan; dan b. jangan jadikan sumbangan anda terlebih maklumat daripada yang diperlukan. ii. Kualiti: Cuba pastikan sumbangan anda sumbangan yang benar, iaitu
26

a. jangan katakan sesuatu yang anda percaya tidak benar; dan b. jangan katakan sesuatu yang baginya anda tidak ada dalil yang cukup. iii. Pertalian: Harus relevan. iv. Cara: Harus jelas, iaitu a. hindarkan ungkapan yang samar; b. hindarkan ketaksaan; c. ungkapan singkat (jangan berbelit-belit); dan d. harus tertib.

3.6 Analisis Wacana

Semua ahli bahasa berpendapat wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana boleh terdiri daripada yat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, siri buku dan lainlain lagi. terdapat juga ahli bahasa yang berpendapat wacana sebagai satuan bahasa terlengkap dalam hierarki tatabahasa yang tertinggi. Menurut Beaugrande dan Dressler(1981) terdapat tujuh ciri ketekstualan iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumta, keadaan, dan interteks.

3.6.1 Tautan Tautan atau kohesi ialah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur yang lain dalam sesbuah wacana untuk menghasilkan wacana yang mantap. Contoh ayat: 1.Muhammad, Fatimah dan Azian ke perpustakaan 2. Mereka ke sana untuk meminjam buku.

3.6.2 Runtutan Runtutan merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan sesebuah teks itu bermakna. Contoh teks: Penyakit sindrom kurang daya tahan atau AIDS bukanlah gejala yang baharu. Penyakit ini telah lama dikesan di beberapa buah negara di Eropah
27

Contoh di atas jelas menunjukkan kesinambungan idea melalui perkataan AIDS,gejala dan penyakit.

3.6.3 Tujuan Sesuatu wacana perlu mempunyai tujuan untuk menimbulkan interaksi yang komunikatif. Tujuan ini akan menentukan jenis wacana yang digunakan. Jika tujuan seseorang adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat yang sering digunakan ialah ayat tanya.

3.6.4 Penerimaan Sesuatu wacana, sama ada lisan atau tulisan, perlu mempunyai pendengar atau pembaca. Pendengar dan pembaca merupakan penerima sesuatu wacana.

3.6.5 Maklumat Setiap wacana perlu mempunyai maklumat. Maklumat yang terdapat dalm sesebuah wacana boleh dibahagikan keada dua, iaitu maklumat lama dan maklumat baharu Contoh ayat: Muhammad memandu van. Van itu kepunyaan Hassan.

Van itu merupakan maklumat lama kerana telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya, manakala kepunyaan Hassan merupakan maklumat baharu.

3.6.6 Keadaan Keadaan ialah berkaitan dengan faktor untuk menjadikan sesuatu wacana itu relevan dengan situasi ujaran. Sesuatu wacana yang diujarkan perlulah sesuai dengan keadaan.

3.6.7 Interteks Interteks bermaksud sesuatu wacana itu bergantung kepada wacana yang lain. ini bererti wacana-wacana lain juga memainkan peranan penting untuk membantu
28

seseorang memahami sesuatu wacana yang sedang dibaca atau didengarinya dengan mudah.

3.6.8 Penanda wacana Penanda wacana dalam bahasa Melayu terdiri daripada: Penanda leksikal Penanda rujukan Penanda penghubung Penanda penggantian Penanda pengguguran

1. Penanda Leksikal Pengulangan yang sama Contoh ayat: Ibu amat menyayangi Abu. Kami juga amat menyayanginya Dalam ayat di atas, berlaku pengulangan secara penuh bagi perkataan menyayangi.

Pengulangan sinonim Contoh ayat: Suatu ketika dahulu wanita itu amat dikaguminya. Tetapi kini,wanita itu dianggapnya sebagai perempuan murahan.

Pengulangan hiponim Contoh ayat: Malaysia telah menimport pelbagai jenis kereta dari luar negara. Antaranya Honda, Nissan, dan Volvo. Berdasarkan contoh di atas, kereta merupakan superordinat, manakala Honda, Nissan dan Volvo merupakan hiponim.

29

Pengulangan Kolokasi Contoh ayat; Keluarga Encik Rahman baru berpindah rumah. Mereka membeli katil, meja dan kerusi baharu. Berdasarkan ayat di atas perkataan katil, meja dan kerusi dikatakan sebagai perkataan yang berkolokasi kerana perkataan-perkataan ini mempunyai lingkungan yang sama iaitu perabot. Penanda Rujukan Contoh ayat: Aku, Sani, dan Udin akan ke Kuala Lumpur. Kami bertolak pada pukul empat petang. Perkataan Kami merupakan kata ganti nama diri bagi aku, Sani, dan Udin.

Penanda Penghubung Contoh ayat: Dia sering diberikan tugasan di luar bandar malahan, dia juga berpeluang melawat negara-negara luar. Malahan dalam ayat di atas ialah penanda penghubung.

Penanda Penghubung Musabab Contoh ayat: Dia kesuntukan masa. Oleh sebab itu, dia....... Oleh sebab itu dalam ayat di atas ialah penanda penghubung sebab.

Penanda Penggantian Contoh Ayat: Saya sengaja tidak mahu menebang pokok durian itu. nanti baru saya lakukan. Perkataan lakukan merupakan penggantian klausa.

Penanda Pengguguran Contoh ayat:


30

Pemuda itu kelihatan resah. Tidak tahu arah mana yang harus ditujunya. Perkataan pemuda itu dalam ayat di atas ialah penanda pengguguran.

31

4.0 STILISTIK

4.1 Prinsip (ciri) stilistik dan bagaimana stilistik itu mempengaruhi kehidupan masyarakat. Menurut Abdullah Hassan (1990) stilistik adalah fokus dan penekanan terhadap aspek kebahasaan.Ia juga merupakan ilmu tentang stail atau gaya yang dihubungkan dengan pemakaian atau penggunaan bahasa yang merupakan wahana pengucapan dalam bidang kesusasteraan. Oleh yang demikian gaya berbahasa individu seseorang penulis adalah gambaran atau latar belakang sesebuah masyarakat yang melahirkannya. Contohnya, Azizi Hj. Abdullah ialah seorang penulias yang lahir di Kedah lebih banyak menceritakan keadaan dan ransangan yang berlaku di

persekitarannya.Selalunya karyanya adalah pengalaman yang dirasai dan dilalui oleh beliau sendiri. Penggunaan bahasa karyanya dipengaruhi oleh dialek daerah yang dikuasainya. Stail beliau menulis menggambarkan peribadinya sebagai seorang individu yang kreatifdan guru agama yang berpengetahuan tinggi.Penerapan dan jalur gagasan yang sering diperinci dan diutarakannya menampakkan taraf pengetahuan dan latarbelakang pendidikan agama yang dimilikinya.Beliau dapat meneliti dan memerhati setiap gerakbalas yang berlaku di depan mata dan di sebalik pandangan mata kasar dengan penggunaan perbendaharaan katanya yang banyak dan pelbagai. Ternyata kebolehan dan bakat beliau dalam berkreatif dapat menarik minat masyarakat membaca karyanya.Penulisannya yang menggunakan gaya bahasa yang agak kasar dikatakan berasal dari cerminan gaya pertuturan hariannya yang sedemikian. Buku-bukunya laris dijual dan beliau memperolehi banyak anugerah sastera hasil penulisan kreatifnya. Sehingga kini masih terdapat seminar-seminar yang dirancang khas buat penulis ini yang menumpukan gaya bahasa dan stail penulisannya yang

32

tersendiri.

Contohnya

yang

terkini,

UPSI

mengadakan

majlis

khusus

untuk

membincangkan penulisannya. Gaya penulisannya seperti dalam Tuk cai seperti menggambarkan

pemberontakan seorang tua tetapi disampaikan oleh Azizi berdasarkan gaya pertuturan peribadi pengarang sendiri. Mungkin jika cerita yang sama tetapi ditulis oleh penulis lain, berlainan pula tindak balas pembaca terhadap bacaan tersebut. Stail Azizi, gemar mengarang menggunakan pendekatan psiko. pendekatan berbeza pula. Jadi stail atau gaya seseorang penulis seperti Azizi banyak mempengaruhi khalayak pembaca sebagai ahli masyarakat. Maka penulis-penulis lainnya adalah juga berpengaruh menggunakan stilistik masing-masing untuk menerapkan pemikiran, hasrat, malahan luahan perasaannya kepada masyarakat. Ia termasuklah perubahan dalam pemikiran, stail berbahasa, perubahan tingkahlaku yang lebih baik atau sebalikya ,dapat menambah ilmu agama, meningkatkan timbunan perbendaharaan kata, mengetahui kehidupan masyarakat di tempat lain, menerima dialek setempat pengarang untuk diasimilasikan dalam kehidupan, dapat menilai semula diri pembaca dan sebagainya. Harus diingat, stilistik berbeda pengarang yang dapat menarik minat pembaca juga amat berpengaruh sebagai agen perubahan masyarakat contoh Pak Sako dengan cerita Putera GunungTahan mendorong rakyat berjuang menentang penjajah melalui sindiran yang tersirat. Gambaran beliau menggalakkan masyarakat agar tidak mengagung-agungkan penjajah melalui kelakuan-kelakuan tidak senonoh orang putih di dalam penulisannya. Begitu juga, Usman Awang sebagai penulis yang dapat menarik masyarakat agar menghargai jasa-jasa seorang guru melalui sajaknya yang sungguh puitis dan gramatis. Penulis-penulis novel cinta yang terkini juga dapat menarik minat masyarakat pembaca merenung diri dan masyarakat agar dapat berubah dan mencontohi watakwatak baik novel mereka. Manakala penulis lain mempunyai

33

Sungguhpun tiada kayu pengukur yang spesifik yang menunjukkan stilistik dapat mengubah masyarakat terutamanya dari sudut pemikiran dan tingkahlaku, namun telah terbukti penulis-penulis yang dikhuatiri dapat dan telah mempengaruh kotak fikiran masyarakat telah ditahan oleh penjajah di penjara atau diganggu kehidupan harian mereka. Contohnya di Malaysia ialah Mahathir Mohamad dengan Malay Delima, Pak Sako dengan Putera GunungTahan dan Subky Latif dengan rencananya.Malah seorang ketua pengarang Utusan Malaysia telah membuktikan penahanannya selama dua puluh tahun di sebuah kediaman terhad di Singapura adalah hasil stilistik, iaitu gaya atau stail penulisannya sangat mempengaruhi dan menyemarakkan semangat perjuangan kedalam diri masyarakat. Prinsip stilistik yang pertama adalah menganggap dan mengiktiraf bahasa sebagai punca kegiatan berkreatif dengan merujuk kepada kemampuan berbahasa sebagai satu anugerah dan bakat Seseorang penulis. Manakala analisis karya sastera merupakan suatu huraian tentang bakat dan kebolehan mengarang seseorang

pengarang. Namun begitu, analisis itu tidak sahaja dalam lingkungan pengaplikasian bahasa tetapi menjangkaui kepersisan bakat berbahasa penulisnya. Prinsip stilistik yang kedua pula membincangkan aspek tema seperti yang sering dibicarakan dengan menggunakan pendekatan struktural. Namun, penelitian

menggunakan pendekatan ini merujuk kepada aspek bahasa yang melibatkan ayat-ayat yang membina keseluruhan karya. Pentafsiran makna ayat melibatkan makna mudah difahami, mudah dimengerti, banyak maksuddan mempunyai makna simbolik. Ketiga, penggunaan pendekatan stilistik berhasil memperlihatkan gaya

kepribadian seorang penulis.

Murry J.M. (1976:7), kedudukan stilistik sebagai

penelitian sesuatu gaya istimewa dalam eksposisi dan pembentukan satu penyusunan diksi serta struktur kalimat yang mencerminkan keperibadian atau idiosinkrasi penulisnya .Penulis pula mempunyai cara tersendiri. Perbezaan ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya pengalaman, pendidikan, sikap dan keperibadian penulis. Keempat, melalui pendekatan stilistik huraian terhadap pemilihan diksi, pembentukan perkataan dan ayat dapat dilakukan. Dalam sesebuah karya sastera yang
34

pelbagai genre itu terdapat pelbagai jenis dan kategori perkataan dan ayat yang digunakan. Pengetahuan dan ilmu yang bersangkutan dengan aspek kemasyarakatan iaitu bidang sosiolinguistik dan dialektologi perlu dikuasai oleh pengkaji atau peneliti. Kelima, pendekatan stilistik membantu mereka memahami makna perkataan yang sukar serta ayat yang kompleks yang digunakan oleh pengarang. Pengaplikasian kata dan diksi dari bahasa daerah atau tempatan dapat memperkayakan

perbendaharaan kata di samping merupakan satu gaya atau stail bagi seseorang penulis. Keenam, pendekatan stilistik juga menekankan penelitian tentang penghasilan sesebuah karya. Semasa berkarya, seseorang penulis didorong oleh pelbagai keadaan dan ransangan yang berlaku di sekelilingnya. menggunakan pendekatan stilistik Penelitian yang dilakukan dengan

ini akan menemukan gagasan bahawa terdapat

unsur-unsur bahasa yang mendorong seseorang itu berkreatif. Ketujuh, pendekatan stilistik selain digunakan untuk menganalisis proses penghasilan sesebuah karya, juga digunakan untuk menghuraikan penerimaan dan penghargaan pembaca atau khalayak terhadap sesebuah karya. Oleh itu aspek bahasa dapat menjelaskan kesan penggunaan sesuatu bahasa sama ada dapat difahami, menimbulkan keseronokan atau member kecelaruan atau kekaburan tanggapan kesan daripada penggunaan penanda dan petanda bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan pemikiran, mesej atau idealisme pengarang.

35

Anda mungkin juga menyukai