Anda di halaman 1dari 37

LMF 3012

KONSEP
BAHASA

www.company.com
PENGENALAN
• Manusia tidak dilahirkan dengan kebolehan
bertutur dan memahami bahasa tetapi manusia
harus mempelajari untuk menguasainya.

• Kebolehan bertutur adalah satu keanehan,


berbeza dengan berjalan, manusia bertutur
dipengaruhi oleh masyarakat yang berada di
sekelilingnya.

www.company.com
PENGENALAN
 Istilah bahasa dalam BM, sama dengan taal (Belanda),
langue (Perancis), language (Inggeris), sprache
(Jerman), kokugo(Jepun),lughatun (Arab), bhasa
(Sanskrit).
• Melalui bahasa, kita dapat:
• * berkomunikasi
• * meluahkan perasaan
• * menyampaikan ilmu
• * mengungkapkan keindahan dalam pelbagai
wahana
• * mewariskan ilmu, budaya, peradaban dan agama

www.company.com
APA ITU BAHASA?

• Pertuturan?
• Bahasa badan?
• Bahasa isyarat?
• Alat komunikasi?

www.company.com
DEFINISI BAHASA

• Apa yang anda faham tentang bahasa?

• Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat bahasa


ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai
sebagai alat perhubungan dalam lingkungan
satu kelompok manusia (antara individu dengan
individu yang lain).

www.company.com
KAMUS BESAR BAHASA MELAYU
UTUSAN
• Dialek, loghat
• Bicara, ujaran, omong.
• Adab, tatatertib, sopan santun, tingkah
laku yang baik.
• Pertuturan yang baik.

www.company.com
BLOCH & TRAGER ( OUTLINE TO
LINGUISTIC ANALYSIS)
• Bahasa ialah suatu sistem lambang-lambang
pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh
anggota-anggota masyarakat untuk berhubung.

• Ciri-ciri umum bahasa menurut Trager:


• Bahasa terdiri daripada bunyi-bunyi
• Mempunyai sistem
• Mempunyai erti
• Bahasa adalah arbitrari

www.company.com
EDWARD SAPIR (AN INTRODUCTION
TO THE STUDY SPEECH)

• Bahasa ialah alat yang digunakan oleh manusia


untuk menyampaikan buah fikiran, perasaan,
dan hasrat dengan menggunakan suatu sistem
simbol-simbol yang dihasilkan secara arbitrari.

www.company.com
KESIMPULAN DEFINISI BAHASA

• Bahasa ialah satu sistem simbol bunyi ucapan yang


arbitrari, dan melaluinyalah manusia berkomunikasi.

• Bahasa diwujudkan oleh dua komponen utama, iaitu:

> bunyi ucapan.


> satuan pengalaman yang mencakup cita,
rasa, dan makna.

www.company.com
CIRI-CIRI BAHASA
• Bahasa ialah satu sistem
• Bahasa ialah satu sistem simbol
• Bahasa ialah simbol bunyi
• Bahasa ialah arbitrari
• Bahasa ialah alat komunikasi
• Bahasa itu konvensional
• Bahasa itu produktif
• Bahasa itu unik
• Bahasa itu sejagat
• Bahasa itu dinamis
• Bahasa itu fitrah
• Bahasa itu insani

www.company.com
• Peranan bahasa ?
Cuba anda fikirkan....

www.company.com
FUNGSI UMUM BAHASA

Memperoleh dan berkongsi


maklumat
Menceriakan suasana

FUNGSI Meluahkan emosi

UMUM Menyampaikan maksud


tersurat dan tersirat
BAHASA
Membentuk imej dan jati diri

Merapat atau menjarakkan


hubungan

www.company.com
Memperoleh dan berkongsi
maklumat

• Bahasa penting untuk proses pertukaran maklumat.


Ia membolehkan seseorang menginterpretasi situasi
yang berlaku dalam alam sekeliling.
• Melalui bahasa juga, maklumat boleh diperolehi
dengan menerang, menggambar,menyata dan
menunjukkkan maklumat yang telah di dapati dan
menyampaikannya kepada seseorang yang lain.
Perkongsian maklumat menerusi bahasa amat
penting.
• Bahasa yang difahami akan membantu komunikasi
yang berkesan.
www.company.com
Menceriakan suasana

• Dalam situasi yang tegang, bahasa


digunakan untuk menceriakan suasana
melalui aktiviti berbual-bual, menulis surat,
bercakap atau bertutur.

• Dengan berinteraksi kita mampu mengubah


situasi di samping meningkatkan keyakinan
diri.

www.company.com
Meluahkan emosi
• Bahasa digunakan untuk meluahkan
perasaan dan isi hati.
• Seseorang yang mengalami tekanan boleh
meluahkan perasaan dengan berkongsi
masalahdengan orang lain, berdoa, menulis
atau bercerita untuk mengurangkan tekanan.

www.company.com
Menyampaikam maksud tersurat
dan tersirat
• Apa yang tersimpan di lubuk hati dapat
disampaikan dengan jelas dalam bahasa yang
terang (maksud tersurat) atau menggunakan
bahasa kiasan ( maksud tersirat).
• Contoh:
• Dia ni kepala batu.
• Dengar kata bunga ditaman pak cik telah
dipetik orang.

www.company.com
Menyampaikam maksud tersurat
dan tersirat
• Penggunaan paralinguistik ,maksud sebenar
sesuatu ayat dapat disembunyikan.
• Penggunaan bahasa sedemikain selalunya
mempunyai tujuan tertentu seperti mengelakkan
daripada menyinggung perasaan mana-mana
pihak yang sedang berkomunikasi.

www.company.com
Membentuk imej dan identiti diri

• Kesopanan bahasa mencerminkan jati diri


seseorang. Bak kata pepatah Melayu, “bahasa
menunjukkan bangsa,”.
• Kita boleh mengenali identiti seseorang hanya
dengan ,elihat cara dia berkomunikasi dan
menggunakan bahasa.

www.company.com
Merapat atau menjarakkan
hubungan
• Jika kita menyenangi seseorang, kita akan
menelefon dia untuk bertanya khabar atau
menghantar e-mel atau bertujuan mengeratkan
hubungan dan berinteraksi antara satu sama
lain.
• Dalam keadaan yang lain pula, sekiranya
seseorang itu tidak disenangi atau dibenci
kerana perlakuannya pasti seseorang itu akan
cuba mengelak untuk bercakap dengannya.

www.company.com
FUNGSI UMUM BAHASA
• Mengikut Haliday dalam bukunya Explorations in the
Functions of Language (1973) mengemukakan tujuh (7)
fungsi bahasa.

• Fungsi instrumental (the instrumental function)


• Fungsi regulasi (the regulatory function);
• Fungsi pemerian (the representational function)
• Fungsi interaksi (the interactional function)
• Fungsi perorangan (the personalfunction)
• Fungsi heuristik (the heuristic function)
• Fungsi imajinatif (the imaginative function)

www.company.com
FUNGSI INSTRUMENTAL
• Manusia menggunakan bahasa untuk
menyempurnakan sesuatu kehendak sama ada
dengan cara memujuk, merayu, memerintah,
melarang, meminta dll.
• Contohnya:
• Cepat pergi!
• Sampaikan salam hormat saya kepada beliau!
• Silakan Anda berangkat sekarang!

www.company.com
FUNGSI PEMERIAN
• Dalam hal ini bahasa berfungsi untuk membuat
pernyataan, menyampaikan maklumat,
memberi pengetahuan, menjelaskan atau
melaporkan sesuatu kejadian :
• Contoh:
• Gula manis.
• Dewan Besar UniSZA sedang dibaiki,
• Jalan ke Kampus Gong Badak berlekok-lekok.

www.company.com
FUNGSI REGULASI
• Dalam hal ini bahasa berfungsi sebagai
pengawas, pengendali, atau pengatur peristiwa;
atau berfungsi untuk mengendalikan serta
mengatur orang lain.
• Contohnya:
• Kalau anda tekun belajar ,anda akan lulus
dengan baik.
• Kalau kamu mencuri maka kamu pasti dihukum.
• Sekali kamu berbohong , kamu akan isisih oleh
kawan-kawan.

www.company.com
FUNGSI PERIBADI
• Fungsi ini memberi kesempatan kepada pembicara
untuk mengekspresikan perasaan dan emosi
mereka.
• Dalam hal ini bahasa yang digunakan untuk
berkomunikasi biasanya menunjukkan kepribadian
seseorang.
• Daripada bahasa yang digunakan kita dapat
mengentahui apakah dia sedang marah, jengkel,
sedih, gembira, cemburu, geram dan sebagainya.

www.company.com
FUNGSI INTERAKSI
• Bahasa memainkan peranan bagi menentukan
agar hubungan antara manusia dapat terus
berlangsung ataupun dipertahankan.
• Bahasa sebagai alat tegur sapa untuk
mengeratkan silaturrahim.
• Pengentahuan tentang budaya, slanga, dialek
dll penting bagi penyapa dan
orang yang disapa.

www.company.com
FUNGSI HEURISTIK
• Fungsi ini digunakan untuk mencari ilmu
pengentahuan atau maklumat.
• fungsi ini sering disampaikan dalam bentuk
pertanyaan-pertanyaan yang menuntut jawapan.
Secara khusus, kanak-kanak sering
memanfaatkan penggunaan fungsi heuristik ini
dengan berbagai –bagai pertanyaan "apa”,
"mengapa”, dan “bagaimana” yang tidak putus-
putusnya mengenai dunia sekeliling atau alam
sekitar mereka. Misalnya:
• Mengapa di dunia ini ada matahari?
• Mengapa matahari bersinar? www.company.com
FUNGSI KHAYALAN

• Fungsi ini biasanya digunakan untuk


mengisahkan cerita·cerita, dongeng-dongeng,
menuliskan cerpen, novel, dan sebagainya.
Melalui bahasa kita bebas menciptakan mimpi-
mimpi yang agak mustahil kita capai.
• Dengan bahasa kita mengekspresikan
perasaan dalam bentuk puisi yang indah.
Pendek kata dengan bahasa kita bebas
berimaginasi.

www.company.com
FUNGSI KHUSUS BAHASA BM
BAHASA
KEBANGSAAN
FUNGSI BAHASA RASMI
KHUSUS
BAHASA
MELAYU BAHASA
PERPADUAN

BAHASA
PENGANTAR

www.company.com
BAHASA KEBANGSAAN
• Setiap negara memiliki bahasa kebangsaan yang
melambangkan identiti negara yang mengatasi segala
perbezaan bangsa dan kebudayaan

• Mengapa bahasa Melayu?


• Bahasa Melayu dipilih kerana bilangan penduduknya
merupakan kaum majoriti.
• Kedudukanya sebagai lingua franca.
• Bahasa Melayu agak seragam.
• Desakan semangat kebangsaan.

www.company.com
Sambungan……

• Bahasa kebangsaan boleh menjadi bahasa rasmi


tetapi.
• Semua negara yang berdaulat mempunyai bahasa
kebangsaan sendiri. Misalnya, Bahasa Melayu di
Malaysia, Bahasa Inggeris di United Kingdom, Bahasa
Perancis di Perancis, Bahasa Jepun di Jepun, dan
Bahasa Jerman di Jerman.
• Sesetengah negara mempunyai lebih dari satu bahasa
kebangsaan.
• Contoh negara Kanada yang menggunakan bahasa
Perancis dan Inggeris sebagai bahasa
kebangsaannya.

www.company.com
BAHASA RASMI
• Bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi iaitu
dalam pemerintahan & pentadbiran, sistem
pendidikan negara, urusan perdagangan, upacara
rasmi kehakiman & sebagainya.

• Bahasa rasmi digunakan untuk tujuan tertentu sahaja


dan tidak perlu dikaitkan dengan semangat
kebangsaan.

• Biasanya, Bahasa rasmi dipilih daripada salah satu


bahasa anak negeri dan ada kalanya dipilih daripada
bahasa bekas penjajah ( Cth: Singapura)

www.company.com
BAHASA PERPADUAN
Bagaimanakah Bahasa Melayu boleh berfungsi
secara berterusan sebagai bahasa perpaduan?

• Bahasa Melayu digunakan secara bersama dan


meluas.
• Bahasa Melayu dijadikan bahasa perantaraan di
sekolah-sekolah dan universiti malah
penggunaannya menjangkau ke peringkat
antarabangsa.

www.company.com
Sambungan…

• Bahasa Inggeris tidak dapat menyatupadukan rakyat


kerana hanya segelintir sahaja yang mampu bertutur
dalam BI.

 Pemilihan Bahasa melayu sebagai bahasa


kebangsan dan bahasa perpaduan melonjakkan
bahasa ini sebagai satu identiti bagi masyarakat
majmuk sehingga mampu menjadi model
perpaduan dunia melalui penggunaan satu bahasa.

www.company.com
BAHASA PENGANTAR
• Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
bertepatan kerana:

• kebanyakan kaum dapat bertutur dalam bahasa


melayu,mudah dipelajari & difahami,bervariasi,mudah
menerima perkataan baru,mempunyai pengaruh
dalam bahasa asing
• Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia
merupakan kemuncak bagi menentukan bahasa
Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa
pengantar ilmu pengetahuan.

• Sehingga kini, universiti itu telah melahirkan ratusan


ribu siswazah yang menerima pendidikan dalam
Bahasa Melayu.
www.company.com
Sambungan…
• Ratusan tesis dan disertasi pada peringkat ijazah
sarjana dan kedoktoran ditulis dalam bahasa Melayu,
dan ratusan, profesor telah menyampaikan syarahan
perdana tentang pelbagai ilmu dalam bahasa Melayu.

• Semua perkara ini tidak terhad kepada orang Melayu


sahaja, tetapi melibatkan semua kaum yang menjadi
warganegara Malaysia.

• Tidak syak lagi bahawa Bahasa Melayu telah


membuktikan kejayaan dan keupayaan sebagai
bahasa ilmu, bahasa bagi wahana ilmu pengetahuan
dalam pelbagai bidang.

www.company.com
BAHASA ILMU
• Bahasa Melayu tetap mempunyai peranan sebagai
bahasa ilmu dalam dunia abad ke-21. kejayaan
bahasa Melayu ini amat bergantung kepada
pengamalnya untuk menggunakan bahasa tersebut
sebagai bahasa ilmu.

• Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tetap


kekal walaupun , bahasa Inggeris turut berfungsi
sebagai bahasa untuk menimba ilmu.

• Keadaan ini tidak bercanggah kerana sudah


menjadi dasar pendidikan negara untuk
menghasilkan pelajar yang dwibahasa sifatnya.

www.company.com
Singapura dilanggar todak
Letak jongor todaknya mati
Bahasa Melayu dipakai tidak
Lama -kelamaan akan mati

SEKIAN
TERIMA KASIH
www.company.com

Anda mungkin juga menyukai