Anda di halaman 1dari 45

SMB41002

BAHASA MELAYU
UNIVERSITI

TOPIK 1:
KEMAHIRAN BERBAHASA
SITI NURUL JANNAH BINTI FITAL
PUSAT SAINS LIBERAL (PSL),
FAKULTI SAINS GUNAAN & KEMANUSIAAN
(FSGM)
1
DEFINISI BAHASA
Satu keupayaan fitrah manusia yang berupa satu
sistem lambang bunyi bersuara arbitrari yang
dipersetujui bersama satu kelompok sosial sebagai
alat interaksi (Kamus Linguistik, 1997).

Bahasa sebagai alat komunikasi yang membenarkan


kita melaksanakan idea, menyampaikan perasaan,
dan menegur sapa (Braber et al. 2015)

Bahasa berkait rapat dengan budaya sesebuah


masyarakat. Setiap perkara yang diungkapkan
memberi gambaran jelas tentang corak kehidupan
dan pemikiran penutur jati sesuatu bahasa itu.
2
CIRI-CIRI BAHASA
Setiap bahasa di dunia kelihatan berbeza antara
satu sama lain terutama dari segi bunyi dan bentuk.

Menurut Lyons (1988), bahasa-bahasa ini memiliki


sifat dan ciri sepunya yang dikongsi bersama.

Misalnya semua bahasa mempunyai cara untuk


menyampaikan perasaan, menanyakan soalan,
mengemukakan permintaan, memberikan perintah
dan membuat kenyataan.

3
CIRI-CIRI BAHASA
Secara umumnya, bahasa mempunyai ciri yang
universal.

Terdapat beberapa ciri bahasa seperti berikut:-

• bahasa sebagai satu sistem


• bahasa sebagai satu simbol
• bahasa sebagai alat komunikasi
• bahasa bersifat arbitrari
• bahasa bersifat unik
• bahasa bersifat sejagat
• bahasa bersifat dinamis
• bahasa bersifat bervariasi
4
Bahasa sebagai satu sistem
Bahasa sebagai satu sistem bermaksud bahasa itu
mempunyai cara atau kaedah untuk diujarkan atau
dituliskan. Sistem itu pula bersifat berperaturan. Setiap
bahasa mempunyai susunan yang tertentu, sama ada
dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan
nahu atau struktur sintaksis.
Bahasa sebagai satu sistem juga bermaksud bentuk
perkataan dan kedudukan perkataan dengan perkataan
yang lain dalam ayat adalah secara teratur. Bentuk dan
kedudukan pekataan dalam ayat dapat memberikan
makna kepada sesuatu bahasa.
5
Bahasa sebagai satu simbol
Pada zaman awal, manusia menggunakan gambar
atau objek tertentu sebagai simbol untuk
menerangkan sesuatu. Kemudian manusia
menggunakan kombinasi bunyi sebagai simbol.
Bahasa juga dikatakan sebagai simbol isyarat
bersuara yang dihantar oleh penutur kepada
pendengar dalam proses interaksi.
Simbol digunakan untuk merujuk kepada perkataan-
perkataan atau ungkapan-ungkapan yang
membentuk simbol tersebut.
6
Bahasa sebagai alat komunikasi
Keperluan bahasa sebagai alat komunikasi melebihi
keperluannya sebagai ekspresi diri. Melalui komunikasi
manusia dapat menyampaikan semua yang dirasai,
difikirkan dan diketahui oleh mereka kepada orang lain.

Melalui komunikasi juga manusia mewarisi dan


mempelajari semua yang pernah diperoleh oleh
individu yang terdahulu daripada mereka. Sebagai alat
komunikasi, bahasa merupakan saluran untuk
membolehkan penutur sesuatu bahasa dapat
menjalinkan kerjasama dengan penutur daripada
bahasa yang lain.
7
Bahasa sebagai alat komunikasi boleh berlaku dalam dua
cara iaitu secara lisan atau tulisan. Komunikasi lisan
bermaksud penutur mengujarkan bunyi-bunyi bahasa
untuk didengari dan difahami oleh pendengar.

Komunikasi tulisan pula bermaksud penulis mencatatkan


dan menggunakan tanda-tanda yang dapat dilihat atau
dibaca bagi menyampaikan idea atau perkara yang
terkandung dalam fikiran mereka kepada pembaca.

8
Bahasa bersifat arbitrari
Bahasa bersifat arbitrari bermaksud tidak
semestinya terdapat hubungan antara bunyi-
bunyi bahasa yang dilafazkan dengan benda atau
perkara yang dimaksudkan.

Oleh sebab sifat arbitrari inilah maka kita dapati


bahasa-bahasa di dunia mempunyai perkataan
yang berlainan bagi merujuk kepada benda yang
sama.

9
Sebagai contoh apabila ditunjukkan gambar
seekor kuda kita akan menyebut perkataan [kuda]
untuk menamakan binatang tersebut. Sebaliknya
dalam bahasa Inggeris disebut horse, dalam
bahasa Sepanyol disebut caballo, bahasa Perancis
membunyikannya sebagai cheval dan bahasa
Jerman membunyikannya pferd.

Hal ini menunjukkan simbol dan bunyi bahasa


bersifat sewenang-wenangnya, iaitu tiada
perkaitan antara bunyi dengan dengan simbol
secara tetap bagi bahasa-bahasa di dunia ini.
10
Bahasa bersifat unik
Bahasa bersifat unik bermaksud tiap-tiap bahasa
mempunyai bentuk dan struktur tertentu seperti
binaan ayat, susunan huruf yang membentuk
perkataan dan golongan kata seperti kata nama dan
kata kerja.

Sebagai contoh, dalam bahasa Melayu jatuh dan


terjatuh mempunyai bentuk dan makna yang tidak
sama. Demikian juga dalam bahasa Inggeris, boys
dan boy’s menunjukkan bentuk dan makna yang
berlainan. 11
Walaupun semua bahasa mempunyai bentuk
dan struktur, tetapi mempunyai huraiannya yang
tersendiri dari segi tatabahasa. Oleh sebab
itulah satu tatabahasa yang sejagat tidak dapat
diwujudkan untuk bahasa yang berbeza-beza
itu.

Bahasa bersifat unik juga dikaitkan dengan cara


kita memeroleh bahasa itu sendiri iaitu bahasa
bukanlah sesuatu yang kita warisi sebagaimana
kita warisi ciri-ciri fizikal keluarga kita.
12
Bahasa merupakan sesuatu yang perlu kita
pelajari secara tidak langsung daripada ibu
bapa, ahli keluarga, dan masyarakat di sekeliling
kita.

Justeru, sekiranya seorang bayi berbangsa Cina


yang sejak kecil dipelihara dan dibesarkan oleh
keluarga Melayu, maka bahasa yang
diperolehnya ialah bahasa Melayu dan bukan
bahasa Cina

13
Bahasa bersifat sejagat

Setiap bahasa itu mempunyai sifat sejagat


atau universal iaitu sesuatu bahasa itu boleh
dituturkan dan dipelajari oleh sesiapa sahaja
di dunia ini.

Setiap bahasa mempunyai penuturnya dan


tidak ada peraturan yang melarang individu
lain mempelajari mana-mana bahasa yang
dituturkan di dunia ini.
14
Bahasa bersifat sejagat bukan bermakna
hanya terdapat satu bentuk bahasa yang
dituturkan oleh semua orang.

Hal ini kerana secara alamiah berpotensi


untuk berbeza dan beraneka.

15
Bahasa bersifat dinamis

bermaksud sesuatu bahasa itu berpotensi


untuk berkembang, membuat penyesuaian
serta menerbitkan pembaharuan dan
kemajuan.

Sifat bahasa demikian akan terus berlaku


selagi penuturnya bergaul dan berinteraksi
dengan manusia yang lain.

16
Pertembungan kebudayaan dan manusia
dengan manusia yang lain menyebabkan
pertambahan dan penggayaan perbendaharaan
kata sesuatu bahasa itu.

Namun demikian struktur dan tatabahasa


sesuatu bahasa itu lazimnya tidak akan
berubah.
17
Bahasa bersifat bervariasi
bermaksud terdapat kepelbagaian bagi satu-satu
bahasa itu. Kepelbagaian itu boleh melibatkan
cara dan gaya mengajarnya, istilah-istilah khusus
yang digunakan dan struktur sintaksis bagi
sesuatu variasi bahasa itu.

Bervariasi ini juga bermaksud sesuatu bahasa itu


mempunyai pelbagai dialek yang diujarkan oleh
satu-satu kumpulan penutur dan laras bahasa
yang digunakan dalam satu-satu bidang ilmu.
18
FUNGSI BAHASA
(Keraf, 1997)

Bergantung kepada keperluan individu.

1. Sebagai alat integrasi dan adaptasi sosial


2. Sebagai alat ekspresi diri
3. Sebagai alat komunikasi
4. Sebagai alat kawalan sosial

19
FUNGSI BAHASA
(Keraf, 1997)
1. Sebagai alat integrasi dan adaptasi sosial

• Melalui bahasa kita mengetahui adat istiadat, kebudayaan,


dan tatacara sesuatu masyarakat.

• Semasa menyesuaikan diri dalam lingkungan sosial


tertentu, kita akan memilih bahasa yang sesuai dengan
konteks dan sasaran masyarakat ketika itu. Seterusnya
semua aktiviti kemasyarakatan akan dapat dilakukan
dengan harmoni tanpa berlaku salah faham.

20
FUNGSI BAHASA
(Keraf, 1997)
2. Sebagai alat ekspresi diri

• Untuk mengungkap atau menyatakan apa yang tersirat


di dalam hati kita sama ada melalui lisan mahupun
tulisan.

• Unsur-unsur yang mendorong ekspresi diri adalah


untuk menarik perhatian orang lain terhadap kita dan
keinginan untuk membebaskan diri kita daripada
semua tekanan emosi.

21
FUNGSI BAHASA
(Keraf, 1997)
3. Sebagai alat komunikasi

• Sewaktu berkomunikasi kita sudahpun memiliki tujuan


tertentu. Antaranya ialah untuk difahami orang orang lain
tentang semua yang kita fikir dan rasakan

22
FUNGSI BAHASA
(Keraf, 1997)
4. Sebagai alat kawalan sosial

• Pelbagai penerangan, informasi dan pendidikan


disampaikan melalui bahasa.

• Mempengaruhi pandangan dan sikap orang lain agar


sesuai dengan harapannya.

• Bahasa mampu untuk mengawal keadaan sosial dengan


lebih efektif. Kawalan sosial ini dapat diterapkan pada diri
kita sendiri atau kepada masyarakat.
• Contoh: Ceramah/buku agama, program/ buku motivasi,
diskusi ilmiah dll

23
KEMAHIRAN BERBAHASA

● Empat kemahiran asas dalam kemahiran


berbahasa, iaitu:
○ Kemahiran mendengar
○ Kemahiran bertutur
○ Kemahiran membaca
○ Kemahiran menulis.

24
KEMAHIRAN BERBAHASA

● Penguasaan keempat-empat kemahiran ini amat


penting bagi memastian kelancaran proses
pengajaran dan pembelajaran.
● Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan
dua kompenan asas yang tergolong dalam
kemahiran lisan. Manakala, kemahiran membaca
dan menulis pula tergolong dalam kemahiran
bukan lisan.

25
KEMAHIRAN MENDENGAR

● Mendengar merupakan kemahiran bahasa yang


penting dan perlu dipelajari secara intensif dan
penting dikuasai kerana penggunaannya yang
meluas dalam kehidupan.
● Kemahiran mendengar merujuk kepada
keupayaan seseorang itu mendengar dengan teliti
dan memahami perkara yang didengar dalam
pelbagai situasi seperti perbualan, syarahan,
ucapan dan soal jawab.

26
● Keterampilan mendengar juga diertikan
sebagai kemampuan pendengar
memahami maklumat yang diungkapkan
oleh penutur melalui lambang-lambang
bunyi.
● Dua perkara yang memainkan fungsi dan
peranan yang besar ialah pancaindera
pendengaran dan juga daya konsentrasi.

27
MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MENDENGAR
Yahya Othman (2005) membincangkan beberapa strategi bagi
meningkatkan kemahiran mendengar, antaranya:
● Bertanya dan nyatakan yang anda tidak memahami
percakapannya
● Minta diulang
● Minta bercakap dengan perlahan sedikit
● Dapatkan penjelasan
● Menyebutkan semula frasa
● Mengulang ayat yang tidak difahami
● Beri perhatian pada intonasi dan nada suara
● Fokuskan kepada kata tanya
● Menganggap perbualan sebagai relevan

28
KEMAHIRAN BERTUTUR

● Penguasan kemahiran bertutur sangat ditekankan


dalam pendidikan bahasa Melayu.
● Kemahiran bertutur merupakan proses
melafazkan gabungan bunyi menggunakan alat
artikulasi setelah menerima dan memahami input
● Kemahiran ini dikuasai melalui pengalaman
mendengar dan meniru (jarang dihasilkan secara
semula jadi).

29
ASPEK-ASPEK PERTUTURAN

● Sebutan

● Intonasi

● Tekanan

● Jeda (#) – persendian/memisahkan perkataan

● Panjang dan pendek (mora)

30
Sebutan

• cara menyebut atau membunyikan


sesuatu perkataan dalam sesuatu
bahasa

• semua bahasa di dunia mempunyai dua


cara penuturnya menyebut, iaitu
sebutan standard dan sebutan dialek

31
Intonasi

• keadaan bunyi menaik atau menurun


sesuatu ayat dilafazkan / nada suara

• intonasi ayat biasanya tidak sama dan


berbeza mengikut jenis ayat yang
dituturkan

32
Tekanan
• tekanan dilakukan pada suku kata

• bertujuan menandakan keras atau lembut


sesuatu ucapan

• tekanan tidak membezakan makna

• menyedapkan percakapan / bacaan (sajak)

• menandakan tempat-tempat penting / perlu


diberi perhatian
33
Jeda
• disebut persendian ; untuk memisahkan
perkataan, rangkai kata atau ayat

• dalam ayat, jeda digunakan sebagai


hentian sebentar.

• lambang jeda ditandai /#/ dan boleh


membawa makna yang berbeza

34
contoh:

/#saja minum susu lembu#/

/#saja minum susu # lembu #/

35
• jeda /+/ menunjukkan pemisahan
antara suku kata / perkataan.

• lambang ini boleh membezakan


makna

• contoh :

berikan - ber + ikan (mempunyai


ikan)
berikan (menyerahkan)
36
Panjang dan pendek (mora)

• merupakan kadar sesuatu bunyi


diucapkan
• konsepnya sama dengan harakat
dalam bahasa Arab
• tidak membezakan makna ayat

37
ASPEK YANG MEMPENGARUHI
KEMAHIRAN BERTUTUR
○ Ciri fizikal: alat artikulasi dan pendengaran
○ Ciri mental: kemahiran memahami,
menginterpretasi
○ Ciri emosi: gemuruh, kontak mata, tidak cukup
maklumat dan persediaan
● Kemahiran ini sangat penting untuk memberi
respon dan menyampaikan maklumat dengan
berkesan.

38
MENINGKATKAN KEMAHIRAN
BERTUTUR
Antara panduan untuk mengatasi masalah
penguasaan bertutur ialah:
● lakukan semua aktiviti bahasa di dalam kelas
● bersedia untuk berkomunikasi
● berlatih secara senyap
● tidak takut membuat kesilapan
● menjelaskan dengan perkataan lain atau gunakan
perkataan sinonim

39
KEMAHIRAN MEMBACA

● Yahya Othman (2005) menyatakan bahawa


kemahiran membaca merupakan pemangkin
kepada kejayaan penguasaan bahasa serta mata
pelajaran lain dan penting diberikan penekanan
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.
● Kemahiran ini memerlukan seseorang itu
menterjemah kembali lambang-lambang bunyi
yang hendak disampaikan oleh penulisnya.

40
● Membaca melibatkan aktiviti mencari maklumat
secara aktif dan menghubungkan maklumat dalam
petikan dengan pengetahuan yang sudah sedia
dikuasai.
● Pembaca perlu memahami maklumat bertulis,
menghuraikan bahan bertulis kepada pertuturan
dan pada masa yang sama dihuraikan pertuturan
itu kepada pemikiran .

41
STRATEGI MEMBINA KEMAHIRAN
MEMBACA
Terdapat beberapa strategi bagi membina kemahiran
membaca, antaranya:
● Pilih petikan yang mudah

● Membuat andaian

● Menyediakan pen dan kertas

● Memikirkan/menetapkan matlamat membaca

● Memperlahankan kelajuan membaca

● Membuat semakan berkaitan idea yang dibaca


42
KEMAHIRAN MENULIS

● Kemahiran ini merupakan kebolehan mengatur


huruf-huruf menjadi kata yang bermakna,
menyusun kata-kata menjadi ayat yang gramatis
dan mengarang ayat menjadi wacana yang
berwibawa
● Menulis secara khususnya dikaitkan dengan
proses ilmu, idea ataupun maklumat secara
bersistem.
● Penulis perlu menguasai kaedah yang berkesan
supaya penyampaian mesej atau maklumat dapat
dibuat tanpa halangan komunikasi.

43
● Yahya Othman (2005) menyatakan menulis adalah:
○ Proses memberi respon
○ Proses komunikasi
○ Ekspresi kendiri
○ Bersifat sejagat
○ Ditadbir oleh peraturan
○ Proses pembelajaran

44
PRINSIP PENULISAN

Antara prinsip penulisan yang perlu dimiliki dan


diikuti oleh penulis ialah:
a. Isi
b. Proses menulis
c. Khalayak
d. Tujuan
e. Pemilihan kata
f. Penyusunan
g. Mekanis penulisan
h. Tatabahasa

45

Anda mungkin juga menyukai