Anda di halaman 1dari 11

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera dan salam satu Malaysia.

Di sini, saya
ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak
yang telah membantu saya bagi menjayakan tugasan kerja kursus yang wajib dilaksanakan
oleh guru-guru pelatih bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan bagi Kursus Linguistik
Terapan Bahasa Melayu.

Ucapan setinggi-setinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada Datin
Mastura binti Mohamed Berawi, pensyarah kursus ini kerana telah memberikan bimbingan
yang baik sepanjang saya menjalankan tugasan ini. Tanpa penerangan yang diberikan
beliau, tak mungkin saya dapat melaksanakan tugasan ini dengan sempurna. Selain itu,
ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya ucapkan kepada para pensyarah yang
mengajar kursus ini kerana memberikan penerangan supaya saya dapat memahami dengan
lebih lanjut tugasan yang saya terima.

Keduanya, saya mengucapkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada ibu bapa
dan keluarga yang telah memberikan sokongan dorongan kepada saya bagi menjalankan
tugasan ini. Selain itu, tidak lupa juga diucapkan kepada guru-guru pelatih semester 1
terutamanya guru-guru pelatih dari unit PISMP terutamanya pelajar-pelajar C6 yang banyak
memberikan banyak membimbing saya bagi menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Mereka
telah memberikan bantuan dari segi sokongan moral yang membantu saya terus fokus dan
mempunyai komitmen yang sangat tinggi untuk mempersembahkan dan menyiapkan tugasan
yang diberikan mengikut masa dan tarikh yang telah ditetapkan.
1.0 BENTUK KATA

- Bentuk kata yang


terdiri daripada
hanya satu bentuk
dasar.
- Tidak menerima
apa-apa bentuk
imbuhan atau kata
dasar yang lain.

Kata
tunggal

- Bentuk kata yang


terdiri daripada kata
- Bentuk kata yang dasar yang
dihasilkan dengan mengalami proses
menggandakan Kata Bentuk Kata pengimbuhan.
atau mengulangi ganda kata terbitan
- Mendapat atau
kata dasar. menerima imbuhan
sama ada awalan,
sisipan, akhiran
atau apitan.
Kata
majmuk

- Bentuk kata yang


wujud apabila dua
kata dasar atau
lebih dirangkaikan
menjadi satu
kesatuan sintaksis
yang membawa
makna tertentu.

Rajah 1.0 : Rajah menunjukkan bentuk kata dalam bahasa Melayu


2.0 PROSES PEMBENTUKAN KATA

Dalam Bahasa Melayu, terdapat beberapa cara membentuk perkataan. Ada bentuk perkataan
yang bersifat tunggal. Namun, terdapat perkataan yang dibentuk hasil proses pengimbuhan,
pemajmukan dan penggandaan (Nik Safiah Karim, 2015). Proses pembentukan kata
menjelaskan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan
ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa.

Bentuk kata merupakan rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil
daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Kata tunggal ialah bentuk
kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata dasar iaitu tidak menerima sebarang bentuk
imbuhan atau kata dasar lain. Kata tunggal terhasil daripada gabungan konsonan dan vokal
serta mempunyai potensi untuk diperluas dan menjadi bentuk terbitan. Contoh kata tunggal
adalah seperti berikut;

Jadual 1.0 Contoh kata tunggal

Perkataan Jenis kata tunggal Pola gabungan

Das Kata tunggal satu suku kata KVK

Emak Kata tunggal dua suku kata K+VKV

Keledek Kata tunggal tiga suku kata KV+KV+KVK

samudera Kata tunggal empat suku kata dan lebih KV+KV+KV+KV

Akronim merupakan salah satu bentuk kata tunggal. Akronim bermaksud kata
singkatan yang terbentuk daripada hasil gabungan huruf awal suku kata atau gabungan huruf
awal dan suku kata daripada rangkaian kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan
yang utuh. Misalnya;

Jadual 1.1 Jenis Akronim

Jenis Akronim Akronim Maksud

Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata IPG Institut Pendidikan Guru

Gabungan suku kata dengan huruf awal atau INTAN Institut Tadbir Negara
gabungan suku kata dengan suku kata

Gabungan suku kata dengan suku kata, dan curhat Curahan hati
ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya.
Kata terbitan pula bererti bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat
atau menerima imbuhan. Kata terbitan terbentuk melalui proses pengimbuhan iaitu proses
yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan menghasilkan empat bentuk kata
terbitan iaitu kata terbitan berawalan, kata terbitan berakhiran, kata terbitan berapitan dan
kata terbitan bersisipan. Jadual di bawah menunjukkan contoh bagi setiap imbuhan.

Jadual 1.2 Contoh jenis imbuhan

Jenis imbuhan Kata terbitan Kata dasar Imbuhan

Imbuhan awalan memasak masak me-masak

Imbuhan akhiran larian lari lari-an

Imbuhan sisipan seruling suling s-er-uling

Imbuhan apitan pelaksanaan laksana Pe-laksana-an

Kata majmuk didefinisikan sebagai bentuk kata yang terhasil melalui proses
merangkaikan dua atau lebih kata dasar dan dieja secara terpisah serta bertindak sebagai
unit yang tidak boleh menerima sebarang penyisipan. Kata majmuk terbahagi kepada tiga
bentuk iaitu kata majmuk rangkai kata bebas, kata majmuk yang berbentuk istilah khusus dan
maksud kiasan. Contohnya seperti di bawah,

Kata
Rangkai kata bebas Maksud kiasan
majmuk
ibu jari durian runtuh

Istilah khusus

deria bau

Rajah 1.2 Jenis kata Majmuk berserta contoh

Akhir sekai, kata ganda pula ditakrifkan sebagai bentuk kata yang dihasilkan dengan
menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara
keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan
(Ahmad Khair Mohd Nor, 2012). Terdapat tiga jenis penggandaan dalam Bahasa Melayu iaitu
penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak.

kata ganda
berentak

kayu-kayan

Rajah 1.3 Jenis kata majmuk berserta contoh

3.0 GOLONGAN KATA


Kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa dan
lazimnya kata ini menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konsep (Nik Safiah Karim
et.al, 2012). Kata nama terbahagi kepada tiga, iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata
nama ganti nama diri. Contoh bagi kata nama am ialah dokter manakala contoh kata nama
khas ialah Dokter Ali. Contoh bagi kata ganti nama diri pertama ialah saya.

Kata kerja ialah kata inti bagi binaan frasa kerja. Frasa kerja hanya boleh hadir sebagai
prediket ayat dan boleh diikuti dengan kata bantu, objek, pelengkap, penyata komplemen dan
keterangan. Nik Safiah Karim et.al (1993) kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak
memerlukan penyambut dan objek sesudahnya. Kata kerja terbahagi kepada dua iaitu, kata
kerja tak transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap. Menurut Asmah
Haji Omar (1991), kata kerja transitif ialah kata yang memerlukan objek untuk
menyempurnakan maknanya. Kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif transitif merupakan
kata kerja transitif. Contoh bagi kata kerja transitif ialah abang membeli pisang di kedai Ali.
Contoh bagi kata kerja tidak transitif ialah adik menari dengan asyik.

Kata adjektif atau kata sifat ialah perkataan yang menerangkan keadaan atau sifat kata
nama atau frasa nama. Contoh kata adjektif ialah baik, murah dan rendah. Antara jenis kata
adjektif ialah kata adjektik warna, kata adjektif jarak dan kata adjektif perasaan. Misalnya, baju
merah itu milik abang. Merah ialah kata adjektif warna.
Kata tugas ialah kata atau frasa yang tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam ayat. Namun
kata ini berperanan untuk mendukung tugas penghubung, penerang, penguat, pembantu atau
tugas-tugas lain.

Kata penyambung ayat ialah kata hubung iaitu sejumlah perkataan yang berfungsi
menghubungkan dua binaan ayat atau lebih menjadi satu bentuk ayat yang berlapis. Kata
hubung gabungan dan kata hubung pacangan ialah kata penyambung ayat. Kata praklausa
ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa iaitu kata seru, kata tanya, kata
pembenar dan kata pangkal ayat. Peranan perkataan ini adalah untuk menimbulkan seruan
dan pertanyaan.

Kata prafrasa ialah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu frasa nama. Frasa kerja,
atau frasa adjektif yang berfungsi sebagai membantu, menguatkan, menegaskan, memerikan,
menyendikan dan membilang. Kata pascakata hadir selepas perkataan dengan kata-kata
tugas tertentu. Ada dua jenis kata pascakata iaitu kata penekan dan kata pembenda.
4.0 PENGETAHUAN GURU YANG MENDALAM DALAM LINGUISTIK TERAPAN
MEMBENTUK KEMENJADIAN PELAJAR.
Pada zaman ledakan teknologi, pengetahuan guru yang luas dalam sesuatu bidang
memainkan peranan penting dalam membentuk dan membina kemenjadian diri pelajar. Hal
ini disebabkan oleh perkembangan teknologi yang terkini menyebabkan para pelajar suka
menerokai dan mempelajari ilmu-ilmu baharu untuk bersaing dengan rakan-rakan mereka.
Pengaruh bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris telah menyebabkan martabat bahasa
Melayu di negara kita jatuh. Hal ini menyebabkan penguasaan bahasa Melayu dalam
kalangan lapisan masyarakat di Malaysia menjadi merosot. Buktinya, analisis peperiksaan
UPSR pada tahun 2016 menunjukkan peratus murid yang mendapat A dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu menurun berbanding tahun yang sebelumnya. Sebagai guru bahasa Melayu,
pengetahuan tentang ilmu linguistik amat penting kerana inilah yang akan menjadi kayu ukur
kepada kemahiran seseorang guru menyampaikan pengajaran kepada murid-muridnya.
Dengan penguasaan ilmu linguistik terapan guru dapat membantu murid untuk menguasai
bahasa Melayu. Pada pendapat saya, pengetahuan guru yang mendalam dalam bidang
Linguistik Terapan mampu membentuk kemenjadian murid dari aspek bahasa supaya hasrta
negara tercapai.

Murid mampu berbahasa dengan baik sekiranya guru mempunyai pengetahuan yang
mendalam mengenai linguistik terapan. Penjelasan yang jelas yang disampaikan oleh guru
mampu menjadikan murid-murid menerima input pembelajaran yang efektif dan mampu
diingati oleh mereka. Selain itu, dalam konteks aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
sekolah ialah dapat membantu para pelajar untuk bertutur dengan menggunakan tatabahasa
yang betul. Hal ini bertepatan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
yang menekankan penguasaaan dwibahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris kepada
pelajar semua jenis kaum di institut pengajian bermula sejak dari kecil lagi. Fatimah Mansur
(2014) menyatakan bahawa murid yang berlainan bangsa seperti Melayu, Cina dan India
dapat berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Melayu sekiranya mereka menggunakan
tatabahasa yang betul. Pengetahuan linguistik membantu guru mengajarkan para pelajar
mengenai cara untuk menyebut perkataan dengan sistem pengunaan bahasa yang betul
berdasarkan sebutan bahasa baku. Hal ini menyebabkan murid mampu untuk berbahasa
dengan baik serta membentuk kemenjadian mereka dalam aspek bahasa.

Dengan menguasai ilmu pengetahuan berkaitan dengan bidang Linguistik Terapan,


guru bahasa dapat mengatasi masalah yang berkenaan dengan pembinaan ayat dalam
Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar bahasa kedua (Tengku Aiman,
2013). Hal ini demikian kerana, kebanyakan pelajar bahasa kedua menghadapi masalah
untuk membina ayat yang betul kerana mereka sukar memahami konsep binaan ayat yang
diterangkan oleh guru mereka. Oleh sebab itu, guru perlu prihatin dengan tahap penguasaan
bahasa murid supaya guru dapat memberikan tumpuan dan bimbingan kepada mereka.
Sebagai contoh, guru memberikan latihan tambahan kepada pelajar tersebut supaya mereka
melatih diri mereka untuk menulis ayat dengan pengunaaan tatabahasa yang betul bermula
dengan struktur ayat yang mudah. Hal ini bertepatan dengan pembelajaran abad ke 21 yang
menyeru guru yang mahir dalam sesuatu bidang menjadi pembimbing dan pemudah cara
PdP. Ini telah membuktikan bahawa peranan guru untuk membantu murid menyelesaikan
masalah adalah penting dan perlu dipraktiskan oleh semua guru supaya proses PdP dapat
dilaksanakan dengan lancar dan berkesan justerunya sasaran dan objektif pembelajaran
dapat dicapai. Tuntasnya, pengetahuan yang mantap tentang Linguistik Terapan
membolehkan guru bahasa membetulkan masalah pembinaan ayat dalam kalangan pelajar
bahasa kedua agar pelajar tersebut dapat menguasai kemahiran membina ayat sekaligus
dapat membentuk kemenjadian pelajar dalam aspek bahasa.

Hujah saya yang seterusnya, dengan penguasaan bidang Linguistik Terapan guru dapat
membuat dan menggubal soalan latih tubi dan soalan peperiksaan di peringkat sekolah yang
sesuai dengan tahap penguasaan murid menggunakan pengetahuan mereka. Ini dapat
menguji kemahiran dan pengetahuan guru tersebut berdasarkan soalan yang dibina.
Seterusnya, keupayaan guru mengenali tahap pemahaman murid mereka membolehkan
soalan yang dibina mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), iaitu dari aspek
standard kandungan dan standard pembelajaran. Keprihatinan dan kepekaan guru terhadap
persekitaran dan tahap penguasaan murid dalam bilik darjah memudahkan proses PdP untuk
membimbing murid. Kesannya, guru dapat mengetahui lebih terperinci mengenai perkara
yang murid patut ketahui serta boleh lakukan dalam satu tempoh persekolahan dan strategi
penambahbaikan (assessment for learning) dapat dikenal pasti juga antara tujuan standard
ini dibuat. Oleh yang demikian, guru dan murid akan meningkatkan diri masing-masing untuk
mencapai lebih daripada yang telah ditetapkan. Hal ini membantu murid-murid untuk
memahami dan menguasai bahasa Melayu dengan baik seterusnya cemerlang dalam
peperiksaan UPSR.

Proses pembelajaran juga menjadi lebih mudah sekiranya guru mempunyai


pengetahuan yang mendalam mengenai linguistik. Hal ini disebabkan sifat ingin tahu dan
meneroka murid abad ke 21 suka bertanya soalan kepada guru yang mengajar. Jadi dengan
penguasaan Ilmu linguistik guru dapat menjawab soalan yang diajukan oleh murid
berdasarkan ilmunya tanpa ragu-ragu. Penjelasan yang jelas yang disampaikan oleh guru
mampu menjadikan murid-murid menerima input pembelajaran yang efektif dan mampu
diingati oleh mereka. Keadaan ini menyebabkan lahirnya modal insan yang mempunyai
pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni mengikut acuan yang
ditetapkan oleh Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Pengetahuan tersebut juga
membantu melahirkan insan guru yang berfikiran minda kelas pertama yang mampu
menyumbang kepada negara melalui bidang pendidikan. Selain itu juga, kebolehan guru
mampu berkembang selaras dengan kemajuan teknologi pada abad ke-21 ini menyebabkan
objektif untuk merealisasikan kemenjadian pelajar dalam aspek bahasa tercapai.

Melalui pengetahuan linguistik terapan, guru dapat membina instrumen pengajaran


yang efektif yang dapat digunakan dalam proses PdP sesuai dengan tahap penguasaan
murid. Instrument yang dibina oleh guru seperti bahan bantu mengajar dapat memastikan
kaedah pengajaran yang disampaikan oleh guru mudah diingati dan dihafal oleh murid dan
memberikan kefahaman tentang linguistik yang diajar oleh guru. Sebagai contoh, bagi pelajar-
pelajar Tahap 2, guru-guru perlu menggunakan keratan akhbar, majalah atau risalah untuk
membincangkan aspek frasa. Jadi secara tidak langsung, pelajar- pelajar mendapat manfaat
yang berganda iaitu selain memahami atau mencari frasa yang terdapat dalam petikan itu,
mereka juga dapat mengesan kesalahan-kesalahan bahasa yang terdapat di dalamnya.
Sekurang-kurangnya teknik ini kuranglah membosankan pelajar kerana guru telah
menetapkan fokus yang hendak dibincangkan daripada sesuatu bahan atau petikan tersebut.
Penguasaan guru dalam bidang linguistik ini dapat memastikan pembelajaran dapat
mencapai tujuan utama iaitu memudahkan murid faham isi pembelajaran yang diajar oleh
guru dalam bilik darjah. Implikasinya, murid dapat memahami dan mengingati pembelajaran
yang mereka lalui dengan instrument pengajaran yang berkesan supaya kemenjadian mereka
dalam aspek bahasa berjaya.

Kesimpulannya, ilmu pengetahuan guru mengenai bidang Linguistik terapan amat


bernilai kerana mampu memberikan banyak kelebihan kepada guru dan murid-murid. Semua
guru mestilah cuba menguasai bidang linguistik terapan untuk menjalankan pembelajaran
yang lebih efektif kepada anak murid mereka. Hasilnya, kemenjadian murid dalam bidang
bahasa dapat dibentuk dengan penguasaan yang mendalam guru dalam bidang Linguistik
Terapan.

Anda mungkin juga menyukai