Anda di halaman 1dari 3

Nama : Low Weng Sheng Saya telah menganalisiskan subuah laras bahasa ekonomi daripada akhbar BERITA HARIAN

(24 Ogos 2010) yang bertajuk Pelaburan luar Negara elak risiko kejatuhan pasaran tempatan. Selepas menganalisis petikan tersebut, saya dapati laras bahasa ekonomi ini berbentuk ilmiah (scholarly) yang bermaksud suatu usaha untuk mengumpul, mencatat dan menganalisiskan sesuatu masalah. Bukan itu sahaja, laras ekonomi ini juga tidak mengutamakan struktur ayat berbanding dengan laras sastera yang mempunyai kepelbagaian seperti

istilah Imbas kembali, Imbas muka, watak protoganis, dialog, sudut pandangan orang ketiga, hiperbola, personifikasi, klimaks, tema, analogi, rima dan lain-lain lagi. Gaya bahasanya juga bersifat formal dan menyampaikan maklumat dengan jelas dan tepat. Ia tidak menggunakan kepelbagaian ayat yang banyak serta tidak berputar belit. Ia juga lebih mementingkan susunan maklumat yang sistematik kerana ia dapat memberikan gambaran atau idea yang jelas kepada pembaca secara berkesan dan tidak mengelirukan. Selain itu, ia juga mengeluarkan fakta berdasarkan bukti yang releven. Menurut pengalaman penulis yang berpenglaman luas dalam bidang ekonomi dan kerjasama daripada Public Mutual Bhd, maka terterbitnya petikan ini yang bertujuan untuk membantu pembaca untuk melabur dengan bijak. Dalam laras bahasa ekonomi ini, ia banyak menggunakan istilah khusus yang terdapat dalam bidang ekonomi sahaja. Istilah-istilah ini dapat dibahagikan kepada lima jenis iaitu istilah-istilah khusus (teknikal), kata-kata pinjaman, kata-kata bukan pinjaman, kata majmuk dan akronim (singkatan).

Istilah-Istilah Khusus (teknikal) Prinsip kepelbagaian : tidak meletakkan semua telur dalam sebuah bakul yang membawa maksud tidak melaburkan segala asset ke dalam sebuah saham.

Pelaburan: Merujuk kepada kaedah mengurangkan risiko dengan cara mengagih-agihkan pelaburan dalam beberapa pasaran atau sektor.

Risiko kecairan: Didefinisikan sebagai keupayaan sesuatu sekuriti itu untuk dijual dengan mudah dan cepat atau hampir dengan nilai berpatutan bergantung pada jumlah dagangan yang diniagakan di pasaran.

Kata-kata pinjaman daripada bahasa inggeris :Kata pinjaman Risiko Aset strategi ekuiti spektrum akses prospek Kata asal Risk Assets Strategy Equity Spectrum access prospect Kata pinjaman sekuriti profil Objektif Reaksi Struktur ekonomi korporat Kata asal Securities Profile Objective Reaction Structure economy corporate

Kata-kata bukan pinjaman :Pelaburan Melabur Saham Kemerosotan Pasaran Faedah Pelabur Manfaat Syarikat Permodalan Meraih Meruap Diramalkan Dana Kewangan Jual Kadar Pulangan

Kata-kata majmuk:Dana ekuiti Meningkat maju Paras kecairan Turun naik Mata wang Pemegang unit Perusahaan perniagaan Jangka panjang Potensi pulangan Risiko Negara Risiko mata wang Risiko kecairan Risiko pasaran Prinsip kepelbagaian

- Pemurataan kos ringgit

Akronim (singkatan) NAB (nilai aset bersih)

Anda mungkin juga menyukai