Anda di halaman 1dari 15

1.

LATAR BELAKANG CERPEN SECARA UMUM

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat Online, cerpen boleh didefinisikan sebagai sebuah cerita yang dikarang pendek. Cerpen juga didefiniskan sebagai karya rekaan pendek yang dihasilkan dalam bentuk prosa dan lazimnya mengandungi 500 hingga 15,000 perkataan. Sebagai tugasan Bahasa Melayu Komunikatif, saya telah memilih salah satu daripada hasil karya Sasterawan Negara, Abdullah Hussain yang bertajuk Melissa. Ianya merupakan salah satu hasil karya terulung yang diterbitkan bersama di dalam Pertemuan Abadi Edisi Khas Sasterawan Negara dengan kerjasama daripada Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur (Ogos, 1992). Seperti Kebanyakan daripada hasil karya Abdullah Hussain mengetengahkan pelbagai persoalan antaranya soal cinta, kepincangan masyarakat,

perjuangan anak bangsa, darurat dan berdasarkan pengalaman serta pemerhatian beliau. Cerpen ini merupakan salah satu cerpen yang berlatarbelakangkan peristiwa rusuhan 13 Mei 1969 yang menggunakan watak seorang gadis berbangsa Cina sebagai watak utama bagi

menghidupkan lagi jalan cerita agar ianya menjadi lebih menarik.

2.0

SIPNOSIS CERPEN

Cerpen ini mengisahkan perjalanan hidup seorang gadis berbangsa Cina yang bernama Melissa. Dia telah berkenalan dengan seorang jejaka Melayu yang bernama Syahid. Perwatakan Syahid mengingatkannya kepada sahabat pada masa kecilnya iaitu Hisyam. Mereka sering bermain dan menghabiskan masa bersama-sama. Keakraban mereka membuahkan bibitbibit cinta antara satu sama lain meskipun Hisyam pernah mengukir janji untuk mengahwini Melissa apabila mereka dewasa kelak. Namun, hasrat mereka tidak kesampaian apabila Hisyam terbunuh di dalam peristiwa rusuhan pada 13 Mei 1969. Peristiwa hitam itu sukar luput daripada ingatan Mellisa. Oleh sebab itu, dia memilih peristiwa 13 Mei sebagai latihan pengajian untuk program sarjana muda di dalam bidang Sejarah. Melissa akhirnya jatuh hati kepada Syahid kerana keberaniannya dan hubungan mereka semakin rapat dari hari ke sehari. Namun demikian, keakraban mereka tidak bertahan lama apabila Melissa mengambil keputusan untuk meninggalkan Syahid. Dia berbuat demikian adalah kerana rasa cintanya yang mendalam terhadap negara. Melissa sanggup mengenepikan perasaannya terhadap Syahid dan menjadi anggota tentera kerana tidak mahu peristiwa 13 Mei berulang lagi.

3.0

PENGUNAAN GAYA BAHASA Gaya bahasa adalah cara atau sebuah bentuk bahasa yang digunakan di dalam sesebuah pertuturan atau penulisan untuk menimbulkan kesankesan tertentu di dalam cerpen. Personifikasi: Personifikasi merupakan sebuah bahasa kiasan yang memberikan sifat tidak hidup atau benda-benda yang tidak bernyawa, seolah-olah memiliki sifatsifat kemanusiaan. Unsur personifikasi ini memberikan benda bukan hidup sifat manusia dari segi perasaan, perilaku dan sebagainya. Di dalam cerpen Melissa, terdapat unsur-unsur personifikasi yang menggambarkan sebuah perasaan dan juga sesuatu keadaan. Contohnya: ....cintanya yang lain telah beberapa kali terhempas ke batu karang. (halaman 85) ....berdiri melihat belakang Hisyam sampai hilang ditelan lorong ke rumahnya. (halaman 85) ....angin dan hujan menerpa masuk ke dalam biliknya.... (halaman 93) ...dan suasana bilik itu menjadi muram. (halaman 93) ...angin utara itu telah menyerbu masuk ke dalam biliknya. (halaman 93) Suara burung mulai berdecit-decit melompat dari satu dahan ke satu dahan. (halaman 96) Hiperbola: Hiperbola adalah sebuah bentuk atau gaya bahasa yang menggambarkan sesuatu keadaan secara berlebih-lebihan daripada keadaan asalnya. Malah, kadangkala hiperbola boleh menjadi sesuatu gambaran yang luar biasa, tidak tepat dan tidak masuk akal sama sekali. Terdapat beberapa unsur-unsur hiperbola turut diselitkan di dalam cerpen in. Contohnya adalah:

....semua tumbuhan sedang berpesta-pora menyambut kedatangan hujan. (halaman 93)

Simile: Simile adalah sebuah gaya bahasa yang digunakan untuk menyamakan sesuatu objek, perkara atau situasi dengan menggunakan katakata perbandingan dengan objek, perkara atau situasi yang berlainan. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Online, simile didefinisikan sebagai, perumpamaan yg secara jelas mengungkapkan perbandingan atau persamaan antara sesuatu. Di dalam cerpen Melissa, terdapat beberapa contoh-contoh penggunaan gaya bahasa simile. Contohnya: Kumisnya yang kecil bak satu garis hitam... (hal. 155) Farid tersenyum macam mengejek... (hal. 157) Kampung itu pun seperti sudah tidak ada orang. (hal. 160 161) ...mulutnya terasa seperti terbakar. (halaman 99) Mereka berdua begitu gembira seperti sepasang merpati yang terbang di langit lepas. (halaman 99) Repitisi: Repetisi adalah sebuah gaya bahasa penegasan yang menggunakan pengulangan suatu kata secara berturut-turut dalam suatu kalimat atau wacana. Repetisi menggunakan pengulangan satuan lingual berupa kata atau frasa pertama pada tiap baris atau kalimat berikutnya agar memperoleh kesan-kesan yang tertentu. Contoh repetisi yang terdapat dalam cerpen ini adalah seperti berikut: Cara hidup di sana berbeza. Cara berfikirannya berbeza. (halaman 100) Dia suka mendengar bicaranya. Suka melihat mimik mukanya. Suka melihat senyumannya. (halaman 82) Mengapa terjadi rusuhan? Mengapa orang yang tinggal di dalam sebuah negara yang aman tiba-tiba bangkit merusuh dan 4

berbunuh-bunuhan? Mengapa orang Cina mesti membunuh orang Melayu, dan mengapa orang Melayu mesti membunuh orang Cina? Mengapa? (halaman 88) Sinkope: Selain itu, unsur-unsur sinkope turut diselitkan di dalam cerpen Melissa. Sinkope adalah sebuah gaya bahasa yang menggunakan singkatan di dalam sesebuah karya penulisan. Antaranya adalah: Peribahasa: Manakala, penggunaan peribahasa sebagai salah satu gaya bahasa di dalam cerpen Melissa memberi sebuah kesan yang kreatif hasil daripada pengolahan ayat yang menarik. Menurut Keris Mas (1988), peribahasa adalah percakapan atau ujaran yang mengandungi kebijaksanaan fikiran, dan pemerhatian yang tersusun dalam bentuk yang ringkas, indah, sedap didengar dan benar pada perasaan dan fikiran. Contohnya seperti perumpamaan, pepatah dan bidalan. Di dalam cerpen ini, terdapat pelbagai contoh peribahasa yang ditemui. Antaranya adalah: Metafora: Metafora ialah suatu cara untuk menggambarkan sesuatu dengan mengatakan bahawa terdapat suatu perkara lain yang mempunyai kualiti terhadap sesuatu yang hendak dijelaskan. Selain itu, menurut Kamus Dewan Online, metafora ialah pemakaian kata-kata yang menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan 5 ...tidak sebulu. (halaman 83) ...keras kepala. (halaman 83) ...bertegang urat leher... (halaman 83) ...tidak lari gunung dikejar. (halaman 95) ...macam mahu memikat hatiku. (halaman 84) Nanti apabila aku sudah besar aku akan kahwin dengan kau. (halaman 85) Mengapa kau datang cari aku? (halaman 93)

yang berkenaan. Ini bermakna sesuatu perkataan itu mempunyai makna lain untuk tujuan tertentu. Terdapat bebarapa unsur meafora di dalam cerpen ini. Contohnya: Daripada penelitian dan kajiannya, punat bisul rusuhan 13 Mei itu berpunca daripada virus yang sudah lama disemai oleh

penjajah. (halaman 91 ) ...dia telah direntap bangun daripada alam mimpinya... (halaman 99)

4.0

KESANTUNAN BAHASA Bahasa merupakan sebuah alat komunikasi dalam sesebuah

peradaban sejak awal lagi. Tidak ketinggalan bagi Bahasa Melayu yang telah lama wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia. Bahasa Melayu baku dikenali sebgai bahasa yang sopan, lemah lembut dan indah yang diperlihatkan melalui intonasi di dalam sesebuah pertuturan. Kesantunan bahasa ialah sebuah peraturan dan tatacara yang wujud di dalam sistem berbahasa. Terdapat beberapa peraturaan di dalam sistem berbahasa dan terdapat dua bentuk pernyataan bahasa iaitu bahasa verbal dan bahasa non-verbal. Bahasa Verbal Bahasa verbal adalah sebuah pernyataan yang melibatkan pengucapan bersuara di mana tafsirannya lebih jelas dan ketara. Pernyataan verbal juga membawa maksud secara langsung yang cepat difahami maksudnya. Di dalam cerpen Melissa, Abdullah Hussain menggunakan kebanyakan pendekatan pernyataan verbal adalah tidak formal. Di dalam cerpen ini terdapat banyak dialog antara Melissa dengan orang-orang sekeliling yang rapat dengannya. Maka, kebanyakan interaksi yang berlaku adalah yang tidak formal. Contohnya petikan perbualan antara Melissa dengan Hisyam, kawan baik Melissa sewaktu dia masih kecil: Mengapa kau datang cari aku? Hisyam langsung menyergahnya sebaik sahaja dia muncul di pintu rumahnya. Dia merasa hiba mendengar sergahan Hisyam serupa itu. Tetapi dikeraskan juga hatinya walaupun kakinya sudah mengajaknya pulang. Aku ingat kau sakit, jawabnya lembut dan air matanya sudah mulai sebak. Orang miskin macam aku tak layak untuk jadi kawanmu, kata Hisyam lagi. (halaman 93) Melalui petikan cerpen ini, dapat diperhatikan bahawa bahasa verbal yang digunakan antara Melissa dan Hisyam adalah bahasa verbal yang tidak formal. Melalui bentuk perbualan mereka, pembaca pasti dapat meneka bahawa hubungan di antara Melissa dan Hisyam pada ketika itu adalah 7

sangat rapat. Panggilan seperti kau dan aku menggambarkan perhubungan persahabatan yang akrab di antara dua watak ini. Aduh! Aku tak juga tidak dapat melupakan wajahmu. Kau tahu, sejak kau tinggalkan aku tadi, aku tak dapat menulis lagi. Itu sudah parah. Salah-salah jalan boleh masuk Tanjung Rambutan. Dia ketawa mengekeh. Hah! Ni ambil ubatnya. Dia membulatkan kedua-dua bibir mulutnya dan mengeluarkan bunyi kucupan. Bagaimana? Okey? Jangan susah, dua hari lagi kita berjumpa. Tidak lari gunung dikejar. (halaman 95) Namun demikian, ianya agak berbeza antara interaksi yang berlaku di antara Melissa dan Syahid di dalam petikan perbualan di dalam cerpen yang menggambarkan perhubungan yang lebih intim lagi berbanding antara Hisyam dan Melissa di awal cerita. Bahasa yang digunakan bersulamkan emosi yang jelas menggambarkan bentuk perhubungan Melissa dan Syahid yang semestinya melibatkan soal hati dan perasaan. Bahasa Non-Verbal Bahasa non-verbal adalah bahasa yang tidak dinyatakan secara lisan tetapi lebih kepada perlakuan atau gerak geri tubuh seperti kontak mata, isyarat tangan dan sebagainya. Maka, terbentuklah sebuah hubungan sosial yang terhasil daripada bentuk komunikasi seumpama ini (Arbaie Sujud, Che Ibrahim & Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi, n.d). Terdapat beberapa komunikasi non-verbal yang melibatkan luahan sebuah perasaan yang turut secara tidak langsung membentuk sebuah komunikasi sosial antara watak-watak di dalam cerpen ini. Antaranya adalah: Dia tersenyum. Terhibur dengan ingatannya masa kecil-kecil dahulu. 8 (halaman 88)

Petikan di atas menunjukkan pernyataan bahasa non verbal Melissa melalui reaksi senyumannya apabila mengimbau kembali kenangan ketika dia masih kecil. Semestinya pembaca dengan mudah memahami bahawa terdapat sedikit kenangan indah turut terselit di dalam kehidupan Melissa meskipun terdapat kenangan pahit yang dia alami akibat daripada peristiwa rusuhan 13 Mei 1969. Selain daripada reaksi muka yang lahir daripada perasaan, terdapat juga bahasa non verbal yang dinyatakan melalui perbuatan atau perlakuan watak di dalam cerpen ini sebagai interaksi antara satu sama lain yang dapat memberi gambaran yang jelas mengenai keakraban dan rapatnya sesebuah perhubungan itu. Contohnya: Hisyam memimpin tangannya melompati parit-parit yang tertakung air di kebun kelapa itu. Mereka berjalan di bawah lindapan daun-daun kelapa yang rimbun dan pokok buah-buahan yang tumbuh tidak teratur. (halaman 96) Ayuh lompat! kata Hisyam lagi. Tetapi dia terus teragakagak. Hisyam lalu melompat kembali ke sampingnya. Tanpa memberi tanda dia lalu mencempungnya dan membawanya menyeberangi gelung itu. Walaupun terperanjat, tetapi dia tidak membantah, dibiarkannya sahaja. (halaman 97)

5.0

SISTEM SAPAAN Sistem sapaan adalah salah satu daripada sistem yang terdapat di dalam kesantunan berbahasa. Ini adalah kerana, sistem sapaan melibatkan kata ganti nama, rujukan hormat atau gelaran pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai status dan kedudukan sosial di dalam masyarakat. Sistem sapaan juga boleh difahami sebagai satu kaedah yang digunakan oleh masyarakat untuk menegur atau menyapa seseorang, baik dalam konteks rasmi atau tidak rasmi. Terdapat dua bentuk sistem sapaan atau rujukan dalam peradaban Melayu. Ianya dapat dibahagikan kepada dua bentuk sapaan iaitu sapaan formal dan tidak formal. Sapaan formal merujuk kepada gelaran atau lebih

panggilan kepada individu yang kehormat dan memiliki status yang

tinggi. Manakala, sapaan tidak formal adalah lebih kepada pertuturan antara penutur yang memiliki hubungan yang lebih akrab dan tidak bersikap formal. Di dalam cerpen Melissa, terdapat perbezaan di dalam sistem sapaan. Kebanyakkan perbualan di dalam cerpen ini, penulis menggunakan kata ganti nama aku dan kau. Ini adalah bersesuaian dengan konsep hubungan watakwatak di dalam cerpen ini yang memiliki perhubungan yang rapat antara satu sama lain. Tadi, ujar Farid setelah diam sejurus. Aku lihat kau dengan Syahid bukan main intim. Dia macam mahu memikat hatiku, jawabnya sambil lewa. Aku pun tertarik kepadanya. (halaman 84) Mei, Mei! kata Hisyam. Apabila aku sudah bekerja nanti, kita kahwin. Mak aku pasti suka. Aku akan ajar kau agama Islam. (halaman 88) Aku sedang berangan-angan. Angan-angan apa? Kau ingatkan aku? 10

Ya. Dia ketawa lagi, agak lebih kuat. Biar Syahid mendengarnya. Aduh! Aku juga tidak dapat melupakan wajahmu. Kau tahu sejak, kau tinggalkan aku tadi, aku tak dapat menulis lagi. (halaman 94) Namun demikian, kata ganti nama saya turut digunakan di dalam cerpen ini oleh penulis bagi menggambarkan kedudukan dan pangkat yang lebih tinggi daripada penutur. Tolong jangan apa-apakan mereka! Mereka kawan saya! Jangan! Saya sembah! Saya tidak marah. Saya tidak dendam. Sudah takdir Tuhan ke atas saya.... (halaman 90)

11

6.0

KEPENTINGAN GAYA BAHASA, KESANTUNAN BAHASA DAN SISTEM SAPAAN DALAM MASYARAKAT MALAYSIA Darsawasa ini, negara Malaysia mengalir bersama arus modenisasi dan globalisasi yang seakan tiada sempadan. Malaysia pada dewasa ini boleh dikatakan berdiri sama tinggi, duduk sama rendah jika dibuat perbandingan dari segi pembangunan yang pesat. Pemodenan di dalam negara kita agak membanggakan kerana kini, kita sudah boleh dikatakan setanding dengan negara yang memiliki kuasa ekonomi terbesar di dunia iaitu negara Amerika Syarikat. Namun demikian, keruntuhan institusi akhlak pelajar-pelajar di Malaysia semakin membimbangkan dan merungsingkan ramai pihak. Kebanyakan para pelajar Malaysia pada hari ini sudah kehilangan nilainilai tata susila yang sepatutnya diamalkan, Ini adalah amat berbeza dengan dengan remaja pada zaman dahulu di mana kesantunan bahasanya amat dijaga. Malah, bahasa pertuturan yang digunakan suatu ketika dahulu sudah hilang kelemah-lembutannya dan keindahannya. Remaja pada masa sekarang lebih gemar menggunakan kata ganti nama seperti kau dan aku apabila berinteraksi tidak kira sama ada dengan rakan sebaya ataupun golongan yang lebih tua. Ini amatlah dikesali kerana ianya ternyata bukan norma masyarakat Melayu untuk menggunakan ganti nama sedemikian untuk golongan yang lebih tua daripada penutur. Sebuah langkah yang efektif dan praktikal harus dijalankan bagi menangani isu-isu sebegini sebelum peradaban Melayu yang terkenal dengan sifat dan kesantunannya mati ditelan zaman. Media massa perlu menjalankan peranan dalam membentuk usaha untuk mengatasi masalah ini. Media terutamanya merupakan sebuah medium komunikasi pada masa kini. Melalui media massa seperti media cetak dan elektronik, unsur-unsur kesantunan bahasa boleh diterapkan dalam apa sahaja bentuk media yang disebarkan untuk tontonan atau bacaan umum. Golongan penulis yang aktif juga memainkan peranan yang penting. Tidak kira sama ada penulis bagi artikel-artikel di dalam surat khabar atau sekadar penulis-penulis bebas. Ciri-ciri kesantunan bahasa boleh diselitkan di dalam karya penulisan. Sebagai contoh, pendedahan yang lebih mendalam 12

tentang penggunaan kata ganti nama yang sesuai untuk golongan yang lebih tua seperti abang, kakak, pak cik ataupun mak cik. Secara tidak langsung pendedahan seumpama ini dapat mendidik golongan muda bagaimana untuk berinteraksi dan memiliki komunikasi yang sihat antara satu dengan yang lain. Kesimpulannya, kesantunan bahasa harus sentiasa diperjuangkan dan diterapkan di dalam budaya moden masyarakat hari ini tidak kira dalam bentuk media massa mahupun melalui penulisan. Ini adalah bagi mengelakkan kesantunan sesuatu bahasa yang suatu ketika dahulu pernah menjadi identiti kebangaan masyarakat Melayu tidak hilang ditelan zaman dan arus permodenan yang semakin deras.

13

7.0

Penutup . Hakikat tentang lunturnya kesantunan bahasa dalam masyarakat hari

ini tidak lagi dapat dinafikan. Sesungguhnya kesantunan bahasa merupakan sebuah peradaban yang harus dipelihara dan tidak dibiarkan untuk luput ditelan zaman. Penggunaan bahasa yang boleh menyakiti perasaan orang lain seperti memaki hamun, memfitnah, memprovokasi, mengejek, melecehkan orang lain dan sebagainya harus dihapuskan sebelum menjadi nanah dalam kalangan generasi baru negara kita suatu hari kelak.

14

Rujukan

Mohammad Farid Mohammad Alias. (2007). Kesantunan bahasa dalam kalangan remaja. Retrieved from Utusan Malaysia Online: 23 Februari 2012 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1220&pub=utusan_m alaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_05.htm&arc=hive Adenan Ayob. (2009). Bahasa Kebangsaan. Oxford Fajar. Kesantunan Bahasa dan Komunikasi. (2003). Retrieved from Utusan Online: 23 Februari 2012 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0314&pub=utusan_m alaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_05.htm&arc=hive Romadiah bt Mashudi. (2011). Hilangnya Kesantunan Bahasa Kita. Retrieved from Utusan Online: 23 Februari 2012 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0218&pub=utusan_m alaysia&sec=Sastera&pg=sa_01.htm&arc=hive Hasuria Che Omar, Noriah Mohamed., & Radiah Yusoff. (2009). Bahasa Vebal dan Bukan Verbal II. Institut Terjemahan Negara Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2004). Pertemuan Abadi: Koleksi Terpilih Abdullah Hussain. Dewan Bahasa dan Pustaka. Nurul Izzah Sidek. (2011). Remaja dan Kesantunan. Retrieved from Utusan Malaysia Online: 23 Februari 2012 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0217&pub=utusan_m alaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm&arc=hive Zuraidah Sulaiman. (n.d.). Minda: Hilang Budaya Santun. Retrieved from MyMetro: 23 Februari 2012 http://www.hmetro.com.my/articles/Minda_Hilangbudayasantun/Article/

15

Anda mungkin juga menyukai