Anda di halaman 1dari 3

CADANGAN KERTAS KERJA

LAWATAN AMAL JALINAN KASIH 2013

1.0 TUJUAN

1.1 Kertas kerja cadangan dikemukakan bagi mendapatkan kelulusan dari


Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPG
KBA) bagi lawatan amal ke rumah anak-anak yatim 2013.
1.2 Memohon peruntukan dari pihak pentadbiran untuk menampung kos bagi
menjayakan program lawatan amal ini dari aspek cenderamata, dan
makanan kepada AJK pelaksana dan semua yang terlibat.
2.0 PENGENALAN

Lawatan Amal Jalinan Kasih ini adalah salah satu acara yang julung kalinya
dirancang di IPG KBA yang dikendalikan dibawah unit Exco Kebajikan sempena
bulan Ramadhan yang bakal tiba.
Lawatan ini juga merupakan suatu tanda keprihatinan guru-guru pelatih di IPG
KBA untuk berbakti kepada golongan anak-anak yang tidak bernasib baik.
Biro Kebajikan telah memutuskan bahawa Lawatan Amal Pengikat Kasih
2013 ini akan diadakan pada 11 Julai 2013. Tarikh ini dipilih kerana ahli biro
berpendapat tarikh ini sesuai kerana bulan puasa dijangka akan jatuh pada tarikh
ini. Maka, guru-guru pelatih IPG KBA turut dapat berpuasa sambil beramal.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada pelajar untuk beramah mesra bersama masyarakat
3.2 Membentuk kerjasama antara guru-guru pelatih untuk menggerakkan
program
3.3 Membina jati diri dan toleransi serta memupuk sifat kasih sayang dalam diri
guru-guru pelatih
3.4 Mendidik guru-guru pelatih supaya dapat berinteraksi dengan dunia luar serta
masyarakat sekeliling dan memahami konsep bersyukur dengan segala
pemberian nikmat oleh Tuhan.
4.0 TARIKH / MASA / TEMPAT

Exco Kebajikan dan Sosial

1/3

CADANGAN KERTAS KERJA


LAWATAN AMAL JALINAN KASIH 2013

4.1 Tarikh
4.2 Masa
4.3 Tempat

: 15 Februari 2014
: 4.00 petang hingga 0800 malam
: Rumah Kasih Harmoni

5.0 KUMPULAN SASARAN


Lawatan ini mensasarkan penglibatan ahli-ahli Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar (JPP)IPG KBA, Biro Kebajikan JPP IPG KBA serta beberapa orang
guru-guru pelatih yang terpilih.
6.0 STRUKTUR JAWATANKUASA
Lampiran 1
7.0 TENTATIF
Cadangan tentatif program ialah seperti berikut :
Masa
4.00 ptg
4.30 ptg
4.45 ptg
6.00 ptg
6.25 ptg
7.30 ptg

Perkara
Ahli lawatan sampai ke destinasi
- Bacaan doa
- Ucapan Aluan YDP JPP IPG KBA
Acara riadah bersama anak-anak
- Ucapan penutup daripada pihak
Rumah Harmoni Kasih Penyampaian
-Penghargaan & Cenderamata
- Pembersihan diri
- JPP IPG KBA menyediakan tempat
untuk makan bersama anak-anak
Makan bersama

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Memandangkan program ini memerlukan perbelanjaaan yang berpatutan
supaya program dapat dijalankan dan dianjurkan dengan lancar. Tanpa bajet
yang cukup sudah tentu majlis tidak dapat dianjurkan dengan jayanya. Exco
Kebajikan dan Sosial mencadangkan supaya tindakan segera diambil dan
seterusnya meluluskan permohonan peruntukan untuk menjayakan program
ini seperti yang dinyatakan dalam anggaran perbelanjaan di Lampiran 2.
9.0 PENUTUP

Exco Kebajikan dan Sosial

2/3

CADANGAN KERTAS KERJA


LAWATAN AMAL JALINAN KASIH 2013

Diharap dengan penganjuran lawatan amal seumpama ini, ia sedikit


sebanyak dapat mencapai objektif penganjurannya serta melahirkan guru
yang berkualiti seiring dengan Falsafah Pendidikan Guru.
Disediakan oleh:

(JULIALIS RACHEL TOGANG)


Exco Kebajikan dan Sosial
JPP IPG KBA 2012/13
Disemak oleh:

(MUHAMMAD NUR ASNAWI BIN ROMLY)


Yang Dipertua
JPP IPG KBA 2012/13
Disahkan oleh:

(ENCIK MOHAMAD NAZRI BIN MOHD YUSOF)


Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
Diluluskan oleh:

(DR CHONG POH WAN)


Pemangku Timbalan Pengarah
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa

Exco Kebajikan dan Sosial

3/3

Anda mungkin juga menyukai