Anda di halaman 1dari 4

Puding kaca

(loyang 10 x 10 x 3)

Bahan A
200ml santan pekat
800ml air
110gm gula (sebaiknya jangan taruk semua, ikut suka manis sendiri)
11gm agar-agar sebuk
1/2 sk garam halus
2 helai daun pandan
Campurkan semua dan masak hingga mendidih.
Warnakan dgn warna kegemaran ...kemudian sejukkan dalam acuan kecil2, kalau
tak ada acuan kecil sejukkan dlm bekas empat segi dan potong kuib

B. Lapisan jernih
2000ml air
20 gm serbuk agar-agar
180 gm gula (sebaiknya jangan taruk semua, ikut suka manis sendiri)
Perisa laici
Masak bahan B hingga mendidih
Susun Bahan A dlm loyang yg telah dibasahkan dahulu agar senang keluarkan
nanti dan tuangkan Bahan B keatasnya
Sejukkan dalam peti

PUDING TEMBIKAI

12gm agar2 serbuk


2 keping roti gardenia
6 cawan air
1 cawan gula *
1/2 tin susu pekat * (rasa ikut citarasa sendiri)
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
cincau- dipotong kecil (utk dibuat biji tembikai - sy guna cincai dalam tin...tapis
air..ambil hirisan cincai..senang kan)
pewarna merah dan hijau

Rebus agar2 dengan air..


Bila sudah larut masukkan gula..
Apabila mendidih masukkan mentega..
Kemudian masukkan susu..
Ambil sedikit adunan agar2 ni kemudian blendkan ngan roti sampai sebati..
Kemudian tuang semula kedalam agar2 tadi..kacau rata...

Untuk buat puding tembikai tadi kita guna kaedah terbalik iaitu buat lapisan yg
merah dahulu. Supaya bila kita terbalikkan atau keluarkan dari acuan , lapisan
yg merah tu berada di sebelah atas dan yg hijau di sebelah bawah.

untuk meletakkan biji tembikai atau cincau tu,bagi nampakkan bijinyer


berselerak kita terpaksa buat selapis demi selapis. Maksudnyer kita tuang sedikit
warna merah di dasar acuan kemudian taburkan cincau. Kemudian tunggu ia
mengeras sedikit lepas tu, tuang lagi lapisan merah dan taburkan lagi cincau
begitulah seterusnyer.

Kemudian barulah tuangkan warna putih dan diikuti warna hijau untuk
kulitnyer..... mudahkan

Puding Polkadot Fruit Jelly


(sumber dr blog citarasawan)

Bahan-bahan
25gm serbuk agar-agar
330gm gula
1000ml susu segar
600ml air
300ml UHT whipping cream
1 bungkus Fruit Jelly
2-3 sudu besar jus oren sunquick / oren emulco

Loyang 9 x 6 x 3 (basahkan dahulu)

Cara-cara :
1. Satukan air, gula,serbuk agar-agar dan susu segar. Masak hingga mendidih.
Tutup api dan masukkan whiping cream. Kacau hingga rata.
2. Ambil 800ml agar-agar, masukkan 3 sudu besar jus oren sunquick, kacau rata.
Ketepikan.
3. Atur fruit jelly ke dasar loyang, ambil 400ml agar-agar oren dan tuang 1/2 dari
paras fruit jelly, biarkan membeku kemudian tuang lebihan agar-agar oren
hingga penuh. Biarkan membeku.
4. Atur fruit jelly ke atas lapisan agar-agar oren, cucuk dengan lidi supaya lekat.
Tuang agar-agar susu hingga penuh. Biarkan membeku.
5. Akhir sekali, tuang 400ml, baki agar-agar oren ke atas lapisan agar-agar susu
dan biarkan beku. Simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan

Anda mungkin juga menyukai