Anda di halaman 1dari 1

1.Apakah tujuan pembacaan?

Pada umumnya, tujuan pembacaan adalah untuk menambah ilmu seseorang, dan juga
membiarkan seseorang itu memahami teks atau sesuatu maklumat.
Melalui pembacaan, seseorang itu boleh mendapatkan kerangka awal isi kandungan dalam
sebuah buku untuk membuat keputusan dari segi kesesuaian bahan atau tindakan yang perlu
diambil seterusnya.Contohnya,jika seseorang itu ingin menyelesaikan soalan tentang topik
”keberangkalian”, dia hanya perlu mencari bahan rujukan matematik tambahan dan melihat isi
kandungannya adakah mempunyai topik yang diingin.
Selepas mengetahui maklumat yang ingin dicari, seseorang itu hanya perlu membaca bahagian
yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat khusus , dengan ini masanya dapat
dijimat.Contohnya, selepas seseorang itu dapat mencari bahan yang sesuai dengan topik, dia
hanya perlu berfokus membaca kepada subtopik yang berkaitan dengan soalan, tidak perlu
membaca panjang-panjang lagi supaya dapat menjimatkan masa.
Sebagai seorang pelajar , membaca juga telah menjadi rutin kehidupan. Jadi, sebagai seorang
pelajar, tujuan membaca juga adalah untuk akademik.Melalui membaca, pelajar dapat memahami
teks-teks serta maklumat yang terdapat dalam sumber buku atau Internet. Dengan ini, pelajar akan
berupaya memahami,membanding beza, menilai ,menginterpretasi dan membuat perkaitan
maklumat antara bahagian-bahagian teks yang dibaca.
Selain itu , tujuan membaca yang lain adalah untuk mengaplikasi teks yang dibaca. Contohnya,
jika seseorang telah membeli satu telefon bimbit yang baharu, biasanya dia tidak akan membaca
manual pengguna yang panjang, tetapi apabila dia ingin mengetahui ciri-ciri khusus gadjet
tersebut, dia akan mengaplikasi manual pengguna tersebut supaya dapat mengenai ciri-ciri gadjet.
Akhir sekali, tujuan pembacaan juga adalah untuk hiburan. Contohnya, seseorang akan
membaca buku cerita atau novel-novel pada masa lapang sebagai hiburan.

2.Apakah jenis bahan bacaan yang sesuai untuk pembacaan yang cepat dan lambat?
Kenapa?
Bahan bacaan yang sesuai untuk pembacaan yang cepat ialah buku-buku yang tidak berkaitan
dengan akademik. Contohnya novel dan buku cerita. Hal ini demikian kerana bahan bacaan
tersebut adalah untuk hiburan sahaja , saya tidak perlu memahami dengan dalam.Manakala bahan
bacaan yang sesuai untuk pembacaan yang lambat ialah buku-buku yang berkaitan dengan
akademik.Contohnya buku rujukan. Hal ini demikian kerana , bahan bacaan tersebut adalah
penting untuk pelajar , dan saya perlu memahami setiap perkataan dalam teks tersebut supaya
dapat menguasai bidang tertentu.

Anda mungkin juga menyukai