Anda di halaman 1dari 51

10 SOALAN TERPILIH ILMU

PENDIDKAN DAN 20 SOALAN


TERPILIH OPTION PAI

SIR MORIS
22 OGOS
1. PENGETAHUAN TENTANG PSIKOLOGI PENDIDIKAN PENTING
DIKUASAI OLEH GURU. NYATAKAN KONSEP PSIKOLOGI PENDIDIKAN? 

• Psikologi pendidikan ialah gabungan antara bidang psikologi


dan bidang pendidikan.Psikologi bermaksud kajian saintifik
mengenai tingkahlaku dan pemikiran manakala pendidikan
merupakan proses untuk mengembangkan potensi individu.
Oleh itu psikologi pendidikan lebih menjurus kepada  kajian
tentang perlakuan manusia dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Psikologi pendidikan memberi
gambaran/profil terhadap cara seseorang belajar dan
keupayaan pembelajaran individu. Disiplin ini memfokus
kepada pengetahuan teoretikal dan empirikal mengenai
pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan psikologi
pendidikan membantu dalam  perancangan kurikulum dan
instruksional.
2. SEBAGAI SEORANG BAKAL GURU, BAGAIMANAKAH PENGETAHUAN
PSIKOLOGI PENDIDIKAN   DAPAT ANDA GUNAKAN  UNTUK MEMBANTU
PELAJAR MEMPEROLEH PEMBELAJARAN YANG MAKSIMUM?

• Pengetahuan psikologi pendidikan penting bagi  bakal guru


kerana melalui disiplin ini guru dapat meramalkan tingkah laku
murid. Berdasarkan teori perkembangan misalnya, guru dapat
menjangkakan tingkah laku murid misalnya kesediannya
daripada pelbagai aspek;  tahap keupayaannya, apa yang disukai
dan apa yang kurang disukai mengikut peringkat umur
pertumbuhan dan perkembangan.  Oleh yang demikian
pengetahuan sebegini menjadi penting kepada guru untuk
membolehkannya menguruskan tingkahlaku murid,
memotivasikannya dan meningkatkan tingkahlaku pembelajaran
dan learning engagement.  Jika ini dapat dilakukan proses
pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih efektif.
3. TERANGKAN SALAH SATU ASPEK PERBEZAAN INDIVIDU YANG
DAPAT DIPERHATIKAN DIKALANGAN MURID?
• Terdapat pelbagai aspek perbezaan individu yang dapat diperhatikan di
kalangan murid. Antara yang paling ketara ialah perbezaan kecerdasan. 
Kecerdasan merupakan keupayaan atau potensi yang  dimiliki oleh
seseorang murid yang mempengaruhi keupayaannya belajar.Maka tidak 
hairanlah terdapat murid yang digolongkan sebagai pintar, cerdas,
sederhana, lemah atau lembam.  Terdapat beberapa pandangan tentang
kecerdasan.  Antaranya kecerdasan dilihat sebagai IQ, tetapi pandangan lain
pula melihat terdapat kecerdasan pelbagai, kecerdasan emosi (EQ)  dan SQ.
Setiap pengkaji mengemukakan teorinya dan sebagai guru pengetahuan
tentang kecerdasan menyumbang kepada pembinaan pemahaman yang
dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan kualiti P&P.  Sebagai rumusan,
kecerdasan dapat disimpulkan sebagai himpunan kecekapan seseorang yang
meliputi aspek mental, bakat/keupayaan,  kecekapan interpersonal dan
intrapersonal. Aspek perbezaan individu lain yang boleh
diterangkan.,Fizikal,Emosi, Rohani, Konsep kendiri, Personaliti, Lokus
kawalan, Gaya pembelajaran, Jawapan-jawapan lain yang sesuai.
4. PENGETAHUAN MENGENAI PERBEZAAN INDIVIDU DIPERCAYAI  MEMBANTU GURU
MENINGKATKAN KUALITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.  BINCANGKAN
PERANAN GURU DALAM MENGHADAPI PERBEZAAN INDIVIDU DI DALAM KELAS.

• Pengetahuan mengenai perbezaan individu  sangat penting kerana pengetahuan


sebegini menyediakan satu kerangka  yang dapat menjadi panduan kepada guru. 
Individu  di dalam sebuah kelas tidak sama.  Banyak aspek yang membezakan mereka.
Oleh yang demikian , pengetahuan sebegini membolehkan guru merancangan strategi
P&P yang berbeza.  Jika sekiranya individu/ murid berbeza keupayaan, Peranan utama
guru ialah perlu menjalankan strategi yang bersesuaian dengan murid. Analogi yang
diberikan untuk pengajaran dan pembelajaran ialah  buying and selling. Tidak ada
gunanya guru banyak mengajar sedangkan proses pembelajaran berlaku pada paras
yang minimum. Misalnya , sekiranya murid berbeza keupayaan, guru boleh
menggunakan kaedah  pemulihan dan pengayaan.  Pemulihan akan dapat membantu
murid yang  lemah manakala bagi murid yang pandai akan terus berkembang mengikut
keupayaannya.  Tanpa pengetahuan tentang perbezaan individu, guru mungkin akan
menggunakan kaedah seluruh kelas dan implikasinya murid yang lemah akan terus
tertinggal, manakala murid yang pintar berkemungkinan akan hilang motivasi kerana
pembelajaran yang dilalui tidak mencabar. Dengan ini jelas bahawa pengetahuan
mengenai perbezaan individu membolehkan guru  menjalankan  program pemulihan
dan pengayaan yang  implikasinya akan meningkatkan keberkesanan P&P.
5. AKTIVITI MENTAL TERDIRI DARIPADA DUA JENIS IAITU KOGNITIF DAN
METAKOGNITIF. JELASKAN PERBEZAAN DI ANTARA KEDUA-DUA AKTIVITI
TERSEBUT?

• Kognitif ialah aspek berfikir dan menjadi petunjuk kepada pembangunan diri
seseorang. Kemahiran berfikir ini sering kita menggunakan setiap hari seperti
mengelas, membanding, membuat urutan dan membuat penilaian. Aspek berfikir
ini menyumbang kepada keberkesanan dalam melakukan pekerjaan tertentu.
Keberkesanan berfikir memerlukan kemahiran berfikir secara konvergen, divergen,
mendatar atau menegak untuk menngendalikan kepelbagaian masalah dalam
konteks yang berbeza pada masa berlainan di sepanjang kehidupan.

• Sementara metakognitif merupakan pengetahuan mengenai proses-proses kognitif


atau  pengetahuan yang dapat digunapakai untuk mengawal proses kognitif. Maka
metakognitif ialah kesedaran dan pengawalan terhadap proses kognitif tersebut
dan kemampuan untuk menjanakan proses ini dalam mempertingkatkan daya
pemikiran dan pembelajaran. Selain itu metakognitif juga bermaksud seseorang
individu mampu  berfikir di atas pemikirannya
 
                                                                                                        
6. TERDAPAT PELBAGAI JENIS PEMIKIRAN KOGNITIF YANG TELAH
DIKENALPASTI OLEH AHLI-AHLI PSIKOLOGI SEHINGGA MASA KINI.
HURAIKAN BAGAIMANAKAH PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF DAPAT
DITINGKATKAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN?

• Bagi meningkatkan pemikiran kritis, guru boleh menggunakan


kaedah inkuiri dalam pengajaran. Perasaan ingin tahu murid-murid
dapat dipenuhi apabila guru memberi peluang kanak-kanak
menggunakan pancaindera untuk menyiasat, merasa, menyentuh
dan membuat kesimpulan dalam aktiviti pembelajaran. Perasaan
ingin hendak menyelidik sesuatu secara mendalam dan bukannya
secara menerima sahaja. Dengan pemikiran kritis, murid-murid akan
bersikap suka menilai satu-satu tindakan dari segi kelebihan dan
kelemahannya. Murid akan membuat keputusan berdasarkan
analisis serta penilaiannya terhadap masalah yang dihadapi. Murid
akan menjadi lebih yakin dan berani mengemukakan persoalan
menuju ke arah penyelesaian masalah.  Kaedah inkuiri seperti ini
mampu meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif.
7. MOTIVASI BOLEH MENDORONG INDIVIDU UNTUK BERTINDAK
AGAR SESUATU MATLAMAT ITU TERCAPAI. BINCANGKAN
KEPENTINGAN MOTIVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN?

• Kepentingan motivasi yang amat ketara dalam


pengajaran dan pembelajaran ialah ia mewujudkan
semangat persaingan sesama murid.  Dengan  adanya
motivasi, murid akan bersaing sesama mereka secara
sihat sama ada dalam akademik atau dalam aspek-
aspek kokurikulum yang lain.  Persaingan yang sebegini
akan meningkatkan pencapaian kerana masing-masing
berkeinginan untuk menjadi yang cemerlang.  Sejajar
dengan Teori Keperluan oleh Maslow, murid akan 
berusaha mencapai  hirarki tertinggi keperluan manusia
iaitu aktualisai kendiri.      
8.  CADANGKAN CARA BAGAIMANA ANDA BOLEH MENINGKATKAN MOTIVASI DALAMBILIK DARJAH?

•    Peneguhan merupakan antara aspek yang perlu diberi perhatian


dalam meningkatkan motivasi di dalam bilik darjah.  Menurut Teori
Behaviorisme, peneguhan boleh dikategorikan kepada dua iaitu
peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif ialah
rangsangan penting untuk  menambah kebarangkalian kepada tingkah
laku atau gerakbalas yang diingini daripada murid.  Sebagai contoh,
sekiranya murid menjawab soalan dengan betul, dengan adanya
peneguhan positif murid akan bermotivasi untuk menjawab dengan
betul pada masa-masa lain.  Peneguhan negatif  pula walaupun 
membawa kesan yang tidak menyeronokkan dapat mengurangkan
tingkah laku yang tidak diingini. Sebagai contoh, murid yang sering
membuat bising, sekiranya diberi peneguhan yang negatif, kemungkinan
dia tidak  akan mengulangi perbuatan tersebut. Penggunaan peneguhan
dapat memantapkan fokus mereka  meningkatkan tingkah laku
pembelajaran. Dengan ini nyata peneguhan merupakan antara cara
boleh digunakan untuk meningkatkan motivasi dalam bilik darjah.
9. TEORI PENAAKULAN MORAL KOHLBERG MENEKANKAN PERKEMBANGAN
MORAL BERLAKU DALAM TIGA TAHAP. PADA TAHAP PERTAMA PENAAKULAN
MORAL PRA-KONVENSIONAL, PEMBINAAN MORAL BERORIENTASIKAN
HUKUMAN-PATUH DAN ORIENTASI GANJARAN.  SEJAUH MANA ANDA
MEMAHAMINYA?

• Usaha pembinaan moral perlu bermula di peringkat awal. Pembinaan moral


mempunyai kaitan yang rapat dengan pedisiplinan. Orientasi hukuman dan
ganjaran sesuai dan relevan dalam membantu kepada pembinaan moral kanak-
kanak.  Hukuman dilihat sebagai mengenakan kesakitan dengan sengaja oleh
orang yang berautoriti ke atas seseorang yang melanggar peraturan dan  ke atas
sesorang yang melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan. Ganjaran pula
dilihat sebagai usaha peneguahan kepada sesutau tingkah laku yang dingini.
Hukuman dan ganjaran dilihat sebagai teknik modifikasi tingkah laku.  Kajian
menunjukkan bahawa teknik modifikasi tingkah laku sebegini berkesan dan
seterusnya mampu membina kemoralan sosial yang sihat. Teori penaakulan Moral
Kohlberg melihat tahap awal kemoralan banyak dipengaruhi oleh sejauh mana
kanak-kanak mematuhi peraturan sosial melalui orientasi hukuman dan ganjaran. 
Kanak-kanak mematuhi peraturan bertujuan untuk mengelak hukuman dan
kepatuhan terhadap peraturan diperkukuh melalui ganjaran. Sesuai dengan
peringkat awal perkembangan kanak-kanak,  penaakulan moral yang sebegini
mampu menyedia asas ke arah pembinaan moral yg positif.
• Gejala kemorosotan moral dan disiplin  yang  semakin meningkat  dapat
dikaitkan dengan amalan kita yang tidak menbenarkan hukuman dan
dendaan walaupun bagi kes-kes seperti pergaduhan.  Implikasinya 
semakin tidak menghormati guru dan bergaduh. Kita tidak harus terlalu
menumpukan kepada pendekatan lembut (internally induced method)
dan meninggalkan  pendekatan yang agak keras (externally enforced
method).  Kesimpulannya orientasi hukuman dan ganjaran adalah perlu, ,
sikap terlalu bertoleransi dan lembut tidak menyumbang kepada
perkembangan moral yang sihat.
 
• ·         Pembentukan  peribadi  dari perspektif Islam turut menekankan
aspek pendisiplinan.  Bagi anak yang tidak menunaikan solat/sembahyang
setelah mencapai umur 7 tahun boleh dirotan.  Natijah daripada ini, tidak
salah untuk mendenda asalkan dendaan itu bersesuaian dengan
kesalahan yang dilakukan dan bertujuan untuk kebaikan. Tingkahlaku
negative dapat diubah dan pembentukan moral yang baik dapat
ditekankan
• ·       
•   Teori Behahaviorisme membuktikan bahawa hukuman dan dendaan
merupakan antara strategi yang boleh digunapakai melemahkan tingkahlaku
yang tidak diingini dan mendorong kepada pembentukan tingkah laku yang
diingini (perkembangan moral). Di bawah konteks psikologi pendidikan,
dendaan membawa kesan secara tidak langsung untuk membentuk tigkah
laku  yang diingini.  Kajian telah membuktikan bahawa ia adalah satu teknik
yang boleh digunakan malah teknik sebegini turut digunakan dalam sistem
kehakiman.

• ·         Kerelevanan  orientasi hukuman dan ganjaran  sebenarnya dilihat


sebagai satu teknik modifikasi yang bersifat universal dan terpakai luas
sehingga hari ini.  Misalnya sistem  kehakiman dan beberapa puasat
pemulihan akhlak masih mengamalkan hukuman dan ganjaran.  Untuk usaha
membina dan mengembangkan moral, hukuman seperti penjara, rotan atau
yang lain-lain untuk pesalah semata-mata bertujuan untuk pembinaan
semula mora.  ganjaran juga turut diberikan kepada pesalah misalnya
pengurangan hukuman atau pengampunan bagi banduan yang berkelakuan
baik. 
10. TERDAPAT PELBAGAI GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN
MURID.  NYATAKAN MODEL GAYA PEMBELAJARAN INDIVIDU
MENGIKUT DUNN & DUNN  
• Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1978)
menyatakan bahawa gaya pembelajaran merupakan
kaedah seseorang menumpu, memproses, menyerap
dan mengingat maklumat. Model ini berdasarkan
prinsip-prinsip di mana  kebanyakan individu mampu
dan boleh belajar.   Gaya pembelajaran individu akan
bertindak balas dengan iklim, sumber  dan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran. Model ini menekankan
empat gaya pembelajaran iaiatu auditori, visual, tactile
dan kinestetik.
 
• 20 SOALAN TERPILIH SEJARAH YANG KERAP
DISOAL OLEH PANEL IV SPP
1. KENAPA SEJARAH DIKAITKAN DGN ORG MATI.
BAGAIMANA NAK ATASI SALAH FAHAM INI?

• Mengapa perkara ini berlaku? Mereka


mengaitkan sejarah dengan orang mati sahaja
kerana:
• 1. Mereka salah anggap bagi mereka sejarah tidak
bernilai dalam kehidupan mereka kerana bagi
mereka hanya belajar isu, peristiwa dan perkara
yang sudah berlalu. Kefahaman ini amat salah
dan sebagai guru yang terlibat langsung dlm
pengajaran sejarah ini maka perlu untuk
memperbetulkan stereotype ini dengan:
• a. Memperbetulkan falsafah mereka yang salah dengan memberi
bukti nyata bahawa dengan sejarah lalu menjadi panduan kepada
pembentukan corak hidup individu, masyarakat di masa depan
negara kerana jika tiada kesedaran sejarah pahit lama akan
berulang.
• b. Menyatakan dengan tegas bahawasanya sejarah bukan sejarah
berkisar kepada orang yang telah mati bahkan semua perkara yang
sudah lepas namun menjadi kesan kepada setiap individu,
masyarakat dan negara mahupun perkara itu hanya berlaku
semalam. Sejarah mencipta kejayaan mahupun kegagalan.
• c. Bahkan para guru perlu yakinkan belajar sebagai generasi masa
depan negara untuk lebih insaf hanya dengan melihat dan
mengambil iktibar sejarah kekalahan perang dunia ke 2 sahaja
menjadikan JEPUN negara maju dan grgasi ekonomi dunia pada
masa kini.
•  
2 .BAGAIMANA ANDA NAK TERAP KAN PAK21 DLM SUBJEK
SEJARAH?
• Diterapkan melalui:
• 1. Pelaksanaan PdP sejarah yang menarik Guru harus sentiasa berkreatif
dalam pelaksanaan PdP mata pelajaran sejarah untuk menarik perhatian
murid dengan menggunakan kemudahan ICT dan alikasi terkini dlm PdP.
Bukan sahaja menggunakan cara mencerita dan menghafal Penggunaan ICT
dalam pengajaran sejarah dapat membantu murid belajar matapelajaran
sejarah seperti tayangan video yang berkaitan dengan peristiwa sejarah.
• 2.Mewujudkan PdP berfokus kepada pemusatan pelajar dengan
pembelajaran kendiri pelajar mencari maklumat dan info sejarah dengan
menggunakan bantuan gadjet dan aplikasi komputer dan guru hanya
sekadar moderator menyemak info yang diperolehi pelajar.
• 3. Menjadikan kelas dan PdP yang lebih aktif dan saling kolaboratif
diantara guru dengan pelajar,pelajar sesama pelajar bahkan pelajar dgn ibu
sokongan ibu apa.
3. SEBAGAI KETUA PANITIA SEJARAH APAKAH AKTIVITI YG ANDA BOLEH
LAKSANAKAN UTK MENINGKATKAN PENCAPAIAN SUBJEK SEJARAH?
• 1 KURIKULUM
• Mendapatkan sukatan pelajaran terkini, Penyediaan rancangan pengajaran bersama,
Kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran, Kepelbagai teknik mengajar, Kepelbagian program
pengayaan dan pemulihan, Meningkatkan koleksi BBM hasilan panitia, Memperbanyakkan koleksi
BBM yang dibeli, Post mortem dan tindakan susulan peperiksaan, Menyemak buku latihan pelajar,
Memberi kursus dalaman, Bimbingan untuk ahli panitia baru dan Pelaksanaan program khas
kemahiran belajar.

• 2 PENGURUSAN
• Pengajaran berpasukan (team teaching), Mengadakan kursus dalaman, Pemantauan aktiviti
panitia, Mengadakan mesyuarat berkala dan “post-mortem”, Penyeliaan kerja-kerja kursus pelajar
•  
• 3 KOKURIKULUM
• Melaksanakan program/aktiviti persatuan berasas akademik, Menyertai pertandingan berkaitan
panitia, Membantu persatuan berasaskan akademik dalam kepakaran ikhtisas

• 4 PENDEKATAN LAIN
• Mewujudkan kerjasama dengan PKG, PPD dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan
Mewujudkan kerjasama dengan Ketua Panitia di SMK yang lain
•  
4. NYATAKAN CIRI GURU SEJARAH YG CEMERLANG?
• 1)    Mempunyai pengetahuan mendalam terhadap bidang pengajaran sejarah

- Murid-murid mudah dipengaruhi dengan pelbagai bentuk persoalan sejarah  yang memerlukan
penjelasan oleh guru.

• 2)    Menguasai psikologi, pedagogi pengajaran dan mpelbagaikan kaedah pengajaran

- Kaedah pengajaran yang pelbagai adalah untuk pembelajaran lebih menarik dan mengelakkan
rasa bosan di kalangan pelajar.

• 3)    Memberi sepenuh komitmen terhadap kerjaya seorang guru

- Beban tugasan kerja yang banyak yang harus dipikul oleh guru sejarah pada hari ini tidak seperti
beberapa tahun lalu meminta mereka bijak dalam membahagikan masa dan tenaga untuk mendidik
murid di sekolah. Hal rumahtangga tidak seharusnya dicampur dengan urusan pekerjaan.
            
• 4)    Menjadi ‘role model’ kepada murid-murid di sekolah

- Guru perlu menjaga tingkah laku dan personaliti diri sebagai ikutan kepada murid-murid di
sekolah. Guru cemerlang juga adalah yang mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan
masalah dan memberi pandangan yang bernas.

5. HURAIKAN ELEMEN KENEGARAAN DAN SIVIK YG
DITERAPKAN DLM SUBJEK SEJARAH?
• Terdapat tujuh dimensi kenegaraan yang diketengahkan sebagai penanda
aras untuk menerapkan elemen kenegaraan dan nilai sivik dalam mata
pelajaran Sejarah. Dimensi kewarganegaraan yang pertama ialah melalui
perkongsian sejarah. Melalui perkongsian sejarah, terdapat beberapa
elemen yang diterapkan seperti berbangga dengan sejarah dan asal usul
negara, menghargai kewujudan dan kegemilangan kerajaan Melayu
tradisional, mengambil iktibar kesan penjajahan kuasa luar ke atas negara,
menghayati peristiwa kemerdekaan negara dan memelihara warisan
negara. Elemen-elemen ini amat penting khasnya dalam mengambil
iktibar peristiwa yang telah berlaku. Abd. Rahman Abd. Rashid (1999),
mempelajari sejarah bukan semata-mata untuk pengetahuan, tetapi juga
menjadi pedoman dan memberi iktibar kepada sesuatu bangsa tentang
apa yang telah berlaku. Melalui penerapan elemen-elemen ini, mata
pelajaran Sejarah akan melahirkan warganegara yang mengetahui dan
memahami sejarah pembentukan negara.
• Seterusnya, dimensi kewarganegaraan yang diketengahkan
ialah perkongsian nilai. Dalam dimensi ini, tiga elemen
kewarganegaraan dan nilai sivik yang akan diterapkan dalam
mata pelajaran Sejarah. Antaranya ialah menyanjungi prinsip
Rukun Negara, menghormati kepelbagaian agama dan budaya
serta berbangga dengan lambang dan simbol negara. Menurut
Nazaruddin (2000), Rukun Negara adalah satu susunan cara
(prinsip) hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai
kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi semua
aspek kehidupan bernegara. Dengan penerapan elemen dan
nilai sivik melalui mata pelajaran Sejarah, ia dapat melahirkan
warganegara yang mengamalkan sikap dan perlakuan yang
berhemah. Ciri-ciri warganegara seperti ini amat penting di
mana Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri
daripada masyarakat yang berbilang kaum dan agama.
• Selain itu, dimensi kewarganegaraan yang digunakan ialah
perasaan kekitaan. Dalam dimensi ini, elemen
kewarganegaraan dan nilai sivik yang diterapkan ialah
menghormati amalan kepelbagaian kaum, budaya dan
agama, berbangga dengan hari kemerdekaan,
memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
dan berbangga dengan pencapaian negara. Menurut Ismail
Said (2010), mata pelajaran Sejarah membentangkan
pelbagai peristiwa dan fakta berkenaan permuafakatan
pelbagai kaum pada waktu sebelum, semasa dan selepas
merdeka boleh membangkitkan semangat kebersamaan
dalam kalangan setiap warganegara. Sesungguhnya, melalui
penerapan elemen dan nilai sivik seperti ini, mata pelajaran
Sejarah mampu membentuk warganegara yang bersatu
padu dan bersemangat patriotik.
•  
• Begitu juga, melalui dimensi kewarganegaraan seterusnya,
iaitu perkongsian masa depan, elemen kewarganegaraan dan
nilai sivik seperti menghornati masyarakat pelbagai kaum,
memakmurkan ekonomi negara dan mengekalkan warisan
negara dapat diterapkan. Menurut Mohd Sohaimi Esa et
al. (2011), negara kita tidak dapat lari daripada menghadapi
pelbagai cabaran hubungan etnik seperti kepentingan etnik
dari aspek sosial yang meliputi aspek pemisahan fizikal,
pengasingan pendidikan, popurisasi kaum dan kontrak sosial.
Oleh yang demikian, penerapan elemen dan nilai sivik khasnya
melalui mata pelajarah Sejarah, masyarakat di negara ini
mampu untuk bertolak ansur dan saling bekerjasama dalam
melonjakkan ekonomi negara. Begitu juga, kita mampu
membina keyakinan dan tanggungjawab warganegara
Malaysia untuk mencorakkan masa depan negara pada masa
depan.
• Di samping itu, melalui dimensi kewarganegaraan yang
seterusnya iaitu kesetiaan, elemen kewarganegaraan dan nilai
sivik seperti mematuhi perintah Tuhan, mentaati Raja dan
Negara, menghormati pemimpin negara serta mematuhi
undang-undang dan peraturan negara dapat diterapkan
melalui mata pelajaran Sejarah. Negara Malaysia merupakan
sebuah negara yang mengamalkan sistem raja
berperlembagaan. Menurut Nadzan Haron dan Rozeman Abu
Hassan (2010), perlembagaan bertindak sebagai garis
panduan kepada pembentukan undang-undang sama ada di
pihak pemerintah atau rakyat. Oleh yang demikian, dengan
penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam
mata pelajaran Sejarah, ia dapat memupuk warganegara yang
mempunyai kepercayaan kepada Tuhan  dan mempunyai
perasaan taat dan setia kepada negara.
• Seterusnya, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam
mata pelajaran Sejarah diterapkan melalui dimensi
kewarganegaraan, iaitu tanggungjawab warganegara. Dalam
dimensi ini, antara elemen dan nilai sivik yang akan
diterapkan ialah mempertahankan identiti negara,
mempertahankan warisan negara serta menerima perbezaan
kaum, budaya dan agama. Hal ini turut dinyatakan oleh
Omardin Haji Ashaari dan Yunus Muhamad (2002), sejarah
dapat membantu mengembang dan membangkitkan
kesedaran terhadap tugas dan tanggungjawab warganegara
itu kepada negaranya dan mampu menanam rasa bangga
menjadi warganegara. Ini sekaligus membuktikan penerapan
elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam mata
pelajaran Sejarah mampu melahirkan warganegara yang
mengetahui dan memahami tanggungjawab sebagai
warganegara dengan sepenuh hati.
• Dimensi kewarganegaraan yang terakhir seperti yang digariskan dalam
Dokumen KSSR, Sejarah ialah keterikatan emosi kepada negara. Dalam
dimensi kewarganegaraan ini, antara elemen kewarganegaraan dan nilai sivik
yang akan diterapkan melalui mata pelajaran Sejarah ialah menghargai sejarah
asal usul negara, menghargai warisan negara dan identiti negara, menghayati
prinsip Rukun Negara, bersyukur dengan keharmonian dan kemajuan ekonomi
serta berbangga dengan pencapaian negara. Dengan penerapan elemen dan
nilai sivik ini, mata pelajaran Sejarah mampu melahirkan warganegara
Malaysia yang bersatu padu dan bersemangat patriotik. Hal ini turut disokong
oleh Sheela Abraham (1994), di mana beliau mengatakan bahawa sudah
menjadi satu tradisi bahawa sejarah diberi tanggungjawab untuk menanam
nilai-nilai seperti moral, budaya dan patriotik dalam kalangan generasi muda.
•  
• Jelas sekali bahawa penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik ini
dilaksanakan secara sistematik melalui tujuh dimensi kewarganegaraan yang
telah digariskan dalam Dokumen KSSR, Sejarah. Sesungguhnya, penerapan
elemen kewarganegaraan dan nilai sivik melalui mata pelajaran Sejarah dapat
memainkan peranan dalam melahirkan warganegara Malaysia yang bersatu
padu dan bersemangat patriotik.
6. KENAPA SUBJEK SEJARAH ADALAH SUBJEK TERAS DAN
WAJIB LULUS?
• Kerana Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 3 tahun 2011 yang menyatakan subjek
Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus bermula tahun 2013. Malah, langkah
kerajaan menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai syarat wajib lulus di peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia bukanlah untuk membebankan pelajar, sebaliknya
bertujuan untuk:
• 1. Meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai sejarah negara sebagai usaha
untuk mendidik pelajar menjadi warganegara yang baik setidak-tidaknya pelajar
tahu asas sejarah negara. Apabila ia (mata pelajaran Sejarah) tidak diwajibkan,
ramai menganggap Sejarah sebagai mata pelajaran tidak penting dan langsung
tidak ingin mengetahui sejarah negara, langsung tidak tahu apa yang jadi zaman
terdahulu, dan tidak hargai keadaan masa kini. Keputusan ini adalah sama seperti
langkah menjadikan mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk
mendapatkan sijil SPM.
• 2. Selain daripada memelihara Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, rakyat
Malaysia juga harus memahami sejarah Malaysia serta Perlembagaan Persekutuan
menerusi subjek Sejarah. Pelajar memiliki keputusan SPM bukan sahaja penting
dari sudut kompetensi untuk berkhidmat dan keupayaan bertutur tetapi sebagai
pembentukan identiti dan asas perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
7. SIAPAKAH TOKOH SEJARAH YANG ANDA KAGUMI HINGGA KINI?
• Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim adalah tokoh sejarah yang saya kagumi hingga
kini, saya sebagai graduan sejarah amat menyanjungi mendiang dan Saya mula mengikuti
setiap pandngan beliau sejak belajar di sekolah menegah sehingga saya dapat menuntut
ilmu di universiti hingga kini. Mendiang, merupakan seorang yang tidak jemu memberi
sokongan dalam usaha memartabatkan sejarah tanah air. Mendiang adalah anak jati
Malaysia yang tinggi semangat patriotisme dan patut dijadikan suri tauladan kepada
semua warganegara.

• Mendiang adalah seorang tokoh yang berprinsip dan jujur mentaati sejarah,
Perlembagaan dan Rukun Negara. Sebagai ahli sejarah dan akademik yang tersohor,
mendiang menjadi pakar rujuk negara dan terlibat dalam pembentukan Rukun Negara,
membina silibus sejarah tanah air, serta menghormati status dan peruntukan dalam
Perlembagaan.

• Mendiang sering mengingatkan khalayak tentang sistem pentadbiran Malaysia yang


berasaskan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, serta peri pentingnya
rakyat menghormati institusi Raja Melayu dan hak istimewa Melayu dan Bumiputera,
serta bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Mendiang juga memperbetulkan
tafsiran sejarah yang terpesong seperti dakwaan kononnya Yap Ah Loy yang membuka
Kuala Lumpur, sehingga mendiang tidak disenangi oleh segelintir orang Cina.
•  
8. HARAPAN AWAK SEBAGAI GURU SEJARAH?

• 1.Sejarah terus diperkasa dan diutamakan semua


warganegara sebagaimana kedudukannya tercatat sebagai
subjek teras dlm SPM.
• 2. Dapat mengajar dan mendidik generasi masa datang
menjadi modal insan negara yang menghargai, berbangga
dan mencintai negara bangsa Malaysia dengan menjadikan
sejarah sebagai rujukan dan panduan mereka.
• 3. Semoga sejarah terus dipertahan sebagai subjek teras dan
para pelajar akan lebih mencintai dan meminati subjek
sejarah sebagai satu cara menginsafi diri sebagai seorang
rakyat yang hidup dalam kepelbagaian kamu dan agama
bahawa pentingnya perpbaduan.
•  
9. CARA TERBAIK MENARIK MINAT PELAJAR MEMINATI SUBJEK SEJARAH?

• Bagi meningkatkan minat pelajar terhadap mata


pelajaranSejarah, guru haruslah menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran lebih menarik. Guru harus lebih kreatif dan
inovatif apabila mengajar Sejarah. Mereka tidak harus terlalu
berorientasikan peperiksaan sebaliknya mempelbagaikan
proses pengajaran untuk mencetuskan minat pelajar untuk
mengetahui peristiwa Sejarah tersebut berlaku. Contohnya,
guru sebagai warga pendidik bertanggungjawab
memartabatkan profesional diri dan menerusi kaedah lakonan,
temu ramah atau tayangan video supaya lebih menarik
pelajaran. Dengan ini, semangat patriotik akan ditanam pada
pelajar erana memahami kepahlawanan orang untuk mendapat
kemerdekaan.
•          
•    Selain itu, kita wajib membawa pelajar melawat
tempat-tempat bersejarah. Sebenarnya, proses
pengajaran tidak harus di bilik kelas sahaja tetapi juga
pelajar harus dibawa melawat tempat bersejarah. Hal
ini dikatakan demikian kerana lawatan membolehkan
pelajar melihat tempat tersebut dan mengetahui kisah
yang berlaku di situ. Ini memudahkan pelajar ingat
bahawa peristiwa yang telah berlaku. Contohnya, kota
A’ Farmosa di Melaka telah menunjukan egemilangan
Kesultanan Melaka kerana kota pertahanan yang
kukuh ini. Sememangnya sudah terang lagi
bersuluh bahawa lawatan dapat meningkatkan
perasaan cinta pelajar terhadap subjek Sejarah.
•            
• Seterusnya, pelajar telah diberikan tugasan untuk melakukan kajian atau
folio Sejarah. Apabila masa lapang, pelajar haruslah pergi untuk melakukan
kajian mengenai tajuk kajian yang diberi. Contohnya, meneliti atau
menemu ramah tooh-tokoh tertentu kajian dan temu ramah ini
memberikan pengetahuan secara langsung kepada pelajar tentang Sejarah
tempatan. Dengan mencari maklumat melalui pelbagai kaedah, pengenalan
tentang mata pelajaran Sejarah akan ditingkatkan. Secara langsung, kajian
ini mampu menyuntik perasaan minat akan Sejarah dalam kalangan pelajar.
•             Dari perspektif lain, guru boleh menjemput tokoh-tokoh Sejarah
berceramah di sekolah. Hal ini memanglah wajar kerana ceramah yang
disampaikan oleh tokoh sejarah itu kepada para pelajar mampu menarik
minat pelajar untuk mengetahui sejarah negara. Tokoh-tokoh sejarah lebih
memahami perkembangan sesuatu peristiwa. Pengalaman yang
disampaikan ereka merupakan fakta yang benar-benar dihadapi mereka.
Para pelajar juga berkesempatan untuk mengenali tokoh sejarah negara
yang banyak memberikan sumbangan terhadapnegara. Sesungguhnya,
bergelanggang di mata orang banyak bahawa minat pelajar akan
ditingkatkan sehingga pelajar sanggup bersungguh-sungguh
membangunkan negara kita.
10. SEJARAH PENUBUHAN NEGARA MALAYSIA?
• Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada tanggal 16
September 1963 dimana dalam penubuhan negara ini
ianya telah melibatkan gabungan antara Persekutuan
Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Borneo Utara
(Sabah).
• Menyorot kembali perjalanan pembentukan Malaysia pada
50 tahun yang lalu, ianya bermula apabila Perdana Menteri
Persekutuan Tanah Melayu ketika itu, Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj dalam ucapannya di depan Persidangan
Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara yang
diadakan di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961
telah membayangkan penubuhan sebuah negara yang
melibatkan gabungan Persekutuan Tanah Melayu,
Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah.
• Kerjasama gabungan ini lebih merupakan kepada satu bentuk
kerjasama dari segi politik dan ekonomi dan ianya juga sebagai
satu langkah untuk menyekat pengaruh komunis yang dilihat
semakin menular dan menjejaskan kestabilan politik.

• “Selain itu, pembentukan Malaysia juga adalah untuk


menyeimbangkan populasi kaum yang berada di Persekutuan
Tanah Melayu dan Singapura. Persekutuan Tanah Melayu
mempunyai majoriti penduduk kaum Melayu diikuti Cina, India
dan lain-lain manakala di Singapura pula, jumlah kaum Cina begitu
ramai dan tindakan Tunku membawa Borneo Utara (Sabah),
Sarawak dan Brunei untuk membentuk Malaysia itu juga sedikit
sebanyak menyeimbangkan populasi kaum yang ada di Malaysia
dimana kebanyakkan penduduk di sana adalah kaum Bumiputera
yang terdiri dari etnik Iban, Kadazan, Murud, Bajau dan bamyak
lagi.
•  
11. . NYATAKAN TUGAS LAIN GURU SEJARAH?

• 1. Menguruskan kelab SEJARAH dengan aktif


menggerakkan aktiviti menarik minat para pelajar
kepada subjek sejarah dan sejarah negara.
• 2. Sentiasa memberikan kerjasama melibatkan
sebarang bentuk bantuan dan aktivit yang
diperlukan oleh panitisa sejarah.
• 3. Sentiasa berhubung dgn ibu bapa memastikan
proses pembelajaran murid berjalan dengan
lancar dan mendapat sokongan dan perhatian
daripada ibu bapa
•  
12. SENARAIKAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG BOLEH
DILAKSANAKAN DALAM KELAB SEJARAH?

• 1. Pertandingan pidato,penulisan,sajak, syair dan


pentomen dengan mewujudkan minggu menghayati
sejarah di sekolah.
• 2. Mengadakan lawatan ke tempat- tempat sejarah,
fakulti sejarah dan tamadun Melayu di universiti untuk
mendedahkan pelajar kepada corak belajar sejarah di
universiti dan memotivasikan para pelajar.
• 3. Mewujudkan PAGE FB kelab sejarah sekolah yang aktif
dengan memperbanyakkan siaran pendidikan sejarah dan
isu isu semasa sejarah.
• 4. Mengadakan tokoh pelajar di sekolah sebagai dorongan
kepada pelajar utk lebih cemerklang dalam subjek sejarah.
13. BAGAIMANA SUBJEK SEJARAH DAPAT MEMUPUK
PERPADUAN DALAM NEGARA?

1. Sejarah dapat memupuk semangat patriotisme


atausemangat cintakan negara. Perasaan ini timbul apabila
kita mempelajari sejarahtanahair dan dengan itu akan
lahirlah rasa bangga terhadap negara dan bangsa.
Tanpasemangat ini, maruah negara kita boleh tercalar
apabila lahirnya warganegara yangsanggup mengadai dan
menjual maruah negara seperti terlibat dengan
kegiatanmenyeludup masuk warga asing. Semangat
patriotisme timbul apabila kita mengetahuidan memahami
siapa diri, bangsa dan negara kita, serta mempunyai
pengetahuanteguh tentang sejarah negara kita.
• 2. Sejarah juga membantu kita menghargai dan memelihara
kemerdekaan sertakedaulatan negara. Proses mendapatkan
kemerdekaan telah pun selesai pada1957tetapi pengisiannya
bukanlah perkara yang mudah. Lebih sukar di negara
majmukseperti Malaysia. Jika generasi muda hari ini tidak
memahami sejarah pembentukannegara, apa yang telah
bina akan runtuh dan musnah. Meruntuhkan sesuatu
amatmudah tetapi untuk membina atau membentuk sesuatu
itu yang sukar. Negara merdekaTanah Melayu dibentuk hasil
tolak ansur orang-orang Melayu untuk menerima
golonganimigran Cina dan India. Pemahaman terhadap
kontrak sosial ini amat penting untukmemacu Malaysia
sebagai negara maju. Kegagalan memahami kontrak sosial
inimampu mendatangkan impak negatif kepada negara
• 3. Matlamat pendidikan sejarah adalah untuk
memupuk semangat setia negara danperasaan bangga
sebagai rakyat Malaysia. Melalui pengetahuan dan
penghayatansejarah tanah air pelajar-pelajar akan
dapat memahami keadaan masyarakat dannegara
dalam mewujudkan semangat perpaduan dan
kekitaan terhadap masyarakatdan negara sebagai satu
unit. Pendidikan sejarah juga berperanan sebagai alat
pentingbagi memupuk perpaduan bangsa dan
membina masyarakat yang bersatupadu.Gagasan
negarabangsa Malaysia merupakan usaha menjadikan
diri sebagairakyat Malaysia yang berkongsi negara dan
impian yang serupa.
• 4. Sejarah juga boleh dijadikan asas rujukan penting bagi
membina aspirasi baruuntuk membangunkan maruah,
martabat dan kewibawaan sesuatu bangsa.
Pendidikansejarah juga dapat memainkan peranan dalam
pembinaan negara bangsa apabiladapat mencetuskan
inspirasi melalui tema-tema yang terdapat dalam
sukatankandungan matapelajaran tersebut. Melalui
pendidikan sejarah juga, nilai kesetiaandapat dipupuk
dan ditanamkan sebagai satu nilai hidup yang penting
bagi membina danmeningkatkan komitmen generasi
muda kepada negara dan bangsa. Nilai kesetiaan iniakan
dapat mengukuhkan ketahanan negara dan mendorong
semangat ingin berkorbandan berbakti kepada bangsa
dan negara.
14. CERITAKAN SEJARAH INSTITUSI PARLIMEN MALAYSIA

• Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi


Berparlimen di bawah pentadbiran Raja
Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan
mengadakan syarat-syarat sedemikian untuk
membolehkan pelaksanaan sistem ini. Salah
satu kriteria sistem Demokrasi Berparlimen adalah
pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam
pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman dan
Eksekutif (Pentadbiran).
 
• Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan
sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem
Persekutuan. Berdasarkan kepada peruntukan ini Negeri-negeri
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan,
Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan
Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara
Malaysia.

Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian
kuasa masing-masing seperti kewangan, pertahanan, pelajaran,
luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di
dalam Perlembagaan Malaysia untuk di tadbir oleh Kerajaan
Pusat. Terdapat beberapa perkara yang diletakkan di
bawah kuasa negeri-negeri dan setiap negeri tersebut diberikan
hak untuk mentadbir perkara-perkara tersebut.
• Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, diperuntukan oleh
Perlembagaan Institusi Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu
di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja yang mana Raja-raja
Melayu telah diberi kuasa untuk memelihara keistimewaan dan
adat istiadat orang Melayu dan pentadbiran Agama Islam di
negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong adalah Ketua Agama Islam bagi Negeri-negeri Pulau
Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah
Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Pemerintah


Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Baginda menjalankan tugas-
tugas di bawah Perlembagaan bertindak mengikut nasihat
Perdana Menteri dan Jemaah Menteri. Raja-raja pula menjadi
Ketua Negeri dan menjalankan tugas bertindak mengikut nasihat
Menteri Besar masing-masing.
•  
15. HURAIKAN STRUKTUR PARLIMEN?

Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur


demokrasi Kerajaan dan mencerminkan aspirasi
rakyat melalui perwakilan yang dipilih. Parlimen
Malaysia yang merupakan badan penggubal
undang – undang tertinggi negara terdiri daripada
tiga komponen utama:
• 1. SPB Yang di-Pertuan Agong
• 2. Dewan Negara
• 3. Dewan Rakyat
16. KEPENTINGAN MEMPEETAHANKAN SISTEM BERAJA DI
MALAYSIA?
• Raja Berperlembagaan merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia
sejak merdeka sehingga kini. Yang di-pertuan Agong merupakan ketua
utama negara.Sistem ini membantu memantapkan kewibawaan institusi
beraja di negara kita. Raja Berperlembagaan merupakan simbol keutuhan
dan perpaduan rakyat di samping memberikan keseimbangan kepada raja
yang menaungi rakyat dan rakyatyang dinaungi raja.
•  
• Baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara   kedudukan dan hak
istimewa orang Melayu. Yang di-pertuan Agong merupakan ketua agama
Islam bagi negeri banginda sendiri,Pulau Pinang,Melaka,Wilayah
Persekutuan,Sarawak dan Sabah.

•  Yang di-pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik


Perdana Menteri.Baginda juga boleh mengisytiharkan  undang-undang
darurat di bawah “Undang-Undang darurat” jika mendapati keselamatan
negara terancam.
17. SEJARAH APAKAH YANG ANDA PALING MINAT?

• Sebagai guru sejarah semua topik dan


pengkhususan sejarah menjadi minat saya untuk
saya sampaikan kepada para pelajar saya. Bagi saya
semua topik sejarah penting diajarkan kepada para
pelajar saya berdasarkan sukatan yang telah
disedikan oleh KPM.
•  
18. KONGSIKAN KEPADA KAMI BAGAIMANA ANDA
MULA MEMINATI BIDANG SEJARAH?

• 1. Terinspirasi dari guru saya dengan dedikasi beliau


mengajar saya. Bahkan cara pengajarannya yang sentiasa
memberi kebeasan kepada saya untuk menerokai ilmu
sejarah dengan cara meminta kami membaca terlebih
dahulu sebelum kelasnya.
• 2. Seronok sejarah seumpama penceritaan apa bila
membaca subjek sejarah seumpama saya sedang membaca
cerita yang saya seperti berada disetiap detik sejarah yang
saya sedang baca.
• 3. Subjek yang saya sentiasa dapat skor tertinggi setiap kali
exam. Ini secara langsung lebih memberikan motivasi dan
galakan kepada saya untuk terus fokus bidang ini.
19. CERITAKAN SEORANG GURU SEJARAH YANG ANDA
KAGUMI, BAGAIMANAKAH CARA PdP DIA MENARIK MINAT
ANDA KUASAI SEJARAH?
• 1. Cikgu.....................kerana cara dia mengajar:
• a. Kreatif dgn banyak memberikan kami kebebasan untuk mempersembahkan
hasil dari pembacaan kami sebelum dia mengajar. Kebiasaanya dia akan
memerintahkan kami membaca dahulu sebelum kelasnya dan meminta kami
membentang dlm kelas dan beliau akan memberikan info tambahan.

• b. Beliau suka membawa kami lawatan sambil belajar ke tempat tempat


bersejarah yang dicertiakan dalam buku teks sejarah. dengan subjek sejarah la
saya yang bukan tinggal di KL dapat mengenali KL buat pertama kali dan dpt
melawat tugu negara, muzim negara dan arkid negara.

• c. Beliau seorang yang mengajar penuh dengan berdedikasi dan sentiasa


memberikan galakan kepada kami untuk menyertai apa sahaja peraduan dan
pertandingan yang ada berkaitan sejarah. Kejayan kami dalam peperiksaan dan
penyertaan apa sahaja akviti beliau akan memberikan hadiah dan kat-kata
semangat kepada kami.
20. PADA PENDAPAT AWAK, BAGAIMANAKAH KEADAAN NEGARA AWAK
INI PADA MASA AKAN DATANG?

• 1.Terus maju dengan pelbagai dasar dan pendekatan yg diperkenalkan oleh


pemimpi. Jika sebelum ini malaysia membangun dengan begitu cemerlang dgn
gagasan wawasan 2020 dan sekrarg ini malaysia melihat ke hadapan dgn
gagasan TN50.

• 2. Malaysia akan terus bersatu padu dan akan berjaya mengekalkan


perpaduannya walaupun kadang kadang perhubungan kaum sedikit ada
beergolaknya bila dilihat di media media sosial ken pengaruh ahli poltik. namun
hakikatnya rakyat masih berpadu apabila aktiviti sukan berjaya menyatukan
masyarakat.

• 3. Malaysia akan kekal aman damai dengan dipayungi oleh sistem beraja yang
menjadi satu institusi pengimbang kepada struktur negara demokrasi
perlembagaan. Walaupun brlaki kekalutan dalam perebutan kuasa oleh ahli
politik hakikatnya YDPA akan berjaya mengembalikan suasana pentadbiran dan
politik kembali tenang.
• Manakala syirik dari sudut bahasa bererti kufur. (Lihat Taj
al-‘Arus, 7/148). Kata Ibn Faris (Mu’jam Maqayis al-Lughah, 3/265),
“Huruf syin (‫)ش‬, ra (‫)ر‬, dan kaf (‫ )ك‬adalah akar kata yang memiliki dua
makna asal iaitu:
• Penyertaan/perbandingan dan lawan bagi bersendirian.
• Perpanjangan dan kelurusan
• Dari makna yang pertama diambil kata syarikah iaitu sesuatu yang ada
(dimiliki) oleh dua orang, tidak khusus bagi salah satunya. Dikatakan
pula (‫ ) شاركت فالنا في الشيء‬apabila aku telah menjadi sekutu baginya.
Dan dikatakan (‫ ) أشركت فالنا‬apabila aku menjadikannya sebagai sekutu
bagimu.
• Dari sudut istilah, Syeikh ‘Abd al-Rahman al-Sa’di menyebut: Syirik
adalah menjadikan bagi Allah sekutu yang mana dia berdoa kepadanya
sebagai dia berdoa kepada Allah, atau takut kepadanya, atau
mengharap kepadanya, atau dia mencintainya sebagaimana kecintaan
kepada Allah, atau dia melakukan kepadanya satu jenis daripada jenis-
jenis ibadah. (Lihat al-Qaul al-Sadid fi Maqasid al-Tauhid, m. 24)
ALHAMDULILLAH
• Selesai kesemua 5 siri kelas persediaan IV SPP SIR MORIS.
Bermula kelas NO1:TIPS LULUS UKCG utk ISM, N02:ROLEPLAY
SKILLS LULUS IV SPP,NO3:KULIAH ILMU PENDIDIKAN,
NO4:KELAS 30 SOALAN TERPILIH SELAIN OPTION dan NO5:10
SOALAN TERPILIH ILMU PENDIDIKAN dan 20 SOALAN TERPILIH
PANEL IV SPP BERDASARKAN OPTION.
• SIR MORIS amanahkan semoga tiada sesiapa yg ygn sebarkan
hasil penat lelah Sir ini kepada mereka yg tidak membayar
yuran kesungguhan dan mengikuti kelas Sir. Bahkan tidak
HALALKAN membuat salinan dlm apa bentuk sekalipun dan
disebar ke media sosial selain hanya untuk kegunaan pelajar
Sir sahaja.
• Sir doakan semoga semua berjaya menggapai impian untuk
menjadi pendidik di KPM.

Anda mungkin juga menyukai