Anda di halaman 1dari 7

2.

0 MOTIVASI UNTUK MURID KURANG UPAYA

Definisi dan konsep motivasi

Motivasi merupakan satu penggerak dari dalam hati seseorang untuk melakukan atau inginkan mencapai sesuatu matlamat. Motivasi boleh juga dikatakan sebagai rancangan atau kehendak untuk menuju kejayaan dan mengelakkan dari kegagalan hidup. Dengan kata lain motivasi adalah proses menghasilkan tenaga oleh keperluan diarahkan untuk mencapai sesuatu matlamat. Menurut J.P Chaplin pula, motivasi ialah suatu variable perantara yang digunakan untuk menerangkan faktor-faktor dalam diri individu, yang dapat membangkitkan, mempertahankan dan menyalurkan tingkah laku ke arah suatu tujuan tertentu. Motivasi juga boleh ditakrifkan sebagai kebolehan atau persetujuan yang dilaburkan untuk mengembangkan tenaga demi mencapai matlamat atau juga penghargaan. Motivasi boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu motivasi intrinsic (dalaman) dan extrinsict (luaran). Motivasi dalaman ialah kesedaran yang timbul dari dalam diri seseorang individu yang menggerakkannya untuk melakukan sesuatu untuk mencapai matlamat ysng dikehendaki. Motivasi luaran pula lebih merujuk kepada ganjaran, pujian atau hadiah yang bersifat fizikal yang mendorong seseorang lebih bersungguh-sungguh. Walaupun motivasi adalah sesuatu yang abstrak, namun ia mampu menggerakkan manusia untuk menampilkan sesuatu tingkah laku ke arah pencapaian sesuatu tujuan. Definisi murid kurang upaya Menurut Chua Tee Tee, (1981) murid kurang upaya atau murid khas didefinisikan sebagai kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi tidak mencapai pertumbuhan-pertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa.

Menurut Kirk, S.A dalam bukunya Educating Exceptional Children, 1993 mendefinisikan murid kurang upaya sebagai kanak-kanak yang berbeza dari kanakkanak sederhana atau biasa dalam ciri-ciri mental keupayaan-keupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam tingkahlaku sosial atau emosi dalam keupayaan memerlukan komunikasi atau dalam sekolah pelbagai yang kekurangan sehinggakan ia amalan-amalan diubahsuai, atau perkhidmatan-

perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum. Dalam Akta Pendidikan 1996, konsep ketidakupayaan (disabled) adalah merangkumi murid yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran. Definisi yang diguna pakai oleh agensi antarabangsa yang terlibat dengan kepentingan KBK adalah lebih luas, misalnya skop definisi ketidakupayaan yang digunakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merangkumi 3 aspek iaitu impairment, disabilities dan handicap Hallahan dan Kauffman (2000) pula mendefinisikan kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan dengan lebih menyeluruh iaitu kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran, masalah emosi atau tingkah laku, masalah pendengaran atau penglihatan, masalah bahasa dan komunikasi, masalah fizikal dan kesihatan, autisma, pintar cerdas/berbakat dan juga masalah kognitif.

2.1 Motivasi untuk murid kurang upaya


Pemikiran dan tingkah laku murid-murid kurang upaya sangat berbeza daripada kehidupan murid-murid normal yang lain. Kekurangan dan kecacatan yang ada pada mereka menyebabkan mereka mudah merasakan diri mereka tidak mampu untuk melakukan sesuatu sebagaimana yang dilakukan oleh murid-murid normal yang lain. Sikap rendah diri dan tidak yakin pada diri menyebabkan mereka terus terkebelakang malah potensi dalam diri mereka tidak dapat dikembangkan. Begitu juga halnya berlaku semasa dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran dalam semua mata pelajaran terutama mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Atas kesedaran itu pakar-pakar psikologi serta pakar-pakar pendidikan telah mengkaji dan mewujudkan Pendidikan Jasmani Suaian untuk membolehkan

murid-murid kurang upaya juga terlibat dengan Pendidikan Jasmani dalam melahirkan individu yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru-guru yang terlibat dengan murid kurang upaya perlulah mengenali dan menguasai psikologi dan kemahiran mengajar yang sesuai untuk murid-murid ini. Guru perlu menerapkan bahawa dengan Pendidikan Jasmani Suaian aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah mudah dan bersesuaian dengan tahap kemampuan mereka. Aktiviti-aktiviti yang dirancang sangat menekankan aspek tahap kemampuan seseorang murid agar matlamat serta falsafah Pendidikan Jasmani untuk semua tercapai. Guru yang baik seharusnya berupaya mendorong pelajarnya untuk terus belajar dan menghapuskan rasa kurang yakin oleh pelajar tersebut. Sikap-sikap seperti mendiskriminasikan antara satu pelajar dengan pelajar lain, menghina pelajar, membunuh rasa yakin pelajar dan menunjukkan sikap benci terhadap pelajar adalah sikap-sikap yang harus dielakkan dalam proses memotivasikan pelajar-pelajar kurang upaya. Dari segi motivasi ekstrinsik pula seseorang guru seharusnya member ganjaran, kata-kata pujian dalam memastikan murid-murid tersebut dapat menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani dengan baik.

3.0 Strategi, Kaedah dan Teknik yang sesuai diamalkan dalam Pendidikan Jasmani Suaian
1. Strategi berpusatkan murid Dalam aktiviti pengajaran dna pembelajaran murid memainkan peranan yang penting, sedangkan peranan guru merupakan pemimpin yang memimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala. Guru menggunakan kaedah menyoal dan memimbing murid supya berfikir dan bertindak balas dengan memberi jawapan kepada mereka Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid. Strategi ini penting dalam Pendidikan Jasmani Suian kerana aktiviti yang dirancang adalah untuk murid-murid sendiri yang melakukan aktiviti-aktiviti Pendidikan Jasmani. Ini penting dalam membina kemahiran serta membina motor halus dan kasar murid-murid kurang upaya. 2. Strategi berpusatkan bahan Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pelajaran memainkan peranan penting.Guru atau murid perlu bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran Komunikasi dan interaksi berlaku di antara guru dengan bahan pengajaran, atau di antara murid dengan bahan pembelajaran. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran Strategi ini menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan rohani. Penggunaan alat bantu mengajar dapat membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas. Melalui latihan penggunaan bahan pembelajaran , murid dapat membina kemahiran mereka

dengan penggunaan alat bantu mengajar. Di samping itu, mereka dapat memupuk semangat berdikari dengan menjalankan aktiviti pembelajaran tanpa kehadiran guru Pengajaran guru adalah ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna menarik serta berkesan Peluang interaksi di antara murid adalah banyak. Sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui keadah kumpulan yang melibatkan penggunaan bahan pembelajaran supaya menghasilkan sesuatu projek atau menjalankan sesuatu ujikaji Strategi pemusatan bahan pelajaran juga mementingkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bermakna melalui pengalaman yang sebenar. Ini dapat dilihat dengan penyesuaian bahan-bahan bantu mengajar yang banyak digunakan dalam Pendidikan Jasmani Suian. Pengubahsuaian ini adalah untuk memastikan murid-murid kurang upaya dapat menggunakannya. Contohnya, bagi pelajar buta, bola yang digunakan dibalut dengan plastic supaya menghasilkan bunyi bagi memudahkan mereka mengecam kedudukan bola. 3. Pendekatan kolaboratif Pembelajaran kolaboratif memerlukan penglibatan semua ahli kumpulan. Ia memerlukan idea yang mencabar, menyokong dan menambah baik sesuatu idea sehingga mencapai persetujuan kumpulan kebolehan bergaul dan bekerjasama pada peringkat peribadi saling membantu antara satu sama lain untuk mencapai prestasi yang baik Aktiviti yang dirancang mestilah menekankan sikap kolaborati antara pelajar.

Aktiviti-aktiviti yang menggunakan pendekatan ini selain memupuk semangat kerjasama ia juga mampu membantu murid-murid yang kurang upaya dalam melakukan aktivit

Manakala kaedah yang sesuai digunakan dalam Pendidikan Jasmani Suaian ialah:1. Bermain Kaedah ini memang banyak digunakan dalam mengajar Pendidikan Jasmani samada bagi golongan normal mahupun golongan kurang upaya. Kaedah yang digunakan merupakan kaedah hands on yang mana murid terlibat secara langsung dengan aktiviti pengajaran. Kaedah ini juga memberikan murid-murid pengalaman secara langsung selain membina kemahiran-kemahiran serta membina otototot. 2. Latih tubi

Kaedah ini digunakan dalam latihan-latihan membina kemahiran supaya murid dapat menguasai sesuatu kemahiran. Latihan yang banyak yang bersesuaian dengan tahap kemampuan seseorang murid mampu menjadikan murid menguasai kemahiran. Walaubagaimanapun, dalam memberi latih tubi kepada murid-murid golongan kurang upaya Prinsip-prinsip latihan seperti tambah beban, variasi, pengkhususan dan sebagainya juga perlu diambil berat.

Anda mungkin juga menyukai