Anda di halaman 1dari 5

Kepentingan bagi murid untuk meningkatkan

motivasi belajar
Motivasi juga sebagai satu set proses yang memberi tenaga kepada tingkah laku
seseorang murid itu dan menghala tingkah laku itu kepada satu-satu matlamat.
Baginya motivasi bukan sahaja melibatkan sesuatu keperluan yang menggerakkan
tingkah laku seseorang itu tetapi juga hala tuju yang diambil oleh seseorang itu untuk
memuaskan keperluan itu.

Motivasi adalah usaha yang dilakukan secara berterusan untuk membangkitkan


kesedaran dalam diri seseorang pelajar agar mereka giat berusaha untuk mencapai
kejayaan. Baginya kesedaran dapat dibangkitkan dengan membawa individu meneroka
potensi dirinya.manusia yang mengenal dirinya akan dapat menemui kekuatan dalaman
yang ada padanya.

Motivasi sebagai satu proses membangkitkan, mengarahkan dan mengekalkan tingkah


laku kearah tujuan tertentu, yang sebelumnya tidak ada gerakan ke arah tujuan
tersebut. Bagi mereka, motivasi merupakan suatu kuasa dalaman yang kompleks yang
tidak dapat difahami secara langsung tetapi mempengaruhi tingkah laku seseorang.

Motivasi merupakan dorongan dari dalam yang berupa harapan dan keinginan yang
menggerakkan individu untuk melakukan tindakan bagi mencapai sesuatu tujuan
tertentu atau mencapai kejayaan dalam hidup serta mengelakkan kegagalan.
Contohnnya seperti dalam pengajaran dan pembelajaran seharian atau di dalam
peperiksaan.
Motivasi untuk belajar didefinisikan sebagai arah, kemahuan dan tingkah laku yang
mengarah kepada pembelajaran berterusan dan juga telah didapati positif kepada
prestasi pembelajaran.

Motivasi sebagai penggerak kepada kemahuan dan keinginan untuk mencapai sesuatu
untuk berjaya. Baginya, faktor penggerak merujuk kepada keperluan untuk mencapai
tiga matlamat iaitu, pertama ialah pencapaian yakni pelajar berusaha bersungguh-
sungguh untuk berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum. Kedua ialah satu
kuasa dalaman yang menggerakkan pelajar bersaing bagi memegang jawatan atau
ketua dalam pasukan atau persatuan-persatuan di sekolah dan ketiga ialah
penggabungan iaitu pelajar menunjukkan hubungan yang baik antara sesama mereka,
juga dapat dilihat apabila pelajar-pelajar menilai sokongan daripada rakan-rakan
mereka dan juga penglibatan mereka.

Motivasi sebagai sesuatu yang menggalakkan atau merangsang tindakan ataupun


perasaan. Motivasi merupakan satu daya pendorong kepada seseorang untuk bertindak
dan melakukan sesuatu. Ia adalah daya yang secara harafiah boleh mengubah
kehidupan seseorang.
Motivasi pelajar merupakan masalah utama terutama ketika pengajaran dan
pemelajaran dalam kelas. Banyak pelajar berasa bosan ketika belajar. Perasaan bosan
ini menyebabkan kurangnya perhatian mereka kepada guru. Keadaan ini menjadi salah
satu punca kepada pencapaian akademik yang rendah dan berhenti dari sekolah.
Mengikut Rothman (1990), kajian terhadap 2500 pelajar gred lapan mendapati separuh
daripada responden mereka mengatakan mereka berasa bosan di sekolah. Kajian
mereka mencadangkan supaya dicari strategi baru bagi mengurangkan kebosanan
pelajar dan meningkatkan motivasi belajar mereka.

Stipek (1988) pula mengatakan perlunya ditingkatkan motivasi dalaman pelajar untuk
belajar. Motivasi akan meningkat jika pelajar diberikan lebih banyak autonomi dan
kawalan terhadap pembelajaran mereka.

Motivasi belajar dan disiplin merupakan kunci utama kejayaan seseorang pelajar.
Justeru, motivasi untuk belajar perlu diberikan penekanan untuk menggalakkan
pembelajaran serta menyekat perlakuan yang tidak sopan. Motivasi merujuk kepada
penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran dan gerak kerja dalam kelas. Disiplin
pula merujuk kepada pembentukan pelajar terhadap perlakuan yang boleh diterima.
Motivasi yang rendah akan menghasilkan suasana perlakuan yang negatif.

Pelajar yang terlibat dalam salah laku jenayah adalah mereka yang kurang komitmen
terhadap sekolah dan pelajaran. Kurangnya komitmen dalam pelajaran sering
dihubungkan dengan tidak wujudnya motivasi dalam diri pelajar untuk mencapai
kejayaan. Biasanya pelajar yang berjaya ialah pelajar yang mempunyai motivasi yang
tinggi. Ini kerana motivasi merupakan satu daya yang paling kuat untuk memperoleh
kecemerlangan. Boleh dikatakan bahawa pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang
dapat memfokus kepada faktor-faktor penyebab kecemerlangan. Mereka dapat
mencurahkan lebih masa, tenaga dan usaha kepada aktiviti yang penting dan kritikal
untuk mencapai prestasi cemerlang. Menurut kajian dan penyelidikan
Ahli-ahli psikologi pendidikan mendapati terdapat beberapa faktor yang amat penting
untuk mencapai kejayaan.
Faktor-faktor tersebut yang dikenali sebagai faktor kejayaan kritikal adalah seperti
berikut iaitu:-
a) strategi Motivasi
b) strategi Berusaha
c) strategi Belajar
d) strategi Pengurusan Masa
e) strategi Kesihatan Diri
f) strategi Peperiksaan

Hubungan antara Motivasi dengan Pencapaian Akademik

Kajian-kajian lalu menunjukkan bahawa motivasi pencapaian merupakan pemboleh


ubah yang berkaitan dengan pencapaian akademik dan menjadi
peramal yang tekal bagi pencapaian akademik. Ini menunjukkan motivasi
pencapaian mempunyai perkaitan yang kuat dengan prestasi akademik pelajar.

Pencapaian akademik mempunyai hubungan yang signifikan dengan matlamat


motivasi. Arah hubungan adalah positif. Ini bermakna semakin tinggi motivasi semakin
tinggi pencapaian akademik manakala kekuatan hubungan adalah sederhana (r =0.29).
Dapatan ini menunjukkan faktor motivasi adalah penting dalam usaha untuk
meningkatkan prestasi akademik pelajar.

Motivasi pencapaian merupakan keperluan yang paling penting antara tiga jenis
keperluan motivasi yang mempengaruhi komitmen pelajar dan pencapaian akademik.
Oleh yang demikian untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar perlu sentiasa diberi
motivasi bagi mengekalkan tahap motivasi mereka agar sentiasa tinggi.
Kaedah belajar yang baik dan teratur serta motivasi yang tinggi merupakan sebahagian
daripada faktor yang berkaitan dengan prestasi akademik yang tinggi. Motivasi pelajar
merupakan pemboleh ubah yang sangat penting terhadap pencapaian akademik pelajar
tetapi ia tertakluk kepada sikap mereka terhadap pelajaran. Sikap positif, yakin diri dan
iltizam yang tinggi terhadap pelajaran boleh memberi hasil pencapaian akademik yang
tinggi.

Pelajar yang mendapat pencapaian akademik yang baik adalah mereka yang
mengamalkan pembelajaran yang aktif di dalam dan di luar kelas manakala pelajar
yang mendapat pencapaian akademik yang rendah adalah mereka yang mengamalkan
pembelajaran yang pasif. Pengkaji berpendapat mereka yang mengamalkan
pembelajaran yang aktif ialah mereka yang mempunyai tahap motivasi
yang tinggi manakala mereka yang mengamalkan pembelajaran yang pasif ialah
mereka yang mempunyai tahap motivasi yang rendah atau tidak bermotivasi.

Anda mungkin juga menyukai