Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN CERAMAH KESIHATAN

SEMPENA MINGGU KECERGASAN 2008

1. PENGENALAN
Program ceramah ini merupakan anjuran Unit Kokurikulum dan Jawatankuasa Kesihatan
Sekolah Menengah Sains Labuan. Tujuan diadakan program ini adalah bagi mencapai
objektif dan sasaran seperti di bawah disamping melaksanakan takwin Jawatankuasa
Kesihatan sekolah.
1.2 Tajuk Program : Ceramah Kesihatan Guru dan KTBM Menangani Stress
1.3 Tarikh : 29 Julai 2008
1.4 Masa : 2.30 petang
1.5 Tempat : Bilik Mutiara
Sekolah Menengah Sains Labuan

2. MUKADIMAH
Bebanan kerja, masalah disiplin pelajar dan sebagainya adalah antara faktor-faktor yang
menyumbang kepada masalah stress di kalangan guru-guru dan KTBM. Guru-guru dan
KTBM yang tidak mengambil berat masalah ini atau tidak menyedari yang mereka dalam
keadaan stress akan mudah merasa tertekan, cepat marah, keletihan dan kurang bersemangat
untuk melakukan kerja. Oleh itu, guru-guru dan KTBM hendaklah mempunyai kesedaran dan
pengetahuan tentang cara-cara menangani stress supaya mereka lebih sihat, berketrampilan
dan berkeyakinan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

3. MATLAMAT
Memberi kesedaran kepada guru-guru dan KTBM tentang kepentingan untuk menangani
stress dan menjaga kesihatan amnya. Selain daripada itu , ia juga untuk meningkatkan tahap
kesihatan fizikal dan mental di kalangan guru-guru dan KTBM.

4. OBJEKTIF
4.1 Memberi pendedahan kepada guru-guru dan KTBM tentang kepentingan menangani
stress.
4.2 Menunjuk cara teknik-teknik yang betul menghilang dan mengatasi stress.
4.2 Meningkatkan kesedaran guru-guru dan KTBM tentang gaya hidup sihat.

5. SASARAN

Semua guru dan staf SM Sains Labuan

6. PENGISIAN PROGRAM

2.30 petang - Penceramah, guru-guru dan KTBM mengambil tempat


2.35 petang - Ucapan alu-aluan daripada pentadbir
2.40 petang - Ceramah Kesihatan Menangani Stress
oleh Pn. Rodiah Mohd Noor dari Hospital Labuan
3.45 petang - Penutupan dan penyampaian cenderamata kepada penceramah
4.00 petang Jamuan

7. KOS DAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KOS JUMLAH (RM)


1
Cenderamata Penceramah
30.00 x 1
30.00
2
Jamuan
5.00 x 75
375.00
JUMLAH
405.00

8. PENUTUP
Ceramah ini dapat dijalankan dengan jayanya dan sambutan yang diberi oleh guru dan
KTBM adalah menggalakkan. Diharapkan program ini dapat memberi manafaat kepada guru
dan staf SM Sains Labuan dari segi cara-cara menangani stress dan penjagaan kesihatan
keseluruhannya.

Anda mungkin juga menyukai