Anda di halaman 1dari 30

Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan IPGM Kampus Tawau.

Meningkatkan kualiti dan kuantiti guru-guru yang bertauliah Penghasilan guru-guru bertauliah dan mencapai sekurang-kurangnya 50% guru sekolah rendah memiliki ijazah pertama menjelang 2020 adalah satu cabaran. Dalam masa yang sama untuk memastikan guru-guru mempunyai kreditabiliti dan efektif dalam hal pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah juga adalah satu cabaran bagi Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu, satu cabaran juga bagi Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menyediakan pendidikan jarak jauh dan penguasaan teknologi maklumat.

Mengimplimentasikan pendidikan negara

strategi

reformasi

kurikulum

Usaha memastikan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar adalah satu cabaran. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris adalah satu cadangan yang baik dalam memastikan guru-guru dan pelajar dapat meningkatkan penguasaan dan kemahiran dalam bahasa Inggeris. Namun usaha itu tidak dapat diteruskan kerana tercetusnya beberapa isu. Negara terpaksa menghadapi masalah graduan yang kurang mahir berbahasa Inggeris yang akhirnya negara kurang mampu membekalkan pekerja mahir peringkat global apabila aspek kemahiran bahasa ini tidak dapat diteruskan.

Merombak pengurusan dalam pendidikan dan pentadbiran sekolah Ini juga adalah satu cabaran bagi Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memastikan pengurusan sekolah menjadi lebih efisyen. Peranan guru besar atau pentadbir sekolah sangat penting. Gaya kepimpinan pendidikan yang ditunjukkan seharusnya dinamik dan membawa kepada pencapaian matlamat visi dan misi pendidikan di sekolah khususnya dan negara amnya. Cabaran yang getir ialah apabila usaha Kementerian Pelajaran Malaysia mahu mengimplimenkan sesuatu dasar yang melibatkan komitmen yang tinggi daripada warga sekolah yang kadang-kadang tidak terlaksana dengan optimum.

Memperbaiki infrastruktur dan kemudahan Pelaksanaan sesuatu dasar pendidikan melibatkan implikasi kewangan. Oleh itu penyediaan kemudahan infrastruktur seperti peralatan dan kemudahan pembelajaran mahupun premis dan bangunan sekolah sentiasa mengalami masalah dan kurang berkualiti. Kadang-kadang usaha untuk menyediakan kemudahan pendidikan berkualiti terjejas apabila sumber dan peruntukkan tidak mencukupi. Kelancaran sesuatu sistem biasanya akan terganggu dan menjejaskan keseluruhan sistem.

Menggalakkan perpaduan dan integrasi nasional dan memupuk nilai-nilai murni Cabaran paling jelas dalam aspek ini ialah usaha mencapai matlamat perpaduan nasional. Dalam konteks masyarakat Malaysia walaupun dasar-dasar pendidikan sedia ada berpaksikan laporan-laporan pendidikan terdahulu dan banyak aspek pelaksanaan dasar terjelma dalam kurikulum pendidikan di pelbagai peringkat seperti sekolah rendah dan menengah serta institusi pendidikan tinggi namun masih boleh ditingkatkan lagi. Setiap guru harus mendukung dan menghargai kepelbagai perbezaan dan budaya yang ada agar terlaksana matlamat pendemokrasian pendidikan.

Strategi mengurus cabaran dan perubahan

Pengurusan perubahan didefinisikan sebagai suatu pendekatan sistematik untuk menghadapi perubahan. Jika sesuatu perubahan yang berlaku itu diurus dan ditadbir dengan baik, perubahan tersebut akan membantu organisasi menuju ke arah mencapai matlamat visi dan misi pendidikan.

1. 2. 3. 4. 5.

Teknologi Maklumat Dapat Dikuasai Dapat Mengurus bebanan guru Perubahan yang dibuat mengambil masa untuk diterima oleh guru Memastikan dasar pendidikan berada dilandasan yang benar Maklumat yang disampaikan dengan betul

1. 2. 3.

Penyesuaian kepada perubahan Mengawal perubahan Menjalankan perubahan

1. 2. 3. 4. 5. 6.

7.

Komitmen yang tinggi terhadap profesion Mempunyai visi dan misi yang jelas Berpandangan global terhadap pendidikan dan tidak bersifat jangka pendek Bersikap optimistik Berilmu pengetahuan tinggi dan sanggup mencari ilmu baharu Boleh menyesuaikan diri dalam situasi yang dihadapi Mempunyai kemahitran tinggi dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi

Pembinaan Negara Bangsa Pembinaan negara bangsa bermaksud satu proses pembinaan dan pembentukan sebuah negara bangsa dengan menggunakan kuasa yang ada pada pemerintah, di mana prosesnya bertujuan menyatupadukan rakyat tanpa mengira bangsa, agama, komuniti dan budaya serta lokasi sehingga wujud suatu persekutuan yang menjamin kestabilan politik dan mampu dipertahankan dalam satu jangka masa yang panjang. Bagi negara Malaysia pembinaan negara bangsa sangat penting demi menjamin kestabilan dan keharmonian kaum yang terkenal dengan kepelbagaian budayanya.

Dalam proses melaksanakan tugas dan tanggungjawab, guru sering berhadapan dengan pelbagai cabaran, halangan dan tentangan. Segala permasalahan dan isu berkaitan dengan guru sedikit sebanyak telah mencetuskan tekanan kepada guru. Misalnya jika disebut sahaja masalah disiplin maka guru mahu tidak mahu terpaksa menjawab segala persoalan. Ini menyebabkan tekanan kepada guru. Apabila masyarakat merasa kurang yakin dan percaya dengan guru maka timbullah bermacam masalah pula sehingga hubungan ibu bapa dan guru menjadi semkin renggang.

Mengikut Kyriacou (2000) stress guru merujuk kepada pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai seorang guru. Maka stres merupakan tindak balas fizikal yang biasa terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berlaku.

Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan penuh . Semasa menghadapi tekanan, pernafasan menjadi lemah dan pantas. Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif untuk mengekalkan keadaan tenang. Senaman pernafasan ialah berguna kerana ia boleh dibuat di mana- mana sahaja dan ia membawa kesan positif dengan serta merta. Kita hendaklah menjadikan senaman sebagai satu tabiat harian.

Penggambaran Penggambaran atau visualization membantu anda membayangkan anda mencapai tujuan dan cita-cita anda seperti menjadi sihat dan berasa tenang; menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan baik dan menangani situasi konflik secara berkesan. Juga, membayangkan anda membuat kerja yang anda mencuba untuk menguasai dengan cemerlang sebenarnya berfungsi sebagai latihan fizikal. Jadi, anda boleh menambahbaikkan prestasi anda melalui penggambaran.

Pengurutan (Massage) Terapi pengurutan mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan anda. Ia juga menambahkan kecerdasan minda kita. Minta sahabat anda memberi massage atau dapatkan khidmat seorang profesional bagi membantu anda.

Kelegaan otot.

Berbaring, bersenang-senang dan membiarkan otot anda di muka, tangan, bahu dan leher mengendur sekuarangkurangnya tiga minit. Latihan ini boleh dibuat di manamana sahaja dan ini boleh membantu anda berasa tenang dengan cepat dan mudah.
Muzik. Terapi muzik mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan minda anda. Anda perlu memilih muzik ringan dan yang anda sukai dengar setiap hari.

Pengurusan masa.

Kenalpasti kerja harian anda mengikut keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya anda dapat menyiapkannya mengikut keutamaan tanpa berlengah. Kenalpasti juga kerja yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti gosip kosong, perbualan telefon dan yang membazirkan masa anda. gunakan masa yang lebih bagi membuat kerja yang lebih penting. Selain teknik yang diterangkan di atas, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti dengan anak-anak; berjalan sekurangkurangnya dua kilometer sehari; pergi berenang di sungai atau pantai; beri perhatian kepada pemakanan; tidur lapan jam setiap malam; dan menonton kartoon atau lawak jenaka (komedi) atau baca komik (kerana mengikut pakar perubatan gelak ketawa dan kelucuan melegakan otot, mengurangkan tekanan darah, menambahkan tahap tenaga, dan menyegarkan sistem pernafasan dan darah kita).

Nyatakan Langkah-Langkah Mengatasi Stress

satu keadaan yang disebabkan oleh depersonalisasi, keletihan dan suatu perasaan pencapaian yang semakin menurun (Schwab et.al. 1986). Maka burnout merupakan suatu keadaan keletihan dari segi emosi, mental dan fizikal yang disebabkan oleh stres yang melampau dan berpanjangan

1.

Rasa letih sepanjang masa; imuniti rendah, perubahan masa tidur dan pemakanan, sakit kepala dan sakit otot Rasa kegagalan dan keraguan kendiri; kurang bermotivasi, tidak bermaya, kurang berpuas hati, mengasingkan diri, imej semakin negatif

2.

3. 4. 5. 6. 7.

Mengundur diri daripada tanggungjawab Mengasingkan diri daripada orang lain Menangguhkan masa dan kerja dalam menyiapkan tugasan Menggunakan ubat atau alkohol untuk menangani masalah Mengalihkan kekecewaan kepada orang lain

Apakah Punca-punca burnout

Apakah langkah-langkah menangani burnout guru

Bagaimana Memartabatkan Profesion Perguruan ?

Pemikiran merupakan proses dalaman mental dan ini dapat difahami melalui perlakuan seseorang itu (Kagan & Tippins, 1998). Ini bermakna pemikiran guru merupakan satu faktor penting dalam menentukan variasi pendidikan selain daripada bahan pengajaran, pakej program atau seumpamanya. Manakala refleksi pula merupakan suatu proses seseorang guru yang berusaha untuk mengingat dan merenung kembali aktiviti pendidikan yang telah dilaksanakan atau dialami, menganalisis dan menilai kesannya, termasuk memikirkan cara membaiki dan merancang dengan mengubahsuainya untuk digunak

refleksi ialah sesuatu proses seseorang yang berusaha untuk mengingat dan merenung kembali aktiviti pendidikan yang telah difikirkan atau dilaksanakan dalam bilik darjah. Dengan kata lain, seseorang boleh mengubah suatu keadaan keraguan, konflik dan gangguan yang dialami kepada keadaan yang nyata, koheren, tenang dan harmonis.

refleksi membolehkan seseorang guru: membuat penilaian kendiri berfikir secara analitik, kritis dan kreatif menganalisis perkara-perkara penting proses bekerja dan hasil kerja melihat alternatif-alternatif dalam membuat keputusan mencari jalan penyelesaian berasaskan ciriciri spiritual, moral, nilai & estetika mengubah tingkahlaku

Melaksanakan pemikiran reflektif guru boleh ditinjau dari tiga elemen berikut. Amalan pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah Profesionalisme keguruan Organisasi institutsi pendidikan

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai