Anda di halaman 1dari 4

EDU 3093 GURU DAN CABARAN SEMASA

DISEDIAKAN OLEH : TAN CHOU YUN


Tajuk Petikan: Tekanan Guru Dalam Pendidikan Dan Resolusi Penyelesaiannya

I.

Sinopsis
Isu tekanan emosi guru memberi kesan buruk dan ancaman terhadap

kesejahteraan psikologi dan fizikal kepada guru sendiri dan orang di sekeliling
termasuk keluarga, rakan sejawat dan murid-murid.
Punca-punca tekanan emosi guru termasuklah intensif perguruan, gangguan
hubungan komunikasi sesame kakitangan pendidikan, faktor persekitaran, beban
mengajar, latihan atau kursus perguruan yang banyak, kelas atau jumlah murid yang
ramai, perasaan minat terhadap profesion perguruan, waktu kerja tidak terhad dan
status guru dalam masayarakat.
Impak tekanan guru terhadap pendidikan dapat dilihat apabila guru
melepaskan tenaga secara tindakan fizikal atau melepaskan geram terhadap pelajar,
guru tidak hadir ke sekolah, guru mengalami emosi negatif semasa menjalankan
tugas, guru mengalami perubahan fisiologi seperti peningkatan kadar degupan
jantung dan perembesan hormon ke salur darah. Selain juga memberi kesan
terhadap aspek tugas perguruan yang merangkumi kesungguhan menjalankan
tugas, keyakinan diri dan kerasionalan tindakan.Tindakan guru yang menghadapi
tekanan guru yang berlebihan telah memilih langkah meletakkan jawatan dalam
sesuatu organisasi, guru memilih mengajar murid-murid yang kurang kemampuan
belajar atau murid-murid kurang cerdik. Komunikasi antara guru semakin kurang dan
guru memilih untuk mendiamkan diri. Guru juga tidak mempunyai kepuasan
terhadap perkerjaannya dan konsep kendiri rendah.
Resolusi yang boleh dilaksanakan untuk menguruang masalah tekanan
dalam kalangan guru. Cadangan resolusi pertama dilaksanakan oleh Kementerian
Pelajaran untuk mengkaji semula beban tugas guru dari segi jam berkerja,
kekurangan guru, kelebihan murid-murid dan sebagainya. Langkah diambil adalah
penambahan guru, pengurangan murid, pengambilan kakitangan perkeranian,
beban guru disiplin diserah kepada kaunselor dan bidang sukan diserah kepada
guru pakar profesional. Kedua, sokongan pihak pengurusan melegakan kekecewaan
guru. Kemudahan yang baik dan kenaikan pangkat meningkatkan keberkesanan
guru. Ketiga, peningkatan suasana kerja supaya aspek kebajikan guru ditingkatkan.
Penyediaan tempat kerja yang baik, pernyataan intensif jelas, sokongan terhadap

EDU 3093 GURU DAN CABARAN SEMASA


DISEDIAKAN OLEH : TAN CHOU YUN

mereka pada waktu kesukaran dan meraihkan hari-hari bahagia para guru bagi
mengekalkan kualiti kerja dan mengurangka tekanan. Keempat, intensif perguruan
mampu merangsang pengekalan kualiti kerja dan mengurankan tekanan dalam
bidang pendidikan. Kelima, para guru didedah cara menangani dan mengawal
tekanan. Contoh, teknik pengenduran otot-otot progresif, amalan pemakanan dan
sesi sukan seperti J-Robik.
Kesimpulan, isu emosi tekanan guru perlu dipandang serius dan ditekan
merangkumi penglibatan semua pihak.
II.

Implikasi isu terhadap diri sendiri sebagai bakal guru

Guru merupakan agen penggerak kepada perubahan pembangunan modal insan


ini. Bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,intelek
dan social, guru sendiri perlu mempunyai ketahanan terhadap tekanan emosi.
Bagi meminimumkan isu tekanan emosi terhadap diri, saya akan melengkapkan
diri dengan ilmu pengetahuan dan informasi baru supaya dapat menghdapi cabaran
di bidang pendidikan. Sekiranya tidak, guru akan mengalami pelbagai masalah
seperti tidak erti ICT atau tidak tahu tentang cara pengajaran dan teknik baharu. Hal
ini akan menyebabkan kegelisahan kepada guru dan juga timbul tekanan kerja.
Selain itu, budaya musyawarah perlu diadakan di kalangan pihak sekolah.
Saya akan berkomunikasi baik dengan rakan sejawat supaya pendapat kami boleh
mencapai kata sepakat sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti dijalankan.
Sebenarnya, tugasan yang diagihkan perlu mengikut kemampuan dan keingingan
setiap individu. Sekiranya tugasan agak berat, bilangan guru yang terlibat harus
ditambahkan. Dengan itu, semua orang dapat berkerja dalam keadaan yang selesa.
Tidak dapat dielakkan bahawa setiap guru akan mengalami tekanan emosi
daripada murid-murid. Sifat adil dan saksama amat penting bagi seseorang guru.
Guru tidak boleh melepaskan tekanan kepada murid-murid sedangkan murid-murid
juga mempunyai tekanan emosi sendiri. Guru tidak harus merungut perkara buruk
yang dihadapi oleh diri sendiri semsa sesi pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya
guru melakukan demikian, murid-murid akan mempunyai tanggapan yang negatif
terhadap pihak sekolah atau guru tersebut.

EDU 3093 GURU DAN CABARAN SEMASA


DISEDIAKAN OLEH : TAN CHOU YUN

Di samping itu, guru boleh sentiasa mencari penyelesaian untuk mengatasi


masalah tekanan emosi yang dihadapi. Pembacaan buku motivasi boleh membantu
melegakan jiwa dan memotivasi diri sendiri terhadap kehidupan. Selain itu, guru
boleh sentiasa berdoa kepada Tuhan berdasarkan agama masing-masing sekiranya
menghadapi tekanan. Bersenam dan melakukan aktiviti jasmani boleh membantu
melupakan tekanan. Setiap orang mempunyai keminatan yang berbeza, oleh itu
cara penyelesaian setiap orang tidak sama. Guru harus pandai memilih cara
melepaskan tekanan dengan aktiviti yang bermakna dan tidak mencederakan orang
lain atau diri sendiri.
III.

Cadangan

sejauh

manakah

peranan

pihak

pentadbiran

sekolah

membantu guru menghadapi masalah


Bagi mengurangkan beban guru, pihak sekolah boleh mewujudkan perjawatan
kakitangan perkeranian. Dengan adanya pembantu ini, guru akan dapat memberikan
lebih tumpuan kepada aktiviti pembelajaran pelajar dan perkembangan pedagogi
mereka.

Menurut Hashim Adnan, presiden NUTP dalam laporan akhbar Berita

Harian 29 Jun 2009, ketika ini, 380,000 guru dikatakan tidak mampu fokus kepada
pengajaran di kelas disebabkan terpaksa menjalankan kerja luar tugasan yang
dianggap beban tambahan. Guru tidak lagi perlu memikirkan soal 'kerja sosial' dan
boleh fokus kepada pengajaran di dalam kelas dan tidak perlu habiskan banyak
masa jalankan tugas di luar bidang kerja.
Pihak sekolah harus mengambil cadangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan Malaysia (NUTP) berkenaan pengambilan guru pembantu atau disebut
guru kedua yang akan ditempatkan di dalam kelas melebihi 35 orang murid di
sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah. Antara rasional yang
dikemukakan ialah, ia mampu mengurangkan beban tugas guru, sekali gus dapat
menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Pihak sekolah juga boleh menyediakan temat kerja seles, pernyataan intensif
tugas yang elas, sokongan terhadap guru pada waktu kesukaran dan juga embuat
sambutan pada hari-hari bahaguan akan membantu mengekalkan kualiti kerja dan
juga mengurangkan tekanan.
Kesimpulannya, isiu ini perlu dipanduang serius supaya bidang pendidikan
sentiasa diperbaharuhi dan dipertingkatkan mutu dapat selari dengan keperluan dan

EDU 3093 GURU DAN CABARAN SEMASA


DISEDIAKAN OLEH : TAN CHOU YUN

kepentingan semua pihak. Segalanya adalah usaha demi memartabatka status


pendidikan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai