Anda di halaman 1dari 5

Di antara cadangan dan resolusi yang perlu dipertimbangkan

berkaitan tekanan dalam kalangan guru adalah seperti berikut:

Kenal pasti reaksi emosional


Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang
guru boleh menangani stress dengan cara yang lebih positif. Contoh
situasi,

seorang

guru

perempuan

tidak

bersefahaman

dengan

pengetua di sekolahnya. Guru tersebut telah menangani stress dengan


cara yang negatif, iaitu menengking pengetua itu. Setelah guru
tersebut mengetahui keperluan emosi dalam dirinya, guru tersebut
sedar bahawa tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya
telah menggunakan pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu
lagak bapa yang menghukum anaknya. Guru tersebut sedar bahawa
dia inginkan pengetua itu menghargai beliau. Guru tersebut telah
berhadapan dengan pengetua dan memberitahu perasaannya itu.
Akhirnya, hubungan mereka berjaya dipulihkan.

Mengkaji semula beban tugas guru


Mengikut

hasil kajian Kementerian Pelajaran baru-baru ini

mendapati guru di Selangor, Melaka, Johor dan Kuala Lumpur


menanggung beban berlebihan iaitu bekerja selama 74 jam seminggu
berbanding

48

jam

yang

dihadkan

oleh

Pertubuhan

Buruh

Antarabangsa (ILO).
Dengan ini Kementerian perlu mengkaji dan memperbaiki
melalui strategi mengembalikan semula tugas hakiki guru iaitu

mengajar ilmu pengetahuan kepada murid di dalam kelas tanpa terlalu


memberi tumpuan berlebihan kepada bukan tugas hakiki.
Diantara langkah yang perlu diambil adalah mengurangkan
tugas

guru

dengan

menambahkan

guru

yang

sedia

ada

dan

mengambil kakitangan perkeranian yang ramai agar guru tidak


terbeban dengan kerja-kerja sampingan. Dengan ini, guru dapat
menumpukan

sepenuh

perhatian

terhadap

pengajaran

dan

pembelajaran di dalam kelas semata-mata. Ini dapat dibuktikan


melalui cadangan daripada sumber ( berita harian,8 Julai 2005 ) yang
menyatakan

penambahan guru, pengurangan murid dalam sebuah

bilik darjah dan mengambil lebih banyak kakitangan perkeranian


supaya guru dapat memberi lebih tumpuan kepada tugas teras mereka
iaitu mengajar. Beban guru displin juga perlu diserahkan kepada
kaunselor yang dilantik

khas dan bidang sukan pula diserahkan

kepada guru pakar yang professional.

Sokongan Pihak Pengurusan


Guru memerlukan sokongan daripada

pihak pengurusan bagi

mengurangkan tekanan yang dialami oleh mereka. Dengan ini menurut


Young (1978) dan Dunham (1977) menyatakan bahawa sokongan
pihak pengurusan penting untuk melegakan kekecewaan guru-guru
yang terpaksa berhadapan dengan murid yang mengganggu.
Selain itu, sokongan dari segi kemudahan juga penting untuk
mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh guru. ini dapat dibuktikan
melalui laporan Lortie (1975) melaporkan bahawa kemudahan yang
lebih baik dianggap sebagai perubahan yang dapat meningkatkan
keberkesanan guru, dan imbuhan yang lebih tinggi dan kenaikan

pangkat dilihat sebagai perubahan yang boleh meningkatkan kepuasan


kerja.
Disamping itu, guru juga memerlukan khidmat bimbingan dan
kaunseling bagi mengurangkan masalah tekanan. Dengan ini menurut
(West & West, 1989:61) pihak pengurusan boleh menggunakan
kaunseling dan sistem sokongan sosial. Dalam pengurusan reaksi
pekerja terhadap tekanan, pihak pengurusan boleh mengaplikasikan
latihan ketenangan, program kesihatan dan pengurusan masa.

Peningkatan Suasana kerja


Bagi mengurangkan tekanan, suasana yang kondusif amat penting
bagi mengurangkan tekanan yang dialami oleh guru. Ini kerana,
apabila guru berada dalam suasana yang kondusif fikiran mereka akan
merasa lebih tenang dan tidak berserabut.
Dengan

ini,

menurut

Johnston

(1996)

kepimpinan

yang

merangsangkan, sokongan, semangat dan kecekapan yang lebih di


tempat kerja. Beliau berpendapat bahawa penyediaan tempat kerja
yang berkeadaan baik, pernyataan intensif yang jelas, sokongan
terhadap mereka pada

waktu kesukaran dan akhir sekali adalah

meraikan hari-hari bahagia para guru bagi mengekalkan kualiti kerja


dan mengurangkan tekanan.

Intensif perguruan
Intensif perguruan perlu untuk meningkat semangat guru apabila
terpaksa bekerja lebih masa dan sekaligus dapat mengurangkan
tekanan yang dialami oleh pihak guru. Pihak guru juga akan merasai
usahanya dihargai apabila diberi intensif.

Ini dapat dibuktikan melalui pendapat Johnston (1996) bahawa


penyataan intensif yang jelas merupakan salah satu daripada faktor
yang mampu merangsang pengekalan kualiti kerja dan mengurangkan
tekanan dalam bidang pendidikan.

Pendedahan menangani dan mengawal tekanan


Para guru perlu diberi pendedahan untuk menangani tekanan
sebagai usaha bekerjasama menyelesaikannya sendiri. Ini kerana, guru
pada masa ini terlalu banyak kerja dan bebanan yang digalas bukan
semata-mata untuk mengajar di dalam sahaja. Disebabkan itu, guru
perlukan pendedahan untuk menangani dan mengawal tekanan agar
sesuatu yang buruk berlaku. Sebagai contoh, di dada-dada akhbar
banyak memaparkan tentang guru menampar, mengurung, memukul
murid dan sebagainya. Ini merupakan salah satu faktor tekanan yang
dialami oleh pihak guru apabila mereka tidak dapat mengawal emosi.

Ini disokong dengan penyataan Selye (1978) bahawa tekanan hidup


adalah tidak harus dielak kerana tekanan hidup adalah satu-satunya
fenomena

yang

dapat menyiapkan

manusia

untuk

menghadapi

kecemasan atau bahaya dengan cara berada dalam tahap berjagajaga.

Sesi sukan guru


Bersenam dan melakukan latihan jasmani dapat membantu
manusia melupakan tekanan yang dihadapi. Badan yang segar akan
mempunyai otak yang cerdas. Dengan cara ini, mereka yang

mengalami tekanan dapat memikirkan cara yang sesuai untuk


berhadapan dengan tekanan tersebut tanpa diri mereka tersekat
dalam suasana yang tertekan. Para guru perlu ditegaskan oleh
Kementerian atau pihak sekolah untuk terlibat dalam aktiviti sukan
seperti J-Robik dan beberapa jenis sukan ringan yang diwajibkan pada
hari tertentu dengan jadual tertentu.
KESIMPULAN
Profesion guru adalah salah satu daripada tugas yang sukar dan
perlu kepada usaha pengorbanan yang tinggi. Sememangnya boleh
dikatakan bahawa semua bidang mampu menyebabkan tekanan
kepada individu. Tetapi tidak bermakna bahawa tekanan pada tahap
tinggi sehingga menyebabkan gangguan pada operasi pendidikan itu
perlu dipandang sebagai suatu insiden biasa. Perkara ini perlu diberi
perhatian sekurang-kurangnya melalui tindakan atau pelaksanaan
penyelesaian secara berperingkat.
Isu ini perlu dipandang serius supaya bidang pendidikan yang
sentiasa diperbaharui dan dipertingkatkan mutunya ini dapat selari
dengan keperluan dan kepentingan semua pihak yang terlibat.
Meningkatkan mutu pendidikan bukan bermakna perlu mengorbankan
atau menuding hanya kepada sesuatu pihak. Tetapi perlu dengan
usaha serta penglibatan semua pihak dan memenuhi kepentingan
setiap pihak yang terlibat. Penyelesaian yang ditekankan perlu
merangkumi penglibatan semua pihak termasuk kementerian, sekolah
dan

individu

guru

itu

sendiri.

Segalanya

adalah

usaha

mempertingkat dan memartabatkan status pendidikan Malaysia.

demi

Anda mungkin juga menyukai