Anda di halaman 1dari 5

http://duniaparasarjana.blogspot.com/2012/02/stres-dalam-kalangan-gurusekolah.

html
Faktor-Faktor Lain yang Menghasilkan Ketegangan Guru
Faktor Salah Laku Pelajar
Faktor ini merupakan faktor utama yang menyebabkan guru menghadapi
tekanan di sekolah. Sikap biadap atau tidak menghormati dan menghargai guru
ketika guru sedang mengajar seperti membuat bising, berbual-bual, tidak
membuat latihan yang diberikan selain keluar kelas tanpa kebenaran guru yang
sedang mengajar. Bagi pelajar-pelajar yang suka ponteng kelas bagi mata
pelajaran yang diajar oleh guru itu juga telah menyebabkan tekanan emosi
kepada guru tersebut. Ini adalah kerana tindakan pelajar yang sebeginilah telah
menyebabkan prestasi sesuatu mata pelajaran itu merosot dan ini juga memberi
suatu tekanan kepada guru-guru di sekolah.
Faktor Beban Tugas
Kebanyakan guru berasa tertekan apabila mereka diberikan tugas-tugas lain
yang banyak selain daripada mengajar. Selain itu, pengagihan tugas yang tidak
saksama dan seimbang dalam kalangan guru juga telah menimbulkan rasa
kurang puas hati dalam kalangan guru. Guru yang memegang jawatan penting
seharusnya tidak diberikan jadual waktu yang padat, sama seperti guru-guru
lain. Sebagai cadangan guru disiplin tidak seharusnya diberikan waktu mengajar
yang padat kerana guru ini berperanan membantu pihak sekolah menangani
masalah disiplin murid sepanjang masa persekolahan. Jika perkara ini dibiarkan
tentunya guru ini akan berasa tertekan disebabkan beban tugas mengajar dan
tugas mengawal disiplin murid di sekolah.
Faktor Kekangan Masa dan Sumber
Faktor kekangan masa dan sumber seperti mengadakan ujian bulanan yang
terlalu kerap telah menyebabkan guru-guru tidak berkesempatan untuk
menghabiskan sukatan pelajaran kerana masa yang terlalu singkat. Guru itu juga
harus memeriksa kertas jawapan pelajar dan membuat analisis keputusan ujian
tersebut. Namun begitu, apabila terlalu rapat masa ujian tersebut, maka guru itu
akan berasa tertekan kerana tugas menyemak kertas baru sahaja selesai
dilakukan.
Faktor Kekurangan Sumber
Kekurangan sumber seperti kekurangan bilik darjah, kekurangan makmal
komputer, komputer dan perisiannya merupakan faktor penting kepada guruguru yang memerlukan peralatan tersebut untuk pengajaran. Tambahan pula
mata pelajaran yang diajarnya itu memang berkaitan dengan alat-alat tersebut.
Sekiranya kekurangan sumber ini berlaku, ianya akan menyebabkan guru-guru
menjadi kurang bersemangat dan tertekan kerana ia boleh menjejaskan kualiti
pengajarannya.

Faktor Hubungan Interpersonel


Faktor hubungan interpersonel ini kerap berlaku di antara guru-guru biasa
dengan pihak pentadbir sekolah seperti ketua-ketua panitia mata pelajaran,
ketua-ketua bidang mata pelajaran, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Pentadbiran malah dengan Pengetua
sekolah. Hubungan yang kurang baik di antara guru biasa juga berlaku.
Wujudnya jurang komunikasi di antara guru lama dengan guru baru dan
kurangnya rasa hormat menghormati dalam kalangan guru ketika menjalankan
tugas. Terdapat juga sebilangan guru yang suka mencampuradukkan urusan
peribadi dengan tugas di sekolah yang boleh menjejaskan hubungan dalam
kalangan guru-guru.

Pendedahan Menangani dan Mengawal Tekanan


Sebagaimana para profesional dalam bidang lain, para guru juga perlu diberi
pendedahan untuk menangani tekanan sebagai usaha bekerjasama
menyelesaikannya sendiri. Selye (1978) menyatakan bahawa tekanan hidup
adalah tidak harus dielak kerana tekanan hidup adalah satu-satunya fenomena
yang dapat menyiapkan manusia untuk menghadapi kecemasan atau bahaya
dengan cara berada dalam tahap berjaga-jaga.

Pertamanya, para guru perlu diberi pengetahuan mengenai kemahiran mengenal


pasti dan peka terhadap punca-punca yang menyebabkan tekanan. Patterson
(1986) dan Janis (1982) menyarankan kaedah inokulasi tekanan. Kaedah ini
bertujuan meningkatkan pertahanan terhadap tekanan yang akan dihadapi oleh
seseorang. Teori ini mengandaikan bahawa apabila seseorang itu telah bersedia
untuk menghadapi tekanan atau sebarang bentuk perubahan emosi, maka kesan
yang diakibatkan oleh perubahan itu adalah tidak begitu teruk jika dibandingkan
dibandingkan dengan mereka yang tidak bersedia untuk menghadapinya.
Dengan itu, para guru perlu diberi pendedahan mengenai risiko-risiko yang bakal
dihadapinya dalam profesion perguruan.
Teknik tenang diri juga boleh didedahkan kepada para guru di mana teknik ini
adalah baik untuk mengurangkan tekanan harian.

Salah satu teknik yang dicadangkan adalah Teknik Pengenduran Otot-otot Secara
Progresif (Progressive Muscle Relation oleh Dr. Edmund Jacobson, 1902) dan juga
beberapa amalan berkaitan pengisian rohani guru seperti meditasi, zikir, solat
dan ibadat umum. Amalan pemakanan guru juga perlu diberi panduan dan
perhatian supaya bukan hanya murid-murid sahaja yang dijaga aspek jasmani,
emosi, rohani dan inteleknya. Tetapi guru juga sepatutnya diberi pendedahan
terhadap penjagaan aspek tersebut.

Cadangan
Kajian ini boleh dilaksanakan dengan lebih lanjut dengan membuat kajian
tentang perbandingan umur guru, jantina, lokasi sekolah dan kelayakan guru
terhadap ketegangan guru. Kajian ini juga perlu dilihat daripada aspek min dan
sisihan piawai. Selanjutnya pengkaji perlu membuat Ujian T yang menunjukkan
skor min terhadap tekanan kerja dengan gred sekolah. Didapati juga sampel
yang dipilih bagi kajian ini adalah terlalu sedikit maka perlu ditambahkan
bilangan sampel kajian. Akhirnya, perlu juga membuat kajian berdasarkan
kaedah soal selidik yang menggunakan lima mata Skala Likert. Dengan itu,
kejituan kajian ini memberi makna yang lebih mendalam tentang ketegangan
guru.
Rumusan
Profesion guru adalah salah satu daripada tugas yang sukar dan perlu kepada
usaha pengorbanan yang tinggi. Sememangnya boleh dikatakan bahawa semua
bidang mampu menyebabkan tekanan kepada individu. Tetapi tidak bermakna
bahawa tekanan pada tahap tinggi sehingga menyebabkan gangguan pada
operasi pendidikan itu perlu dipandang sebagai suatu insiden biasa. Perkara ini
perlu diberi perhatian sekurangkurangnya melalui tindakan atau pelaksanaan
penyelesaian secara berperingkat.
Resolusi perlu difikirkan bagi menyelesaikan dan mengurangkan masalah
tekanan dalam kalangan guru demi kebaikan perjalanan pendidikan.
Sesungguhnya tekanan guru yang tidak terkawal boleh memberi kesan negatif
terhadap mutu pendidikan negara. Tekanan yang tidak terkawal antara lainnya
akan memberi kesan kepada kepuasan kerja, strategi berdaya tindak, sokongan
sosial dan konsep kendiri guru.
Memandangkan tugas guru adalah mencabar, anggapan bahawa menjadi
seorang guru adalah mudah perlu dibuang daripada mentaliti setiap pihak.
Begitu juga dengan anggapan bahawa tugas mendidik adalah hanya
tanggungjawab guru dan guru perlu memiliki daya pengorbanan yang tinggi.
Demikian adalah fakta atau alasan yang tidak relevan untuk digunakan supaya
permasalahan tekanan ini dapat diabaikan. Di antara cadangan dan resolusi
yang perlu dipertimbangkan berkaitan tekanan dalam kalangan guru adalah
seperti mengkaji semula beban tugas guru.
Keinginan juga turut berubah mengikut keperluan dan peredaran masa.
Kepuasan kerja merupakan perasaan dalaman seseorang pekerja terhadap
pekerjaan yang dilakukannya hasil interaksi dengan persekitaran. Perasaan puas
ini akan mendorong seseorang itu rela datang ke tempat kerja dengan rasa
tanggungjawab. Justeru, dapat mengurangkan ketegangan dalam kalangan
guru.
Masalah ketegangan dalam kalangan guru dapat dikurangkan jika pihak
pentadbir dapat meningkatkan motivasi pekerja. Hal ini dapat dilaksanakan

dengan memastikan sistem dan prosedur kerja berkesan dan senang difahami.
Sebagai contoh, semua pekerja termasuk pekerja baru perlu diberitahu sejelasjelasnya mengenai tugas-tugas yang harus dibuat dan prosedur untuk
melakukannya. Seterusnya, sistem insentif perlu dihubungkaitkan dengan
prestasi pekerja. Selanjutnya, perlu memastikan keberkesanan saluran
komunikasi (perhubungan). Setiap pentadbir dan penyelia perlu dilatih
menggunakan cara efektif dalam perhubungan dengan pekerja bawahan agar
dapat membantu mewujudkan suasana harmoni di dalam pekerjaan.
Ketegangan guru juga boleh dikurangkan apabila membuat perancangan
program latihan dan pembangunan guru yang tepat, mencukupi dan secara
menyeluruh. Pada masa yang sama perlu mengenal pasti objektif-objektif
latihan dan pembangunan yang perlu dicapai. Dengan itu, guru-guru yang mahir
dalam menjalankan tugasnya akan menjadi lebih bermotivasi. Tambahan pula,
perlu mengadakan gaya dan cara kepimpinan di dalam organisasi sekolah yang
dapat membantu meningkatkan motivasi pekerja.
Isu ini perlu dipandang serius supaya bidang pendidikan yang sentiasa
diperbaharui dan dipertingkatkan mutunya ini dapat selari dengan keperluan dan
kepentingan semua pihak yang terlibat. Meningkatkan mutu pendidikan bukan
bermakna perlu mengorbankan atau menuding hanya kepada sesuatu pihak.
Tetapi perlu dengan usaha serta penglibatan semua pihak dan memenuhi
kepentingan setiap pihak yang terlibat. Penyelesaian yang ditekankan perlu
merangkumi penglibatan semua pihak termasuk kementerian, sekolah dan
individu guru itu sendiri. Segalanya adalah usaha demi mempertingkat dan
memartabatkan status pendidikan Malaysia.
Rujukan
Azizi Yahya, Jamaludin Ramli, Mazeni Ismail (2010), Stress Dalam Kalangan Guru
Sekolah Menengah di Empat Buah Negeri Di Malaysia, Asia Pasific Journal Of
Educators and Education, Vol 25, pp103-136.
Abdul Wahid Nuruddin (1996). Stres Pekerjaan di Kalangan Guru: Satu Kajian
Kes. Tesis (B.Ed), Sintok: Universiti Utara Malaysia.
Abouserie. R. (1996). Stress, Copying Strategies and Job Satisfaction in University
Academic Staff Educational Psychology. 16(1): 49-56.
Borg, M.G. and Riding, R.J. (1993). Teacher Stress And Cognitif Style. British
Journal of Educational Psychology. 65: 49-67.
Dunham, J. (1976). Stress Situations and responeses in National Association of
Schoolmasters (Ed.). Stress in schools. Hemel Hempstead: National Association
of Schoolsmasters.
Faridah Karim dan Zubaidah Aman (1998). Implikasi Burnout di Kalangan Guru
Terhadap Sistem Pendidikan. Prosiding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara.
November 26 27. Malaysia: Universiti Kebangsaan Malaysia, 317-333

Fisher, S. 1994. Stress in academic life. The mental assembly line. The Society
for Research into Higher Education & Open University Press.
Fontana, D. (1989). Managing Stress. British Psychological Society & Routledge
Ltd.
Gold, Y. dan Roth, R. A. (1993). Teachers Managing Stress and Preventing Burnout
- The Professional Health Solution. London: The Falmer Press.
Schafer, W. (1992). Stress Management For Wellness (2ndEd.). Orlando : Harcourt
Brace.
Smither, R. D. (1994). The Psychology Of Work And Human Performance (2nd
ed.). New York : Harper Collins College Publishers.
Smither, R. (1994). Stress and teachers: Old wine in new bottle. Urban Education,
19, 3951.
Tang, Tak On dan Yeung, Alexander Seeshing (1999). Hong Kong Teachers
Sources of Stress, Burnout, and Job Satisfaction. International Conference on
Teacher Education. Februari 22 24. Hong Kong: Educational Resources
Information Center, 1 22.
Zakiah Arshad. (2003). Stres kerja di kalangan guru-guru sekolah rendah: Satu
kajian di Zon Bandar, Kota Tinggi, Johor. Unpublished thesis, Universiti Teknologi
Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai