Anda di halaman 1dari 7

,

.

,,
.
. ,
,
" "
, ,
.
.
.

Petunjuk yang kedua ialah amanah, guru sudah semestinya perlu


mempunyai sifat amanah dalam dalam mendidik murid-murid untuk
menjadi insan yang berakhlak mulia dan berdisiplin. Guru hendaklah
menyampaikan maklumat yang benar, fakta yang jelas dan mengajar
murid bercakap benar. Ini adalah kerana guru menjadi role model kepada
anak didiknya, segala ilmu yang disampaikan haruslah benar dan
mengikut sukatan pelajaran yang telah ditentukan.sebagai contoh, Guru
perlu mendidik murid-muridnya supaya menjawab soalan dengan amanah

dan berhati-hati ketika menduduki kertas peperiksaan, tanpa boleh


meniru jawapan orang lain atau mengambil sumber maklumat daripada
bahan-bahan bacaan yang tidak dibenarkan. Ini akan dapat membiasakan
mereka melakukan sesuatu tanpa bantuan orang lain.
Petunjuk yang ketiga ialah Akauntabiliti, (KamusDwibahasa) Akauntabiliti
bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh
seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud
berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme
keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi
akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah,
masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya. Ia juga
bermaksud perlu melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh pengetua
atau guru besar mengikut masa yang telah ditetapkan. Contohnya
program yang perlu dijalankan adalah selama sebulan, guru perlu
menyediakan kertas cadangan, merancang aktiviti bersama Jawatankuasa
yang dilantik, menjalankan mesyuarat bersama guru besar atau pengetua
membuat perbincangan dan seterusnya memastikan program yang telah
dirancang dapat dijalankan mengikut jadual yang telah disusun.

Guru perlu muhasabah diri sendiri dan cuba memperbetulkan kesilapan


diri sendiri. Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh
dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu
serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan
teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan,
kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang
guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajarpelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental,
politik, sosial dan perkara-perkara lain.
Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah
tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka,

sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada muridmuridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses
pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian
kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga
di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana
seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh
yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya
mereka tidak dibenci,di pandang serong dan tidak dihormati lagi oleh
anak muridnya.
Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar
dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi
hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri
dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya.
Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan
dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini
adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru akan
menghadapi masalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya
terhadap proses pengajaran di sekolah.
Guru digalakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan.
dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau
elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap
profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan
aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat
dari segi mental dan fizikal.
Petunjuk yang terakhir ialah telus iaitu menjalankan tanggungjawab
sebagai guru dengan telus, menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran mengikut apa yang telah diamanahkan. Sekolah ialah
tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawab
terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai
seorang ahli dalam sebuah sekolah ,guru mempunyai sifat telus terhadap

perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas


mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain
seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan, setiausaha
PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh
pihak pentadbiran sekolah.

cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk menjadi guru


pendidikan islam yang cemerlang
Guru yang mempunyai sahsiah cermelang sangat diharapkan
oleh masyarakat bagi mendidik anak bangsa negara ini pada masa
hadapan. Hal ini, masyarakat menyedari bahawa hasil didikan guru
bersahsiah unggul kelak bakal melahirkan murid-murid yang dapat
memimpin dirinya, ahli keluarga dan masyarakat pada masa hadapan ke
arah kebaikan dan kesejahteraan kehidupan. Bagi membina sahsiah guru
cemerlang terdapat tiga aspek penting yang perlu ada dalam diri guru
iaitu perkembangan, pencegahan, dan pemulihan.

Perkembangan

Aspek perkembangan diri bertujuan untuk memberi peluang kepada


golongan guru untuk meningkatkan tahap profesionalisme dalam kerjaya
mereka. Oleh itu, guru perlu memperbaiki diri dengan ilmu pengetahuan
dengan menanamkan minat yang mendalam terhadap bidang pengajian
yang diambilnya. Minat yang mendalam terhadap disiplin ilmunya akan
menyunting semangat mereka untuk bersungguh-sungguh di dalam
pengajiannya. Guru juga perlu membuang sikap negatif seperti
beranggapan bahawa menuntut ilmu itu membosankan dan
membebankan kehidupannya. Malah, kecermelangan yang dikecapi itu
bukan sahaja dengan usaha tetapi disusuli dengan pengharapan doa
kepada Allah untuk mencapai kecemelangan tersebut.

Selain itu, Latihan dalam perkhidmatan itu ialah proses membaiki


diri bagi pembinaan sahsiah cemerlang. Guru perlu sedar bahawa
menuntut ilmu itu tiada penghujungnya. Kaedah mengajar menggunakan
papan hitam dan kapur atau membaca daripada buku teks sahaja tidak
mencukupi kerana penggunan teknologi maklumat sangat penting masa
kini sebagai pendedahan dan bantuan kepada guru. Pelbagai program
latihan dalam perkhidmatan perlu sentiasa diingatkan dan diberikan
latihan bagi meningkatkan pengetahuan dan kecekapan diri. Antaranya,
bengkel komunikasi berkesan, bengkel penggunaan kaedah pengajaran
terkini dan bengkel menagakses maklumat melalui internet.

Pencegahan

Aspek pencegahan bertujuan untuk menghalang atau mencegah


daripada berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini ke atas diri
seseorang. Perkara ini bertepatan dengan konsep mencegah itu lebih
baik daripada mengubat. Cabaran yang terpaksa dihadapi oleh guru
ialah stress di tempat kerja. Pengurusan stres boleh dikesan daripada
aspek fisiologi dan psikologi yang juga merentasi jenis pekerjaan,
kedudukan, dan pangkat.

Ellis dan rakan-rakan (1997), dari aspek fisiologi seperti sakit perut
memulas-mulas, migrain, dan sakit kepala malah aspek psikologi iaitu
tekanan perasaan, kemurungan, panas baran, perasaan cemburu, benci
dan buruk sangka. Ini ditambah lagi dengan perasaan takut, tidak upaya
untuk bertindak dan panik yang menambahkan lagi stres individu
tersebut. Kementerian Pelajaran Malaysia menyenaraikan stres ialah
jantung berdengup kencang dan sukar bernafas, cepat marah, tiada selera

makan, hilang minat terhadap kerja harian, menengking-nengking, dan


berasa ingin membaling sesuatu.

Ali Munis (1995) mengaitkan penyakit jiwa seperti stres dengan


penyakit pada alat pencernaan dan hati seperti pahit pada mulut, bau
mulut yang busuk, kerongkong yang kering, sakit pada kerongkong, sukar
untuk menelan, sakit pada otot-otot perut dan muntah. Penyakit ini
berkaitan dengan dengki, riak, takbur, sombong, dan kufur nikmat yang
membawa kemudaratan diri dan menerima azab yang pedih di akhirat
kelak.
Stres boleh dilihat daripada perspektif teori Rational Emotive
Behavior Therapy yang mencadangkan untuk menghilangkan stres.
Antaranya, meningkatkan konsep kendiri yang baik, merancang tugasan
dibuat secara kumpulan dalam mengikut kepakaran masing-masing,
keputusan yang dibuat di atas sesuatu tindakan dilakukan secara
bermesyuarat dan tanggungjawab perlu dipikul bersama dalam semua
kalangan pentadbir. Selain itu, bersukan, beriadah bersama keluarga,
mengambil permakanan yang seimbang dan memeriksa status kesihatan.

Stres boleh ditangani oleh pendekatan biologikal. Kementerian


Kesihatan Malaysia (2002) menetapkan tema tangani Stres. Sihat
Sepanjang Hayat seperti menarik nafas panjang dan mengucap, kenal
pasti kenapa kita marah, cuba mendengar penjelasan orang lain, tidak
menghukum atau menyakiti hati, berbincang, dan memaafkan atau
menerima kenyataan bahawa manusia ini tidak lari daripada membuat
kesilapan. Unit Pendidikan Kesihatan Negeri Perak (2005) mencadangkan
beberapa cara mengurangkan untuk marah iaitu berfikir secara positif,
jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan, berlajar menyukai
diri sendiri, belajar bertenang, adakan hobi, luangkan masa bersama
keluarga, kerja dan beriadah, dapatkan teman untuk meluah masalah,
bersifat tegas dan tetapkan matlamat realistik.

Pemulihan

Aspek pemulihan bertujuan untuk memulih seseorang guru


daripada berterusan menghadapi permasalahan dalam kehidupannya.
Perkara-perkara yang berkaitan dengan psikososial seperti tekanan dalam
kehidupan, penyalahgunaan dadah, dan permasalahan dalam keluarga
perlu diatasi dengan perkhidmatan kaunseling dan pusat rawatan
psikososial.

Perkhidmatan kaunseling perlu diambil oleh guru yang mengalami


ganguan emosi seperti guru yang mengalami pelbagai masalah
mempunyai tempat untuk meluahkan apa yang dirasai, dialami dan
difikirkan. Selain itu, muhasabah diri terhadap diri sendiri agar merenung
kembali apa yang telah dilakukan dan bertaubat untuk meninggalkan
perkara yang tidak baik itu. Guru juga perlu membuat rujukan iaitu
dengan merujuk mereka kepada pihak yang berkaitan agar pertolongan
dapat disalurkan dengan kadar segera untuk mengelak kejadian yang
tidak diingini berlaku. Selain itu, tindakan tatatertib perlu diselaraskan
sebagai satu bentuk hukuman dan peringatan kepada guru lain tentang
perlakuan yang dikategorikan sebagai beretika dan tidak beretika.
Sekiranya perlu, krusus dan bengkel dianjurkan dan kajian-kajian untuk
melihat implikasi krusus menangani isu sahsiah guru di Malaysia. Ini
bertujuan untuk membantu guru agar sentiasa diterapkan dan diberi
peringatan agar sahsiah guru yang positif dapat ditingkatkan.

Anda mungkin juga menyukai