Anda di halaman 1dari 2

Tutorial 20210203

Kuliah (9-10 pagi) :


Setelah membaca bahan yang disediakan, berikan 5 contoh cara anda mengaplikasikan prinsip
konstruktivis 5E dan 7E dalam pengajaran pembelajaran.

1. Setelah membaca bahan yang disediakan, berikan 5 contoh cara anda mengaplikasikan prinsip
konstruktivis 5E dan 7E dalam pengajaran pembelajaran.
5E: engagement, exploration, explanation, elaboration, evaluation
7E: elicit, engagement, exploration, explanation, elaboration, evaluation, dan extend

Fasa 1: Engage
Saya akan memaklumkan kepada murid subtopik yang akan dipelajari pada pengajaran yang
akan datang. Murid menggunakan kesempatan semasa di rumah untuk melihat sepintas lalu
subtopik yang akan dipelajari.

Fasa 2: Explore
Murid boleh meneroka isi pembelajaran dan membuat carian di internet ataupun menggunakan
laman Youtube untuk memahami isi pengajaran yang akan dipelajari. Segala persoalan ataupun
perkara yang tidak difahami akan dicatatkan di dalam buku nota.

Fasa 3: Explain
Semasa di sekolah, saya akan menerangkan isi pengajaran dan murid-murid akan mengaitkan
dengan isi pengajaran yang mereka telah pelajari sendiri di rumah.

Fasa 4: Elaborate
Saya akan menghuraikan segala persoalan yang tidak difahami oleh murid memandangkan
murid-murid telah mencatatkan segala persoalan di dalam buku nota dan memanfaatkan peluang
bersemuka dengan guru di sekolah untuk mendapatkan penjelasan bagi sesuatu topik yang masih
belum dikuasai dengan baik.

Fasa 5: Evaluate
Proses penilaian bertujuan untuk menguji kefahaman murid dan guru akan menyediakan kuiz
melalui pelbagai medium seperti Google Classroom ataupun melalui permainan interaktif yang
menarik seperti ‘wordwall’, ‘liveworksheet’, ‘Quizizz’ dan sebagainya.
Soalan (10-11 pagi) Tutorial M3 :
Nyatakan implikasi teori-teori pembelajaran terhadap pengajaran dan pembelajaran termasuk
kanak-kanak berkeperluan pendidikan khas.

2. Nyatakan implikasi teori-teori pembelajaran terhadap pengajaran dan pembelajaran termasuk


kanak-kanak berkeperluan pendidikan khas.

Teori pembelajaran bukan sahaja sesuai untuk murid aliran perdana,tetapi juga boleh
diaplikasi dalam pembelajaran murid berkeperluan khas. Murid berkeperluan khas mendapat
peluang pendidikan yang sama, baik di sekolah khas ataupun di sekolah integrasi. Murid
berkeperluan khas dalam program integrasi terdiri daripada kanak-kanak
'bermasalahpembelajaran' secara umumnya. Dalam konteks Malaysia, mereka ialah anak-anak
yang mengalami sindrom down, perkembangan lewat, autistik, disleksia, tumpuan singkat
(ADHD), hiperaktif dan slow learner.

Setiap kategori murid berkeperluan khas mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Pembelajaran
murid berkeperluan khas juga perlu disediakan dalam bentuk yang dipermudah dan disesuaikan.
Namun, rata-rata murid belajar melalui latih tubi, peneguhan, peniruan dan modelling. Setiap
aktiviti pembelajaran perlu diubah suai dan disesuaikan dengan keperluan murid.

Anda mungkin juga menyukai