Anda di halaman 1dari 1

Tutorial 20210331

1. Fahami maksud pukulan junam, kilas dan lob dengan jelas. Bezakan.
PUKULAN JUNAM
Tujuan diadakan pukulan junam adalah untuk membawa pihak lawan bergerak dekat
ke jaring dan membuka ruang di belakang dan tengah gelanggang. Persediaan untuk
pukulan junam adalah sama seperti pukulan “lob” hanya beza adalah semasa
sentuhan bulu tangkis.
• Sebelum membuat sentuhan bulu tangkis, kurangkan kuasa dengan memeriksa
kelajuan raket dan memastikan raket digenggam dengan selesa.
• Titik sentuhan dengan bulu tangkis adalah lebih ke depan sedikit dari
pukulan “lob”.

PUKULAN KILAS
Pukulan kilas digunakan untuk bertahan. Kadang-kadang digunakan untuk
mematikan bulu tangkis melalui smash kilas
 Pada kedudukan sedia
 Pegang raket mengikut teknik pegang kilas
 Kilas pinggang sambil siku fleksi menyilang dada
 Hayunkan raket ke hadapan dan bulu tangkis pada paras bahu

PUKULAN LOB
Pukulan lob digunakan untuk bertahan serta menyukarkan pihak lawan melakukan
serangan. Pukulan ini juga dapat memberi masa dan kesempatan pemain kembali ke
posisi bersedia.
 Pada kedudukan sedia
 Pegang raket dengan teknik pegang depan
 Bawa raket ke belakang atas kepala. Siku fleksi sambil kepala didongakkan
 Bawa raket ke hadapan atas kepala dengan siku fleksi
 Kontak bulu tangkis semasa ia berada di atas kepala.
 Pukul bulu tangkis pantas.
 Ikut lajak

Anda mungkin juga menyukai