Anda di halaman 1dari 4

Tutorial 20210203

Bola Jaring
2. Senaraikan teknik-teknik kemahiran menghantar dan menerima yang terdapat dalam bola
jaring. Perincikan dengan butiran mengajar yang lengkap salah satu teknik kemahiran
menghantar dan menerima yang dipilih.

HANTARAN
a. HANTARAN ARAS BAHU
Hantaran ini dapat dilakukan kerana bola hantaran paras bahu dapat dilontar dengan lebih tinggi
dan jauh.
·TEKNIK HANTARAN BOLA PADA ARAS BAHU
-Pegang bola di atas tapak tangan kanan.
-Kaki kiri melangkah ke hadapan bertindak sebagai [aksi pergerakan kaki kanan.
-Berat badan berada di atas kaki kanan.
-Bawa bola ke belakang kepala dengan kedudukan siku dibengkokkan.
-Pindahkan berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri semasa membuat hantaran.
-Tolak bola dengan kuat dan terus ke hadapan atau flick.
-Tangan dan jari ikut lajak arah bola di hantar.
-Bagi hantaran jarak jauh gunakan pergerakan ‘whip’pergelangan tangan.

b. HANTARAN BOLA ARAS DADA


Hantaran aras dada ialah satu hantaran yang kuat, cepat dan jarak yang tidak begitu jauh.
·TEKNIK HANTARAN BOLA ARAS DADA
-Jari tangan pemain dibuka untuk mencekap bola.
-Bola berdekatan badan iaitu pada aras dada. Tangan dibengkokkan dan suku dalam keadaan
seimbang.
-Pemain dalam kedudukan seimbang dan kaki kiri ke hadapan.
-Pemain hendaklah mengambil satu langkah ke hadapan.
-Siku dan kesemua jari hendaklah diluruskan dan tangan ditolak ke hadapan serentak dengan
kekuatan bola.
3. Jelaskan singkatan-singkatan yang digunakan untuk setiap posisi pemain bola jaring dan
nyatakan lokasi dan peranan setiap pemain tersebut.

a. Penjaring gol (GS)

·GS bertugas sebagai penjaring gol


·mesti mahir membuat jaringan
·bermain di kawasan masing masing
·tidak bebas bergerak
b. Pertahanan gol / pertahanan dalam (GD)

·GD boleh menerima bola dari hantaran tengah


·pasukan pihak lawan di kawasan tengah,kawasan gol atau dalam jaringan
·menjaga dan mengawal gerakan penyerang gol (GA)

c. Penjaga gol (GK)

·menjaga penjaring gol (GS) pasukan lawan di dalam kawasan mahupun luar kawasan
·menjaga kawasan jaring dan menghalang penyerang dalam kawasan jaring
·GK bekerjasama dengan GD

 d. Penyerang sayap (WA)

·menyerang dan tugas utamanya menghantar bola dari tengah ke kawasan jaring
·WA biasanya menghantar bola kepada  penjaring dan penyerang gol dengan kerjasama pemain
tengah

e. Penyerang gol (GA)

·ditugaskan sebagai penjaring


·bekerjasama dengan pemain tengah,penyerang sayap dan penjaring gol
·menerima hantaran tengah dan bertidak sebagai peyerang

f. Penyerang sayap (WD)

·menghalang gerak geri dan hantaran yang ditujukan kepada penyerang sayap (WA) pasukan
lawan.
4. Nyatakan kesilapan-kesilapan yang boleh berlaku dalam gerak kaki.
·Selepas menangkap bola, pemain membuat dua langkah.
·Pemain menerima bola dengan kaki kanan di atas tanah, pemain melangkah dengan kaki kanan.
·Pemain menerima bola dengan kaki kiri di atas tanah, pemain melangkah dengan kaki kiri.
·Pemain menerima bola dengan kedua-dua belah kaki di atas tanah, pemain membuat dua
langkah dari mana-mana kaki.

Anda mungkin juga menyukai