Anda di halaman 1dari 3

Butiran mengajar @ coaching point tentang 10 variasi/ jenis hantaran dan menerima atau menangkap

bola baling dengan menggunakan sebelah tangan atau dua belah tangan secara ansur maju statik
(berdiri) atau dinamik (berjalan,berlari,melompat)

KEMAHIRAN : HANTARAN BOLA

Dalam permainan Bola Baling terdapat beberapa cara penghantaran bola yang sama dengan
cara-cara yang digunakan dalam permainan bola keranjang dan bola jaring. Jenis hantaran yang biasa
digunakan adalah seperti berikut :

a) Hantaran bahu

b) Hantaran lantun

c) Hantaran aras dada

d) Hantaran lompat

e) Hantaran sisi

Untuk melakukan hantaran yang berkesan, seseorang pemain mestilah fokus kepada langkah-langkah ini
:

1. Penglihatan pemain hendaklah fokus pada bola dan penerima.

2. Kedudukan tangan memegang bola dengan kemas dan posisi pemain juga bolehlah merendahkan
sedikit badannya supaya lebih stabil (Bergantung pada situasi).

3. Tangan dan jari hendaklah dalam kedudukan terbuka semasa membuat hantaran. Ibu jari berfungsi
sebagai daya ke hadapan ataupun sokongan.

HANTARAN BAHU

Cara menghantar bola yang sering digunakan oleh pemain dalam permainan Bola Baling.
Biasanya, cara ini dilakukan semasa membuat hantaran jauh. Kelebihan cara ini ialah persediaan
hantaran ini boleh mengelirukan pihak lawan. Dari keadaan bersedia, pemain boleh terus menggelecek,
menjaring, menukar hala hantaran atau memusingkan badannya.

HANTARAN LANTUN

Dilakukan apabila membuat hantaran secara mengejut. Kelemahannya adalah bola itu dapat
disekat oleh pihak lawan yang bertindak balas pantas. Hantaran ini biasanya dilakukan dengan sebelah
tangan.

HANTARAN ARAS DADA

Berasal daripada kemahiran yang sama dalam permainan bola keranjang. Sesuai untuk hantaran
jarak dekat di aras dada. Pergerakan bola itu adalah hasil tolakan dari jari-jari tangan. Tangan hendaklah
ikut lajak di akhir tolakan.
HANTARAN LOMPAT

Ini adalah satu lagi gerak keliru yang berasal dari permainan bola keranjang. Biasanya apabila
seorang penyerang melompat untuk menjaring tidak berpeluang membuat demikian, ia akan membuat
hantaran terus kepada kawannya supaya bola tidak terlepas kepada pihak lawan.

HANTARAN SISI

Cara hantaran sisi juga digunakan bila membuat hantaran jarak dekat dan pantas. Pemain tidak
perlu memusingkan badannya untuk menghadap ke arah penerima hantarannya apabila hantaran sisi
dilakukan. Hantaran cara ini banyak melibatkan pergerakan pergelangan tangan dan memang sesuai
bagi pemain yang mempunyai tapak tangan yang besar.

KEMAHIRAN : MENANGKAP BOLA

Untuk menangkap bola dengan tepat dalam apa jua keadaan dan situasi permainan, seorang
pemain mestilah memberikan perhatian pada faktor-faktor berikut:

1. Penglihatan pemain hendaklah fokus pada bola dan penghantarnya.

2. Kedua-dua belah tangan direnggangkan dan dihulurkan ke arah bola.

3. Tangan dan jari hendaklah dalam kedudukan terbuka semasa membuat tangkapan. Ibu jari berfungsi
sebagai penahan bola.

4. Setelah berjaya ditangkap, bola hendaklah dirapatkan ke dada dalam kedudukan yang selamat.

5. Kedudukan sebelah kaki hendaklah ke depan dan harus berjarak seluas bahu dengan kaki belakang.

6. Sepanjang pergerakan untuk menangkap bola, pemain hendaklah berada dalam kedudukan
seimbang.

7. Bola yang diterima berada di atas pinggang perlu ditangkap dengan tangan terbuka dan jari-jari
menunjuk ke atas dengan ibu jari membentuk W di belakang bola. Untuk bola yang berada di bawah
pinggang, tangan diterbalikkan dan bola disentuh hanya pada jari. Untuk menangkap bola terlalu
rendah, satu kaki dikeluarkan ke depan, lalu lutut membengkok dan tangan terbalik.

Pemain perlu berupaya menangkap pelbagai hantaran seperti hantaran tinggi, hantaran rendah dan
hantaran sisi sama ada dalam kedudukan bergerak atau statik.

CARA MENANGKAP BOLA

1. Dengan kedua-dua belah tangan – bola aras muka

Apabila hendak menangkap bola setinggi aras muka, pemain seboleh-bolehnya hendaklah berada di
belakang hala pergerakan bola itu. Kedua-dua belah tangan dihulur secara lurus ke hadapan untuk
menangkap bola. Sebaik sahaja ditangkap bola hendaklah dibawa dekat badan untuk kawalan yang lebih
baik.
2. Dengan kedua-dua belah tangan – bola rendah

Untuk menangkap bola rendah pemain perlu merendahkan badannya dan kedua-dua belah tangan
dihulur untuk menerima bola yang menuju kepadanya. Jari-jari menghala ke bawah semasa menangkap
bola.

3. Menangkap bola dengan sebelah tangan

Cara ini hanya dapat dilakukan dalam situasi apabila penerima bola tidak menghadapi tekanan atau
gangguan daripada pihak lawan semasa hantaran dibuat. Penerima hendaklah memerhatikan bola
sehingga dapat ditangkapnya. Untuk kawalan bola yang kemas, keseluruhan tapak tangan yang
menangkap bola hendaklah berada di belakang bola.

4. Menangkap bola tinggi

Jika perlu pemain hendaklah melompat untuk menangkap bola hantaran tinggi. Faktor yang sangat
penting dalam situasi ini adalah lompatan hendaklah dibuat pada masa yang tepat. Kedua-dua belah
tangan dihulur ke atas untuk menangkap bola. Sebaik sahaja mendarat, bola hendaklah dibawa rapat ke
badan supaya dapat mengawalnya dengan lebih kemas.

Anda mungkin juga menyukai