Anda di halaman 1dari 8

TEKNIK ASAS PERMAINAN BOLA BALING

1. KEMAHIRAN MELOMPAT

 berguna dalam keadaan dimana pemain-pemain hendak menyambut bola

tinggi, memintas, menyekat hantaran lawan dan membuat jaringan lompat.

TEKNIK :

1. Rendahkan Badan apabila sedia hendak melompat .

2. Hujung kaki menolak kuat untuk melonjak dengan berkesan .

3. Tangan dihulur keatas apabila hendak menyambut bola tinggi .

4. Semasa mendarat kakik dibengkokkan di bahagian lutut untuk meresap daya

pendaratan .

2.KEMAHIRAN MENGELECEK

 satu pergerakkan dimana bola dilantun secara berterusan ke tanah dengan

satu tangan atau bertukar tangan tanpa memegang bola. Kemahiran ini

penting bagi pemain kerana:

i) Membolehkan pemain bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain

dengan bola

ii) Melakukan serangan secara berseorangan jika semua rakan dikawal oleh

pihak lawan

1
Teknik Mengelecek

 Fleksi lutut lebih kurang 120 darjah dengan imbangan badan terkawal

 Tangan sentuh bahagian atas bola dengan jari-jari terbuka

 Lantunan ditolak dengan jari bukan dengan menggunakan tapak tangan

 Pergelangan tangan digerakkan keatas dan ke bawah

 Badan dibengkokkan ke hadapan

 Berat badan sentiasa berada di kaki hadapan

 Mata pandang kea rah hadapan atau ke arah mana hantaran hendak dibuat

 Tinggi lantunan pada paras lutut atau pinggang

 Tangan yang tiada bola sentiasa membuat hadangan bagi mengelakkan bola

dirampas oleh pihak lawan.

3.KEMAHIRAN MENJARING

1. Jaringan Junam

 Pemain mengambil 3 langkah sebelum melonjak

 Lonjakkan badan masuk kedalam kawasan petak D

 Lompat sejauh yang mungkin untuk dekat dengan pintu gol

 Bola hendaklah dilepaskan sebelum mana-mana bahagian menyentuh

tanah

2
2. Jaringan Lompat

 Berlari dan melonjak atas sebelah kaki

 Angkat sebelah tangan ke atas (jika kaki kiri melonjak, angkat tangan

kanan)

 Lepaskan bola dengan hayunan yang kuat menuju ke sasaran

 Tangan ukuti lajak bola yang direjam.

4.KEMAHIRAN MENGADANG

Mengadang ialah kemahiran mengawal gerakan pemain daripada menyerang

atau menjaringkan gol. Mengadang khususnya semasa menjaringkan gol,

adalah kemahiran pertahanan bagi setiap pemain secara individu. Dalam

permainan bola baling, mengadang mempunyai 2 matlamat atau tujuan.

Disamping dapat menhalang atau mengelak lawan daripada melakukan

serangan, ia juga bertujuan merampas bola daripada kawalannya. Dengan

demikian, pemain dapat memiliki bola dan seterusnya membolehkan ia membina

pergerakkan untuk menyerang. Pergerakkan sebegini sering diistilahkan sebagai

serangan balas.

TEKNIK MENGADANG

Terdapat beberapa teknik mengadang pihak lawan daripada meneruskan

serangannya.

1. Mengadang dari jarak dekat

2. Mengadang dari jarak jauh

3. Menghentikan gerakan lawan

4. Mengadang bola hantaran tinggi

5. Melindungi rakan daripada serangan lawan

3
5.KEMAHIRAN MENGACAH

Mengacah ialah kemahiran melakukan gerakan yang boleh mengelirukan lawan,

iaitu seakan-akan mahu melakukan sesuatu tetapi sebaliknya melakukan

gerakan lain, seperti memusing, memintas, menukar arah dan menukar gerakan.

Kemahiran ini jarang dilakukan oleh pemain baru atau pada peringkat awal.

Kemahiran mengacah dilakukan samada dengan bola atau pada badan pemain

itu sendiri.

TEKNIK MENGACAH

1. Kedudukan sebelah kaki didepan dengan jarak antara kedua-dua kaki seluas

bahu, sambil lutut dibengkokkan.

2. Berat badan awal ialah pada kaki kiri belakang dan kemudian ditukarkan

kekaki kanan didepan, serentak itu kedua-dua tangan mengikut

3. Tukar arah gerakan tangan

6.KEMAHIRAN MENGHANTAR DAN MENANGKAP BOLA

Empat prinsip hantaran seperti berikut :

o KETEPATAN

Kebolehan pemain membuat hantaran hendaklah menepati arah dan destinasi

yang dituju

o KETEPATAN MASA

Pemain berkebolehan membuat penentuan berkenaan ketika atau masa tepat

dan terbaik untuk membuat hantaran walau dalam pelbagai situasi

4
o SUDUT HANTARAN

Pemain berkebolehan menentukan dari mana hantaran perlu dibuat bagi

memudahkan serta membolehkan rakan menangkapnya dengan selesa

o MEMBUAT PERTIMBANGAN

Pemain menentukan keadaan bola dan kemudiannya menentukan bagaimana

membuat hantaran dalam keadaan tertentu mengikut jarak dan kedudukan

rakan

5
1. HANTARAN ARAS BAHU

• Bola diletakkan di tapak tangan untuk membuat hantaran

• Tangan yang akan membuat hantaran ditarik dan meninggi ke belakang

• Tangan dibengkokkan ke siku

• Salah satu kaki diletakkan ke hadapan

• Tangan yang tidak memegang bola dilintangkan manakala bahu

direndahkan sedikit semasa melakukan hantaran

2. HANTARAN ARAS KEPALA

• Hampir sama dengan hantaran aras bahu

• Hantaran dilakukan dengan melepasi kepala pemain yang membuat hantaran

• Hantaran ini sesuai untuk menghantar bola yang jauh dan tinggi kepada rakan

3. HANTARAN MELEPASI BADAN

• Peraturan hantaran melepasi badan

• Pemain memegang bola pada tangan yang akan membuat hantaran

• Pemain menggerakkan bola ke sebelah serta merentasi badannya sebelum

membuat hantaran

• Pemain membuat hantaran rentas pada aras dada atau bahu dengan

membawa bola merentasi badan

• Pemain melakukan ikut lajak selepas hantaran dibuat

4.HANTARAN SISI

• Hantaran untuk menghantar bola merentasi padang atau gelanggang

• Hampir sama dengan hantaran lintang atau hantaran melepasi badan

6
• Sesuai untuk hantaran pendek yang pantas

• Selepas menangkap bola , pemain memegang bola pada kedua-dua belah

tangan lalu dibawa mengelilingi badan pada aras pinggang

5.HANTARAN LANTUN

• Digunakan dalam situasi tertentu

• Hantaran boleh dilakukan menggunakan sebelah atau kedua-dua belah

tangan

6.HANTARAN ARAS DADA

• Hantaran jenis ini jarang digunakan

• Biasanya digunakan untuk membuat lontaran pendek dan pantas

7. HANTARAN LOMPAT

• Hantaran ini lebih merupakan ke arah gol

• Pemain perlu melompat untuk membuat jarigan dengan pergerakan segera.

8. HANTARAN LEPAS

• Dilakukan apabila pemain bergerak ke garisan 9 meter bagi melakukan

jaringan gol, tetapi berubah fikiran kerana mendapati rakannya berada di

kedudukan yang lebih baik untuk membuat jaringan

• Pemain tersebut akan melepaskan bola ke tanah jauh darinya untuk diambil

oleh rakannya

7
9. HANTARAN BELAKANG

• Dibuat dari belakang badan pemain

• Menggunakan sebelah tangan sahaja

• Banyak dilakukan semasa membuat serangan

10. HANTARAN HADAPAN

• Salah satu hantarn yang kerap digunakan

• Pemain mempunyai pilihan yang banyak untuk mengahantar bola

11. HANTARAN JAUH

• Dilakukan oleh penjaga gol

• Dilakukan dengan pantas

Anda mungkin juga menyukai