Anda di halaman 1dari 30

Kesultanan Johor

Riau
DANISH IQBAL
SOALAN OBJEKTIF
1. Setelah menaiki takhta, Raja Ali telah menggunakan gelaran baharu dalam
pemerintahannya. Apakah gelaran tersebut?

A) Sultan Mahmud Shah

B) Sultan Iskandar Thani


C) Sultan Mahmud Shah I
D) Sultan Alauddin Riayat Shah I

JAWAPAN: D) Sultan Alauddin Riayat Shah I


2. Manakah antara berikut merupakan lokasi pusat pemerintahan Sultan Alauddin Riayat
Shah I?

I) Kota Setar
II) Kota Kara
III) Kota Batu
IV) Kota Sayong

A) I,II dan III


B) I,II dan IV
C) I,III dan IV
D) II,III dan IV

JAWAPAN: D) II,III dan IV


3. Mengapakah Johor, Acheh dan Portugis terlibat dalam Perang Seratus Tahun?

A) Untuk menjatuhkan kekuasaan Portugis


B) Untuk menghapuskan agama Kristian
C) Untuk menguasai laluan perdagangan
D) Untuk memusnahkan Melaka

JAWAPAN: C) Untuk mengusai laluan perdagangan


4. Apakah yang menyebabkan berlakunya siri peperangan antara Johor dan Gambit?

A) Persaingan kuasa
B) Perebutan wilayah
C) Perluasan kuasa
D) Pencerobohan wilayah

JAWAPAN: B) Perebutan wilayah


5. Siapakah Raja Kechil dalam sejarah kerajaan Johor Riau?

A) Pewaris takhta kerajaan


B) Pemerintah kerajaan lain
C) Pemerintah awal kerajaan
D) Pemimpin tentera upahan

JAWAPAN: A) Pewaris takhta kerajaan


6. Salah satu cabaran yang dihadapi dalam usaha mewujudkan kerajaan Johor Riau yang
gemilang ialah ___________.

A) Permasalahan keluarga diraja


B) Pertelingkahan kerabat raja
C) Pertelingkahan antara rakyat
D) Pertelingkahan antara pembesar

JAWAPAN: D) pertelingkahan antara pembesar


7. Apakah kelebihan yang dimiliki oleh Kota Kara?

I) Diperkuat oleh tentera upahan


II) Dilindungi kapal perang
III) Tembok pertahanan kukuh
IV) Persenjataan yang kuat

A) I dan II
B) I dan IV
C) II dan III
D) III dan IV

JAWAPAN: D) III dan IV


8. Mengapakah kerajaan johor mewujudkan hubungan baik dengan belanda bermula pada
tahun 1602?

I) Melindungi Johor daripada musuh seperti Acheh dan Portugis


II) Memerlukan bantuan ketenteraan untuk mempertahankan diri
III) Mewujudkan tali persaudaraan antara Johor dan Belanda
IV) Menguasai kerajaan-kerajaan lain di sekeliling Johor

A) I dan II
B) I dan IV
C) II dan III
D) III dan IV

JAWAPAN: A) I dan II sumber; buku teks sejarah form 2 page


103
9. Pelabuhan Johor Riau merupakan pusat pengumpulan barang-barang dari negeri jajahan
dan naungannya.Apakah bentuk barangan yang dikumpulkan di pelabuhan Johor Riau?

A) Teh
B) Emas
C) Seramik
D) Wangian

JAWAPAN: B) Emas
sumber; buku teks sejarah form 2 page 105
10. Pernyataan di bawah berkaitan dengan aktiviti perdagangan yang berlaku di wilayah
Johor Riau.

Wilayah Johor Riau


menjadi tumpuan para
pedagang luar

Manakah antara berikut merupakan pedagang yang berasal dari timur Asia?

A) Jawa
B) Siam
C) China
D) Gujerat

JAWAPAN: C) China sumber; buku teks sejarah form 2 page 104


11. Bagaimanakah sistem naungan dijalankan dalam kerajaan Johor Riau?

I) Pedagang luar dinaungi oleh para pembesar


II) Sebahagian keuntungan diberi kepada penaung
III) Dikenali dengan nama cukai pendapatan
IV) Pedagang mudah mendapat surat kebenaran daripada sultan

A) I dan II
B) I dan IV
C) II dan III
D)III dan IV

JAWAPAN: A) I dan II
sumber; buku teks sejarah form 2
106
12.Dalam sistem pentadbiran Johor Riau telah diwujudkan satu jawatan yang cukup
penting di pelabuhan iaitu jawatan shahbandar.Apakah peranan jawatan tersebut di
kawasan pelabuhan?

A) Menjadi hakim di kawasan perairan


B) Menunda kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan
C) Menguruskan sistem jual beli
D) Menguruskan keselamatan para pedagang

JAWAPAN: C) menguruskan sistem jual beli


13. Karya manakah yang menceritakan kepahlawanan Melayu?

A) Sulalatus Salatin
B) Hikayat Hang Tuah
C) Hikayat Anak Panah Sedasa
D)Salasilah Melayu dan Bugis

JAWAPAN: B) Hikayat Hang Tuah

sumber; buku teks sejarah page


108
14. Berdasarkan pernyataan di bawah,

Syair Ungku Puteri

Siapakah pengarang karya di atas?

A) Bukhari al-Jauhari sumber; buku teks sejarah form 2 page 109


B) Tun Sri Lanang
C) Raja Ali Haji
D) Raja Ahmad

JAWAPAN: D) Raja Ahmad


15. Manakah antara berikut merupakan hasil tulisan Raja Ali Haji?

A) Tuhfat al-Nafis
B) Mahkota Raja-Raja
C) Tajul Salatin
D) Sulalatus Salatin

JAWAPAN: A) Tuhfat al-Nafis

sumber; buku teks sejarahform 2 page 109


Sejarah (bahagian B)
Fatin Nasuha
6.1 Pengasasan Kesultanan Johor Riau

1. Kota Kara merupakan sebuah kota milik Kesultanan Johor Riau.

(a) Jelaskan pengasasan kerajaan Kesultanan Johor Riau oleh Raja Ali.

Kerajaan Kesultanan Johor Riau telah diasaskan oleh Raja Ali, putera Sultan
Mahmud Shah dan Tun Fatimah. Baginda menggunakan gelaran Sultan
Alauddin Riayat Shah 1 pada tahun 1528 hingga tahun 1564.

sumber : buku teks sejarah


tingkatan 2 muka surat 98
(b) Nyatakan sejarah pembukaan Kota Kara oleh Sultan Alauddin Riayat Shah I

● Sultan Alauddin Riayat Shah I membina pusat pemerintahan di


Kota Kara, Pekan Tua pada tahun 1528.

● Kedudukan Kota Kara yang terletak berhampiran sungai yang


lebar dan dalam memudahkan kapal untuk keluar masuk.

● Kawasan berbukit bukau di sekitar Kota Kara menjadi benteng


pertahanan daripada ancaman luar.

sumber : buku teks sejarah


tingkatan 2 muka surat 98
(c) Mengapakah kita perlu mempertahankan negara tercinta ini? Jelaskan.

Kita perlu mempertahankan negara tercinta ini supaya kita dapat hidup
dengan aman dan harmoni. Hal ini kerana untuk mencapai kehidupan
yang maju dan sejahtera agar rakyat dapat mencari rezeki dengan
mudah untuk meneruskan kehidupan.

Kita juga perlu mempertahankan negara tercinta ini untuk menjaga


keamanan negara kerana kita perlukan sebuah negara untuk hidup dan
membina kehidupan. Hal ini kerana untuk mengelakkan dari berlakunya
peperangan terhadap negara supaya rakyat dapat hidup dengan
tiadanya rasa takut.

Sebagai seorang pelajar, kita perlu menguatkan bidang ilmu supaya


negara tidak mudah dijajah oleh negara luar lantas kita dapat menjaga
keselamatan negara dan sekaligus dapat meningkatkan ekonomi
negara dengan menggunakan ilmu sedia ada.
6.2 Kegemilangan Kesultanan Johor Riau

Lengkapkan maklumat di bawah berkenaan pengurusan pelabuhan kerajaan


Johor Riau.

1. Pengurusan Pelabuhan ( Kemudahan pelabuhan )

(a) Menyediakan gudang bawah tanah.


(b) Menyediakan pegawai terlatih.
(c) Membekalkan barang yang diperlukan oleh pedagang.

2. Pengurusan Pelabuhan ( Urusan jual beli )

(a) Perdagangan dijalankan secara tukar barang dan menggunakan mata wang.
(b) Syahbandar merupakan pembesar yang bertanggungjawab mengurus sistem
jual beli dan kutipan cukai pelabuhan.
3. Pengurusan Pelabuhan ( Sistem naungan )

(a) Pedagang luar dan tempatan mendapat naungan.


(b) Sebahagian hasil keuntungan diberikan kepada pihak yang memberikan naungan
dalam bentuk cukai perdagangan.
(c) Pedagang mudah mendapat surat kebenaran dari Belanda.

4. Pengurusan Pelabuhan ( Peranan Orang Laut )

(a) Ditugaskan sebagai pengawal pelabuhan, penunda kapal dagang, penunjuk arah
kepada pedagang.
(b) Terlibat mengawal keselamatan kesultanan Johor Riau dengan menjadi tentera
angkatan laut.

5. Pengurusan Pelabuhan ( Kemudahan membaiki dan membina kapal )

(a) Membaiki dan membina kapal bersaiz kecil.


(b) Orang laut mahir dalam pembinaan kapal.
sumber : buku teks sejarah tingkatan 2
muka surat 106 dan 107
KESULTANAN
JOHOR RIAU
Soalan Esei
Nur Hanis Nazlah
1.a) Pelbagai cabaran dihadapi oleh pemerintah Kesultanan Johor Riau di peringkat awal
pembentukannya. Bagaimanakah pemerintah kerajaan dapat menangani cabaran tersebut? Jelaskan.

= Cara pemerintah kerajaan menangani cabaran tersebut adalah dengan pemindahan pusat
pemerintahan.Pusat pemerintahan Kesultanan Johor Riau terletak di pesisiran Sungai Johor. Semasa
pemerintahan Sultan Ibrahim, beliau telah membina pusat pemerintahan baharu di Kepulauan Riau
Lingga.Pusat pemerintahan sering berpindah disebabkan oleh keperluan strategi ketenteraan dan
pertahanan bagi mempertahankan diri daripada ancaman Portugis.

Selain itu, mereka juga telah membina kota pertahanan.Kota pertahanan sering berubah mengikut
lokasi pusat pemerintahan serta mempunyai bentuk dan ciri yang tersendiri. Kota Kara telah dibina
semasa pengasasan kerajaan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah I. Lokasinya adalah di Kuala Sungai
Telor.Pagar Kota tersebut berketinggian 12 meter iaitu 40 kaki. Kota Kara diperkuat dengan bedil dan
meriam.

Akhir sekali, strategi yang digunakan oleh pemerintah kerajaan untuk menangani cabaran
merupakan dengan menjalinkan hubungan dengan Belanda.Kerajaan Johor membuat perjanjian
persahabatan dengan pihak Belanda bertujuan untuk menghadapi ancaman daripada Portugis di
Melaka dan Acheh.Sultan Alauddin Riayat Shah memulakan hubungan dengan Belanda pada 1602.
sumber : buku teks sejarah tingkatan 2
muka surat 102 dan 103
b) Bagaimanakah Kesultanan Johor Riau mampu menjadi sebuah pusat perdagangan yang unggul di
Alam Melayu? Huraikan.

= Kesultanan Johor Riau mampu menjadi sebuah pusat perdagangan yang unggul di Alam
Melayu adalah disebabkan oleh kedudukannya yang strategik.Pelabuhan Johor lama, batu Sawar dan
Panchor mudah dimudiki oleh kapal besar kerana Sungai Johor yang lebar dan dalam. Lokasi
pelabuhan bolehkan Johor kawal lalu lintas kapal dagang dari Timur dan Barat. Pelabuhan Riau di
persimpangan lalu lintas maritim yang strategik jadi tumpuan pedagang.

Selain itu, tumpuan para pedagang juga merupakan antara keistimewaan Johor Riau yang
menyebabkan Johor muncul sebagai pusat perdagangan yang unggul. Pedagang jawa pilih
pelabuhan Johor kerana tidak mahu berdagang dengan Portugis di Melaka.Pedagang Siam
memasarkan hasil pertanian seperti beras.Johor turut menjadi tumpuan pedagang dari tanah jajahan
dan naungan serta kerjaan lain di Alam Melayu.

Seterusnya,johor menjadi pusat pengumpulan dan pengedaran pelbagai barang


dagangan.Barangan yang dibekalkan oleh tanah jajahan dan naungan Johor. Contohnya ialah lada
hitam,bijih timah dan emas. Barangan tempatan lain ialah kelapa kering,kayu gaharu, damar,
kelembak, sagu,pinang, ikan masin, periuk belanga, lilin dan garam yang diperoleh dari Pahang, timur
Sumatera, Kepulauan Borneo, Klang, Jambi dan wilayah lain.

Akhirnya ialah kesibukan pelabuhan Johor Riau. Terdapat peningkatan jumlah kapal kapal
dagang yang berlabuh. Antaranya ialah kapal Siam, Portugis, Inggeris dan pulau pulau di Alam
Melayu
sumber : buku teks sejarah tingkatan 2
muka surat 104 dan 105
c) Bagi meningkatkan industri perdagangan di Malaysia, apakah cadangan penambahbaikan anda
kepada pemimpin negara? Huraikan.

= Cadangan penambahbaikan saya kepada pemimpin negara ialah dengan menggalakkan


pelaburan asing. Antara faktor yang menggalakkan pelaburan asing ialah kestabilan politik negara
dan kemudahan infrastruktur seperti rangkaian pengangkutan dan komunikasi.Kerajaan boleh
menyediakan kemudahan asas dan infrastruktur yang lengkap. Kemudahan asas yang lengkap
seperti jaringan pengangkutan yang cekap, sistem telekomunikasi dan bekalan air dan elektrik dapat
menarik pelabur asing.

Selain itu, kita boleh menggunakan teknologi moden untuk meningkatkan fasilitis di
pelabuhan-pelabuhan seperti yang digunakan di pelabuhan maju lain.Contohnya, kita boleh
menggunakan kren moden untuk mengangkut barang dan untuk proses pembaikan kapal.

Akhir sekali, kita dapat meningkatkan industri perdagangan dengan mempromosikan negara sebagai
lokasi peleburan utama di Asia dan dunia.KIta boleh menghantar delegasi ekonomi untuk
mempromosikan potensi negara sebagai pusat dagangan utama dunia.Sebagai contoh, Malaysia
adalah salah satu pengeksport terbesar komponen semikonduktor dan barang elektrik, panel suria
dan teknologi maklumat dan komunikasi.
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai