Anda di halaman 1dari 13

SM IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU MARANG

WAKAF TAPAI, 21040 MARANG, TERENGGANU

PEPERIKSAAN PENILAIAN PDPR


SEJARAH
TINGKATAN DUA
2 JAM

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Soalan ini mengandungi satu bahagian sahaja.

2. Jawab semua soalan.

NAMA :
TINGKATAN :

NAMA GURU :
JAWAB SEMUA SOALAN (50 SOALAN)

1. Dari manakah asal Kalender Saka yang digunakan oleh kerajaan Funan?

A. Arab

B. India

C. China

D. Mesir

2. Bilakah agama Islam mula tersebar di Champa?

A. Abad kelima

B. Abad keenam

C. Abad ketujuh

D. Abad kelapan

3. Apakah nama tulisan yang digunakan oleh krajaan Majapahit?

A. Jawi

B. Kawi

C. Palava

D. Khmer

4. Apakah kepentingan penemuan batu bersurat di Sungai Mas dan Cherok Tok Kun yang bertarikh
abad ke-5?

A. Penggunaan bahasa dan tulisan

B. Peraturan dan arahan raja

C. Kesalahan dan hukuman

D. Salasilah raja
5. Apakah kandungan batu bersurat yang dijumpai di Karang Brahi dan Palas Pasemah?

A. Undang-undang kerajaan

B. Senarai hukuman berat

C. Kepentingan taat setia

D. Kewajipan rakyat

6. Batu bersurat yang dijumpai di Sdok Kok Thom yang ditemui di Barat Laut Kemboja mengisahkan
pemerintahan raja. Siapakah raja tersebut?

A. Indravarman I

B. Indrvarman II

C. Jayavarman I

D. Jayavarman II

7. Prapanca adalah seorang penulis yang terkenal dalam kerajaan Majapahit. Apakah karya Beliau?

A. Negarakertagama

B. Tantu Panggelaran

C. Mahabhrata

D. Pararaton

8. Beberapa inskripsi seperti pinggan tanah liat, kepingan emas dan perak dijumpai di kerajaan
kedah Tua. Apakah maklumat yang diperolehi dari inskripsi tersebut?

A. Kisah perjuangan pahlawan

B. Peraturan dan undang-undang

C. Perincian adat istiadat kerabat raja

D. Doa dan amalan dalam agama Buddha


9. Kerajaan ini terkenal dengan pembinaan kapal besar yang mampu memuatkan seramai 700 orang.
Kerajaan tersebut ialah...

A. Majapahit

B. Srivijaya

C. Champa

D. Funan

10. Antara berikut yang manakah merupakan binaan terkenal kerajaan Champa?

A. Candi Go Cay Thi

B. Candi Prambanan

C. Candi Borobudur

D. Candi Mi Son

11. Apakah bukti yang menunjukkan penyebaran agama Buddha berlaku di Champa?

A. Candi Jabong

B. Candi Po Nagar

C. Candi Go Cay Tai

D. Candi Dong Duong

12. Apakah tujuan Pendeta Buddha I-Tsing dari China datang ke Srivijaya?

A. Menyebar agama Buddha

B. Mempelajari bahasa Sanskrit

C. Menyampaikan utusan raja China

D. Menjadi tetamu istimewa kerajaan Srivijaya


13.Siapakah pemerintah Pasai yang memeluk agama Islam?

A. Wu Ping

B. Merah Silu

C. Hayam Wuruk

D. Gan Eng Chou

14. Apakah bukti yang menunjukkan masyarakat Gangga Negara menganut agama Buddha?

A. Penemuan kitab

B. Penemuan arca

C. Penemuan candi

D. Penemuan batu bersurat

15. Kerajaan Demak di Jawa terkenal sebagai...

A. Pusat pengajian agama Islam

B. Pusat kebudayaan Islam

C. Pusat pertahanan

D. Pusat kesenian

16. Penyerapan budaya-budaya yang berbeza hingga menjadi satu merujuk kepada istilah...

A. Animisme

B. Asimilasi

C. Realisasi

D. Dinamisme
17. " Pelabuhan ini berfungsi membekalkan bahan dagangan dan bekalan makanan kepada
pedagang". Pernyataan tersebut merujuk kepada...

A. Pelabuhan pembekal

B. Pelabuhan kerajaan

C. Pelabuhan entrepot

D. Pelabuhan antarabangsa

18. Tulisan Palava dan Kawi yang digunakan secara meluas di Alam Melayu berasal dari...

A. Arab

B. India

C. China

D. Ceylon

19. Masyarakat kerajaan Alam Melayu telah mempamerkan keintelektualan melalui...

A. Keagamaan

B. Pendidikan

C. Persuratan

D. Kesenian

20. Mengapakah golongan agama penting bagi raja?

A. Memberi nasihat

B. Pengawal peribadi

C. Mengukuhkan kedudukan

D. Menjadi jurutulis hal ehwal pemerintahan


21. Apakah kepentingan pokok bakau yang terdapat di pesisir pantai Melaka?

A. Terlindung dari angin monsur

B. Benteng pertahanan

C. Sumber kayu kayan

D. Panduan pedagang

22. Pemerintah Melaka dikatakan bersusur galur dengan Iskandar Zulkarnain. Apakah kepentingan
perkaitan tersebut terhadap Melaka?

A. Tumpuan pedagang

B. Terhindar dari musuh

C. Menjamin taat setia rakyat

D. Taraf kedudukan yang tinggi kepada pemerintah

23. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah "daulat"?

A. Kebijasanaan raja dalam pemerintahan

B. Kepakaran raja dalam seni pertahanan

C. Semangat dan keberanian raja

D. Kuasa dan kewibawaan raja

24. Bidang kuasa seorang raja ditetapkan mengikut...

A. Hukum Kanun Melaka

B. Undang-Undang Laut Melaka

C.Adat istiadat Raja-Raja Melayu

D. Sistem Pembesar Empat Lipatan

25. Pembesar Empat Lipatan juga dikenali sebagai...

A. Orang Kanan Berempat

B. Orang Besar Berempat


C. Orang Kaya Berempat

D.Orang Penting Berempat

26. " Pekerjaan yang dibuat tanpa sebarang upah". Maklumat tersebut merujuk kepada istilah...

A. Serah

B. Kerah

C. Paksa

D. Sukarela

27. Mengapakah Kesultanan Melayu Melaka melakukan penaklukan wilayah?

A. Menperkukuh kedudukan di Alam Melayu

B. Menguasai laluan perdagangan di Alam Melayu

C. Menjamin keselamatan dan kemakmuran kerajaan

D. Menguasai perdagangan rempah ratus yang menguntungkan

28. Kerajaan awal yang menerima pengaruh Islam di Alam Melayu sebelum Melaka ialah...

A. Demak

B. Rokan

C. Perlak

D. Inderagiri

29. Siapakah pemerintah Melaka yang menjadikan Melaka sebagai agama rasmi?

A. Sultan Mansur Shah

B. Sultan Iskandar Shah

C. Sultan Muzaffar Syah

D. Sultan Alauddin Riayat Syah


30. "Barang siapa menguasai Melaka, ia boleh menggugat Venice". Siapakah yang melontarkan
pernyataan tersebut?

A. Tom Pires

B. Vasco Da Gama

C. Christopher Colombus

D. Alfonso de alburquerque

31. Siapakah pengasas Kesultanan Johor Riau?

A. Raja Ali

B. Sultan Mahmud Syah

C. Bendahara Seri Nara Diraja

D. Sultan Alauddin Riayat Shah

32. Mengapakah Sultan Alauddin Riayat Shah I memilih Kota Kara sebagai pusat pemerintahann?

A. Kedudukan strategik

B. Sungai yang dalam dan lebar

C. Terdapat bukit sebagai benteng

D. Terlindung dari tiupan angin monsoon

33. Perang antara Acheh, Johor dan Portugis berakhir apabila Johor meminta bantuan kuasa luar
bagi mengalahkan Portugis. Siapakah kuasa luar tersebut?

A. Sepanyol

B. Belanda

C. Britain

D. Peranchis
34. Mengapakah Raja Kechil menyerang Johor pada tahun 1718?

A. Ingin menguasai Johor

B. Menjalankan perluasan kuasa

C. Menuntuk taktha kerajaan Johor

D. Menguasai perdagangan di Selat Melaka

35. Apakah bentuk bantuan yang diberikan oleh Johor ketika membantu Belanda menyerang
Portugis di Melaka?

A. Membuat tapak meriam

B. Memberikan peralatan perang

C. Menyediakan tentera bantuan

D. Membantu membina kubu pertahanan

36. Pelabuhan Johor Riau berperanan sebagai pusat pertukaran barang di Alam Melayu. Apakah
barang yang di bawa oleh pedagang Jawa ke Johor?

A. Teh

B. Beras

C. Manik

D. Kuali besi

37. Siapakah yang menguruskan jual beli dan kutipan cukai di pelabuhan?

A. Bendahara

B. Temenggung

C. Laksamana

D. Syahbandar
38. Sistem Naugan diamalkan dalam perdagangan di Johor Riau. Apakah yang diperolehi oleh
pedagang melalui sistem ini?

A. Surat kebenaran

B. Jaminan keselamatan

C. Potongan cukai jualan

D. Disediakan tempat tinggal

39. Orang Laut menyumbang terhadap kegemilangan Kesultanan Johor Riau? Apakah sumbangan
tersebut?

A. Mahir membuat senjata

B. Mahir membuat kapal

C. Mahir dalam perdagangan

D. Mahir dalam peperangan

40. Siapakah yang telah menyusun dan menulis semula karya Sulalatus Salatin?

A. Raja Abdullah

B. Tun Sri Lanang

C. Bukhari al-Jauhari

D. Sultan Alauddin Riayat Shah II

Lokasi : Lembah Sungai Musi, Sumatera.

Pusat Kerajaan : Palembang

41. Maklumat berikut berkaitan dengan kewujudan kerajaan di Alam Melayu. Namakan

Kerajaan tersebut.

A. Kerajaan Majapahit C. Kerajaan Champa

B. Kerajaan Srivijaya D. Kerajaan Angkor


42. Mengapakah kerajaan Gangga Nagara menjadi tumpuan pedagang luar sejak abad

Kelima?

A. Kekayaan hasil bumi C. Kawasan strategik

B. Pelabuhan yang terkenal D. Tempat persinggahan perdagangan

Penyebaran agama melalui peranan pedagang, pemerintah dan pendakwah

43. Maklumat berikut berkaitan dengan penyebaran agama…

A. Islam C. Buddha

B. Hindu D. Kristian

44. Artifak Patung Berhala telah membuktikan kewujudan pengaruh agama Buddha di Alam

Melayu. Dimanakah artifak tersebut ditemukan?

A. Beruas C. Lembah Bujang

B. Kota Kapur D. Cherok Tok Kun

45. Antara berikut, kerajaan yang manakah yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan

Kedua – dua negara iaitu China dan India?

A. Funan

B. Champa

C. Kedah Tua

D. Gangga Nagara

46. Mengapakah kerajaan Funan menjalinkan hubungan diplomatik dengan China?

A. Memohon bantuan ketenteraan

B. Menjalinkan hubungan persahabatan

C. Mendapatkan pengikitirafan

D. Memulihkan hubungan
47. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kawasan perlombongan emas di Champa?

A. Pergunungan Hue

B. Sri Banoy

C. Indrapura

D. Phnom Dek

48. Setiap kerajaan Alam Melayu mempunyai kegiatan pembuatan yang terkenal bagi

Kerajaan masing – masing. Apakah kegiatan pembuatan yang terkenal dengan kerajaan

Funan?

A. Menghasilkan barang perhiasan

B. Pembuatan cuka kelapa

C. Pembuatan gula dan garam

D. Pembuatan barangan tembikar.

49. Mengapakah peranan Patin Gajah Mada dianggap penting kepada kerajaan Majapahit?

A. Meluaskan empayar C. Menyebarkan pegangan agama

B. Mengasaskan kerajaan D. Menguasai laluan perdagangan

50. Apakah kepentingan hubungan diplomatik kepada kerajaan Alam Melayu?

A. Kesetiaan rakyat C. Peningkatan penduduk

B. Kemakmuran Negara D. Pengekalan sumber alam

Anda mungkin juga menyukai