Anda di halaman 1dari 6

CERPEN LEGASI TAPAI UBI

oleh Ghazali Lateh

KUMPULAN 6:
CHAN QI YING
NURIZZ
DURGAH
ERYCA LEE
SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan Parjo yang sentiasa membantu ibu bapanya
menjual tapai ubi. Dia digelar ‘Parjo Tapai Ubi’ oleh rakan-rakan
sekolahnya. Malah bapanya dikenali oleh masyarakat kampung dengan
nama ‘Wak Salikon Tapai Ubi’. Setiap hari Parjo akan menjual dan
menghantar tapai ubi emak dan bapanya ke pasar, warung dan kedai-
kedai yang menempah tapai ubi mereka. Pada mulanya Parjo berasa
malu, namun lama- kelamaan dia sudah biasa.
Proses membuat tapai agak rumit kerana banyak pantang larang yang
perlu dipatuhi. Dengan hasil jualan tapai ubi itulah Parjo dan adik-
adiknya dapat belajar hingga ke universiti. Parjo menyambung
pelajarannya dalam bidang perubatan setelah tamat belajar di
matrikulasi selama 2 tahun.
Di universiti, Profesor Haidar telah menugaskannya membuat
kajian bagi membuktikan bahawa tapi ubi dapat membantu
mengurangkan serangan kanser. Akhirnya Parjo mendapati
bahawa tapai ubi dapat menghasilkan bakteria yang dapat
menghalang pertumbuhan kanser. Hasil kajian Parjo mendapat
pengiktirafan daripada universiti dan dibawa ke peringkat
antarabangsa. Akhirnya, Parjo telah berjaya dalam pengajiannya.
Dia membawa emak dan bapanya ke majlis konvokesyennya.
Kajiannya yang bertajuk “Tapai ubi Sebagai Agen Penghalang
Kanser” telah berjaya menjadikannya seorang doktor. Dr. Parjo
telah membina kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon di
kampungnya. Parjo sendiri bertugas sebagai pensyarah
perubatan dan meneruskan kajian potensi tapai ubi sebagai
pencegah alternatkepada pelbagai penyakit dengan tumpuan
terhadap penyakit kanser.
Tema
kesungguhan seorang remaja yang
ingin membuktikan bahawa
makanan tradisi(tapai ubi) dapat
menjadi penawar bagi merawat
penyakit berbahaya seperti kanser.
Persoalan Nilai Pengajaran Contoh
Kegigihan membawa kejayaan Kegigihan Kita hendaklah gigih Wak Salikon dan
berusaha untuk isterinya gigih
mencapai kejayaan mengusahakan
perniagaan tapai ubi
sehingga berkembang
membuka sebah kilang.
Amalan hidup saling tolong- Tolong - menolong Kita hendahklah Parjo rajin membantu
menolong hidup saling tolong- ayah dan ibunya
menolong antara satu membuat tapai ubi.
sama lain.

Anak yang mengenang jasa Mengenang jasa Kita hendaklah Parjo menjelaskan
ibu bapa menghargai jasa bahawa kejayaannya
pengorbanan ibu bapa menggengam ijazah
kita. berkat inspirasi ayah dan
ibunya.
Tanggungjawab berkhidmat Tanggungjawab Kita hendaklah Parjo ingin berkhidmat
kepada masyarakat bertanggungjawab kepada masyarakat
berkhidmat kepada melalui kajiannya
nusa dan bangsa. terhadap tapai ubi yang
dapat mencegah dan
merawat penyakit kanser
SEKIAN
TERIMA
KASIH!!

Anda mungkin juga menyukai