Anda di halaman 1dari 71

CERPEN

Legasi Tapai Ubi

MULA

Pengarang:

Ghazali Lateh
Kandungan

Unit 1 : Watak-watak dalam Cerita


Unit 2 : Cerpen dalam Animasi
Unit 3 : Sinopsis
Unit 4 : Tema dan Persoalan
Unit 5 : Watak dan Perwatakan
Unit 6 : Plot
Unit 7 : Latar
Unit 8 : Gaya Bahasa
Unit 9 : Nilai dan Pengajaran
Unit 10 : Sudut Pandangan
Unit 11 : Praktis
UNIT 1:
Watak-watak
dalam Cerita
Parjo
(Watak Utama)
Nama Watak • Parjo

Umur • 22

Rambut • Lurus dan pendek

Wajah/Ekspresi • Kacak

Tanda lahir • Tiada

Ketinggian • Tinggi

Tubuh badan • Kurus


• Baju lengan pendek dengan seluar
Kod pakaian
panjang
Keturunan • Jawa
Wak Salikon (Bapa)
(Watak Sampingan)
Nama Watak • Wak Salikon

Umur • 50-an

Rambut • Lurus dan pendek

Wajah/Ekspresi • Penyayang

Tanda lahir • Tiada

Ketinggian • Sederhana

Tubuh badan • Sedikit gempal tapi tidak gemuk


• Berbaju batik jawa dengan seluar
Kod pakaian
panjang, ada topi jawa di kepala
Keturunan • Jawa
Emak
(Watak Sampingan)
Nama Watak • Emak

Umur • 50-an

Rambut • Bertudung

Wajah/Ekspresi • Penyayang

Tanda lahir • Tiada

Ketinggian • Sederhana

Tubuh badan • Sederhana

Kod pakaian • Berbaju kurung dan bertudung

Keturunan • Jawa
Profesor Haidar
(Watak Sampingan)
Nama Watak • Profesor Haidar

Umur • 50-an

Rambut • Sedikit ikal

Wajah/Ekspresi • Berjambang lebat, bercermin mata

Tanda lahir • Tiada

Ketinggian • Tinggi

Tubuh badan • Sederhana


• Kemas, bertali leher dan memakai
Kod pakaian
kot
Keturunan • Melayu
UNIT 2:
Cerpen dalam
Animasi
1

Parjo ialah anak Wak Salikon yang merupakan pengusaha tapai ubi yang terkenal di tempat mereka.
Walaupun berasa jemu dengan perkataan tapai, Parjo tidak pernah jemu membantu ayah dan ibunya
menghantar tapai buatan mereka ke pasar, kedai-kedai, warung-warung, dan kedai kampung. Dia juga
turut menghantar tapai-tapai itu ke mana-mana sahaja yang ada tempahan. Parjo juga sudah sebati
dengan gelaran Parjo Tapai kerana sejak kecil dia sering menjinjit karung tapai ke kantin sekolah. Parjo
berasa malu tetapi dia sudah biasa, malah dia bangga dapat membantu ibu bapanya mencari rezeki.
2

Parjo kagum dengan semangat dan kegigihan ayah dan ibunya bekerja keras mencari rezeki dengan
membuat dan menjual tapai ubi. Mereka tidak pernah jemu dengan proses membuat tapai ubi yang
berulang dan rumit itu saban hari. Ayahnya akan ke kebun untuk mencabut ubi kayu pada setiap pagi.
Ubi-ubi itu dibawa pulang dan ibunya pula akan mula mengopek untuk membuang kulit coklatnya. Parjo
biasanya membantu ibunya memotong ubi-ubi yang telah dikopek oleh ibunya. Ubi-ubi itu kemudian
direbus sehingga empuk dan sedia untuk proses seterusnya.
3

Parjo kadang-kadang berasa kasihan melihat ibunya yang tekun benar untuk menyediakan mata
pencarian mereka. Sejak kecil, ayah dan ibunya sudah berniaga tapai ubi. Walau bagaimanapun, ayah
dan ibu Parjo kelihatan gembira dengan kerja-kerja tersebut. Mereka melakukannya dengan senang hati
serta mematuhi semua pantang larang membuat tapai. Tapai ubi Wak Salikon sangat laris dan mendapat
banyak tempahan. Berkat hasil jualan itulah Parjo dan adik-adiknya disekolahkan. Mereka membesar
berkat usaha ayah dan ibunya membuat dan menjual tapai ubi.
4

Tapai-tapai ubi yang sudah siap dibalut dengan daun pisang itu dimasukkan ke dalam bakul
dan sedia untuk dijual. Parjo berbangga dengan kegigihan ayah dan ibunya. Hasil jualan
tapai itu digunakan untuk membesarkan rumah mereka. Ayahnya tidak perlu lagi meletakkan
ubi di atas para. Bakul berisi tapai itu hanya diletakkan dan diperapkan seharian di dalam
sebuah bilik khas untuk diperam sebelum boleh dijual.
5

Parjo membantu ibu bapanya menghantar tapai-tapai itu ke warung-warung berdekatan. Setelah dewasa
dan sedang menuntut di universiti, Parjo mula sedar akan pengorbanan dan jasa mereka kepadanya.
Hasil jualan tapai itulah yang digunakan oleh ibu bapanya untuk menampung pelajarannya hingga
menjejakkan kaki ke menara gading. Parjo berjaya masuk ke fakulti perubatan setelah menamatkan
pelajaran selama dua tahun di sebuah pusat matrikulasi.
6

Semasa berada di kampus, sesekali Parjo merindui tapai ubi ibunya. Dia mengagumi kehebatan ibu
bapanya membuat tapai ubi. Pada suatu hari, Profesor Haidar memberitahu bahawa mereka akan
membuat projek baru, iaitu Projek Tapai Ubi. Parjo yang kelihatan terkejut mendengar kata-kata Profesor
Haidar itu mengimbas kembali zaman kanak-kanak yang dipenuhi memori membuat tapai ubi. Rakan-
rakan Parjo tidak tahu hubungannya dengan tapai. Parjo terkenang akan kegigihan ibu bapanya
mengusahakan perniagaan tapai ubi walaupun sudah berusia.
7

Prosefor Haidar memberitahu bahawa ada penemuan yang membuktikan tapai ubi
dapat membantu mengurangkan serangan kanser. Mereka perlu membuat kajian
untuk membuktikan penemuan tersebut. Apabila mengetahui kaitan tapai ubi
dengan bidang perubatan, Parjo menyedari bahawa dia harus memanfaatkan
legasi tapai ubi itu dengan sebaik mungkin.
8

Parjo mula menjalankan penyelidikan dan dia berasa gembira apabila penemuan awalnya mendapati
kebenaran tentang tapai ubi dan hubungannya dengan pencegahan kanser. Proses penapaian ubi
menghasilkan sejenis bahan, bakteriosin yang dihasilkan oleh sejens bakteria asid laktik terpencil
daripada tapai ubi. Parjo membayangkan pasti ibu bapanya terlopong jika dia memberitahu mereka
bahawa nama saintifik tapai ubi itu ialah manihot esculanta. Hal ini kerana mereka hanya tahu membuat
dan menjual tapai ubi.
9

Penemuan itu mendesak Parjo untuk menelusuri semua perkara tentang kanser.
Parjo mula membaca bahan-bahan bercetak dan melayari laman-laman web untuk
mengetahui kedudukan penyakit kanser dalam bidang perubatan. Parjo berazam
untuk merealisasikan suatu penemuan besar, iaitu kajian yang boleh dimanfaatkan
untuk mencegah kanser.
10

Parjo mendapati bahawa kanser merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel
yang bertindak di luar tabiat asalnya. Kadar penghasilan sel yang melebihi keperluan akan menghasilkan
lebihan tisu, iaitu ketumbuhan. Ketumbuhan ini terbahagi kepada benign, iaitu tumor bukan kanser dan
malignan, iaitu tumor jenis kanser. Hampir 80% penghidap kanser payudara terdiri dalam kalangan
mereka yang mengalami ketumbuhan benign, yang tidak membahayakan nyawa para penghidapnya.
11

Kanser payudara merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang
bermula pada bahagian payudara. Ketumbuhan ini berkembang melalui proses pembahagian
melebihi kadar keperluan organ yang kemudiannya menyerang organ serta tisu-tisu
berhampiran. Sel-sel kanser membebaskan diri dan memasuki saluran darah serta sistem
perlimpaan atau lymphatic system. Proses penjangkitan ini dikenali sebagai metastasis.
12

Kanser payudara merupakan penyebab utama kematian dalam kalangan wanita di


Malaysia. Parjo berharap sumbangannya tidak terhad kepada orang tempatan,
tetapi turut dikongsikan kepada seluruh kaum mahasiswi di serata pelosok dunia.
Kadar peningkatan kematian akibat kanser payudara yang semakin meruncing di
seluruh dunia harus diatasi.
13

Keupayaan mengesan penyakit kanser adalah bergantung pada waktu


pencegahannya. Tahap-tahap rawatan selepas penyiasatan termasuklah bedah
siasat. Pada amnya, penyakit kanser terbahagi kepada empat tahap. Tahap
pertama ialah tahap terawal, iaitu ketumbuhan kanser berukuran dua sentimeter.
Tahap kedua, ukurannya meningkat antara dua hingga lima sentimeter.
14

Pada tahap ketiga, serangan kanser melibatkan limfa ketiak, kulit ataupun otot pada bahagian dada.
Tahap terakhir pula serangan kanser merebak ke organ-organ lain seperti limfa pada leher, paru-paru,
dan hepar. Pada peringkat ini kadar kesinambungan hayat berkait rapat dengan tahap penghidapan
pesakit membuat diagnosis. Daripada pembacaan semua bahan bacaan dan kajian tersebut, Parjo
sangat memahami tentang bahaya penyakit kanser. Parjo berasa sangat lega apabila mengetahui tapai
ubi menghasilkan sejenis bakteria yang bermanfaat kepada manusia.
15

Parjo berjaya membuktikan bakteriosin menunjukkan keputusan positif dalam menghalang pertumbuhan
sel-sel kanser. Penemuan itu mendapat pengiktirafan daripada banyak pihak. Parjo berjaya menamatkan
pengajian kedoktoran dengan cemerlang. Kajian tentang tapai ubi dipandang tinggi oleh pihak universiti.
Hasil kajian itu dibawa ke peringkat antarabangsa untuk diperakuikan keberkesanannya walaupun pada
tahap yang masih awal. Parjo berazam untuk meneruskan kajian tersebut.
16

Wak Salikon terkejut apabila Parjo memberitahu bahawa tapai ubi boleh dijadikan ubat
pencegah kanser. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa makanan tradisi turun-
temurun itu dapat dijadikan penawar penyakit berbahaya seperti kanser. Pada masa yang
sama, dia berasa gembira apabila membayangkan tempahan tapai ubinya semakin
meningkat. Pendapatannya juga pasti berlipat ganda.
17

Pada majlis konvokesyen, Parjo membawa emak dan ayahnya bersama-sama. Parjo
mengatakan bahawa kejayaan kajiannya merupakan berkat kajian terhadap tapai ubi ayah
dan ibunya. Wak Salikon pula mengatakan bahawa kajian tersebut akan membuat
perniagaan mereka bertambah maju dan terkenal. Pada Parjo, ayah dan ibunya memang
layak merasai kemewahan atas usaha gigih mereka selama ini.
18

Parjo memperkenalkan emak dan ayahnya kepada rakan-rakan yang datang


mengucapkan tahniah atas kejayaannya. Dia juga menceritakan dengan
bangganya bahawa kejayaannya adalah hasil inspirasi emak dan bapanya
yang merupakan pengusaha tapai ubi yang terkenal di kampung mereka.
19

Hasil kajian Parjo mula dihebahkan dan mendapat pengiktirafan sekaligus


meningkatkan permintaan terhadap tapai ubi secara mendadak. Tapai ubi mula
menjadi perusahaan secara komersial oleh banyak pihak dan mula mendapat
tempat dalam kalangan orang ramai. Malah tapai turut menjadi antara hidangan
utama termasuk di hotel-hotel besar di seluruh negara.
20

Perusahaan tapai ubi Wak Salikon semakin berkembang. Sebuah bangunan kilang khusus didirikan agar
pengeluaran dapat dipertingkatkan. Dengan bilangan pekerja sudah bertambah, ayah dan ibu Parjo
menjadi pengurus besar sebuah syarikat pengeluaran tapai ubi. Parjo pula bekerja sebagai pensyarah
perubatan di sebuah universiti. Dia meneruskan kajian tentang potensi tapai ubi sebagai pencegah
alternatif kepada pelbagai jenis penyakit dengan tumpuan diberikan kepada penyakit kanser. Parjo
berbangga kerana hidup dalam legasi tapai ubi.
UNIT 3:
Sinopsis
Sinopsis
Cerita ini mengisahkan kehidupan Parjo yang dipenuhi legasi tapai ubi.
Sejak kecil, Parjo sering membantu ayah dan ibunya menghantar tapai-tapai ubi
buatan mereka ke tempat-tempat yang telah membuat tempahan. Semasa
bersekolah, Parjo juga diberi gelaran Parjo Tapai kerana pada setiap hari dia
akan menjinjit karung berisi tapai ubi ke kantin sekolah. Walaupun agak malu
dengan kawan-kawannya, Parjo bangga dapat membantu ayah dan ibunya
mencari rezeki. Setelah dewasa dan sedang melanjutkan pelajaran di universiti
dalam bidang perubatan, sekali lagi Parjo dikaitkan dengan tapai ubi. Kali ini,
Profesor Haidar memberitahu bahawa mereka akan membuat kajian tentang
tapai ubi kerana penemuan awal yang mengatakan bahawa tapai ubi dapat
membantu mengurangkan penyakit kanser. Hasil kajian Parjo dan rakan
sekuliahnya membuktikan bahawa tapai ubi menghasilkan sejenis bahan yang
dikenali sebagai bakteriosin. Bahan ini dihasilkan oleh bakteria asid laktik yang
dapat mencegah kanser. Penemuan itu menyebabkan permintaan terhadap
tapai ubi ayahnya juga semakin tinggi. Mereka mendirikan sebuah kilang untuk
menampung permintaan tapai ubi yang semakin meningkat. Hasil kajian Parjo
mula mendapat pengiktirafan dan dibawa hingga ke peringkat antarabangsa.
Parjo sendiri bergelar pensyarah perubatan setelah menamatkan pelajarannya
dan beliau masih aktif meneruskan kajian terhadap tapai ubi agar dapat
menghasilkan penawar bagi mencegah penyakit lain.
UNIT 4:
Tema
dan
Persoalan
TEMA

Kesungguhan seorang remaja yang ingin membuktikan bahawa


makanan tradisi (tapai ubi) dapat menjadi penawar bagi merawat
penyakit berbahaya

Penerangan:
Kegigihan seorang anak yang dibesarkan dalam legasi tapai ubi yang
menjadi perniagaan ayah dan ibunya ingin membuktikan kebaikan tapai
ubi kepada kesihatan manusia.

Bukti daripada Prosa:


Parjo berusaha dengan gigih membuat kajian untuk membuktikan
bahawa tapai ubi boleh digunakan bagi mengubati penyakit kanser.
(muka surat 35 - 40, slaid 8 - 15)
PERSOALAN

1 Kegigihan dalam mencari rezeki keluarga.

2 Kepentingan sikap bekerjasama dalam setiap tugas yang


dilakukan.
3 Pengorbanan ibu bapa untuk membesarkan dan menyekolahkan
anak-anak.

4 Kegigihan dalam mencapai cita-cita.

5 Bahaya penyakit kanser.

6 Kebaikan makanan tradisi.

7 Kepentingan menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa.

8 Kesyukuran atas kejayaan dan rezeki yang diperoleh.


UNIT 5:
Watak
dan
Perwatakan
Parjo
(Watak Utama)

1
Rajin

Berwawasan
besar Taat

PERWATAKAN

Penyayang Bijak

Menghargai
jasa ibu Gigih
bapanya

1
Wak Salikon
(Watak Sampingan)

2
Berpandangan
jauh Gigih

PERWATAKAN

Penyayang Bertanggungjawab

2
Emak
(Watak Sampingan)

3
Gigih

Penyayang Bertanggungjawab

PERWATAKAN

Taat akan
perintah
Patuh agama

3
Profesor Haidar
(Watak Sampingan)

4
Bijak

PERWATAKAN

Teliti Berwawasan

4
UNIT 6:
Plot
Binaan Permulaan/ Perkembangan
Plot Eksposisi

Perumitan/
Penurunan Klimaks Konflik

Peleraian/
Resolusi
Konflik

Imbas
Pemerian
kembali

TEKNIK
PLOT
Imbas
Dialog
muka

Monolog
Saspens
Dalaman
UNIT 7:
Latar
Rumah
Wak
Salikon

Luar
rumah
Makmal
Wak
Salikon
LATAR
TEMPAT

Luar dewan Dewan


konvokesyen konvokesyen
Dari kecil
sehingga
dewasa

Semasa majlis
konvokesyen Pagi

LATAR
MASA

Permulaan Selepas
semester solat isyak
LATAR MASYARAKAT
1 Masyarakat yang rajin dalam menjalankan sesuatu
pekerjaan.

2 Masyarakat yang taat terhadap perintah agama.

3 Masyarakat yang gigih dalam mencari rezeki.

4 Masyarakat yang teliti dalam melakukan sesuatu tugas/


pekerjaan.

5 Masyarakat bertanggungjawab terhadap keluarga.

6 Masyarakat yang berpandangan jauh dan berwawasan.

7 Masyarakat yang baik hati terhadap orang lain.

8 Masyarakat yang mementingkan kesihatan diri.


UNIT 8:
Gaya Bahasa
Repetisi

Personifikasi
Peribahasa

GAYA
BAHASA
Metafora Istilah
saintifik

Bahasa
Inversi
Inggeris
UNIT 9:
Nilai
dan
Pengajaran
NILAI MURNI

1 Kerajinan

2 Kegigihan

3 Ketaatan

4 Bekerjasama

5 Kepatuhan

6 Ketekunan

7 Kasih sayang

8 Bertanggungjawab

9 Menghargai
PENGAJARAN

1 Kita hendaklah rajin membantu ibu bapa dalam mencari rezeki.

2 Kita hendaklah bekerjasama dalam setiap kerja yang kita


lakukan.
3 Kita hendaklah menghargai jasa dan usaha ibu bapa demi
membesarkan kita.

4 Kita hendaklah tekun dalam mengusahakan sesuatu kerja.

5 Kita haruslah bersikap baik hati dan berkongsi kelebihan yang


ada pada kita dengan orang lain.

6 Kita perlu belajar dengan gigih untuk mencapai kejayaan.

7 Kita mestilah menghargai pengorbanan ibu bapa untuk kita.

8 Kita hendaklah berpandangan jauh dan bijak dalam


menambahkan pendapatan keluarga.
UNIT 10:
Sudut Pandangan
SUDUT PANDANGAN

Sudut Pandangan Orang Pertama

Penerangan:
Pengarang berada dalam cerita ini dan mengunakan kata ganti nama diri
“aku”, iaitu Parjo.

Bukti daripada Cerpen:


Jemu benar aku dengan perkataan tapai itu. Sejak kecil aku disogokkan
dengan tapai.
(muka surat 31, slaid 1)
•Aku tidak malu lagi dengan legasi tapai ubi ini. Aku bangga kerana hidup
dalam legasi tapai ubi.
(muka surat 42, slaid 20)
UNIT 10:
Praktis
Praktis 1
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Emak kemudian meneruskan tugasannya selepas sembahyang isyak. Aku tidak berapa
kisah lagi tugas emak ketika itu. Namun menurut emak, membuat tapai banyak pantang
larangnya. Kononnya, jika pantang larang dilanggar, tapai tidak manis. Kalau tapai tidak
manis orang tidak mahu beli. Namun selama ini, orang tidak pernah merungut tentang tapai
ubi Wak Salikon. Juallah di mana-mana tetap habis. Tetap laris.
Kadang-kadang aku kesian juga dengan emak. Tekun benar dia. Malah tapai ubi sudah
menjadi mata pencariannya. Sejak aku kecil, emak dan bapa sudah berniaga tapai ubi. Aku
membesar berkat hasil jualan tapai ubi. Aku belajar berkat hasil jualan tapai ubi. Bukan aku
sahaja, seluruh adik-beradikku hidup atas berkat usaha emak dan bapa membuat tapai ubi
untuk dijual.
“Buat tapai ubi tak boleh bagi orang tahu!” kata emak ketika menabur ragi di atas ubi
rebus di dalam sebuah dulang besar. Aku akur dengan petua emak. Aku hanya diam.
“Jangan kena kotoran atau minyak,” sampuk bapa pula yang sedang memotong daun
pisang untuk dijadikan pembungkus tapai. Kadang-kadang bapa menggunakan daun
rambai. Bapa tidak mahu menggunakan plastik kerana keaslian tapai akan hilang. Rasanya
kurang enak. Baunya tidak wangi lagi.
“Tak boleh bising-bising,” bisik emak pula. Aku hanya membatu mendengar petua yang
sama sejak aku kecil.
(Dipetik daripada cerpen “Legasi Tapai Ubi”,
dalam antologi Bintang Hati, Aras Mega (M) Sdn. Bhd.)
(i) Berdasarkan petikan cerpen, nyatakan pantang larang membuat tapai. [3 markah]

(ii) Nyatakan dua perwatakan emak yang terdapat dalam petikan cerpen. [3 markah]

(iii) Kerjasama antara ahli keluarga sangat penting dalam menjayakan perniagaan keluarga.
Berdasarkan pernyataan di atas, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk
mengekalkan kerjasama yang erat? KBAT Menganalisis [4 markah]
Jawapan
(i) Berdasarkan petikan cerpen, nyatakan pantang larang membuat tapai. [3 markah]

Antara pantang larang membuat tapai ialah tidak boleh memberitahu orang lain bahawa
kita sedang membuat tapai. Selain itu, tapai itu juga tidak boleh terkena kotoran atau
minyak. Pantang larang seterusnya ialah tidak boleh bising-bising ketika membuat tapai
tersebut.

(ii) Nyatakan dua perwatakan emak yang terdapat dalam petikan cerpen. [3 markah]

Salah satu perwatakan emak ialah rajin. Emak melakukan tugasnya dengan rajin dan
tanpa jemu membuat tapai ubi. Perwatakan kedua ialah mematuhi pantang larang. Emak
sangat mematuhi pantang larang membuat tapai kerana ingin menghasilkan tapai ubi
yang manis dan laris jualannya.

(iii) Kerjasama antara ahli keluarga sangat penting dalam menjayakan perniagaan keluarga.
Berdasarkan pernyataan di atas, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk
mengekalkan kerjasama yang erat? KBAT Menganalisis [4 markah]

Usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mengekalkan kerjasama yang erat ialah
dengan melibatkan semua ahli keluarga dalam perkara yang dilakukan. Hal ini penting
untuk mengelakkan ada antara mereka yang berasa tersisih dan mengamalkan sikap
berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Selain itu, kejujuran dan amanah harus ada
dalam diri setiap ahli. Sikap ini membolehkan perniagaan dikembangkan dengan baik
dan terancang tanpa sebarang prasangka buruk.
Praktis 2
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
“Saya berjaya berkat kajian terhadap tapai ubi,” kataku, menjelaskan betapa tapai ubi
membawa aku melangkah sejauh ini.
“Ya, mak tahu. Kami dah cakap dulu.” Emak seperti mengambil hatiku.
“Kalau macam tu, nanti tapai kita akan terkenal,” kata bapa mencelah. Fikirannya
sentiasa ligat mahu menambahkan pendapatan sejak dahulu lagi. Barangkali impian itu akan
tercapai tidak Iama lagi. Bagiku emak dan bapa memang layak merasai kemewahan kerana
kegigihan mereka mengusahakan perniagaan tapai ubi berpuluh-puluh tahun lamanya.
Sejak aku kecil, itulah mata pencarian mereka, yang menampung aku adik-beradik belajar
hingga ke menara gading.
“Dr. Parjo, tahniah atas kejayaan Dr.!” ucapan-ucapan tahniah mula memenuhi ruang.
Emak dan bapaku hanya melihat orang mengucapkan tahniah. Barangkali kebanggaan mula
berputik dalam jiwa mereka.
“Kejayaan saya sebenarnya hasil inspirasi emak dan bapa saya,” jawabku sambil
memperkenalkan emak dan bapa kepada kawan-kawan dan pensyarah.
“Maksud Dr.?” tanya mereka.
“Emak dan bapa saya ialah pengusaha tapai ubi yang terkenal di kampung kami.
Barangkali berkat kehebatan mereka saya berjaya dengan kajian tapai ubi saya,“ jawabku,
bangga.

(Dipetik daripada cerpen “Legasi Tapai Ubi”,


dalam antologi Bintang Hati, Aras Mega (M) Sdn. Bhd.)
(i) Berdasarkan petikan cerpen, apakah yang diberitahu oleh Parjo kepada kawan-kawan
dan pensyarahnya? [3 markah]

(ii) Nyatakan dua nilai murni yang terdapat dalam petikan cerpen. [3 markah]

(iii) Usaha itu tangga kejayaan.


Berdasarkan pernyataan di atas, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk
membolehkan anda mencapai kejayaan dalam peperiksaan? KBAT Menganalisis
[4 markah]
Jawapan
(i) Berdasarkan petikan cerpen, apakah yang diberitahu oleh Parjo kepada kawan-kawan
dan pensyarahnya? [3 markah]

Parjo memberitahu kawan-kawan dan pensyarahnya bahawa kejayaannya dalam kajian


ialah hasil inspirasi daripada ayah dan ibunya. Selain itu, Parjo juga memberitahu
bahawa ayah ibunya merupakan pengusaha tapai ubi yang terkenal di kampung mereka.

(ii) Nyatakan dua nilai murni yang terdapat dalam petikan cerpen. [3 markah]

Salah satu nilai murni yang terdapat dalam petikan cerpen ialah nilai kegigihan. Ayah dan
ibu Parjo gigih mengusahakan perniagaan tapai ubi berpuluh-puluh tahun lamanya.
Selain itu, terdapat juga nilai menghargai. Parjo menghargai pengorbanan dan usaha
keras ibu bapanya mencari rezeki untuk menyara keluarga dan menyekolahkan mereka.

(iii) Usaha itu tangga kejayaan.


Berdasarkan pernyataan di atas, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk
membolehkan anda mencapai kejayaan dalam peperiksaan? KBAT Menganalisis
[4 markah]
Antara usaha yang boleh dilakukan untuk membolehkan saya mencapai kejayaan dalam
peperiksaan ialah saya akan belajar dengan bersungguh-sungguh. Saya akan
menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran agar saya tidak tercicir. Selain itu,
saya akan membuat lebih banyak latihan dan saya juga akan mengulang kaji pelajaran
secara berterusan melalui pengurusan masa dengan bijak dan baik. Dengan itu, saya
dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan bersedia.
Praktis 3
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Mudah-mudahan dengan kejayaan ini emak dan bapa akan lebih giat mengusahakan
tapai ubi tradisi mereka. Barangkali kejayaan ini bakal menjadikan tapai ubi sebagai makanan
sampingan yang popular suatu hari nanti. Aku sebenarnya, seorang diri yang hidup dan
berjaya dalam legasi tapai ubi.
Hasil kajian itu sudah dihebahkan dan sudah mendapat pengiktirafan. Sekali gus
permintaan terhadap tapai ubi meningkat secara mendadak. Di mana-mana sahaja sudah
ada orang yang mengusahakan pembuatan tapai ubi secara komersial. Tapai ubi kini menjadi
makanan kesihatan untuk mencegah penyakit kanser. Statusnya berubah dengan mendadak.
Tapai ubi bukan lagi makanan orang-orang kampung di pedalaman. Kini tapai sudah singgah
di hotel-hotel besar seluruh negara. Malah tidak lama lagi, tapai ubi buatan Malaysia akan
terbang dan singgah pula di hotel-hotel besar di seluruh dunia.
Di kampung, perusahan tapai ubi Wak Salikon semakin berkembang. Sebuah bangunan
kilang khusus didirikan agar pengeluaran dapat dipertingkatkan. Emak dan bapa kini menjadi
pengurus besar sebuah syarikat pengeluaran tapai ubi. Bilangan pekerja mereka sudah
bertambah.
Aku sendiri menempah sebuah papan tanda besar dipasang di depan rumah kami.
PERUSAHAAN TAPAI UBI WAK SALIKON. Jelas dan terpampang. Aku bangga menjadi
seorang anak pengusaha tapai ubi.

(Dipetik daripada cerpen “Legasi Tapai Ubi”,


dalam antologi Bintang Hati, Aras Mega (M) Sdn. Bhd.)
(i) Berdasarkan petikan cerpen, nyatakan dua harapan Parjo berhubung kejayaan
kajiannya. [3 markah]

(ii) Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen. [3 markah]

(iii) Makanan tradisi boleh menjadi punca pendapatan yang lumayan kepada pengusahanya.
Berdasarkan pernyataan di atas, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk
menarik minta orang ramai menyukai makan tradisi? KBAT Menganalisis [4 markah]
Jawapan
(i) Berdasarkan petikan cerpen, nyatakan dua harapan Parjo berhubung kejayaan
kajiannya. [3 markah]
Parjo berharap kejayaan kajian tapai ubinya akan membawa kejayaan kepada ayah dan
ibunya mengusahakan tapai ubi tradisi mereka dengan lebih giat lagi. Selain itu, dia juga
berharap tapai ubi akan menjadi makanan sampingan yang popular hingga ke peringkat
antarabangsa pada suatu hari nanti.

(ii) Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen. [3 markah]
Salah satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen itu ialah kita hendaklah bijak
mengambil peluang yang ada dan berusaha untuk memanfaatkannya. Wak Salikon
akhirnya berjaya membuka kilang pemprosesan tapai ubi bagi meningkatkan
pengeluaran. Pada masa yang sama, kita hendaklah sentiasa berbangga dengan
warisan keluarga yang pastinya tidak dimiliki oleh orang lain. Parjo kini berbangga kerana
hidup dalam legasi tapai ubi.

(iii) Makanan tradisi boleh menjadi punca pendapatan yang lumayan kepada pengusahanya.
Berdasarkan pernyataan di atas, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk
menarik minta orang ramai menyukai makan tradisi? KBAT Menganalisis [4 markah]
Antara usaha yang boleh dilakukan untuk menarik minta orang ramai menyukai makan
tradisi adalah dengan mengadakan acara makan secara percuma bagi membolehkan
mereka mencuba pelbagai jenis makanan tradisi. Selain itu, pihak pengusaha makanan
tradisi harus membuat pendedahan tentang kebaikan dan kelebihan makanan ini
berbanding makanan lain. Seterusnya, makanan ini boleh dijadikan hidangan wajib
kepada para pelancong dan pelawat tempat pengeluar makanan tersebut.
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai