Anda di halaman 1dari 16

BAHASA

MELAYU
TAHUN 3
TEMA:
KEKELUARGAA
N
KELUARGA
CERGAS
Hari ini kamu akan
belajar tentang…..

1)AYAT TUNGGAL
2)AYAT MAJMUK
AYAT TUNGGAL
APA YANG KAMU
FAHAM DENGAN
AYAT TUNGGAL?
AYAT TUNGGAL
1Ayat yang mengandungi satu subjek dan
satu predikat.

Subjek ialah bahagian yang


diterangkan manakala predikat
bahagian yang menerangkan
CONTOH 1
Lelaki muda itu sedang menembak
burung
SUBJEK Lelaki muda itu

PREDIKAT sedang menembak burung


CONTOH 2

Buah betik sangat sedap

SUBJEK Buah betik

PREDIKAT sangat sedap


CONTOH AYAT
TUNGGAL
1) Karim ialah seorang guru.
2) Cerita itu sungguh sedih.
3)Pemuda itu sangat tampan.
4)Pak Abu terlupa makan ubat.
5)Encik Nordin pergi ke hospital.
6)Johari suka makan durian.
AYAT MAJMUK

APA YANG KAMU


FAHAM TENTANG
AYAT MAJMUK?.
AYAT MAJMUK
1)Ayat yang mengandungi dua atau lebih
ayat – ayat tunggal disambungkan oleh
kata hubung.

2)Kata Hubung seperti dan, atau,


kecuali, tetapi, sambil dan lain-lain .
CONTOH 1
Razak mengambil sebuah buku
cerita lalu membaca buku itu
AYAT 1 Razak mengambil sebuah buku cerita.

AYAT 2 Razak membaca buku itu.


CONTOH 2
Ali sedang membaca buku tetapi
Fatimah sedang membuat
latihan matematik.
AYAT 1 Ali sedang membaca buku .
AYAT 2 Fatimah sedang membuat
latihan matematik.
CONTOH AYAT
MAJMUK
1) Hobi Ali ialah bermain bola sepak dan
membaca buku
2) Salmah menanggalkan kasutnya lalu masuk
ke dalam rumah
3) Ibu memasak sambil mendengar radio
4) Kamu suka makan buah epal atau oren?
JOM
UJI!!
LABELKAN AYAT TUNGGAL (T) DAN AYAT
MAJMUK (M)
1) Sang Tikus dan Sang Rama-rama datang membantu Sang
Siput. ( )

2) Ibu berasa bangga akan Nora. ( )

3) Sila buang benda plastik dan aluminium ke dalam tong


jingga. ( )

4) Berjimat semasa gunakan air atau kertas. ( )

5) Lalang itu tumbuh di tanah terbiar. ( )

6) Rakyat Malaysia memasang Jalur Gemilang di bangunan


perniagaan. ( )

7) Sekolah saya kecil tetapi cantik. ( )


SEKIAN,
TERIMA
KASIH.

Anda mungkin juga menyukai