Anda di halaman 1dari 3

OLEH : MUHAMMAD FAIZ IZUDDIN AZMI LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN AL-HADIS

1. MODEL 6 BULAN KHATAM DAN MODEL TASMIK KHATAM AL-QURAN

A) Matlamat kedua-kedua model tersebut di sekolah rendah.

Secara umumnya, kedua-dua model tersebut dibina bertujuan untuk melahirkan murid yang celik al-quran. Secara khususnya, matlamat model 6 bulan khatam al- quran adalah untuk melahirkan murid yang dapat menguasai kaedah iqra dan dapat membaca al-quran dengan lancar dan bertajwid serta dapat menghabiskan surah-surah yang telah ditetapkan. Manakala model tasmik khatam al-quran pula bertujuan untuk membolehkan murid dapat membaca al Quran dengan bertajwid serta dapat mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzuk apabila tamat tahun 6 (sekolah rendah).

B) Pelaksanaan kedua-dua model tersebut.

I.

6 bulan khatam al-quran

Pada model ini, murid tahun satu hingga tahun enam akan mengikuti aktiviti model ini selama enam bulan pertama setiap tahun. Pelaksanaan program ini diperuntukkan masa sebanyak empat kali seminggu. Semua murid membaca Al-Quran menggunakan mashaf Rasm Uthmani. Bacaan murid hendaklah mengikut kaedah talaqi dan musyafahah yang akan dibimbing oleh guru-guru pelaksana program ini sama ada guru GPI, guru j-QAF mahupun murid turus yang lancar dan baik bacaannya. Seperti biasa, guru akan merekod pencapaian dan bacaan setiap murid di dalam buku rekod bacaan masing-masing. Kaedah Iqra akan digunakan bagi murid yang tidak dapat menguasai bacaan Al-Quran.

II.

Tasmik khatam al-quran

Di dalam program ini, murid hanya menggunakan Al-Quran Rasm Uthamani. Setiap murid mempunyai guru pembimbing. Guru pembimbing yang dipertanggungjawab akan membimbing dan merekod bacaan setiap kali tasmik berlangsung. Setiap murid akan dibekalkan dengan buku rekod bacaan Al-Quran.guru j-Qaf dan guru GPI akan menilai dan mengesahkan bacaan murid sekali seminggu. Murid yang cemerlang dan lancar akan meneruskan bacaannya tanpa terikat degan agihan juzuk yang telah dicadangkan.

C) Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan ialah modul P&P model enam bulan khatam Al-Quran dan modul tasmik yang disediakan oleh kementerian, buku Iqra 1 hingga 6, Al-Quran Rasm Uthmani, buku rekod bacaan Al-Quran, kad bacaan dan alat elektronik seperti kaset, vcd dan video.

D) BBM yang sering digunakan oleh guru.

Menerusi pengamatan saya dan juga interaksi saya terhadap beberapa orang guru pelaksana program ini, BBM yang selalu diaplikasikan di dalam P&P keduadua model ini ialah modul-modul yang disediakan oleh pihak kementerian yang menjadi asas rujukan guru. Selain itu. murid pula akan menggunakan buku iqra dan al-quran mashaf uthmani untuk bacaan mereka dan setiap murid akan dibekalkan buku rekod untuk merekod bacaan Al-Quran masing-masing.

2. PENILAIAN : CARA GURU MEYIMPAN REKOD PENCAPAIAN MURID DALAM TILAWAH AL-QURAN Setiap murid dibekalkan dengan sebuah buku rekod untuk merekod pencapaian bacaan murid dalam tilawah al-Quran. Setiap pencapaian murid akan direkodkan oleh guru berdasarkan kebolehan dan kemampuan murid dalam bacaannya. Pada di akhir bulan, buku-buku rekod bacaan murid akan dikutip oleh guru untuk disemak dan guru akan merumuskan berdasarkan buku rekod tersebut. Setiap rumusan yang dibuat akan dikumpulkan dan dimasukkan didalam sebuah fail. Fail tersebut akan dikemaskini dan disemak oleh ketua panitia, guru besar dan pegawai JPN.

3. ULASAN TERHADAP PELAKSANAAN KEDUA-DUA MODEL TERSEBUT Apa yang dapat saya katakan ialah secara umumnya kedua-dua model ini iaitu Model Enam Bulan Khatam al-Quran dan Model Tasmik Khatam al-Quran merupakan satu usaha yang sangat baik dan murni oleh kementerian pelajaran Malaysia untuk melahirkan murid yang celik al-Quran. Secara khususnya pula, saya mendapati kedua-dua model ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya sendiri. Seperti pada Model 6 Bulan Khatam al-Quran, pelaksanaannya dari segi masa dan waktu serta kaedah pelaksanaannya amatlah sesuai dan baik. Model ini dilaksanakan mengikut modul yang telah ditetapkan dengan menggunakan peruntukan waktu Pendidikan Islam sedia ada. Jadi ia tidak datang pelbagai masalah dari sudut sambutan murid kerana ia dijalankan di dalam kelas semasa waktu p&p. Berbanding dengan Model Tasmik yang saya kira mempunyai sedikit kesukaran dari segi penglibatan dan sambutan murid kerana model ini dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal yang memerlukan persetujuan daripada ibu bapa mereka. Model ini juga menggunakan pendekatan yang sangat baik dan sesuai bagi pelajaran al-Quran iaitu talaqqi dan musyafahah. Guru dapat membimbing bacaan murid dan mampu menngesan kekuatan dan kelemahan murid. Bagi murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan menggunakan kaedah IQRA, sementara yang telah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam alQuran tanpa perlu menunggu rakan-rakan dalam kumpulannya yang sedang membaca IQRA. Justeru, usaha murni ini haruslah diteruskan dan di pertingkatkan lagi dari segi perancangan dan pelaksanaanya supaya ia lebih proaktif .

Anda mungkin juga menyukai