Anda di halaman 1dari 2

1.

MODEL 6 BULAN KHATAM AL-QURAN DAN MODEL TASMIK AL-QURAN

(a) MATLAMAT KEDUA-DUA MODEL TERSEBUT DIBINA UNTUK DILAKSANAKAN DI SEKOLAH RENDAH DALAM PROGRAM J-QAF. Model 6 Bulan Khatam al-Quran Model 6 bulan khatam al-quran dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dengan menggunakan peruntukkan waktu Pendidikan Islam yang sedia ada. Model ini akan menggunakan pendekatan talaqqi dan Musyafahah ( iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar) . Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan kaedah IQRA, sementara yang telaah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam al-Quran modul 6 bulan. Model 6 bulan Khatam al-Quran ini juga ialah program yang menumpukan kepada penguasaan kemahiran membaca al-Quran pada enam bulan pertama Tahun Satu. Matlamat pelaksanaannya adalah seperti berikut :Matlamat 6 bulan khatam al-Quran adalah untuk menghasilkan murid yang khatam alQuran semasa berada di sekolah rendah lagi dan mengamalkan bacaan dengan betul dan bertajwid. Murid dapat menguasai kemahiran bacaan al-Quran dengan kaedah Iqra. Murid dapat membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid. Murid dapat menghabiskan bacaan al-Quran sebanyak 30 juzuk.

Model Tasmik al-Quran Model ini telah dicadangkan dan mendapat respon yang baik daripada pelbagai peringkat pengurusan Kementerian Pelajaran dan daripada pelbagai pihak lain. Model Tasmik Khatam al-Quran ialah satu program membimbing dan merekod perkembangan Iqra dan bacaan al-Quran murid secara individu berdasarkan program yang diatur bagi

membolehkan murid khatam al-Quran semasa berada di Sekolah Rendah dan dilaksanakan di luar jadual waktu. Matlamat pelaksanaannya adalah seperti berikut :Matlamat pelaksanaan Model Tasmik al-Quran di sekolah rendah ialah agar murid dapat membaca al-Quran dengan bertajwid. Selain itu ia juga bertujuan supaya murid dapat mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzuk apabila tamat tahun 6 (sekolah rendah) sebelum masuk ke sekolah menengah.

Anda mungkin juga menyukai