Anda di halaman 1dari 2

MAKNA AL-QURAN

1.2.1 Al-Quran Munurut Bahasa


Lafaz al-Quran itu dari bahasa Arab. Menurut makna bahasa ialah sama ertinya dengan
lafaz al-Qiraat ertinya bacaan. Walaupun lafaz al-Quran itu berbentuk masdar ertinya
bacaan, tetapi maksudnya ialah maful yang membawa erti yang dibaca. Dalam kaedah
balaghah biasa disebut :
(__ __ __ _____ ____ ___ __)
Para ulama` Ulum al-Quran telah mengutarakan berbagai pendapat dan pentafsiran
tentang asal kalimah ini. Adakah kalimah tersebut diambil dari kalimah lain atau kalimah
tersebut merupakan kalimah khas bagi al-Quran itu sendiri. Pendapat-pendapat tersebut
dapat kita ringkaskan seperti berikut:
(i) Al-Asy`ari; ahli Ilmu Kalam, pemuka aliran Sunnah wa al-Jama`ah (w324H)
berpendapat bahawa kalimah al-Quran (tidak memakai ) dan diambil dari kalimah
$ yang bererti menggabungkan. Ini disebabkan kerana surah-surah dan ayat-ayat
al-Quran itu dihimpun dan digabungkan dalam satu mashaf.
(ii) Al-Zajjaj; pengarang kitab Ma`ani al-Quran (w311H) berpendapat bahawa lafaz al-
Quran itu (mempunyai ) dan berwazan fu`lan ( %__) dan diambil dari kalimah al-
Qur`u ( __ ) ertinya himpunan. Ini kerana al-Quran merupakan kitab suci yang
menghimpunkan intisari ajaran-ajaran dari kitab-kitab suci sebelumnya.
(iii) Al-Lihyani; seorang ahli bahasa (w215H) berpendapat bahawa kalimah al-Quran itu
berhamzah ( ) dan merupakan masdar ( _ ) yang diambil dari kalimah Qara`a
) $ ) yang bererti membaca . Lafaz al-Quran itu menurutnya adalah masdar bi
makna ism maful ( _____ _' _*__+ _ ) jadi al-Quran itu maknanya al-Maqru` ( ___ (
yang bermaksud (yang dibaca)
(iv) Sebahagian ulama` termasuk Imam As-Syafi`e; berpendapat bahawa kalimah al-
Quran itu tidak diambil dari mana-mana perkataan lain. Ia adalah kata nama khas
bagi kitab Allah. Ia sama sahaja (dari segi nama) dengan kitab-kitab lain seperti
Taurat, Zabur dan Injil. Semuanya itu adalah nama bagi kitab-kitab Allah yang
diturunkan kepada Nabi-Nabi Musa, Daud dan Isa sebagai pegangan dan pedoman
umat-umat nabi berkenaan.
Dari beberapa pandangan di atas, kita lebih mirip kepada pendapat yang keempat yang
dikemukakan oleh sebahagian ulama` termasuklah Imam as-Ayafie.
Al-Quran juga kadang-kadang di sebut al-Furqan ( _$__ ), kerana ia adalah wahyu Allah
yang mengajar manusia dapat membezakan di antara yang hak dan yang batil. Al-Furqan
juga dimaksudkan bahawa; al-Quran itu tidak diturunkan sekali gus, ia diturunkan secara
bercera-cerai, sedikit demi sedikit kepada Rasulullah s.a.w. hingga sempurna.
Dimaksudkan juga dengan al-Furqan ialah membezakan antara satu ayat dengan ayat
yang lain di waktu ianya diturunkan, atau boleh juga dimaksudkan dengan perbezaan
antara kedudukan satu surah atau ayat dengan surah atau ayat yang lain di dalam mashaf
Al-Quran. Firman Allah:
E4O4:> Og~-.- 4EO4g 4+ ~__
^- _O>4N ^jvg:4N 4+74Og *g
gUEUg -_CO 4 C g
Maksudnya: Maha Suci Allah yang telah menurunkan al-Furqan kepada hamba-Nya, agar
menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam.
Surah al-Furqan: ayat 1)
Kedua-dua nama ini (al-Quran dan al-Furqan) adalah nama yang masyhur dan biasa
digunakan oleh ramai ulama`. Ada lagi nama-nama lain yang digunakan seperti; al-Kitab,
az-Zikr, at-Tanzil dan lain-lain lagi.

Anda mungkin juga menyukai