Anda di halaman 1dari 45

SEJAUMANAKAH KAEDAH IQRAK DAPAT MEMBANTU MURID

BOLEH MEMBACA AL-QURAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN


PANGGAU, KUALA PERLIS, PERLIS: SATU KAJIAN

ABDUL KADIF BIN LEBAI SHAFIAI

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


OPEN UNIVERSITY MALYSIA
2013

PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi

kesyukuran

kepada

Allah

S.W.T

kerana

limpah

rahmatNya serta dorongan isteri dan anak-anak maka saya telah


berjaya menyempurnakan kajian ini. Tidak lupa juga ucapan terima
kasih saya hulurkan kepada semua rakan, respondan dan pihak
sekolah kerana kerjasama mereka dalam merealisasikannya. Banyak
pihak telah memberi sokongan moral kepada saya untuk mencapai
impian menggenggam segulung ijazah.
Sekalung penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada
semua tutor Open University Malaysia kerana membimbing saya
sepanjang

pengajian.

Setinggi-tinggi

penghormatan

dan

penghargaan khas kepada tutor serta penyelia kajian saya iaitu


Ustaz Ahmad Rushaidi yang membimbing sehingga siapnya tugasan
ini. Terima kasih juga saya dedikasikan kepada Ustaz Mohd Zamri
bin Suhaimi guru J-Qaf Sekolah Kebangsaan Panggau, Kuala Perlis,
Perlis dan Uztaz Mohammad Rafizi bin Zainal Abidin iaitu Penolong
Pengarah J-Qaf Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Perlis
serta

murid-murid

Tahun

Enam

Bakti

kerana

telah

memberi

kerjasama dan bantuan yang diperlukan bagi melengkapkan kajian


ini. Segala jasa dan budi baik kalian saya rakamkan dalam ingatan
yang kekal sepanjang hayat.
Kepada seluruh keluarga terutama isteri, anak-anak iaitu Mohammad
Afiq bin Abdul kadif dan Muhammad Hafizzudin bin Abdul Kadif,
teman-teman

serta

ahli

keluarga

yang

tidak

jemu

memberi

semangat sepanjang pengajian, saya ucapkan jutaan terima kasih


serta ingatan manis selama-lamanya. Khas untuk rakan-rakan
seperjuangan, terima kasih yang tidak terhingga yang mampu saya
lafazkan diatas bantuan dan pertolongan anda selama ini. Hanya
Allah S.W.T yang selayaknya membalas budi baik anda semua.

Allah sahaja Yang Maha Sempurna dalam segala-galanya. Jika


terdapat kekurangan sepanjang pengajian dan penghasilan kajian
ini, maka itu adalah kelemahan saya sebagai hambaNya
i

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti masalah dan punca
mengapa terdapat murid di Tahun Enam Bakti Sekolah Kebangsaan
panggau masih tidak dapat menguasai asas pembacaan al-Quran
sedangkan mereka telah melalui kelas pengajian al-quran sejak
tahun satu lagi. Pemilihan sekolah ini adalah kerana berdasarkan
statistik Jabatan Pelajaran Perlis menunjukkan paling ramai murid
yang gagal membaca al-Quran pada tahap yang dikehendaki.
Matlamat kajian ini juga untuk melihat sejauh mana kaedah Iqrak
boleh membantu murid-murid tersebut dapat membaca al-Quran
dengan sebaik mungkin. Kita sering mendengar keluhan guru-guru
Pendidikan Islam sekolah menengah malahan ibu bapa sendiri
bahawa masih terdapat murid yang gagal membaca al-Quran
walaupun secara asas. Keadaan ini jika dibiar berlarutan akan
memberi kesan kepada pembelajaran seterusnya pada peringkat
sekolah menengah bahkan aspek amalan ibadah mereka dalam
kehidupan harian apabila dewasa kelak. Secara umumnya semua
guru yang mengajar pengajian al-Quran di sekolah rendah memang
mengguna pakai kaedah Iqrak sebagai pendekatan yang terbaik
buat

masa

ini.

Namun

masih

terdapat

murid

yang

gagal

menguasainya. Oleh itu kajian ini diharap dapat membantu guru di

sekolah berkenaan mencapai matlamat pengajaran dan pendidikan


mereka.

Seterusnya

melalui

kajian

ini

borang

soal

selidik

dikemukakan kepada guru dan murid yang terlibat dan disusuli


dengan soalan temu bual. Secara keseluruhannya dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa kaedah Iqrak dapat membantu sesiapa sahaja
membaca al-Quran jika diaplikasikan dengan tertib dan berdisiplin
oleh guru dan murid. Sesungguhnya kaedah Iqrak boleh menambah
minat murid untuk terus belajar membaca al-Quran samada dengan
bimbingan guru atau pembelajaran kendiri yang kemudiannya
talaqqi dan musyafahah bersama guru.
ii
KANDUNGAN
PERKARA
MUKASURAT
PENGHARGAAN
i
ABSTRAK
ii
KANDUNGAN
iii - iv
BAB 1

: PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

1-2
1.2

Latar Belakang Penyelidikan

2-3
1.3

Pernyataan Masalah

3-4

1.4

Tujuan Penyelidikan

5
1.5

Objektif Penyelidikan

5
1.6

Persoalan Penyelidikan

6
1.7

Hipotesis Kajian

7
1.8

Kerangka Konsep

7
1.9

Kepentingan Penyelidikan

8
1.10

Definisi Istilah
1.10.1 Kaedah Iqrak
9
1.10.2 Pembelajaran Tradisional

1.11

10
Batasan Penyelidikan

11
1.12 Ringkasan
11

BAB 2

: TINJAUAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

12
2.2

Tinjauan

Literatur

12 - 16
2.3

Kaedah

Iqrak

Dalam

Kelas

17 - 19
iii
BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

20
3.2

Rekabentuk

Kajian

20 - 21
3.3

Sampel

Kajian

Lokasi

Kajian

21
3.4
22
3.5

Instrumen

Kajian

22
3.5.1

Ujian

Pra

22
3.5.2

Soal

Selidik

23
3.5.3

Soalan

Temu

Bual

24
3.6

Prosedur

Kajian

24
3.7

Prosedur

Pengumpulan

Data

Analisis

Data

25
3.8
25
3.9
26

Rumusan

Rujukan
27
LAMPIRAN
BIL

PERKARA

Soalan Ujian ( Pasca)

Borang Soal selidik (Ujian Pra)

Borang Soal Selidik


iv

BAB 1
PENGENALAN
1.1

Pendahuluan

Mata pelajaran pendidikan Islam dalam Kurikulum Standard Sekolah


Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang merupakan
mata pelajaran teras bagi setiap murid Islam. Kedudukannya dalam
sistem

pendidikan

adalah

selaras

dengan

matlamat

Falsafah

Pendidikan kebangsaan.
Kandungan Pendidikan Islam sama ada dalam Kurikulum Standard
Sekolah

Rendah

ataupun

Kurikulum

Bersepadu

Sekolah

Rendah

merupakan satu usaha kearah pembentukan insane seimbang dari segi


intelek, rohani, emosi dan jasmani. Melalui pendidikan cabaran
membina wasatiyah ummah dapat direalisasikan sekiranya seluruh
usaha

semua

pihak

dapat

dijurus

kearah

matlamat

tersebut.

Pemupukan budaya dan amalan yang positif dalam gagasan tersebut

bukanlah satun perkara yang mudah seperti diungkapkan. Negara kita


berada pada landasan yang betul dibidang pendidikan dalam usaha
menuju matlamat wawasan 2020.
Asas kehidupan setiap muslim ialah berlandaskan kepada ajaran alQuran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Namun begitu kita bersyukur
kepada Allah S.W.T kerana kerajaan telah menggunakan kuasa yang
ada untuk menyediakan peruntukan khas bagi membina pengetahuan
umat islam dalam kedua-dua bidang tersebut.Teristimewanya sekali
ialah memasukkan pengajaran al-Quran dan al-Hadis dalam kurikulum
pendidikan

samada

menengah.

Sejak

peringkat
beberapa

sekolah
tahun

rendah

maupun

kebelakangan

ini

sekolah
kerajaan

menambah baik system pengajian al-Quran dengan menggubal


Program J-Qaf yang melibatkan pengambilan guru dan mewujudkan
Model Khatam al-Quran dan Model Tasmek.
1
Sudah jelas bahawa kita sudah berusaha sebaik mungkin kearah
membina Wasatiyah Ummah melalui pemahaman al-Quran dan
Assunnah rasulullah S.A.W. Walaubagaimana baik sekalipun metodologi
penyampaian

ilmu

al-Quran

yang

diguna

pakai

dalam

sistem

pendidikan kita, masih terdapat murid-murid yang tercicir dalam


penguasaannya. Oleh itu setiap guru pendidikan islam sewajarnya
mampu menganalisis kaedah yang digunakan kepada anak
mereka. Sukar bagi murid

murid

menghayatai ajaran al-quran sedangkan

mereka tidak boleh membacanya.

1.2

Latarbelakang penyelidikan

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Nasional 2013 2025 telah


menekankan beberapa aspirasi murid yang harus dicapai melalui

sistem pendidikan sedia ada. Hasrat murni tersebut dapat dijelmakan


melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang didokong oleh semua
guru dan warga Kementerian Pendidikan Malaysia. Manakala falsafah
Pendidikan Islam pula banyak menekankan pada penghayatan ajaran
al-Quran an as-Sunanah Rasulullah S.A.W. Ini jelas melalui pelaksanaan
mata pelajaran Pendidikan Islam seperti terkandug dalam Kurikulum
Standard Sekolah rendah dengan memperuntukkan 3 masa al-Quran, 2
masa Ulum Syariah dan 1 masa Jawi bagi tempoh setiap minggu
persekolahan.

Jumlah

masa

yang

diperuntukkan

kepada

mata

pelajaran Pendidikan Islam adalah lebih jika dibandingkan dengan


mata pelajaran lain. Hal ini membuktikan kesungguhan kerajaan dan
masyarakat islam Negara ini untuk memartabatkan pendidikan islam
pada tahap yang tertinggi.
Pelajaran Tilawah al-Quran merupakan sebahagian dari kurikulum
Pendidikan Islam yang disampaikan melalui Model Khatam al-Quran
dan Model Tasmek. Pelaksanaan dilakukan secara sistematik oleh satu
modul pengajaran dinamakan Model Khatam al-Quran Program J-Qaf
yang

bermula

pada

tahun

2005

hingga

sekarang.

Metod

pengajarannya menggunakan kaedah Iqrak bagi murid tahun SATU


manakala bagi murid tahun DUA hingga ENAM disampaikan melalui
kaedah Tasmek iaitu berdasarkan tahap bacaan sebenar murid.
2
Inti pati kajian ini adalah menjurus kepada mencari jawapan kepada
tahap pencapaian serta minat murid dalam aspek pembacaan al-Quran
di peringkat sekolah rendah. Seperti yang diketahui umum bahawa
tidak semua murid yang telah melalui pembelajaran sehingga di tahun
enam tetapi masih lagi perlu belajar membaca menggunakan buku
Iqrak 3 atau Empat sedangkan mereka sepatutnya sudah berada pada
peringkat khatam al-Quran. Inilah cabaran yang perlu diperhalusi oleh

semua pihak mengapa perkara ini harus berlaku. Dimanakah kesilapan


dan kekurangannya yang harus diperbaiki sedangkan dengan jumlah 3
waktu dalam seminggu diperuntukkan bagi pembacaan al-Quran dan
lebih menyedihkan lagi setelah melalui persekolahan selama 6 tahun.
Maka bertolak dari persolan yang dikemukakan ini maka wajarlah satu
kajian dijalankan bagi merungkainya.demi mereka yang akan mewarisi
umat hari ini.

1.3

Pernyataan masalah

Kajian ini dilakukan bagi menenalpasti punca mengapa terdapat ramai


murid di tahun enam sekolah ini masih gagal membaca al-Quran pada
tahap yang sepatutnya. Sekolah ini merupakan antara beberapa buah
sekolah di negeri perlis mempunyai murid tahun enam paling ramai
gagal menguasai kemahiran bacaan al-Quran. Kajian ini menumpukan
kepada aspek berikut:
(a) Amalan dan pendekatan guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran
(b)Masalah murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran

3
Dapatan hasil kajian yang telah dilakukan, bolehlah dirumuskan seperti
berikut:
1.

Tahap disiplin murid yang menyukarkan kawalan guru dalam


bilik darjah
semasa proses Pengajaran dan pembelajaran.

2.

Terdapat murid yang mempunyai tahap kecerdasan fikiran


yang lemah
menyebabkan mereka sukar membuat tafsiran positif

terhadap pengajaran
guru.
3.
Murid tidak melalui proses pemulihan sejak di tahun 2
hinggalah merek
berada di tahun 6. Keadaan ini membebankan guru di tahun
6 untuk
membuat aktiviti pemulihan kepada mereka.
4. Kekangan masa yang dihadapi oleh guru iaitu antara fokus
khatam al-Quran
murid yang boleh membaca dan pemulihan terhadap murid
yang tidak boleh
membaca al-Quran.
5. Tahap kelemahan murid yang berbeza antara sesame murid
lemah
menyebabkan kesukaran kepada guru untuk merancang
kaedah pengajaran
yang sesuai untuk semua.
6.
Ibubapa murid-murid berkenaan tidak memberi sokongan
kepada pihak
sekolah sekiranya anak-anak mereka dikehendaki hadir
dalam kelas
pemulihan al-Quran pada sebelah petang atau hujung
7.

minggu.
Kaedah pengajaran guru hanya bergantung kepada Talaqqi
dan Musyafahah
semata-mata tanpa bantuan alat bantu mengajar yang boleh

merangsang
minat murid untuk terus belajar.
8.
Persekitaran tempat belajar yang tidak membantu minat
belajar murid
dengan bersungguh-sungguh iaitu duduk bersila bersama
kumpulan rakan
yang sama tahap pencapaian.

9.

Tidak berlaku proses Murid Turus membantu rakan yang


lemah disebabkan mereka lebih memberi tumpuan mencapai
matlamat khatam al-Quran pada akhir tahun.

4
1.4

Tujuan Penyelidikan

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk membantu guru dan murid


mengatasi masalah dalam pembelajaran al-Quran melalui kaedah
Iqrak yang sebenarnya. Tumpuan diberikan kepada murid tahun 6
sekolah ini. Dapatan kajian ini diharapkan boleh membatu mereka
melangkah kealam sekolah menengah pada tahun berikutnya dengan
berbekalkan kebolehan membaca al-Quran dengan sebaiknya.

1.5

Objektif Penyelidikan

Secara amnya penyelidikan ini adalah untuk mengkaji sejaumana


kaedah Iqrak dapat membantu pembelajaran al-Quran dikalangan
murid-murid yang lemah. Kajian ini bersifat penyelidikan penorakaan
atau exploratory research yang bertujuan mengumpul maklumat yang
berkaitan dengan permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran
al-Quran.
Beberapa objektif penyelidikan telah ditetapkan seperti berikut:
1)

Mengusulkan langkah pengajaran al-Quran menggunakan


kaedah Iqrak yang
betuln kepada guru-guru Pendidikan Islam semasa mengajar
al-Quran untuk
murid - murid yang lemah pencapaian mereka.

2)

Mengkaji cara pelaksanaan kaedah Iqrak oleh guru-guru

pendidikan Islam
kepada murid-murid sejak tahun 1 hingga tahun 6.
3) Mengenal pasti faktor-faktor lain yang menyebabkan murid
gagal menguasai
bacaan al-Quran walaupun sudah berada di tahun 6.
4) Mengkaji aspek kelemahan murid dalam menguasai bacaan
5)

al-Quran
Mengkaji amalan lazim guru semasa pengajaran dan
pembalajaran al-Quran.
5

1.6

Persoalan Penyelidikan

Kajian yang dijalankan ini akan cuba merungkai beberapa persoalan


yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran al-Quran melalui kaedah
Iqrak terhadap murid-murid yang lemah pencapaian mereka. Dapatan
maklumat kajian ini adalah bersumberkan pandangan dan pendapat
yang dinyatakan oleh murid dan guru disekolah ini. Berikut
dikemukakan beberapa persoalan penyelidikan yang perlu
dirungkaikan melalui kajian ini:

1)

Sejauhmanakah komitmen guru dalam mengaplikasikan


kaedah Iqrak yang
sebenarnya ketika proses pengajaran dan pembelajaran
mereka?

2)

Apakah langkah-langkah yang diambil oleh guru bagi


membantu muridmurid yang lemah pencapaian mereka?

3)

Apakah faktor penyebab hingga berlaku keciciran murid


dalam menguasai
bacaan al-Quran walaupun sudah berada di tahun 6?

4)

Apakah kekuatan dan kelemahan kaedah Iqrak dalam


membantu murid
membaca al-Quran ?

5)

Sejaumanakah kesediaan murid-murid dalam pembelajaran


al-Quran melalui
kaedah Iqrak?

6)

Sejaumanakah guru mengambil langkah pengajaran alQuran yang menarik


dengan menggunakan kaedah Iqrak?

6
1.7
Hasil

Hipotesis Kajian
kajian

menunjukkan

bahawa

tidak

terdapat

perbezaan

pencapaian murid dalam menguasai pembalajaran al-Quran sekiranya


melalui proses normal melalului kaedah Iqrak. Hanya beberapa factor
penolak

telah dikenalpasti dalam persoalan penyelidikan yang

dikemukakan

sebelum

ini

menjadi

penyebab

kegagalan

murid

menguasai pembacaan al-Quran sebaiknya.

1.8

Kerangka Konsep

Kajian ini memperlihat masalah penguasaan pembelajaran bacaan alQuran oleh murid yang berkisar kepada beberapa faktor seperti
ditunjukkan memalui rajah 1 di bawah.
Sikap terhadap
Pembelajaran al-Quran

Faktor Kognitif
Dan Efektif

Pembelajaran al-Quran
Bilik darjah
Kelemahan
membaca al-Quran

Faktor Persekitaran
Sosial
Penilaian
Faktor Pengajaran Guru
Kaedah Pengajaran

Rajah 1: Kerangka konsep kajian menyatakan masalah penguasan


bacaan al-Quran
dikalangan murid tahun 6 hasil melalui pemerhatian dan kaji
selidik.
7
2.3

Kepentingan Penyelidikan

Secara keseluruhannya kajian ini Gerjay tumpuan kepada aspek


latarbelakang, pencapaian minat, kesediaan murid serta strategi
pengajaran

guru

dan

pemasalahan

yang

dihadapi

ketika

mengaplikasikan kaedah Iqrak dalam pengajaran dan pembelajaran alQuran.

Penekanan kepada aspek kemampuan murid menguasai

bacaan al-Quran kerana melaluinya murid akan dapat menguasai


pelbagai cabang ilmu al-Quran seperti tafsir dan tarannum pada
peringkat sekolah menengah dan GerjayaGcG. Murid akan hilang minat
untuk

terus

mendalami ilmu

al-Quran sekiranya

mereka

gagal

menguasai kemahiran asas al-Quran iaitu membaca dengan lancer dan


fasih.

Hasil kajian yang diperolehi boleh dijadikan panduan kepada guru


Pendidikan Islam sekolah ini mengambil langkah-langkah wajar bagi
mengatasi keciciran murid dalam bidang pembacaan al-Quran. Pihak
pentadbir sekolah juga dapat memantau sejauhmana perkembangan
usaha-usaha yang dijalankan oleh guru bagi mengatasi masalah di
atas.

Sterusnya

ibubapa

juga

boleh

memaikan

peranan

yang

sewajarnya berdasarkan saranan dari kajian ini.

Bergerak dari hasil kajian ini, pihak sekolah dan ibubapa tidak perlu
menunggu sehingga murid-murid berada di tahun 6 baru hendak
mengadakan usaha-usaha pemulihan bagi murid-murid yang tercicir
dalam

pembacaan

al-Quran.

Mereka

harus

bertindak

dengan

memantau usaha berterusan oleh guru dan murid sejak di tahun 1 lagi.
Disamping itu pihak Jabatan Pelajaran Negeri juga boleh mengetahui
sebab dan kaedah mengatasi khususnya bagi masalah yang dihadapi
oleh

murid-murid

sekolah

ini

dan

sekolah-sekolah

lain

amnya.

Permasalahan yang dihadapi oleh sekolah ini mungkin ada kesamaan


dari segi Gerjay dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi
mengatasinya oleh sekolah lain.

8
1.10

Definisi Istilah

Kaedah dalam perbicangan ini merujuk kepada pandangan Mohd


Athiyah al-Abrasyi dalam karya beliau yang bertajuk Ruh al-Tarbiyyah

wa al-Taalim. Iaitu jalan yang diikuti oleh murid untuk memudahkan


kefahaman dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Ahmad 2004).
Tegasnya kaedah pengajaran dan pembelajaran ialah metode serta
perancangan materi yang disusun sebelum seseorang guru memasuki
kelas dan dilaksanakannya kegiatan tersebut di dalam kelas
Dinyatakan difinisi bagi istilah-istilah yang digunakan dalam kajian
ini
1.10.1

Kaedah Iqrak

Kaedah Iqra adalah suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran


membaca al-Quran yang disusun sebagai usaha mengubahsuai kaedah
lama. Misalnya, al-Bahgdadiyah, ini bertujuan agar murid dapat belajar
membaca al-Quran dalam waktu yang lebih singkat dan cepat. Kaedah
ini disusun oleh al-Marhum Ustaz Hj. Asad Humam (Pengarah
Kumpulan Tadarus Angkatan Muda Masjid dan Musholla Yogyakarta).
(Mohd Alwi Yusoff et.al 2008).
Pada mulanya beliau juga menggunakan kaedah al-Baghdadiyah, ia
kemudian menggunakan kaedah Qiraati selama tiga tahun. Setelah
melalui percubaan dan peyelidikan yang mendalam beliau menemukan
beberapa perkara yang masih perlu disempurnakan untuk kepentingan
muridnya dalam pengajaran dan pembelajaran membaca al-Quran.
Setelah beliau bincangkan dengan pihak penyusun kaedah Qiraati,
ternyata kurang Gerjay sambutan yang baik, pihak kaedah Qiraati
tetap berpegang kukuh dengan cara yang sudah disusunnya. Atas
dasar itu, setelah tidak Gerjaya mengadakan penyempurnaan, ia
menulis dan menyusun sendiri buku Iqra tersebut (Usep Fathudin
1994).

9
Kaedah Tradisional
1) Kaedah Al-Baghdadiyah
Kaedah ini merupakan kaedah yang paling lama dan meluas digunakan
di seluruh dunia. Ia dipercayai berasal dari Baghdad, ibu Negara Iraq
dan diperkenalkan di Indonesia seiring dengan kedatangan saudagar
dari Arab dan India yang singgah di Kepulauan Indonesia (Mohd Zainul
2008). Manakala menurut (Komari 2008) menjelaskan kaedah ini sudah
bermula dari pemerintahan khalifah Bani Abbasiyah dan di Indonesia
kaedah tersebut telah diperkenalkan pada awal tahun 1930an sebelum
kemerdekaan. Kaedah ini juga dikenal dengan kaedah sebutan eja
atau latih tubi..
Pendekatan yang digunakan oleh kaedah ini adalah pelbagai iaitu
daripada yang konkrit kepada abstrak, daripada yang mudah kepada
kompleks, daripada yang umum kepada yang khusus. Secara amnya
terdapat tujuh belas langkah yang mesti dilalui murid selama
mengikuti pengajaran dengan kaedah ini. Jika diperhatikan terdapat
beberapa karakteristik dan tarikan-tarikan tertentu dalam strategi
pengajarannya. Misalnya, 30 huruf hijaiyah akan selalu ditampilkan
kepada murid di setiap langkah yang dilalui selama pengajaran dan
pembelajaran.

Ini

bertujuan

agar

huruf-huruf

tersebut

menjadi

tumpuan ke atas murid pada setiap kali pengajaran dan pembelajaran


berlansung, pada setiap langkah guru akan memperdengarkan kepada
murid pelbagai variasi bunyi sehingga pengajaran dan pembelajaran
lebih menyeronokkan.
2. Kaedah Qiraati

Kaedah Qiraati ditemukan oleh KH Dachlan Salim Zarkasy di


Semarang Jawa Tengah Indonesia pada awal tahun 1970. Latar
belakang pengasas menulis kaedah ini ialah, bahawasanya semenjak
dari tahun 1960 beliau mengajar al-Quran belum terdapat sebuah
kaedah yang boleh dijadikan panduan tetap bagi guru dalam
pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Beliau menyatakan kaedah
yang sedia ada. Misalnya, al-Bagdadiyah terlalu membebankan dari
segi hafazan murid.
10
1.11

Batasan Penyelidikan

Kajian ini berasaskan kepada beberapa batasan seperti berikut


1. Kajian ini meliputi 15 orang pelajar tahun 6 yang mengikuti kelas
pembelajaran al-Quran menggunakan kaedah Iqrak.
2. Kajian dilakukan hanya bagi mata pelajaran tilawah al-Quran oleh
murid-murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Panggau, Kuala Perlis.
3. Kajian hanya meliputi murid yang tidak menguasai bacaan al-Quran
dan tidak termasuk murid yang sudah boleh membacanya.
4. Kajian ditumpukan kepada murid-murid yang gagal menguasai
kemahiran asas bacaan al-Quran memandangkan mereka akan
melangkah kepersekolahan menengah pada tahun berikutnya
1.12

Ringkasan

Kandungan bab ini menumpukan kepada penjelasan kepada latar


belakang dan keperluan kajian tentang keupayaan kaedah Iqrak dalam
mengatasi masalah keciciran murid menguasai kemahiran asas bacaan
al-Quran. Dalam bab ini juga guru dan murid dapat mengenal pasti

langkah-langkah yang perlu dilakukan ketika mengaplikasikan kaedah


Iqrak dalam proses pemulihan bacaan al-Quran. Guru dapat menilai
bahawa kaedah Iqrak boleh diterima sebagai satu teknik pengajaran
yang berkesan dan sesuai berbanding secara tradisional sebelum ini.
Secara amnya guru pendidikan Islam perlu menggunakan peluang
yang ada sebelum murid-murid yang gagal membaca al-Quran kekal
dengan status demikian hingga melangkah kesekolah menengah pada
tahun berikutnya. Jika keadaan ini berlaku maka amat besarlah
kerugiannya kepada murid berkenaan kerana merekalah akan mewarisi
umat hari ini pada masa hadapan. Kaedah iqrak merupakan satu
teknik pengajaran yang terbaik masa kini, maka terpulanglah kepada
guru dan murid untuk mempraktikannya.
11

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Kajian ini adalah satu kajian serta tinjauan yang berkaitan penggunaan
kaedah Iqrak oleh guru dalam membantu murid-murid yang gagal
menguasai kemahiran asas bacaan al-Quran. Hala tuju kajian ini
adalah kepada sejaumanakah guru-guru menggunakan teknik ini
secara betul ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik

darjah. Begitu juga peranan yang harus dimanikan oleh murid-murid


berkenaan ketika sessi pembelajaran berjalan.

2.2 Tinjauan Literatur


Kajian

ini

banyak

pemasalahan

yang

disokong
hamper

oleh

beberapa

sama

kajian

sebagai

lepas

rujukan

bagi
untuk

menambahkan lagi kekuatannya. Sebahagian besar hasil kajian lepas


membuktikan bahawa kaedah Iqrak adalah satu teknik pengajaran
bacaan al-Quran yang terbaik buat masa ini disamping tidak menolak
pencapaian teknik tradisional. Namun begitu teknik ini yang tidak
memntingkan hafalan huruf hijaiyyah dan menyebut bunyi huruf
tersebut

bersama

barisnya

lebih

menjimatkan

masa

serta

mengurangkan tekanan terhadap murid.

12
Menurut Jurnal kajian oleh Mohd Aderi Che Noh & Rohani
Ahmad Tarmizi. 2009. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1): 93
109
Mereka menulis tentang pengajaran dan pembelajaran membaca alQuran. Kajian ini merupakan satu kajian lapangan yang mengkaji
tentang persepsi pelajar Tingkatan Dua di sekolah menengah harian
Malaysia. Kajian berkaitan dengan amalan pengajaran guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Quran. Kajian ini
melibatkan seramai 1651 orang responden pelajar. Sampel kajian
adalah dipilih secara rawak berstrata dan berkelompok daripada
seluruh Malaysia. Zon yang terlibat ialah Zon Utara yang diwakili oleh

negeri Perak, Zon Selatan yang diwakili oleh negeri Melaka, Zon Timur
diwakili oleh negeri Kelantan, zon Barat diwakili oleh Kuala Lumpur dan
Zon Malaysia Timur diwakili oleh negeri Sarawak.
Reka bentuk kajian ialah dengan menggunakan soal selidik yang dibina
oleh penyelidik. Keseluruhan item ialah 69 item yang mempunyai
kesahan konstruk yang tinggi. Pelajar dikehendaki Gerjay respon
kepada

sejumlah

69

indikator

yang

berkaitan

dengan

amalan

pengajaran Tilawah al-Quran berdasarkan empat komponen iaitu


permulaan

pengajaran,

perkembangan

pengajaran,

penutup

pengajaran dan alat bantu mengajar. Respon skala likert lima mata
digunakan dalam soal selidik. Statistik deskriptif iaitu kekerapan,
peratusan dan min digunakan dalam melaporkan dapatan kajian.
Dapatan hasil kajian pada soalan pertama iaitu tentang persepsi
pelajar terhadap amalan pengajaran tilawah al-Quran ialah, sebanyak
26 (1.6%) berada pada tahap rendah. Seterusnya sebanyak 1242
(75.2%)

pada

tahap

sederhana

bagi

amalan

pengajaran

guru.

Manakala hanya 383 (23.2%) mendapat skor min pada tahap tinggi.
Keseluruhannya, skor min amalan pengajaran guru adalah sederhana
(3.338).
Selanjutnya dapatan kajian bagi menjawab objektif kajian kedua iaitu
amalan

pengajaran

guru

berdasarkan

komponen

permulaan

pengajaran berdasarkan nilai peratusan. Tahap skor min keseluruhan


bagi amalan pengajaran guru berdasarkan komponen permulaan
pengajaran berada pada tahap sederhana iaitu 3.461.
13
Dapatan kajian untuk objektif kajian ketiga iaitu mengenal pasti tahap
amalan

pengajaran

Tilawah

al-Quran

berdasarkan

komponen

perkembangan pengajaran. Secara keseluruhan tahap skor min amalan


pengajaran Tilawah al-Quran berada pada tahap tinggi iaitu 3.670.
Seterusnya bagi mencapai objektif keempat dapatan kajian melibatkan
pembolehubah

amalan

pengajaran

guru

berdasarkan

komponen

penutup pengajaran menunjukkan tahap min keseluruhan item ialah


pada tahap min sederhana (3.271).
Tegasnya, hasil kajian menunjukkan secara keseluruhan amalan
pengajaran Tilawah al-Quran berada pada tahap sederhana (min =
3.338).

Manakala

tahap

min

amalan

pengajaran

berdasarkan

komponen menunjukkan komponen permulaan pengajaran (min =


3.461), penutup pengajaran (min = 3.271) dan alat bantu mengajar
(min

2.709)

pada

tahap

sederhana.

Manakala

komponen

perkembangan pengajaran pada tahap tinggi (min = 3.670).


Secara keseluruhan penyelidik menyimpulkan bahawa. Majoriti amalan
pengajaran Tilawah al-Quran bagi guru Pendidikan Islam ialah pada
tahap sederhana. Ini berdasarkan pandangan 1242 orang, iaitu 75.2%
daripada

keseluruhan responden murid. Manakala skor min amalan

pengajaran Tilawah al-Quran pada tahap tinggi hanya seramai 383


orang iaitu 23.2% daripada responden pelajar berpandangan demikian.
Seterusnya skor min pada tahap rendah pula seramai 26 orang iaitu
1.6%. Tahap skor min keseluruhan amalan pengajaran Tilawah alQuran bagi guru Pendidikan Islam berdasarkan persepsi pelajar ialah
sederhana (3.338)..
Manakala Mohd Faisal, Zawawi Ismail, Rahimi Mohd Saad.
2010. Journal for Islamic Educational Studies, (1) 1: 133 144.
Journal ini tidak berbentuk sebuah kajian, namun penulis menerangkan
dengan terpirinci isu-isu semasa dalam pengajaran dan pembelajaran
al-Quran, serta cabaran-cabaran yang akan dihadapi dimasa hadapan,

penulis juga mengemukakan hasil-hasil kajian yang telah dilakukan


penyelidik sebelumnya bagi mendukung hujah yang disampaikan.
Terdapat lima isu utama yang diangkat penulis dalam tulisannya ini
iaitu;
14
2.

bagaimanakah kolaborasi masyarakat dalam merealisasikan


celik al-Quran, (ii) bagaimanakah masa hadapan pendidikan alQuran, (iii) pendidikan al-Quran signifikan dan pelaksanaannya,
(iv) kepentingan belajar dan mengajarkan al-Quran, (v) konsep
pengajaran dan pembelajaran al-Quran.

Penulis merumuskan jawapan terhadap isu pertama: bahawa diantara


Gerjay-faktor penyebab masih wujudnya kelemahan membaca alQuran di kalangan murid sehingga hari ini ialah (i) murid kurang minat
untuk belajar mata pelajaran al-Quran, (ii) tidak adanya penekanan
dari pihak sekolah sehingga murid ramai tidak datang pada masa
pengajaran dan pembelajaran, (iii) kurangnya peranan ibu bapa dalam
mendorong anak untuk belajar al-Quran sama ada di sekolah apatah
lagi di rumah. Perkara di atas bertepatan dengan kajian Rosmawati
Umar

1993;

Mohd

Yusuf

Ahmad

1997;

Fatimah

Sudin

2003;)

melaporkan masih wujudnya sebahagian murid masih GerjayaGc tulis


al-Quran disebabkan kerana mereka tidak didedahkan pembelajaran
tilawah al-Quran semasa kecil.
Mohd Alwi Yusoff, Adel Mohd Abdulaziz & Ahmad kamel
Mohamed.

2010. Journal

Studi

Al-Quran

and

Islamic

Educations 3 (2): 51-66


Kajian mereka ialah berkaitan keberkesanan metod Iqrak sebagai
kaedah pengajaran dan pembelajaran membaca al-Quran

Kajian ini dijalankan di 27 buah sekolah di beberapa buah negeri di


bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan 6 buah sekolah agama
swasta.

Secara

amnya

keberkesanan

metod

pembelajaran

membaca

tujuan

Iqra

kajian

sebagai

al-Quran

di

adalah

kaedah

untuk

melihat

pengajaran

sekolah-sekolah

dan

tersebut.

Manakala tujuan utama penyelidik membuat kajian ialah, kaedah Iqra


telah lama digunakan guru-guru pendidikan Islam dalam proses
pengajaran dan pembelajaran membaca al-Quran, akan tetapi belum
terdapat satu kajian yang dijalankan untuk melihat bagaimana kesan
metod Iqra terhadap murid dalam membaca al-Quran.
15
Metodologi dalam kajian ini diawali dengan kualitatif, penyelidik
melakukan lawatan ke sekolah-sekolah berkenaan, kemudian diikuti
dengan temu ramah serta dengan guru besar serta guru-guru
pendidikan Islam khususnya mereka yang mengajar mata pelajaran
Tilawah al-Quran. Selanjutnya dapatan kajian dikumpulkan melalui soal
selidik yang dijawab oleh para penyelia, guru, pakar dan murid.
Perkara menurut penyelidik agar dapat memperolehi data yang lebih
kukuh dan valid.
Dapatan kajian pada fasa pertama menyimpulkan bahawa, metod Iqra
dapat dijadikan sesebuah kaedah GerjayaGcGe bagi guru dalam
pengajaran

dan

pembelajaran

membaca

al-Quran

serta

boleh

membantu murid mahir dalam membaca al-Quran, namun hasil


dapatan kajian kualitaif melalui temu bual dengan guru ditemukan
guru

masih

menemukan

kesulitan-kesulitan

dalam

proses

pembelajaran yang terdapat kaedah tersebut diantaranya:


1. Tidak ada buku paduan khusus cara pengajaran dan pembelajaran
yang sedia ada didalam buku kaedah Iqra.

2. Tidak ada kursus insentif berterusan bagi guru-guru.


3. Naskah buku Iqra tidak mempunyai tarikan-tarikan tertentu, seperti
warna-warni.
4. Kurangnya aktifiti sampingan dalam pengajaran dan pembelajaran
Disamping itu, masalah lain yang timbul ialah guru-guru kurang
mengikuti

arahan-arahan

yang

telah

ditetapkan

dalam

buku

pengajaran. Pengiraan GerjayaGc menunjukkan 29% sahaja dari guruguru di sekolah yang dilawati di negeri-negeri, mempunyai rancangan
harian terutama yang membabitkan pengajaran Iqra dalam bilik
darjah. Manakala pada aspek pelatihan didapati 35% sahaja guru-guru
yang ditemui, pernah menerima latihan dan menghadiri kursus dalam
melaksanakan cara pengajaran kaedah Iqra. Sebahagian besar guru
tidak pernah mengikuti kursus.

16
2.3

Kaedah

Iqrak

Menangani

Masalah

Murid

Dalam

Pembacaan al-Quran
Kaedah Iqra adalah suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran
membaca al-Quran yang disusun sebagai usaha mengubahsuai kaedah
lama. Misalnya, al-Bahgdadiyah, ini bertujuan agar murid dapat belajar
membaca al-Quran dalam waktu yang lebih singkat dan cepat. Kaedah
ini disusun oleh al-Marhum Ustaz Hj. Asad Humam (Pengarah
Kumpulan Tadarus Angkatan Muda Masjid dan Musholla Yogyakarta).
(Mohd Alwi Yusoff et.al 2008).

Pada mulanya beliau juga menggunakan kaedah al-Baghdadiyah, ia


kemudian menggunakan kaedah Qiraati selama tiga tahun. Setelah
melalui percubaan dan peyelidikan yang mendalam beliau menemukan
beberapa perkara yang masih perlu disempurnakan untuk kepentingan
muridnya dalam pengajaran dan pembelajaran membaca al-Quran.
Setelah beliau bincangkan dengan pihak penyusun kaedah Qiraati,
ternyata kurang Gerjay sambutan yang baik, pihak kaedah Qiraati
tetap berpegang kukuh dengan cara yang sudah disusunnya. Atas
dasar itu, setelah tidak Gerjaya mengadakan penyempurnaan, ia
menulis dan menyusun sendiri buku Iqra tersebut (Usep Fathudin
1994).
Mohd Jazir (1994) menyatakan pada awal perkembangannya. Kaedah
ini digunakan dalam Majelis Tadarus Remaja di wilayah Yogyakarta dan
wilayah persekitarannya yang berpusatkan di Masjid dan Musholla.
Kegiatan

ini

diadakan

seminggu

sekali,

kerana

kaedah

ini

mendapatkan sambutan yang baik di kalangan masyarakat, maka


pada masa itu ditubuhkan 600 majelis pengajian al-Quran yang diikuti
oleh semua lapisan masyarakat dari peringkat anak-anak hingga orang
dewasa.

17
2.3.1

Kelebihan Pelaksanaan Kaedah Iqrak

Pengkaji menilai terdapat 10 karakteristik dari kaedah Iqra iaitu;

(i)

Bacaan terus (tanpa analisa dan dieja) ertinya murid tidak


diperkenalkan nama-nama huruf hijayiyah namun murid lansung
diperkenalkan dengan bunyi kalimat yang diambil dari ayat alquran.

(ii)

Penggunaan teks tertentu iaitu; pada setiap pengajaran dan


pembelajaran

guru

menggunakan

satu

set

buku

yang

mengandungi enam juzuk.


(iii)

Guru menggunakan teknik pengajaran cara belajar murid aktif


(CBMA) murid dijadikan Student Center berpusatkan kepada
murid.

(iv)

Talaqqi Musyafahah, dalam pengajaran dan pembelajaran murid


berdepan lansung dengan guru.

(v)

Tahap berasaskan pencapaian individu, masing-masing murid


akan mempunyai rekod pencapaian belajar yang akan dinilai
guru pada setiap kali pengajaran dan pembelajaran.

(vi)

Seorang guru akan membimbing lima atau enam orang murid


dalam satu

masa, jika

keadaan

memerlukan

guru

boleh

mengambil murid tertentu untuk menjadi penunjuk ajar dan


penyemak bagi murid lain diperingkat bawah.
(vii)

Praktis, murid hanya diajarkan dengan sebutan sampai boleh


membaca dengan baik dan tepat, tanpa diperkenalkan dengan
teori tajwid.

(viii) Sistematik, silabus tersusun secara lengkap, sempurna dan


terancang dengan bentuk huruf dan letak yang seimbang.

(ix)

Komunikatif, adanya panduan yang tersedia bagi guru sehingga


pembaca mudah memahami dan bagi murid menyeronokkan
jika mereka mempelajarinya.

(x)

Kelenturan dan mudah, boleh dipelajari oleh sesiapa, bermula


dari kalangan kanak-kanak usia pra sekolah, sekolah rendah,
sekolah menengah dan bahkan peringkat dewasa.

18

2.3.2 Rumusan
Kejayaan yang dicapai kaedah Iqra telah tersebar luas di Indonesia,
mahupun Negara-negara jiran seperti Malaysia, Singapura dan Brunei
Darussalam. Di Malaysia kaedah Iqra dijadikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran membaca al-Quran di sekolah-sekolah seluruh Negeri. Ini
disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Mohd Alwi Yusoff et.al (2003)
tentang keberkesanan kaedah Iqra di 27 buah sekolah di beberapa
buah negeri di bawah kementerian Pelajaran Malaysia dan 6 buah
sekolah agama swasta. Secara keseluruhan mereka menyatakan
kaedah Iqra pada umumnya memberi kesan baik terhadap pencapaian
pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah rendah kebangsaan.

19

BAB 3

METADOLOGI KAJIAN
3.1

Pengenalan

Kajian ini adalah satu kajian yang berbentuk tinjauan hubungan


kaedah Iqrak dalam membentuk minat murid Tahun 6 Sekolah
Kebangsaan Panggau, Kuala Perlis, Perlis untuk terus berusaha
mempelajari

bacaan

al-Quran

walaupun

pada

peringkat

awal

dikategorikan sebagai murid yang tidak boleh membaca al-Quran.


Tujuan bab ini diketengahkan adalah untuk menentukan rekabentuk

kajian, responden kajian, alat kajian, tatacara pengumpulan data dan


tatacara menganalisa data.

3.2

Rekabentuk Kajian

Kajian

ini

merupakan

satu

bentuk

kajian

tindakan

dengan

menggunakan Kaedah Iqrak dalam pengajaran dan pembelajaran alQuran bagi mengatasi masalah keciciran murid dari aspek pembacaan
al-Quran. Pihak sekolah memberikan sejumlah 15 orang murid tahun 6
sekolah ini untuk mengikuti kelas pembelajaran al-Quran secara
kaedah Iqrak selama sebulan melalui kelas pemulihan al-Quran.
Manakala murid-murid lain dalam kelas yang sama akan mengikuti
proses pengajaran dan pembelajaran seperti biasa bersama guru mata
pelajaran Pendidikan Islam mereka.
20
Pelajar di atas disaring berdasarkan ujian bacaan al-Quran dari surah
ad-Dhuha hingga an-Nas yang diberikan oleh pengkaji terlebih dahulu.
Surah-surah dari ayat Lazim dipilih sebagai subjek ujian kerana
berdasarkan sukatan pelajaran Iqrak maka sewajarnya murid sudah
boleh membaca ayat-ayat al-Quran ketika mereka berada pada tahun
6. Pelajar masih berada dalam kelas seperti biasa dibawah kendalian
guru Pendidikan Islam yang mengajar ketika itu, perbezaannya Cuma
mereka belajar menggunakan buku Iqrak berdasarkan keupayaan
sebenar mereka.

3.3

Sampel Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian tindakan dengan mengaplikasikab


kaedah Iqrak ke atas sampel atau murid. Pihak sekolah memberikan
kepada pengkaji 15 orang murid. Manakala murid lain mengikuti
pembelajaran biasa dari guru mereka dalam kelas yang sama. Tajuk
yang dikemukakan untuk kajian ialah bacaan ayat-ayat lazim dari
surah as-Dhuha sehingga an-Nas
Pembahagian kategori murid adalah berdasarkan hasil ujian ujian
yang dilakukan oleh guru sebelum ini dari guru pembimbing. Kajian ini
dilaksanakan tanpa perlu murid-murid berpindah ke lokasi lain
daripada rakan-rakan yang lain. Murid di tempatkan dalam kelas
seperti biasa, Cuma mereka dikelompokkan dalam 3 kumpulan kecil
dengan bilangan 5 orang satu kumpulan. Melalui cara ini murid akan
melibatkan diri tanpa menyedari diri mereka menjadi sasaran oleh
pengkaji. Pengkaji bertindak sebagai fasilitator kepada kumpulan murid
tersebut sedang pada masa yang sama mereka mendapat arahan
pembelajaran dari guru sedia ada yang sedang mengajar.

21
3.4

Lokasi Kajian

Sampel kajian merupakan murid-murid tahun 6 di Sekolah Kebangsaan


Panggau, Kuala perlis, Perlis. Sampel kajian di sekolah ini dipilih
berdasarkan skop kajian pada sesebuah sekolah sahaja. Pemilihan
sampel dari sekolah ini adalah kerana mereka terdiri dari anak-anak
nelayan yang menghadapi masalah sosial yang sama antara mereka,

iaitu dibesarkan tanpa mendapat bimbingan ilmu agama khususnya


pembacaan al-Quran. Bapa mereka banyak menghabiskan masa
dengan pergi ke laut sebagai nelayan. Oleh itu, mereka hanya
bergantung kepada usaha pihak sekolah semata-mata untuk member
didikan agama dan ilmu bacaan al-Quran.
3.5

Instrumen Kajian

Kajian ini diperkukuhkan melalui pelaksanaan beberapa instrument


kajian seperti ujian pra, ujian pasca, boring soal selidik dan 5 soalan
temu bual. Pengkaji menggunakan sepenuhnya instrument kajian
tersebut untuk memperolehi jawapan sebenar tentang pemasalahan
murid dalam menguasai kemahiran asas bacaan al-Quran. Pengkaji
boleh

menggunakan

pencapaian

murid

instrument
setelah

kajian

melalui

ini

untuk

proses

menganalisa

pengajaran

dan

pembelajaran dalam bilik darjah yang menggunakan kaedah Iqrak.


3.5.1

Ujian Pra

Tahap penguasaan pelajar dalam pembacaan al-Quran boleh diuji


melalui ujian pra sebelum guru menjalankan kaedah pemulihan alQuran menggunakan kaedah Iqrak sepenuhnya. Hala tuju ujian pra ini
menjurus kepada menilai sejaumana tahap ketinggalan murid-murid ini
berbanding

rakan-rakan

yang

lain.

Semua

pelajar-pelajar

diberi

peluang memperdengarkan bacaan kepada pengkaji dan guru sedia


ada. Bertolak dari hasil ujian ini, pengkaji akan membentuk kelompok
murid berdasarkan kebolehan sedia ada mereka. Tidak semua murid
yang lemah itu berada pada tahap lemah yang sama antara mereka.
22
3.5.2

Ujian Pasca

Prestasi

dan

pencapaian

sebenar

murid

perlu

diukur

dengan

mengadakan ujian pasca yang dikendalikan selepas murid-murid


melalui proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah
Iqrak. Ujian ini disedia dan tadbir oleh pengkaji sendiri dengan
menggunakan instrument ujian pra yang ditambah dengan beberpa
ayat dari surah yang terdapat dalam kitab al-Quran. Ujian ini perlu
dijawab oleh pelajar biasa dan pelajar lemah yang dijadikan sampel
kajian. Ia bertujuan untuk melihat sejauhmana jarak perbezaan antara
kedua-dua kumpulan tersebut.

3.5.3

Soal Selidik

Pengkaji mengedarkan boring soal selidik kepada sampel dan guru


mata pelajaran Pendidikan Islam yang mengajar dalam kelas tersebut
pada minggu akhir kajian ini dilaksanakan. Maklum balas dari kaji
selidik yang dijalankan boleh membantu pengkaji mengukuhkan lagi
hipotesis yang dibuat sebelum ini terhadap murid-murid yang lemah.
Pengkaji telah menggubal soalan soal selidik yang merangkumi
perkara berikut:
Bahagian A : Latarbelakang murid (5 soalan )
Bahagian B : Ciri-ciri peribadi murid (5 soalan)
Bahagian C : Berkaitan pembelajaran murid dalam Tilawah al-Quran
(15 soalan)
Bahagian D : Berkaitan motivasi dan pencapaian (5 soalan)

23
3.5.4

Soalan Temu bual

Sampel akan diajukan beberapa soalan temu bual oleh pengkaji


selepas mereka selesai menjalani sessi pembelajaran pemulihan alQuran menggunakan kaedah Iqrak dalam jangka masa yang telah
ditetapkan. Impak dari soalan temu bual ini membolehkan pengkaji
mendapat beberapa maklumat tambahan daripada sampel. Hanya
kumpulan sampel sahaja dikemukakan soalan temu bual kerana ianya
berkisar tentang pelaksanaan pembelajaran menggunakan kaedah
Iqrak.

3.6

Prosedur Kajian

Untuk menjayakan kajian ini, pengkaji telah memohon kebenaran dari


Guru Besar Sekolah kebangsaan Panggau, Kuala Perlis, Perlis melalui
dan salinan Pengarah Pelajaran Negeri Perlis. Setelah kebenaran
diperolehi barulah pengkaji datang ke sekolah untuk berjumpa dengan
Guru Panitia pendidikan Islam dan guru mata pelajaran Pendidikan
Islam tahun 6 sekolah tersebut bagi membincang hasrat dan pelan
bertindak pengkaji untuk membuat kajian.
Kajian ini mengambil masa selama 8 minggu persekolahan yang
merangkumi fasa ujian pra, proses pengajaran dan pembelajaran dan
ujian pasca serta soal selidik bersama temu bual. Teknik pengajaran
yang menggunakan pendekatan kaedah Iqrak diamalkan semasa
proses tersebut. Pengkaji membuat pemerhatian dari masa kesemasa

setiap perkembangan murid yang berlaku hasil daripada aplikasi


kaedah Iqrak dalam pembacaan al-Quran.
Setelah berakhirnya setiap fasa pembelajaran dan pengajaran yang
menggunakan

kaedah Iqrak ini, pengkaji mengedarkan ujian pasca

untuk dijawab oleh murid . Seyang terlibat lepas itu murid-murid


diminta menjawab soalan dalam borang soal selidik dan soalan temu
bual. Pengkaji akan membuat rumusan akhir dalam bentuk hipotesis
kajian.
24
3.7

Prosedur Pengumpulan Data

Proses pengumpulan data dari kajian ini didahului dengan dapatan


ujian pra yang dijawab oleh semua murid tahun 6. Semua soalan yang
dijawab oleh murid akan disemak dan direkodkan. Setelah selesai
proses pengajaran dan pembelajaran iaitu minggu ke 8 menggunakan
kaedah Iqrak maka sampel akan diberi soalan Pasca untuk dijawab.
Ujian ini juga akan dijawab oleh semua murid di tahun 6 tersebut.
Ujian-ujian yang dikemukakan kepada murid-murid adalah bertujuan
mengetahui tahap keberkesanan kaedah dan keseuaiannya dengan
masalah yang dihadapi oleh murid sekolah ini.
Hasil atau dapatan dari ujian pasca boleh menjadi kayu ukur tentang
sejauhmana kaedah Iqrak dapat membantu murid-murid yang lemah
untuk membaca al-Quran seperti rakan-rakan mereka yang lain.
Pengkaji dapat menilai persepsi sampel terhadap pencapaian mereka
melalui soalan soal selidik dan soalan temu bual yang mereka jawab.
Jawapan yang diberi oleh sampel akan membuktikan kesahan kaedah
Iqrak dalam membantu murid membaca al-Quran.

3.8

Analisi Data

Seluruh data yang diperolehi samada dari ujian pra, ujian pasca, soal
selidik dan temu bual akan di analisis oleh pengkaji. Petunjuk dapatan
hasil data yang dikumpul boleh dilihat dalam bentuk frekuansi, min dan
peratus.

Matlamat

akhir

dari

ujian

pasca

ialah

untuk

melihat

sejauhmana kaedah Iqrak boleh menjadi jawapan kepada masalah


bacaan al-Quran dikalangan murid tahun 6 sekolah ini khasnya. Data
ini juga boleh membantu guru membuat banding beza antara sampel
dengan murid-murid lain. Kemungkinan besar ada diantara sampel
boleh keluar dari kelompok murid lemah dan dimasukkan bersama
murid-murid yang sedia dapat membaca al-Quran setelah mereka
Berjaya membuktikan keupayaan masing-masing. Semua data akan
direkodkan dalam buku rekod mengajar pengkaji dan guru mata
pelajaran Pendidikan Islam kelas tahun 6.
25
3.9
Reka

Rumusan
bentuk

kajian

tinjauan

digunakan

oleh

pengkaji

kerana

melaluinya kita dapat mengkaji corak pelaksanaan kaedah Iqrak oleh


guru selama ini. Kenapa kaedah yang dianggap terbaik buat masa ini
masih gagal mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran bacaan
al-Quran dikalangan murid-murid di sekolah kebangsaan. Ujian Pasca
boleh menjadi kayu ukur apakah benar kaedah ini dapat membantu
murid lemah membaca al-Quran walaupun secara asas. Dapatan dari
kajian ini dapat memberi panduan kepada guru tentang perkaraperkara perlu dalam pelaksanaan kaedah Iqrak yang betul dalam
menjamin kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran.

Soalan dari boring soal selidik dan soalan temu bual yang dikemukakan
kepada sampel pada minggu akhir kajian dapat member petunjuk
tambahan bagi mengukuhkan lagi hipotesis kajian. Melalui keduaduanya

pengkaji

boleh

melihat

perubahan

sikap,

minat

dan

pencapaian sampel dalam aktiviti pembelajaran al-Quran melalui


kaedah

Iqrak

pembinaan

sebenarnya.

kumpulan

Aspek

sampel

tatacara
serta

pemilihan

instrumen

topik

kajian

dan
telah

dikemukakan oleh pengkaji dalam menghasilkan satu kajian tinjauan


yang lengkap.

26

RUJUKAN
Abdul Qadir Leong. (1998). Tajwid al-Quran rasm uthmani. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam.

Abdul Raof Dalip. 1998. Teknik pengajaran dan pembelajaran agama Islam

di sekolah menengah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ahmad Mohd Salleh. 1997. Pendidikan Islam: Falsafah, pedagogi dan


metodologi. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Azman Wan Chik. 1986. Kaedah hayati amali: satu pendekatan mengajar
Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Karya Bistari.

Dr David Lim Chong Lim,Dr Nor Azizah Salleh (2011). Kaedah Penyelidikan
dalam
Pendidikan, Universiti Terbuka Malaysia, Seri Kembangan: Meteor Doc.
Hassan Langgulung. 1981. Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam. Kuala
Lumpur: Pustaka Aman.
Dipetik daripada:
http://engkizarquran.wordpress.com/2011/11/05/konsep-pengajarandan-pembelajaran-membaca-al-quran-dalam-pendidikan-islam/
27

LAMPIRAN

UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA


KAJIAN BERASASKAN SEKOLAH
MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN ISLAM
TAHUN
: 6 BESTARI
NAMA
MURID
____________________________________________________

UJIAN PASCA
Sila baca ayat 1 hingga 5 surah al-Baqarah dengan lancar dan fasih

GG GGG

GGGGGGG GGGGGGGGG GG GGGGGG G GGGGG G GGGGG

GGGGGGGGGGGGG GGG
GGGGGGGGGGG

GGGGG GGGGGGGGGGG GGGGGGGGG

GGGGGGGGG

GGGGGGGGG GGG

GGGGGG

GGGGGGGGGGGG

GGGGGGG GGGGGGGGGGG GGGG GGGGGG

GGGGGGG GGGG GGGGGG GGG GGGGGGG GGGGGGGGGGG GGG


GGGGGGG
GG GGG

GGGGGGGGGG GGGGGG GGGGG GGGG

GGGGGGGG GGGGGGGGGGGG GGGG GGGGGGGGGGGGG GGG


UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA
KAJIAN BERASASKAN SEKOLAH
MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN ISLAM
TAHUN
: 6 BESTARI
NAMA
MURID

____________________________________________________
UJIAN PRA
Sila baca ayat 1 hingga 11 surah ad-Dhuha dengan lancar dan fasih

GGGGGGGGG GGG

GGGGGGGG GGG GGGGGG GGG

GGGGG GGGG GGGGG GGG

GG GGGGGGGG

GGGGGGGGGGGG GGGGGG GGGG GGGG

GGGGGGG GGG GGGGGGGGG GGGGGGGGG GGGGG GGGGGGGGG GGG

GGGGG GGGGGGGG GGGGGGG GGGGGGGG GGG GGGGGGGGGG GGGG


GGGGGGGG GGG GGGGGGGGGG GGGGGG GGGGGGGGG GGG GGGGG
GGGGGGGGG GGGG GGGGGGG GGG

GGGGG GGGGGGG GGGG

GGGGGGGG GGGG GGGGG GGGGGGGGG GGGGGG GGGGGGGGG GGGG


BORANG SOAL SELIDIK

Mohon jasa baik anda untuk menjawab SEMUA soalan yang


dikemukakan. Sila jawab dengan hati yang tulus ikhlas. Ketulusan
anda menjawab soalan ini amatlah diharga dan diucapkan terima kasih
BAHAGIAN A
1) Jantina
:
2) Keturunan :
Lain-lain
3) Pendapatan waris :

Lelaki
Melayu

Perempuan
Cina

India

< RM 1000.00
RM 1000.00 RM 2000.00

RM 3000.00
4) Jarak dari rumah ke sekolah :
< 5 km
5 km hingga 10 km

> 10 km
5) Keputusan Ujian Bulanan Terkini: _____________%

BAHAGIAN B
Sila tandakan ( / ) pada ruangan angka berdasarkan sekala berikut;

1- Sangat tidak setuju

2- Tidak Setuju

3- Memuaskan

4- Setuju

5- Sangat Setuju

Bil

Butiran pernyataan

Skala
1

Saya

suka

belajar

mata

pelajaran

Pendidikan Islam tetapi kurang minat


2

belajar membaca al-Quran


Saya seorang yang mempunyai cita-cita

tinggi
Saya gemar

berusaha

bersungguh-

sungguh untuk mendapatkan sesuatu


4

yang diingini
Saya seorang yang tidak berputus asa

jika gagal dalam sesuatu perkara baik


Saya tidak hirau apa orang lain kata
tentang diri saya.

BAHAGIAN C

Bil

Butiran pernyataan

Skala
1

1
2

Saya yakin boleh membaca al-Quran


Saya suka jika ada orang bantu

3
4

membaca al-Quran
Saya gembira jika dapat baca al-Quran
Saya belum temui guru sesuai mengar

al-Quran
Setakat ini belum ada guru mengajar
dengan

cara

yang

mudah

untuk

membaca al-Quran.
Sebelum ini memang guru mengajar
menggunakan kaedah Iqrak, tapi saya

tidak boleh ikut.


Saya setuju kalau dikatakan guru tidak
Berjaya

menarik

minat

saya

mempelajari bacaan al-Quran


Saya hairan mengapa kali ini kaedah
Iqrak telah membantu saya membaca

al-Quran
Saya berpuas hati dengan kaedah Iqrak

10

ini
Saya yakin boleh membaca al-Quran

11

selepas ini
Saya berharap guru boleh teruskan

12
13

kaedah ini
Saya dapati kaedah ini membosankan
Saya rela belajar membaca Iqrak Satu

14

semula
Saya akan beritahu rakan supaya ikut

15

serta
Sebelum ini saya amat sedih kerana
tidak dapat membaca al-Quran

BAHJAGIAN D

Bil

Butiran pernyataan

Skala
1

Saya

berpuas

hati

kerana

membaca al-Quran
Rakan-rakan hairan dengan pencapaian

saya dalam pembacaan al-Quran


Saya lebih berkeyakinan untuk belajar

membaca al-Quran
Saya teruja untuk membaca al-Quran

secara berlagu pula.


Saya bersedia membantu rakan yang
hadapi masalah sama sebelum ini.

boleh

Anda mungkin juga menyukai